Wednesday, November 5, 2008

tag bergambar : bukan lelaki metroseksual

bukan sekali dua aku pernah di kejar awek-awek syampu dan losyen muka. selalu. memang selalu sangat. sebab tu kadang-kedang aku dah bosan bila ke supermarket atau gedung2 beli belah. memang tiap kali aku singgah untuk beli ubat gigi, sabun atau minyak rambut, mulalah amoi-amoi cun dan awek2 comel terkejar-kerjarkan aku. Semua pun pakat nak promot losyen muka dan syampu masing-masing. Berpusu-pusu, berkerumut macam anak ayam berebut beras. masing masing tenung-tenung muka aku sambil mulut potpetpotpet. lain macam jadinya kalau awek2 comel ramai-ramai tenung-tenung macam tu.

"alaa abang. Beli la losyen muka ni sesuai untuk abang. nanti kulit muka abang akan jadi lebih suci dan berseri.."

"Oh..oh..takpe.takpe..saya dah ada sedozen kat umah.."

"oo kalau mcm tu abg cuba produk baru ni. Yang ni baru tiba pagi tadi.."

"dah..dah..encik jangan pakai brand tu..mmg tak sesuai..encik pakai nih..mmg sesuai utk lelaki yang macam encik.."

"untuk keadaan encik g selalu kena matahari saya cadangkan jenis ini. Ia byk baik ooo..mengandungi pati serai wangi.."

dah..sudah..memang aku tak beli benda-benda ni. Buang masa. Kang penuh pulak raga dalam bilik air.

Kisah tragis aku seolah-olah tak berpenghujung. Masa aku ke kuantan parade 4 tahun yang lalu. Aku terpaksa menempuh saat yang paling mendebarkan. Masa aku berjalan keluar dari kuantan parade dengan adik lelaki aku di kawasan ruang legar yang ramai orang. Tiba-tiba seorang amoi comel menyapa aku.

"Aiyyaa encik. Satu kali tolong sama kita maa.." Merayu suara dia minta bantuan aku. Cair jugak siut.

"Tolong apa.."

"Tolong maa jadi model kita sikijap.."

"Hah..model apa?.."

"Model rawatan muka maa.. kita kasi special untuk you.." amoi comel merayu-rayu. "Mari duduk sana". kata amoi comel sambil menuding jari kea rah satu kerusi khas di ruang legar tu. Kerusi tu mcm special lengkap dengan dia punya pakar cuci muka yang dah siap sedia..Orang ramai jangan cakap. berpusu-pusu.

"Hah..tak mau saya..awak cari orang lain la.. itu ramai lagi orang tengah jalan-jalan awak tanya laa.."

Gila kau. Kalau kau.. kau mau tak?. Kalau betul-betul agensi cari model nak jugak aku. Malu siut. Tau la aku kerja kat site. Muka dah tak serupa org normal.

Huh.




nota kechil :
1) tom cruise, berikan sedikit lagi masa utk aku ya..
2)hah..aku nak tag semua yg kat blog list aku..jgn ada yg berkecuali..lepas tu jgn la tutup2 muka..tutp mata..tutup mulut pulak.. yakinla dgn kejelitaan anda. bukan ke 'kejelitaan adalah hak milik setiap insan'

21 comments:

  1. sepatutnya muka ni la yang keluar dalam webcam ari tuh..kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. ok.. anda telah berjaya menjawab tag koi dgn jaya nya.. hehehe

    weh! bila nak belanja hipeng!

    ReplyDelete
  3. hehe~
    apa salahnye sekali sekali layannnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  4. hahhahaaa...aduh..imaginasi yg melampaui batas..smp aku lupa blog sape sebenanye nih..ahhrgghhh..

    ReplyDelete
  5. "owh. kau ambillah seberapa banyak masa yg kau mahu" -tom cruise

    ReplyDelete
  6. mr blind,
    hahaha..ye ye..ni aku ambik dengan webcam crystal eye tu la..haha

    alif,
    haipeng tak kemana..kau tu yg cbuk memanjang balik lewat aku bila2 sila contact saja

    hanis,
    ah..aku tau puak2 tu cuma nak pergunakan aku utk pengiklanan produk deorang. dia nak buat mcm iklan before n after la tu..sat lagi kalau aku jadi hensem laku la produk dia..
    dia cari aku sbb dia tau aku ada bakat model cuma x digilap je haha

    qaseh,
    tang mana yg imaginasi tu qaseh. cerita betul ni bukan reka. ke kau kata aku berangan nak jadi model? haha..bkn aku nak tapi dorang cari..tak best keje site jadi tak ensem dah aku. dulu aku ensem..haha

    yoshz,
    "eh, dulu kan ke encik tom cruise kata nak ambik saya berlakon dgn encik utk mi4. dah tak lama tu encik..
    jgn cancel kontrak belakon saya..
    ok, saya akan lebih rajin ke spa dan gym seperti nasihat encik" - dzul

    ReplyDelete
  7. ini dah separa normal

    ReplyDelete
  8. Hoh...
    haha...
    Bagus punye citer...
    Baik je flow...
    Boleh join venture dgn Rahimin ni buat novel...
    haha

    ReplyDelete
  9. pergh...ada gaya muka rajnikan hero sivaji the boss...ha haha ha ha haa kalau koi pun tak hingin...klau nak rasa penampor koi bleh laa...

    ReplyDelete
  10. owhh dulu ko ensem erk...ape buktinye???

    ReplyDelete
  11. aku kalau jurujual yang panggil aku, mampos aku buat keras. buat muka garang, dan taktik tu berhasil.
    hehe..

    ReplyDelete
  12. en.bibir,
    bukan setakat muka..pening kerja pn boleh bikin aku jd separa normal..huh

    redz,
    owh..kau menyedari cerita yg ada flow..tq..aku belasah saja..

    mi,
    huh..lee ming..itu lg satu kedekut..
    eh..aku dgr ah long sudah buka hardware?

    fadh,
    hoh..punya ramai org dia boleh pegi dekat aku..berasap juga..rasa mcm dah tak hensem..tp pikir2 balik tentu ada sbb dia suh aku..kulit aku mmg kerap kena mkn hari sbb duduk site..kes kulit aku je ok..

    umie,
    haha..n3 ni pn boleh jd bukti. dia tau aku ensem cuma kulit aku kusam kena mkn hari. bila dia cuci kalau jd berseri2..tu mmg muka aku yg asli..yg ensem beb..kahkahkah..

    xkn nk cr x ensem kang dh siap cuci pn x ensem gk..haruu..hahaha

    radius,
    aku pn buat garang gak..tp yg jenis merayu2 tu x sampai ati beb..tambah kiut lak..demeh mmg cekap pakai awek cun sesaje..cuba suh nyonys tua..mmg kena maki kat situ jugak..

    ReplyDelete
  13. peh, handsome juga abang kita ni yek?

    *ah x kire!lu belanja gua...

    ReplyDelete
  14. ada satu kali dulu gua dengan adik gua belek2 cari pencuci muka ke apa entah kat temrloh

    "cari apa ye bang?",makwe promoter.

    "tiub motor!",adik gua.

    perbualan tamat.

    ReplyDelete
  15. padel,
    moh..moh..takdehal..gua belanja, lu bayor

    poyotito,
    hahaha..mujur aok x ckap nak beli helikopter.

    ReplyDelete
  16. whoaaa...kerosi tu sudah jadi sesuatu yg rare. boleh nampak di spital2 je

    ReplyDelete
  17. gua tutp muka bkn sbb malu tp nak low profile je..hahaha

    ReplyDelete
  18. artsoul,
    oh ye ke..terima kasih..terharu saya..

    life,
    kerusi malas..entah la sapa yang malas..kerusi ke atau orang yang duduk kat kerusi tu

    ojie,
    gua tau lu suka nak low profile. tapi semua orang tunggu gamba lu tau x..

    ReplyDelete