Monday, January 5, 2009

Krek..krek..kreeeekkk..

Tiap-tiap hari kalau keluar bilik, bos mesti tutup pintu. Benda-benda lain mungkn dia lupa juga. Tapi kalau kerja dah selesai. Keluar bilik saja dia akan tutup pintu kemas-kemas. Tutup yang aku maksudkan bukan sampai berkunci bermangga. Tutup biasa-biasa saja. Sampai berbunyi keletak. Macam tu la bos tiap-tiap hari.

Suatu petang yang damai. Ah, petang di Jerantut mmg damai..hehe. Macam petang yang lain juga. Petang yang mana kedamaian itu milik warga Jerantut sahaja dan bukan milik aku. Nak damai apa lagi kalau esok meeting, hari ni report meeting blum siap lagi. Maka kelam kabutlah aku menyiapkan report meeting. Mana nak susun gambar, mana nak buat cpm, mana nak fotostat.

Jam dinding merah dah menunjukkan pukul 8 malam tapi aku buat bena tak bena saja. Apa kaitan malam dengan report? Kalau esok pagi baru nak terkial2 hah sapa nak menjawab?

Hampir pukul 9 malam baru semua kerja siap. Giler. Semua report kena buat 10 copy. Baru lega hati aku. Berbaloi lepak kat opis sampai dekat 9 mlm.

Aku tutup semua lampu.. lampu tandas,lampu lampu bilik tengah dan lampu ruang rehat. Cuma lampu bilik bos aku tak tutup. Bilik dia dah sedia gelap sebab semua lampu, aircond dan pintunya dah tertutup rapat dan berbunyi keletak.

Akhir sekali baru aku tutup lampu ruang kerja. Semuanya gelap. Baru saja aku buka pintu utama untuk keluar ke anak tangga, tiba-tiba..KELETAK..krek..krek..krekk..

Aku pasang telinga. Terus melingas ke kiri memandang pintu bilik bos. Krek..krek..krek.. dalam samar-samar kegelapan ruang itu aku melihat pintu bilik bos terbuka dengan sendiri.

Kaki aku kejang. Tangan yang sedang memutar tombol pintu utama dengan keadaan pintu yang telah terbuka sedikit aku tutup kembali. Aku buka lampu ruang kerja. Terus menghala ke pintu bilik bos yang hampir separuh terbuka. Dalam debar yang bertalu aku tekan suis lampu bilik bos..hening..tiada kelibat makhluk hidup..kiri kanan..atas bawah. Belakang meja, bawah meja pun tiada.

*****

Kereta aku menderum meninggalkan ruang parkir pejabat..menerobos kabus yang mula menyelimuti ruang selepas hujan gerimis. Wap-wap putih berkepulan keluar dari aspal hitam. keretaku laju menerjah kepulan wap putih dalam sorotan cahaya lampu yang samar-samar..

Seekor puaka bermata merah bergigi runcing menyeringai memandangku dari dimensi yang lain..

Benarkah?..

30 comments:

RY said...

bia benau.

aku into ngan cite antu nih.

dzul said...

razor,
betul la razor..masa aku buka pintu nak kuar tu tetiba pintu bilik bos terbuka sendiri padahal angin tada ribut tadak..hampeh kan

teori aku-
1. pintu mungkin tak tutp kemas betul..(berjam2 duduk buat keje x tebuka pulak?..hentah)
2. gegaran akibat aku buka pintu..(hampeh je nak gegar apa dah dinding bata)

adahmok said...

uihh, braninye pegi jenguk..
klo aku dah lama pecuttt..

Umie said...

aku dulu2 pun suka stay back keje sampai kul 9 - 10 mlm...kenkdg tu x sedar dah lewat...berani ko erk pi jengok balik...kalau aku dah pecut mcm usain bolt dah..kekeke

ierma said...

errr.....btoi ker...
pintu men2 ngn awk kuttt...hehehe
(tetibe ase seram lak)

Anonymous said...

jeng... jeng... jeng....

Daus said...

lu biar betul beb..lu ni suka letup misteri..

mrblind said...

gila lu up citer hantu..kang gua dah terbaca..cilakak lu dzul..

Anonymous said...

tak takut.....hantu

takut HANG 2 aje. hantu kepala hitam

yoshz said...

Teori aku:
Kau duduk lama dalam opis. tekanan udara dlm opis constant.psl isipadu udara adalah sama je.Isipadu udara berkadar terus dgn tekanan.
Tekanan udara dlm opis: A

Tekanan udara dlm opis bos juga sentiasa constant. psl takde orang dlm opis bos. Tekanan udara dlm bilik bos : B

Aku assume bilik bos lagi kecil dari opis.Jadi isipadu udara bilik bos lagi kecil dari opis.

B lebih kecil dari A

Bila kau bukak pintu opis, sikit udara akan keluar, jadi tekanan opis akan kurang sikit. Udara dlm bilik bos akan tendang pintu bilik bos sikit akibat perbezaan tekanan.

Note: Sifat semulajadi zarah untuk sentiasa menyeimbangkan tekanan. Contoh:Air empangan, bayu laut etc

Benda ni selalu jadi bila aku bukak pintu bilik aku. Pintu bilik air dlm bilik akan terbukak sendiri. masa 1st time aku cuka la jugak.

dzul said...
This comment has been removed by the author.
Don Balon said...

pergh yoshz..
koi setuju..
padat dan saintifik.
Koi masa student dulu suka tengok langsir bilik koi mengerbang setiap kali koi bukok pintu bilik..
palabra clave: Diferencia de presiĆ³n!

dzul said...

adadah,
kena tengok jugak. kalau tak tau sebab apa nnt takut x sudah2 pulak. ulasan di bawah

umie,
aku suka tengok walaupun dada berdebor jugak..mcm scene filem seram la. ulasan di bawah

ierma,
btul la takkan aku nak tipu..ulasan di bawah

hanis,
haha mari kita siasat..ulasan paling bawah

daus,
betul la daus. takkan nak tipu kau. ulasan di bawah

mr blind,
bukan cter hantu. misteri nih. ulasan di bawah

just me,
hang takut kat cek ka?..cek bukan antu walaupun la ni byk antu pala itam. ulasan di bwh

yoshz,
pergh. tima kasih bebanyak la wei. kat bwh ada ulasan ttg teori kau.

don balon,
jgn puji lebih sgt yoshz ni. kalau dia betul pun buat relek je.

kalau boleh bangkang aje dan beri teori baru. gunakan apa yg kita tahu macam teori kinetik jirim atau teori keabadian tenaga e=mc2.ego kena jaga. lepas tu hentak talipon.

dzul said...

ULASAN

kisah ni mmg betul2 jadi kat aku dulu. memang cuak juga tiba2 pintu terbuka sendiri serentak dengan aku buka pintu ofis. aku beranikan diri cek pintu tu. memang dah terbuka sendiri. aku cek memang tak ada siapa nak usik aku.

besoknya aku cuba sekali lagi buka pintu ofis tp pintu bilik bos tak pula terbuka.

aku ada juga kaitkan dgn perbezaan suhu dalam bilik sbb bilik ofis beraircon tp bilik bos tidak. pun pintu tak terbuka sendiri.

gegaran dinding mmg tak boleh pakai.

cuma aku mengandaikan pintu bilik bos tak dikunci dgn betul. mungkin juga pengunci tak masuk ke dalam lubang dengan sempurna.

secara logiknya, teori tekanan oleh yoshz aku terima sebagai teori dan hujah yang paling tepat.

tq sbb dpt selesaikan misteri ni. macam detektif conan la kau. hahaha.

iyelah..cuma orang yang pernah alami saja yg tahu hal ni mmg boleh terjadi. samada aku, yoshz dan don pernah hadapi situasi yg mmg seram2 sejuk ni.

bezanya aku kena waktu malam gelap, sunyi dan seorang diri. tentulah aku yg paling saspen kut. hahaha.

eiza in the house.. said...

eee..takotnya...

Radius.F said...

woi, bab mata merah tu betul ke?
hehehe

man_helang said...

hasil impak dr ko tutup pintu kuat2 tu bro...udara jd kedap, so secara tak langsung udara tepu di sekeliling akan termampat dan terbentuklah satu gelombang yg dipanggil hapa tah...ha ha ha, aku hentam jek...

Its me said...

hantu tok dali akan menyerang

jaga jaga

Fadh Rahman said...

emmm...hantu raya peliharaan bos awok tue...

alif-mikail said...

wa.. puaka ni yang merapik..

er.. jangan lupa janji temu anda.. ehehe

BudAk hijAu said...

wei..ending buat la kelakar sket!!
seram kot aku selalu blk lmbt...

haih~

dzul said...

eiza,
itu laa..lenkali jgn sepak pintu bila merajuk

radius,
betul la..benda tu tengah melekap kat siling betul2 atas kepala kau skang. cuba kau dongak atas kalau x caye.

man helang,
kalau pintu taknak buka jugak macamana?

che mie,
hish, jgn disebut2..takutnya rasa nak tido bawah katil

fadh,
hahaha..ni mesti jenis yg pandai menaip n boleh tiru tandatangan.
mungkin juga ada pakai spek

alip,
ops..malam ni ke? sungguh aku lupa hari apa..aku nak try tengok la..dia boleh tenggek atas beranda kan?

dzul said...

budak hijau,
hahaha..jgn buat pasal stay lama2 kat opis..kau bukan tau opis kau tu bekas apa dulu..hahaha..sori..
jgn la seram2 sgt wei..

BudAk hijAu said...

wei..mulut lu capoi bai..
aku xbalik lg nie...

demit!!

a.b geldofg said...

hbt juga ko crita ko..kalah aku hehehe..salam bro

dzul said...

budak hijau,
haha..laa takkan kau sorang je kot kat situ..baca la ayat kursi banyak2

ab,
pengalaman aku kurang..berputar kat kampung je..kau byk pengalaman duduk kt luar n jumpa ramai org, kongsi la cerita ngan kengkawan..hehe

a.b geldofg said...

insaallah...rajin2lah kita bkwan2

dzul said...

ab,
nampaknya macam tu lah..haha

rose emely said...

hmmm menarik jugak pengalaman nih. aku pun slalu lepak lelamer kat ofis...tapi takder laa smpi malam. takat maghrib jerk laa. penah gak bunyi2 pelik keluar...tapi takder laa nak pi riki2 aper kebendalah nyerrr...trus cpai handbag n kunci...n cabutttttttttt. pc pun tak off...

dzul said...

rose emely,
bunyi2 di ofis terhasil dari tindakbalas akibat penggunaan aircond dan bilik yang berkuap sbb diguna sepanjang siang..bila mlm suhu n tekanan berubah tu yg bunyi mcm2..aku yg kena pn seram gk..tp xde pe lah..