Thursday, October 9, 2008

siapa yang disembelih?...

aku menyusup di celah-celah orang ramai yang penuh sesak. seolah-olah ada satu pesta pula. sebab badan aku kecil dan kurus, aku dapat juga menyelit di celah-celah orang ramai yang sedang berhimpit-himpit dan membentuk satu bulatan mengelilingi seorang penjual ubat dari tanah seberang. jelas loghatnya jawa. memakai pakaian hitam. bersama tiga orang pemuda yang bertindak sebagai pembantu. ubat-ubat yang dijual kebanyakannya berasaskan akar kayu dan minyak. ada juga satu khemah yang boleh memuatkan seorang berbaring di dalamnya.

ketika itu aku masih kanak-kanak. seingat aku dalam darjah tiga atau empat. aku dah ingat-ingat lupa. aku ke bandar jerantut bersama arwah ayah. memang seronok sangat sesekali dapat temankan arwah ayah ke jerantut membonceng di belakang motor honda lampu bulat.

penjual ubat keluarkan keris lama. kemudian dia carik-carikkan sehelai ketas surat khabar dan dikumpul di atas tanah. penjual ubat halakan hujung keris, serta merta api membakar kertas surat khabar.

penjual ubat tak duduk diam. pertunjukan sekecil itu cuma untuk menarik perhatian orang ramai. tujuan dia adalah untuk menjual ubat-ubatnya sahaja. ramai juga yang terpengaruh dengan cakap-cakap dia dengan membeli ubat-ubat jualannya.

kali ini penjual ubat ubah pula cara persembahan. dia mengikat tali penuh satu badan salah seorang pembantunya yang berbaju silat hitam. tak cukup dengan tali, dirantai dan dimangga pula. dia menyuruh pembantunya berbaring dan di tutup dengan khemah hitam yang dibawa.

selesai membaca mantera, tiba-tiba tali dan rantai yang mengikat seluruh badan dicampakkan keluar dari khemah hitam. peh, betul macam houdini.

aku tak berganjak. mana tahu penjual ubat nak buat pelik yang lain sikit. melayang macam david blaine ke. boleh juga aku tengok. memang aku suka benda-benda misteri dan pelik.

orang makin ramai yang berpusu. makin tegar melihat silap mata si penjual ubat. kali ni penjual ubat keluarkan satu pisau pemotong daging. dia beri pisau tu kpd salah seorang pengunjung. brader tu memang hampir dengan aku.

"Hah, cuba kau rasa ni.." arah penjual ubat.
Brader yang dekat dengan aku mata dah terkebil-kebil. sekejap dia tengok muka penjual ubat, sekejap dia tengok pisau pemotong daging..

"rasa?.."
"a'ah, rasalah.."

brader tu tak agak agak jelir lidah nak jilat pisau pemotong daging tu..
"hoi, aku suruh rasa pisau tu besi ke bukan..yang keu pegi jilat nak buat apa?.."

aku yang duk dekat2 situ dah macam nak pecah perut.
brader tu muka pun dah merah. malu tak leh nak layan dah..nak buat muka macho pun dah tak boleh sebab habis semua orang gelak.

"oh, macam tu ke?" kata brader tu. sambil ambil seketul batu jalan dan diketuk-ketuk kpd pisau tersebut.."ya, ya besi.."

"saya akan potong kepala pembantu saya yang ada dalam khemah ini. kepada sesiapa yang ada lemah semangat saya minta keluar dari kawasan ni dan jangan tengok.."kata penjual ubat..

"dan kepada yang tahu untuk memotong..saya minta tolong jagan buat. sebab saya cuma mahu buat persembahan.."sambung dia lagi.

si penjual ubat baca mentera sambil hulur pisau pemotong daging ke dalam khemah hitam dan memotong sesuatu..setelah selesai khemah hitam pun di buka..

memang betul kata penjual ubat..lebih separuh leher pembantunya telah ditancap pisau pemotong daging. pisau tu masih terlekat di leher dia. darah bercucuran keluar. muka pembantu dia dah pucat lesi macam mayat..

aku terkesima. cuba mencari sisi penipuan dalam persembahan si penjual ubat, tapi langsung tak ada cacat cela. semua yang melihat pun senyap tak bersuara..

"sebentar lagi saya akan potong habis dan angkat kepalanya dari badan. sesiapa yang ada lemah jantung sila jangan tengok... "

tiba-tiba satu tangan kasar memegang tangan kecilku. "jo, moh kita balik..dah lewat ni.."kata arwah ayahku. rupa-rupanya dia baru lepas bersembang dengan rakan dia. dia tak tengok pun silap mata penjual ubat..

"kejap la ayah..nak tengok lagi sikit.."

"tak payah la..jom kita balik.."sambung arwah ayah sambil membawaku pergi..

36 comments:

Wardrobe kita said...

alaaa...kesudahan dia??ermmm...

adeh..klaka..btl la,rasa ngan lidah..soh la pegang,baru betul ayat...

Hajime said...

dem...
xtau ek kesudahan die?
isk...

alif-mikail said...

ohoo..

Sambil pegang pisau mau sembelih tengkuk Dzul!

dzul said...

qaseh,
haha..betul la, aku yg kecik lg masa tu pun tak tahan nak gelak..dia dah nak jilat..hahaha

hajime,
nak wat macamane hajime..ayah aku ajak balik..mmg sebelum tu penjual ubat tu ada buat kat temerloh. dekat 5,6 orang pengsan tengok bila dia cabut kan kepala dari badan. itu yg aku nak tengok sangat. sayang jugak..tapi sekurangnye aku tengok pisau tu dah seoaruh masuk dalam leher. angker..

alif,
ish..jgn le semelih aku pulok..ni cerita zaman aku kecik2. sampai skang aku x nmpak org leh wat magic gini hehe..

Denanz ... said...

ishk ... boleh hantar dia ke Israel ni. buat persembahan betul baiknyer kat sana.

Ojie said...

alaaa xabes la pulak..aku pn dh ikut saspen baca citer nih..huhu..

Radius.F said...

cis.
tak abis rupanya.


aku penah tgk bomoh buat show. dia ckp dia boleh panggil puteri santubong.
aku haram tak pecaya bab2 main setan ni..

yoshz said...

kau tak takut ke tengok? dahla masa tu kau budak kecik lagi?

dzul said...

denanz,
betul la..agaknya kalau buat persembahan kat sana,mampus pulak bomoh jawa ni kena tembak..misti kena cop zalim sbb menyembelih..

israel takyah pakai puaka..sbb dia mmg dah puaka..

ojie,
abis kat situ je cik ojie oi..tak gamak aku nak menagada-adakan cerita sampai kepala tercabut.

sbb mmg arwah ayah aku ajak balik..tp aku tengok pisau tu separuh lekat kat leher..dada berombak lg..kalau orang mmg harus menggelepar mati dah..

radius,
kau tu dia cakap je..ni mmg dia buat. aku mmg nak tunggu kepala tercabut je tp ayah aku ajak balik. aku rasa takde trik cuma mungkin dia pakai setan sbb mentera dia aku dengar bercampur antara ayat quran dgn ayat tah hapa-hapa. lg satu dia minta tolong supaya org tak potong dengan ayat quran sebenar. kat situ dah jelas setan..

yoshz,
hahaha..aku tak takut. macam tu la. dari kecik mmg macam tu. kalau boleh aku nak pegi dekat nak cabut pisau tu. kalau kita lari lagi kita tak tau apa benda. masa tu terkebil2 jugak aku. aku rasa pakai jin la sebab pisau tu mmg kemas kat leher. kalau jenis utk trik filem mmg nampak sgt la. sayang tak sempat tengok potong habis je.

theblabber said...

lor..takde kesudahan ke citernye? eheh

poyotito said...

wei!!!
kat pasar malam jengka gua pun ada dulu ni beb!
siap ngan khemah2 tu la!!
tapi banyak bercakap je masa tu, gua pun blah.
silap timing betul...

dzul said...

miezi,
heheh..aku sempat tengok sampai situ je..tp tahap tu mmg kalau manusia biasa dah tak sempat ngucap dah..

urat merih pun dah putus beb..

poyotito,
haaa kan betul. ye la tu agaknya..
dia mmg pusing masa tu jual ubat. dia kata baru lepas buat kat temerloh..5,6 orang pengsan bila dia angkaat kepala tu..kata dia la, aku tak tengok sampai situ.

mmg dia kuat promot ubat dia..lepas 1 magic borak pungpang2..aku pn penat nk tunggu..
tapi ni bukan magik biasa..pakai jin tak pun antu setan..
dia boleh pulak campur ayat Quran dgn mentera tahpepe..

Redz da Tsar said...

aih...penipuan je tue...
takkn buat dlm kemah kot?

apa-apa pun, ko punye entri memang suspen..
haha

dzul said...

oh ye..lupa nak kasi tau..
tangan bomoh yang pegang pisau je masuk dalam khemah tu..bomoh tu tak masuk..
khemah tu kecik aje muat seorang baring..

mmg aku tengok tak ada ciri penipuan..mmg kesan potong pd leher ada..pisau kemas kat leher..takde rongga..kalau kata dia buat magic, mmg magic paling smart..david blaine pn kalah..

muka budak kena kerat pn pucat cam mayat..mmg lebih ke pakai setan aku rasa..entahla..kalau ko tengok pun mesti rasa pelik..

l.i.f.e said...

habis tu, ada lagi tak pertunjukkan tu kat jerantut tu sekarang?

Don Balon said...

D-z,
tempat koi pun dia ada datang..
tapi koi tak tengok sampei abis..
sebelum dia potong separuh tu pun koi dah blah.. lama sangat menunggu..
cuma pembetulan sket..
dia bukan indon jawa..
dia dayak..koi masih ingat lagi kata-kata dia masa tu..
apa pun mmanc koi stuju dia pakai setan atau jin..

aduhhh..kok angker bener entri kue kali ini bung Jul..peww!!

poyotito said...

hahaha
gampit don siap speaking jawa ke apa tak tahan tuh!!
kalau koi tau gitu la gayanya dia punya magic, memang koi tunggu sampai habis beb!
ralat betul..

Rahimin Idris said...

alah, dia potong tak pernah habis. selalu depan tandas awam lama depan KFC tu la dia buat show! hahaha

dzul said...

life,
hentah..aku ingat dah takde dah sekarang..zaman 80an dulu..

tp memang lepas tu aku tak jumpa dah..


don,
hahaha..duh, kau pn tak tengok gak mcm poyotito..kalau tak boleh jugak tolong backup fakta2 aku. aku ngat dia pakai jin antu setan..

paling jelas sebab muka budak kena sembelih tu pucat giler..takkan sempat nak touch up make up pulak..

hentahlah..kalau dia penipu mmg kena tipu la aku..tp kalau sihir mmg syirik jelas dah.

poyotito,
iyela..sbb tu aku nk tunggu gak sampai cabut kepala. sbb separuh pun dah real semacam..lagi satu masa dia guna keris tu mmg dia sentuh sikit je kertas srat khabar, dia punya api tah dtg dari mana abis terbakar kertas tu..bush!!gitu aje..

mi,
kau penah tengok ke?..iye ke dia tak penah potong sampai abis? masa tu aku tengok dia buat dkt area stesen bas bandar lama tu..bukan kat dpn tandas. arwah ayah aku mmg tak masuk pot benda2 mcm tu..tu yg dia bawak aku lari tu..dia takut sorok2 masuk dalam otak aku kot..hahaha

*sorok2=tahyul,karut-marut..

Umie said...

ala...apesal cite ko tergantung nih???

Unknown said...

ish tergantung ceriter ini... nak cabut rambut ajer rasa-rasa

dzul said...

umie, ibrahim n,

hehe..tensen kan..aku pn tensen..takpe la, pepehal aku tengok gak skit..

Don Balon said...

Pollito..
aok suruh bung Jules translate..
hehe

azlishukri said...

salam lebaran.

Yana Ismail said...

uhuhu..apa sudah nye ek?khusyuk btol tgk silap mata..hihhi

dzul said...

don,
lho..kue jugak nggak ngerti in dong..

azli shukri,
salam juga untuk kau..

princess,
ha'ah khusyuk..sampai tak sedar hari sudah petang..hehe

Darab Dua said...

rugi ni lu tak tgk smpi abis.
gua ingat klu lu mengamuk guling2 atas jalan nnt abah lu kasi chance lu tgk smpi abih ni.

Rajuna said...

aku penah tengok orang ngubat mcam ni. tapi part sembelih tu tak de la pulak aku tengok.
ini dah standard ala2 gore ni!

fadzil hafiz said...

gua stail2 sembang sambil jual barang nih mmg x layannn beb!!!xde feel lah...haha...

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit. apa la cerita tak habis. potong stim betul. kahkahkah.

Fadh Rahman said...

aku baru baca dalam mastika semalam...ada brader tue boleh buat magic...dia kata ada magic yang david blaine, david couperfield mahu pun penjual ubat citer ko nie takkan boleh buatnyer sampai bler2...magic tue klau ko nak tau...gie bei mastika november dan baca...he he he...

man_helang said...

bro...kat pasar chow kit pun ade wat...abg ipa aku cite...tp sebelum dia semelih dia bg amaran jika ade sesiapa yg nak cube2 'potong' ilmu dia sila blah, dia mcm leh rasa ade yg cuba pedajal dia...tak tau plak aku org yg sama ke tak ngan org yg ko cite tu...

dzul said...

darabdua,
aah..tapi aku bukan jenis budak yg ngamuk2 gitu..

rajuna,
aku bukan kagum sangat orang jual ubat open2 mcm tu..tp skali tu je aku jumpa yg buat magic..kalau jual air liur aku pn malas tengok

padel,
aah..aku pn malas nak tengok sampai lama mcm 2, cuma x sengaja sbb arwah ayah aku tgh duk bersembang. aku busan2 lepak la situ..sampai skang aku x ambik pot pun jenis org jual ubat mcm ni..

farid,
ah, sori..sbb aku x tengok abis..kena cerita sampai situ je la..

akumasihdisini,
aku blum baca lg nih..nnti aku usha kedai mamak depan nu..dah ada kot hari ni..kena beli ni

man helang,
sembelih aku tengok tp abang ipar kau cerita kepala tu tercabut tak man? tercabut tak? kat situ je yg aku termiss..kalau tercabut betul la dia cakap 2..pakai setan la tu..

Don Balon said...

woi update woi....

notakakidanmulut: terpaksa jerit kat sini sebab koi tak jumpa shoutbox..

mrblind said...

ceh..potong betul la..x dan nak klimaks.

Daus said...

gua paling bara bila baca cerita tak habis ni..baik lu habiskan cerita ni beb..