Tuesday, March 9, 2010

Kisah Rakanku Yang Terkena Diabetes

dua tiga hari ni aku nampak ayi jalan terhencut-hencut. muka pun berkerut menahan sakit namun gagah juga dia mengambil data yang menjadi tugasnya di rumah pam itu. semalam aku tanya kenapa dia begitu. macam tak sihat. agaknya macam tu la kawan. kau akan rasa sedikit risau bila lihat dia dalam kepayahan. walau pun tidak diberitahu.

"aku kena kencing manis, "kata ayi. menung. "semalam aku pegi cek klinik. naik 15 kata doktor. kau tengok ni kaki aku luka tiba-tiba." sambung dia lagi sambil menunjukkan kesan luka di bahagian betis yang dibalut kain.

ayi yang ceria selalu, semalam aku lihat kurang senyumnya. namun digagahi juga untuk melawak denganku tentang kehidupan. dia berumur 46 tahun namun sebelum itu aku menjangka umurnya sekitar akhir 30an kerana wajah dan sikapnya yang nampak muda.

"kau selalu minum manis ke ayi. "aku memecahkan buntu.

"tak la juga tapi mek aku selalu buat air manis kat rumah. sampaikan aku yang tiada keturunan kencing manis boleh kena penyakit ini. mek aku ye. mak dia ada kencing manis." ayi menung lagi sambil mengaduh sakit.

"entahle ayi. kencing manis bukan sebab keturunan sangat kut,tapi pemakanan. mungkin juga ia dianggap penyakit keturunan sedangkan hakikat sebenarnya adalah mengamalkan makanan lebih gula dalam gizi keluarga. ini termasuk dalam penyakit keturunan yang dicipta. "itu pendapat orang lain yang aku rasa boleh diterima kerana ada benarnya.sengaja aku kongsikan dengan ayi.

sambil itu aku membelek-belek tangan ayi yang semakin kurus. tulang bahunya juga sudah kelihatan sepertimana pesakit diabetes yang lain. aku menung sambil mengenangkan tahap kesihatan diri sendiri di hari muka.

seperti biasa di restoran albaik pagi tadi.. "boh, awak mau teh tarik kurang manis kan.."tanya mamak albaik seperti hari-hari yang lain aku ke situ..."ya, kurang manis tau".

8 comments:

Tengkolok Hitam said...

segala-galanya perlu kurang manis..tapi muka perlu sentiasa manis..tak mahu kurang haaa....hehe

jha said...

mengharap kepada Nya dan janganlah takut selain kepada dosanya.

dzul said...

tengkolok hitam @ din
misti manis din..time meeting je boleh la nak kelat2

jha,
ya betul, kekadang dalam sibuk kita mengejar duniawi sampai terlupa dosa2 silam dan akan datang..biarlah kesihatan tu memudahkan ibadat harian hendaknya kan.

MakcikMuda said...

ciss! dahlah memang aku suka makan benda2 tak berkhasiat. hmmphhh~

mr.kordes said...

assalamulaikum.salam kenal!

kome mmg sokmo mintok kurg manis.takut juga.berjaga2 org ckp//...=)

mazru said...

salam..

bahaye amat kencing manis ni aok..

Raf said...

ESULIN diuji secara Saintifik, khusus membantu pesakit atasi kencing manis, melalui mekanisma penurunan glukos yang unik.

Ia membantu meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin dalam usaha memperbaiki keadaan Rintangan Insulin yang dihadapi pesakit kencing manis.

Sila hubungi 0163367814

mangsadut.com said...

artikelnya sangat menarik
http://www.kangalip.com/