Dia..Tok Imam Saabi. Dia ustaz tempat kami kanak2 dalam kawasan felda mengaji. Maka, kami pun akan ke rumahnya setiap selepas Maghrib. Ramai sungguh kami mengaji di rumah Tok Imam Saabi. Berkumpul dan kadang-kadang santak sampai pukul 10,11 malam barulah kami pulang.
Iya.. Tok Imam Saabi bukan setakat mengajar mengaji Muqaddam dan Al-Quran. Selepas semua muridnya yang mencecah hampir 40 orang itu habis mengaji dia akan mengajar tajwid pula. Kamu rasa tajwid mudah kah? cukupkah idgham,ihfaq,mad wajib..sebenarnya banyak lagi..dan aku sempat belajar tajwid dengan Tok Imam Saabi sehingga setakat yang tidak tercapai dalam kelas di sekolah. Tapi sekarang sebahagian besarnya dah hilang dari otak aku seperti angin lalu.
Entahlah, sekarang pun masih ada lagikah ustaz yang sehebat Tok Imam Saabi?. Serajin dia mengajar tajwid dan bukan sahaja setakat mengajar mengaji? Tok Imam Saabi tak minta wang dari kami atau dari ibu bapa kami. Maklumlah peneroka felda bukanlah orang senang..
Tapi Tok Imam Saabi sudah lama pergi mengadap Ilahi. beruntung juga aku kerana dapat menyambut mayat arwah didalam liang lahad beliau. Kami bertiga yang menyambut itu semua anak muridnya. Aku di tengah. Kami buka kain kafan di bahagian mukanya dan miringkan badannya mengadap kiblat. Merapatkan hidungnya supaya mencecah tanah. Selepas selesai urusan itu. Orang yang dari atas kubur pun mencurahkan tanah ke dalam lubang kuburnya dan kami naik ke atas sedikit demi sedikit seiring dengan tanah yang semakin memenuhi kubur sehinggalah kami lolos ke atas. Begitulah. Dan Tok Imam Saabi pun ditalkinkan..
Ah..banyak kenangan aku selama aku menjadi anak didik Tok Imam Saabi..
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
al-fatihah..
kira dah boleh jadik penganti allahyarham dah aok ni..
garang tak arwah tok imam saabi tu..
sy pun ade atok ajar mengaji masa kecik2 dulu.tp kan, masa tu sy pindah rumah..jaoh..terus sy tak dengar cerita atok tu. :(
ntah ada lg ke tidak.kalau ada, sy mahu kucup tangan dia sama mcm sy mengaji dgn dia masa kecil2 dulu. dah 11 tahun sy tak jumpa dia.
apa kata aok bukak sekoloh pondok. bagus tu. memanjangkan ilmu yang baik.
salam
hari ini ramai gak yg tau baca quran cume... tajwid berterabur... org mcm awak lah kene buat sesuatu... jgn bia ilmu yg tok imam saibi ajar trus berlalu ... isk syg kan...
Nun mati bertemu ba'.
Haa apa hukumnya?
Innalillahi wainnailaihirraji'uun..
Koi setiap kali org post pasal kematian koi teringat akan ayoh koi (dan ayoh John Doe jugek)..
apapun, jadi ustaz atau cikgu ni mulia..
pahala ilmu berangkai-rangkai macam sistem piramid..
D-z, aok kena ajor lima nam orang budok2 sambil tunggu makan malam..
aok bujanc lagi mudoh nok ejas time.. :)
moga2 roh nye sentiase ditempatkan dlm golongan org beriman...
john doe,
iye..alfatihah juga
alif,
hmmh..sayangnya aku dah lupa banyak..aku pun jahat. org jahat x boleh mengajar
mrblind,
owh mesti la garang kalau tak mcmana nk jadi guru mengaji.
farah,
seronok mengaji dengan berguru sbb biasanya lengkap dengan tajwid sekali. itu yg paling penting
rahimin,
x ramai dh yg nak mengajar bebudak mengaji skang. kalau ilmu x mantap jgn oo..susah nk dpt bacaan betul. aku?..hahaha..lupa habis dah
manje,
mmg sayang sebab ilmu tu mmg dah byk yg hilang pun..syok masa kecik2 belajar nih..sbb otak boleh serap lg..skang ni sorok2 dh byk masuk otak.
yoshz,
iqlab, hah sebutkan huruf2 ikhfa'?
don,
nak suh aku mengajar?..haih..x logik la..sampai bila2 pn aku takleh setanding tok imam saabi tu woi. betul la ni yg org kabo pahala berangkai.
karkadewa,
begitulah..dan begitu juga lah untuk yg dh dahulu pergi
woo.. untung rasa dpt berbakti pada tok guru cmtu.. sekurang2 ada juga sumbangan kita..
owh, aku suka jengka dan kawasan2 sekitarnya. walau disebaliknya ada byk cerita tak elok tentang anak2 mudanya. tapi kini, peneroka felda jengka tak sama macam zaman aku di uitm dulu. bandar pusat pun dah jauh berubah. kan??
nak jadi tu guru ngaja ngaji ni mmg mencabar. mak aku yg sedang mengaja ketika komen ini di taip pun sedang bergarang dengan budak2. kalau tak keluar kata2 yang menyakitkan, susahlah budak2 tu nak ingat. tapi mak aku tak lah ajar sampai tajwid semua.
haih, teringat jaja. seorang awek yang kerja sebelah partition aku dulu. dia yg mengaja tajwid pada aku. haha..tkde sape tahu, kami siap bukak ayat2 al quran dalam buku nak cari contoh2 idgham semua.
haih...mane lagi nak cari org yg tahu tu semua?
Post a Comment