Wednesday, September 22, 2010

Antara Nafsu Dan Simpati

Pada gua Kuala Terengganu yang mana tempat gua port sekarang ini masih belum layak digelar bandaraya apatah lagi kota metropolitan. Belum ada ciri bandaraya pun jika dinilai dari kacamata seorang rakyat marhaen macam gua atau rakan-rakan yang pernah juga gua bertukar pendapat mengenainya. Entah kenapa ketika pemerintahan mantan MBnya yang terdahulu, bandar ini telah dinobatkan sebagai bandaraya. Itu isu yang gua masih belum mengerti.

Namun demikian, satu-satunya realiti yang tidak dapat dinafikan adalah kaum wanita warga Kuala Terengganu ini rata-ratanya berwajah bulat, comel dan ayu yang kadangkala tergugat juga iman apabila dilihat pada waktu malam. Member gua masa kerja kat Jerantut pernah kata..perempuan ni ada yang cantik waktu malam. Ada yang cantik waktu siang dan ada juga yang berseri-seri bila baru bangun pagi. Kalau tak percaya lu cek sendiri betul ke tidak.

Balik dari tarawih di masjid putih tiga hari menjelang raya. Gua dan Lie bergegas ke tepi pagar berhampiran jalan besar selepas Lie parking kereta merahnya di garaj rumah flat blok orang. Ketika tiba di tepi pagar tersebut, kami cuma bersidai dengan menggayutkan tangan di chain link pvc coated yang menjadi pemisah antara kawasan rumah flat kami dan jalan utama itu. Orang ramai sudah berpusu-pusu. Macam semut menghurung gula-gula yang budak-budak luah sebab tak larat nak makan sampai habis.

Gua tertenjet-tenjet sambil memanjang-manjangkan leher seperti seekor zirafah di sebalik pagar zoo. Lie tak perlu tenjet. Dia memang sudah sedia tinggi menggalah sejak gua kenal 2-3 minggu ini. Samada dia sudah sedia tinggi sejak azali atau baru-baru ini sahaja tidak pula gua periksa. Bukan apa, ada kawan gua cakap, seorang budak junior tingkatan 4 masa kami sekolah kuantan dulu bukan main kecik tapi sekarang sudah tinggi dari kawan gua tersebut. Misteri bukan.?

Dalam kekalutan itu, gua nampak 2 sosok tubuh di atas jalan tersebut sedang dikerumun oleh orang ramai yang seolah-olah sedang menonton wayang percuma. Satu sosok sedang terlentang di atas riba sosok yang satu lagi. Suasana kecoh. Manakan tidak, 2 sosok itu adalah sosok awek seksi yang eksiden motor dengan kereta. Samada kedua-duanya cedera serius gua tak pasti, namun demikian tidak nampak pula darah bertaburan di sana sini.

Di bawah tiang lampu tidak jauh dari sosok awek seksi. Gua nampak seorang remaja lelaki yang turut terlibat dalam kemalangan dan agak berat kecederaannya sedang merintih kesakitan tetapi tidak dipedulikan oleh orang ramai.

“Abang..abang..dia dah mati ke..?” Tanya seorang kanak-kanak seusia 5 tahun di sebelah gua sambil menunjuk ke arah remaja lelaki tersebut..”dulu abang saya pun eksiden juga tapi tak mati..” sambungnya penuh prihatin sambil mata berkaca.

Dalam samar-samar lampu jalan gua gelak kecil sambil merenung ke dalam diri sendiri.

Thursday, June 10, 2010

tidak perlu percaya..

apabila rozi menyatakan bahawa dia pernah terserempak hantu di sebuah taman rekreasi hutan simpan di jerantut, aku tiada alasan lagi untuk menyangkal. rozi yang aku kenal itu jauh lebih boleh dipercayai kata-katanya berbanding obama mahupun perdana menteri israel benjamin netanyahu.

lagi pun kawasan yang diceritakan rozi tersebut jika ada pengkaji yang berpegang kepada fahaman taksub buta rasanya boleh dibuat satu jurnal hantu jika rajin mencari perawi-perawinya. macam-macam hantu orang dah jumpa. hantu kaki berakar pun pernah muncul menurut riwayat2 yg mashyhur.

walaupun tiada gambar atau rakaman kewujudan entiti tersebut, aku cuba mengkaji situasi berdasarkan cerita. menganalisis seterusnya menterjemah dalam peta minda kisah yang dipaparkan rozi.

****

"waktu itu hari sudah beranjak ke malam, aku memang takut suam-suam kuku juga apabila mengenangkan terpaksa melalui jalan kawasan taman rekreasi hutan simpan tu..tapi terpaksa juga sebab tiada jalan lain dan site pula kena overtime sebab kerja konkrit.."kata rozi sambil menghirup teh tarik yang masih lagi panas berasap..

"masa balik malam tu aku dah takut dan menggeletar. tingkap kereta aku tutup kemas-kemas sambil baca serba sedikit ayat sebaik saja melalui kawasan panas tersebut.." rozi bercerita dengan tekun dan tenang seolah2 mengingati setiap inci kejadian misteri tersebut.

"masa tu aku pakai kereta ni la.."kata dia lagi sambil menunjuk iswara putihnya itu. sekarang dia sudah pun jual pun iswara itu dan memandu kereta baru. entahla..lama sungguh aku tak berjumpa mamat kelantan itu selepas aku berpindah kerja dan dia pula berpindah ke raub. entah apa khabar dia sekarang.

"lepas tu..?"

"kawasan hutan simpan itu kan ada korner sikit-sikit..elok pula tak ada sebuah kereta pun lalu masa tu..tiba-tiba.."

"tiba-tiba apa.."

"zrasss..dia lalu melintas kereta aku.."sambung rozi sambil tangannya digayakan seperti benda sedang terbang dan melayah turun..

"apa benda..?"

"tak tau.."

"pontianak kut tak pun langsuir..pakaian putih dan nampak rambutnya panjang berjurai.."

"cilake seram siott.."

"lepas tu zass sekali lagi dia melintas depan kereta aku dekat dah dengan bahagian bonet..lepas tu hilang dalam gelap malam susup-sasap dalam hutan tu..aku nyaris terbabas..malam tu aku demam panas. tidur tak lena..3 hari aku ambil m.c.." cerita rozi mengakhiri perbualan kami malam itu..

kami sebenarnya baru balik dari site projek klinik di chebong dan singgah sebentar untuk minum di bandar jerantut

..selepas melihat sebuah kubur berlubang bersempadan tapak projek, kami putuskan untuk pulang segera ke jerantut,heheh..

sebenarnya ada beberapa persoalan di sini -

1-hantu spesies pontianak/langsuir sering dilihat berpakaian putih..mana dia dapat kain ye..n macamana dia tahu keperluan terhadap pakaian..

2-rambut panjang dan hitam..kenapa tak botak..atau beruban..maksudnya ada unsur2 biologi dalam badannya.

3-boleh terbang..bagaimana hantu mencipta daya tujahan..jika perlu bantuan angin bermakna ia ada mempunyai jasad..tenaga apa digunakan utk mengangkat badannya supaya terbang..

persoalan2 ini aku ajukan kepada rozi selesai dia bercerita dan aku anggap hantu tersebut adalah sejenis helang atau burung malam..namun demikian ia mendapat bantahan dari beliau yang melihat dengan mata kepala sendiri dan terpaksa pula menanggung demam 3 hari..

Tuesday, March 9, 2010

Kisah Rakanku Yang Terkena Diabetes

dua tiga hari ni aku nampak ayi jalan terhencut-hencut. muka pun berkerut menahan sakit namun gagah juga dia mengambil data yang menjadi tugasnya di rumah pam itu. semalam aku tanya kenapa dia begitu. macam tak sihat. agaknya macam tu la kawan. kau akan rasa sedikit risau bila lihat dia dalam kepayahan. walau pun tidak diberitahu.

"aku kena kencing manis, "kata ayi. menung. "semalam aku pegi cek klinik. naik 15 kata doktor. kau tengok ni kaki aku luka tiba-tiba." sambung dia lagi sambil menunjukkan kesan luka di bahagian betis yang dibalut kain.

ayi yang ceria selalu, semalam aku lihat kurang senyumnya. namun digagahi juga untuk melawak denganku tentang kehidupan. dia berumur 46 tahun namun sebelum itu aku menjangka umurnya sekitar akhir 30an kerana wajah dan sikapnya yang nampak muda.

"kau selalu minum manis ke ayi. "aku memecahkan buntu.

"tak la juga tapi mek aku selalu buat air manis kat rumah. sampaikan aku yang tiada keturunan kencing manis boleh kena penyakit ini. mek aku ye. mak dia ada kencing manis." ayi menung lagi sambil mengaduh sakit.

"entahle ayi. kencing manis bukan sebab keturunan sangat kut,tapi pemakanan. mungkin juga ia dianggap penyakit keturunan sedangkan hakikat sebenarnya adalah mengamalkan makanan lebih gula dalam gizi keluarga. ini termasuk dalam penyakit keturunan yang dicipta. "itu pendapat orang lain yang aku rasa boleh diterima kerana ada benarnya.sengaja aku kongsikan dengan ayi.

sambil itu aku membelek-belek tangan ayi yang semakin kurus. tulang bahunya juga sudah kelihatan sepertimana pesakit diabetes yang lain. aku menung sambil mengenangkan tahap kesihatan diri sendiri di hari muka.

seperti biasa di restoran albaik pagi tadi.. "boh, awak mau teh tarik kurang manis kan.."tanya mamak albaik seperti hari-hari yang lain aku ke situ..."ya, kurang manis tau".

Monday, February 1, 2010

Cerita Zaman Dulu - Somak, Lagenda Yang Hilang

1988-darjah 6

Budak gelanggi 1 dengan gelanggi 3 memang pantang jumpa. Kalau jumpa mesti nak berambat. Dari kecik bawak ke besor. Budak kecik cara budak kecik. Budak besor dia punya feel samapai bawa buku lima, rantai moto, nuncaku, kayu besbal. Pendek kata bebudak gelanggi 1 dengan 3 serupa anjing dengan kucing. asyik nak berbalah.

Zaman tu sapa yang tak kenal Somak memang cari nahas. Satu gelanggi kenal. Dia anak peneroka gelanggi 3. Aku kenal macam tu aja daripada kisah keganasannya yang tersohor. Lagipun dia geng belia manakala aku budak sekolah rendah lagi. Somak dikatakan penah bertumbuk dengan 5 orang budak pulau tawar dekat gua gelanggi secara lump sump. Masa tu budak gelanggi dah habis lari lintang pukang. kalah teruk. Mana sempat capai je nak selamatkan diri.

Bila kawan2 dia dah habis lari. Tinggal Somak seorang. Semangat serupa ultraman. Tapi akhirnya Somak kalah teruk kena belasah. Ini semua bukan salah dia. Dia bukan pengalah. Kawan2 gelangginya yang cabut lari awal sebab penakut. Cerita ni takkan dilupa budak2 kampung yang sebaya atau lebih tua dari aku dari dulu sampai sekarang. Semangat Somak yang mirip ultraman itu sentiasa mengalir dalam diri kami. Kiranya dia satu-satunya lagenda gelanggi yang masih hidup.

****

Petang itu lepas kelas sekolah agama, aku dgn beberapa orang kawan merayau dengan basikal lalu area gelanggi 3. Kawasan yang diharam jejak kepada budak gelanggi 1. Memang kami saja2 cari nahas. Entah geruh apa. Aku dah tak ingat projek jalan2 ni idea bodoh siapa tapi aku bagi Pendi bawa basikal manakala aku duduk seat belakang. Kawan2 aku yang lain mengikut dari belakang.

Sampai di jalan sempadan, tiba tiba sorang demi sorang member aku memintas. Bukan main laju macam kena kejar pontianak. Saipul Nizam Hamrin, Riduan Baharudin, Roslan Hamid pun tak kalah memecut. Aku terkesima. Kaget juga disaat2 musim bergaduh antara kampung masih belum berakhir. Aku syak budak gelanggi 3 sudah kejar sama kami.

Aku toleh belakang. Memang sah. Dekat 10 orang budak gelanggi 3 dah hampir dengan basikal aku dan Pendi. Muka masing2 serupa gampang. Cilaka Pendi, jenuh aku suruh dia pecut buat selamba aja. Member2 yang lain pula dah tak nampak bayang. Ni karang apa crita 2 lawan 10. Tak PKR langsung macam gini.

Budak gelanggi 3 kepung kami berdua. Pendi buat muka selamba..

"Ko kenapa lalu sini?" Dia punya leader tiba2 menyoal sambil juih2 bibir macam orang tua tengah menyongel.

Aku dengan Pendi senyap. Macam tengah tunggu penumbuk melayang. Aku ambil kesempatan fikir idea terbaik perlukah dibagi tendangan tanpa bayang sahaja mamat juih bibir ini biar dia ingat sampai mati.

"Saja.." jawab Pendi sepatah..

"Ko ni bukan adik Jelani ke? tanya sorang dari geng gelanggi 3. "ha'ah.." kata Pendi sepatah juga..

"Jom weh, kita blah..sori le weh aok!"
Peh..syahdu.

"Pendi, kenapa mereka blah macam tu je..?" soalku inesen.

"Abang aku..dia kawan baik Somak.." balas Pendi 6 patah akhirnya merungkai misteri yang bermain di benakku.

Tuesday, January 19, 2010

Di Bawah Panas Mentari



Petang ni aku bagi peluang Jack berteduh bawah lantai kereta. Petang2 lain pun aku bagi juga. Aku tahu sekarang ni cuaca panas. Aku pun tengah berteduh. Kita sama. Bila panas kita cari tempat teduh. Dalam banyak hal kita ada persamaan. Bukan saja perlindungan dari panas matahari. Nasi yang aku makan pun ko bleh makan. Selera kita sama. Haha. Ah, banyak lagi la yg sama sebab kita sebagaimana makhluk biologi yang lain ada tulang, daging dan kulit.

Sebab tu aku pelik juga bila ada yang menghina ko. Kaum ko dengan manusia memang sejak zaman berzaman ada pertalian rapat. Dengar cerita anjing Ashhabul Kahfi satu-satunya anjing yang masuk syurga. Jack, apa jadi ngan ko lepas mati aku tak tahu. Yang aku tahu aku kena hidup semula, lepas tu kena bicara. Aku takut Jack. Ok sambung..

Bukan kaum ko aja. Kucing pun kacip juga dengan manusia. Cuma ko spesel skit sbb haram sentuh kalau basah. Itu bukan sebab ko makhluk hina.


Gambar berkaitan

Ko faham tak sebenarnya manusia pun haram sentuh sesama manusia. Ya, ko x paham. Haram kalau bukan muhrim la. Kes ni kalau samak pn tetap dosa juga. Kalau ngan ko sentuh aja pastu samak la. Kalo x samak 2 yg dosa. Eh betul ke tetiba aku konpius.

Sekarang ko dah paham kan taraf sentuh tu, yang mana sentuh sesama manusia jauh lebih hina nilainya sbb xleh samak. kalau bleh samak lepas sentuh bukan muhrim, indah sungguh la hidup manusia jadinya.

p/s- Jack, rupanya bukan ko aja yg ada keyakinan kendiri yang tinggi masa harung slab barrage tempohari. Manusia pun boleh. Mostapa, pelarian Rohingya ni pun mampu. Dalam hal ini kita juga ada persamaan bukan.

Wednesday, January 6, 2010

Kenduri Kahwin Di Rumah Saya

Tanggal 26 Disember tahun lepas adalah majlis kenduri kahwin kali ketiga yang berlangsung di rumah aku selepas kali pertama kenduri kahwin kakak dalam tahun 1997 dan diikuti kenduri kahwin abang pada tahun 2006.

Kenduri kahwin kali ketiga ini merupakan misi walimatul urus adik lelaki aku yang dipanggil Ayah Teh oleh 4 orang anak saudara beliau.

Lets cekidaud apa yang berlaku pada hari tersebut. Majlis kenduri kahwin di perkampungan Felda Kota Gelanggi 1 masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong..


Pembersihan yang konsisten menghasilkan mutu daging terbaik. Hanya yang pakar mampu melakukan semua ini.

Masih ada di setengah2 tempat, kerja menyembelih lembu atau kerbau dijalankan selepas waktu Subuh kemudian terus melapah. Sekarang, kebanyakan bekalan daging adalah secara ditempah siap dari feedlot jengka 11 (siap sembelih dan lapah). Daging yang dihantar ke rumah cuma perlu disiang sahaja.


Geng tukang masak..seorang menggode manakala yang lain2 sebagai pemerhati.

Memasak dengan menggunakan kawah memang tak asing lagi setiap kali musim kahwin. bukan setakat nasi minyak, sayur, ayam goreng juga menggunakan kawah..cuma masak air dan gulai daging saja guna periuk. Sebab itu sampai 6 biji kawah digunakan.



Kawasan untuk makcik2 berkumpul. Buat kuih dan menyediakan awas. Bukan buat ketupat ya.


Hujan lebat tidak menghalang ajk basuh cawan menjalankan tugas. Mereka juga adalah sepupu-sepupu aku. Wei Man, jangan kuat sangat buat lawak..



Ujang. Ketua pemuda bahagian kenduri kawin. Antara yang balik dekat-dekat nak Asar.


Ini pula Ajaq, ketua pemuda blok 6..memetik kata-kata dia.."Siapa lagi yang nak menghidupkan budaya gotong royong begini pada masa akan datang jika tidak orang2 muda macam kita.." Sambil merenung jauh, Ajaq mendongak memerhatikan rintik2 hujan yang belum henti. Aku pula cuma tersenyum tawar.



Orang kata ikan di laut asam didarat, dalam periuk bertemu juga. Jangan salah faham, ini bukanlah bermaksud walaupun Ayah Teh berasal dari Jerantut, Pahang manakala Makteh orang Muar, mereka akhirnya bertemu di dalam periuk. Sebaliknya mereka bertemu di Shah Alam, Selangor.

Aku juga sempat mensnap satu gambar curi ala2 paparazi..Siapalah saya ini?

Blogger LKTP 1436 turut hadir dalam hujan yang menderu..

BAGI PIHAK TUAN RUMAH, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERTUNGKUS LUMUS SIANG MALAM MEMBANTU MENYEMPURNAKAN MAJLIS, JUGA KEPADA YANG SUDI HADIR..

Monday, December 7, 2009

Waktu Petang Saya

Berapa lama aku nak tunggu. Lagi 59 minit nak cukup sejam, dari tadi dah lenguh bersilang kaki kat Al-Baik. Macha, budak ambik order blum sampai-sampai. Itu hari Macha pernah kata, dia datang dari Kerala. Kiranya dia ni pure india. Bukan India Malaysia. Umur dia pun muda lagi. Bahasa Melayu banyak lagi kena belajar.

'Mana Macha nih..' rungut Azha. Sejak perodua Alza keluar ni bukan main lagi Azha, asal buka intenet masuk web perodua. Dulu tiap hari tengok Honda. Kata Azha tengok aja cukup la. Nak beli tak mampu. Macam tu kalau dah jadi peminat. Minat pada benda2 macam ni tak salah pun pada aku.

Tak lama macha datang..bawa kertas satu pen satu..

"Mau order apa bos..?" tanya Macha gagap2 tapi mulut tetap senyum. Kat restoran tu bukan ada muka lain dah petang2..aku..Azha..

"Bagi aku teh ben satu.." order Azha sambil jeling Macha..jari telunjuk dia dah angkat baik2..

"Mu..?" tanya Macha kat aku..seboleh mungkin cuba berbahasa Terengganu walaupun sikit..

"Aku pulak nak teh ais.." kata aku serius sampai berkerut dahi..

"Tu je..?" tanya Macha..

"Ha'ah.." jawab kami hampir serentak..

Macha pusing sambil berjalan ke belakang restoran..dari jauh aku dengar Macha jerit pada budak bancuh air..

"Dey!!..kasi teh ben satu..teh ais satu..!!"
"Okeh..siap.." sahut budak bancuh air..



gambar menunjukkan teh ais dan teh ben diletakkan secara berdekatan

Wednesday, December 2, 2009

Terserempak Langsuir Sungai..

Mata kail Jenal kena sentak lagi. Masuk ni dah dekat 20 ekor udang galah berjaya dinaikkan sejak awal pagi tadi. Kawasan baru. Sebelah muka air masuk intake canal. Memang lubuk udang galah. Yang penting belum ada orang tahu lubuk baru ini kecuali dua tiga orang bebudak jaga site projek berhampiran. Projek apa ntah Jenal pun tak ambil pusing.

Mael pun sama. Hampir sama banyak hasil tangkapan dengan Jenal. Macam berlawan pula 2 orang rakan baik itu.

Tak lama datang seorang budak jaga site. Entah sapa nama Jenal dan Mael tak kenal..

"Banyok dapat..?" tanya budak jaga site. Jenal dongak. Sah budak Pahang..bisik Jenal dalam hati sebab ada leweh Pahang dihujung soalan budak jaga site.

Jenal bukan tak pernah pergi Pahang. Kemaman dengan Kuantan kurang dari sejam kalau pandu tak ikut had laju dibenarkan.

"Banyok juga," balas Jenal. "Baru 2 jam duk ssini dah dapat 20 ekor.." sambung dia lagi.

"Huh kalo mcm ni aku pun nak mancing gak ar." kata budak Pahang."Malam2 boleh juga lepak sini. Malam aku x kerja.."

Jenal dan Mael pandang memandang.

"Mung jaga skek boh kalo nok mancing ssini. Baru malam kemarin, aku dengan Mael nih memancing dekat2 sini. Nun kat hilir sungai ni skit. kite napok bende.." balas Jenal.

Mael pandang Jenal..sekejap dia pandang budak Pahang sambil mengangguk2.

"Mung kkabo ke saing mung jangan buat maing kawasang nih.. ade langsuir.. malam kemarin dia nih napok.. tapi aku tok napok..pelik.."kata Jenal.

"Memang aku ade napok langsuir besar rambut panjang mate meroh tengoh merayap atas dahan pokok kat tebing sungai. Aku start enjin bot terus pecut balik rumoh. Mung jangang memaing kawasang nih..banyok dah yg kena.." ada getar di hujung kata Mael.

Budak Pahang telan air liur. Fakta seram tahap Mastika lama itu menyebabkan hajat untuk memancing udang galah terbengkalai sudah.





kemungkinan 1 : Malam itu langsuir liar sedang mencari2 mangsa baru..

kemungkinan 2 : Malam itu.. di muka air masuk intake canal, Jenal dan Mael berpesta udang lagi..

Tuesday, November 24, 2009

Aku Sudah Boleh Terbang..


"Macam ni boleh ke..?"

"Memang boleh..terbang dari kawasan tanah tinggi sesiapa pun boleh buat.."

Aku pandang kebawah. Di bawah kaki, aku nampak berkepul2 awan kumolonimbus yang menunjukkan kawasan pergunungan ini lebih tinggi dari menyapu awan..

Aku sedia..tarik nafas dalam-dalam. Dengan sekali lompat sambil tangan aku depang macam burung helang..aku terjun juga..

Terjun sambil membelah angin sejuk pergunungan yang mencengkam sampai ke tulang hitam bukanlah perkara main-main. Ini hal serius. Seumur hidup aku tak pernah buat kerja macam ni. Macam nak minta mati sesat.

Tanpa rasa takut..aku semakin jatuh ke bawah dengan pecutan daya graviti memusat..dan akhirnya..

Sungguh tak sangka..tiupan angin yang kuat walaupun amat sejuk dari kawasan pergunungan itu membantu aku memperlahankan jatuhan. Menyebabkan aku boleh terapung2 dan terbang seperti Son Goku dan rakan2.. Ya lihatlah dunia,aku sudah boleh terbang..walaupun tanpa sayap lilin itu..YUHUU..

moral-Oleh itu janganla pasang kipas dan tido tak berbaju masa musim tengkujuh..kang macam2 mimpi boleh datang..

Thursday, November 19, 2009

Semalam Yang Hangat

lepas subuh semalam aku ke kuala terengganu. jalan utama kemaman - kuala terengganu ditimpa hujan serupa macam bulan 11 thn lepas juga. macam x pandai berhenti menghentam atap kereta aku yang betampal selotep sebab karat hari tu. azhar kata kalau bawa viva, kena hujan atap berbunyi mcm hujan kena pada atap zink.

apa nak dikata. beli, beli juga. belilah barangan buatan 1malaysia. agaknya kalau aku duduk amarika dengan pendapatan sederhana macam skang dah puas tukar kete baru yg sedap-sedap. kejap mustang kejap camaro kejap ford kejap hummer.

dalam pukul 7.30, aku melalui kerteh dan hujan tetap tak berhenti. orang pakat pasang lampu belaka. kalau lampu senja pn x jalan. semua kereta aku tengok pakai lampu utama..hujan berat..cuasa gelap menyelubungi segenap mayapada..lori tangki petronas mmg tak lepas dari mata.berpusu2.. dah memang area minyak.

sampai dekat balai polis kerteh, jalan situ 2 lane..ada simpang 4 ber trafic light, kat c2 dah nampak signboard mcD kerteh.

nak dijadikan cerita..sebuah lori tangki petronas betul2 depan aku (kereta aku betul2 belakang dia) boleh hilang kawalan..terus terbabas melanggar pembahagi jalan dan langgar tiang lampu jalan sampai tumbang dan terbabas masuk ke lane sebelah. aku gamam. pemandu2 yang berpusu2 masa tu yang sama lane ngan aku pun gamam..apa akan jadi pada pemandu2 kereta di lane sebelah..? jerit kami dalam hati masing2..

orang tengah ramai keluar pergi kerja pula tu..


tu le orang kabor berpantang mati sebelum ajal..lori tangki petronas yg termasuk ke laluan sebelah langsung x melanggar kereta yg sedang bersesak2 sebab semuanya tertahan di trafic light yang sedang bernyala merah di hadapan (rujuk: simpang 4 bertrafic light). selepas mengontrol keadaan dan berhenti di bahu jalan sebelah sana, aku nampak pemandu lori tangki seolah2 sedang mengucap panjang..

sebab tu iklan kabo jangan melanggar lampu isyarat..

lepas dari tu, asal nampak lori je aku pintas..aku dah trauma..cuma masa balik petang aku berenti kejap di kijal...beli lemang 2 batang.


gambar area jalan yang dimaksudkan. kelihatan signboard mcD Kerteh di hujung sana. dicilok dari diari alip mikail tanpa kebenaran sebab dia pn dah x berapa nak menulis dua tiga menjak nih..apadahal

Tuesday, October 27, 2009

kalau ada piling pun jambatan gantung dipang tetap membunuh..





cakap banyak tak guna. abag mat tukang kampung aku pun tau binaan yang macam tu x ada safety.
punca dan akibat..

1. pembinaan di kawasan sungai mesti ambil faktor hidrologi. ini kerana di kawasan river slope, kejadian seeping n erosion kerapkali berlaku yg disebabkan naik turun paras air sungai.

2. design hanya gunakan 2 tiang penyokong besi sebagai tiang tanpa sokongan lain. sampai masa ia akan rebah juga walaupn kedua2 tiang tersebut dipiling.

3. kanak2 dikatakan main lompat2. tolong jangan salahkan kanak-kanak. design wajib mengambilkira factor of safety. ini termasuk dead load n life load. budak lompat2 mesti juga termasuk dlm calculation.

4. cuba bandingkn sketch yg aku lampir ni..kalau aku, aku xkn naik jambatan tu kecuali terpaksa atau dipaksa. bawah aku sketcth sendri, yg mana aku rasakan agak selamat jika dibina di kawasan tersebut.

5. apa2 hal pn pada pendapat aku, jambatan gantung ni dibina spt membina reban ayam.

Tuesday, October 20, 2009

وَالْعَصْرِ - Demi Masa atau Demi Waktu Asar..?

terdapat dua maksud pada ayat 'وَالْعَصْرِ ' ini. samada demi masa atau demi waktu asar.


persoalan : jika ayat وَالْعَصْرِ ini membawa maksud demi waktu asar, kenapa Allah memilih waktu Asar dan bukan waktu sembahyang yang lain..? tentu ada sebab atau rahsia disebaliknya

aku tak bermaksud utk menimbulkan lebih banyak teori tetapi ayat Al Quran terselindung banyak rahsia bagi orang yang mahu berfikir.

suatu petang aku cuba membahaskan ayat ini dengan seorang kawan. kemungkinan juga maksud demi waktu asar ini adalah merujuk kepada usia bumi atau merujuk kepada suatu jangkamasa.

jika dikira waktu sembahyang bermula dengan subuh. cuba kita buat perhitungan begini berdasarkan waktu sembahyang di kemaman pada hari ini..

Kemaman / Dungun
GMT 8
Qiblat Direction 291° 44′ 46″
Prayer Time

waktu beza antara waktu
Subuh 5:36
Zohor 12:55 7:19
Asar 16:13 3:18 10:37(jumlah jam bermula subuh sehingga mula asar)
Maghrib 18:54 2:41
Isyak 20:04 1:10 3:51(jumlah jam bermula asar sehingga mula isyak)

14:28(keseluruhan masa diambil)=100% usia bumi

peratus usia bumi yg masih tinggal = 3:51/14:28 = 26.61%
peratus usia bumi telah berlalu = 10:37/14:28 = 73.39%

***

mungkin banyak kesilapan dalam teori aku ini. sebenarnya rasa berdosa pun ada. takut orang kata menafsir tanpa ilmu pn ada. Tapi aku ingin berkongsi dgn kawan2.

ok. bagaimana jika pada masa kini bukan lagi waktu asar tetapi sudah sampai waktu maghrib atau hampir kepada waktu isyak..dah tentu dunia hampir kiamat (teori : waktu isyak adalah waktu akhir hayat bumi)..hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mari kita hayati keseluruhan ayat ini...

Demi waktu Asar..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.



Tafsiran yg sempat di google..

Demi Masa..وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa!" (ayat 1). Atau demi waktu `Asar, waktu petang hari seketika bayang-bayang badan sudah mulai lebih panjang daripada badan kita sendiri, sehingga masuklah waktu sembahyang `Asar. Maka terdapatlah pada ayat yang pendek ini dua macam tafsir.

Syaikh Muhammad Abduh menerangkan di dalam Tafsir Juzu' `Amma bahwa telah teradat bagi bangsa Arab apabila hari telah petang[1], mereka duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan ceritera-ceritera lain yang berkenaan dengan urusan sehari-hari. Kerana banyak percakapan yang melantur[2], keraplah kejadian pertengkaran, bersakit-sakitan hati sehingga me­nimbulkan permusuhan. Lalu ada yang mengutuki waktu 'Asar (petang hari), mengatakan waktu 'Asar waktu yang celaka, atau naas[3], banyak bahaya terjadi di waktu itu. Maka datanglah ayat ini memberi peringatan "Demi 'Asar", per hatikanlah waktu 'Asar. Bukan waktu `Asar yang salah. Yang salah adalah manusia-manusia yang mempergunakan waktu itu dengan salah. Memper gunakannya untuk bercakap yang tidak tentu hujung pangkal. Misalnya bermegah-megah dengan harta, memuji diri, menghina merendahkan orang lain. Tentu orang yang dihinakan tiada terima, dan timbullah silang sengketa.

Lalu kamu salahkan waktu 'Asar, padahal kamulah yang salah. Padahal kalau kamu percakapkan apa yang berfaedah, dengan tidak menyinggung perasaan teman dudukmu, tentulah waktu `Asar itu akan membawa manfaat pula bagimu


p/s-byk ayat2 alquran yang secara jelas menerangkan hakikat alam dan sains terutama dalam surah yaasin cuma pada masa kini baru ia dpt dibuktikan secara saintifik.

Wednesday, October 7, 2009

Aku Mahu Udara Yang Bersih..Itu Saja

kelmarin.
malaon. skit kepala aku dibuatnya. kalau sekejap tak apa. makan sehari semalam juga rupanya. sakit kepala aku sampai berdenyut2.

semalam
aku jeritkan pergi kepada dia. datang tak diundang itu tak apa. jangan sampai aku baling pula dgn penyangkut baju merah jambu. aku suruh dia ambil masa. keluar sekejap dan selesaikan tugasnya dulu baru boleh bersama aku.

bukan lama pun. sekejap dalam 5 minit orang kabor. lepas tu ikut dia la. lepas keluar dia masuk lagi. nak tengok friendly match katanya. aku tak berapa layan. main macam cap ayam.. kataku. dia gelak2 saja.

sekejap dia buat perangai lagi. aku halakan kipas ke muka dia kasi laju2. baru aku boleh ceria.

hari ini
tolong jangan merokok di rumahku. ini bukan pasal kesihatan. ini pasal human right.

terima kasih

Monday, September 14, 2009

Berborak Dengan Cina Pasal Agama

pelik juga kenapa cina/india suka borak agama dengan aku. kalau aku ustaz ok la juga..

achong graduate UK. bini dia Kristian Filipina. Dia pula Buddha. Aku tanya dia tak masuk kristian ke ikut bini dia..dia kata dia tak mau agama sebab nanti tak sempat nak ajar anak kenal tuhan..

"Habis Buddha ajar apa..bukan ajar kenal tuhan ke..?" tanya aku balik sebab kurang faham.

"Buddha bukan satu agama..awak kena faham..buddha cuma satu ajaran sahaja.."achong sambung lagi bahawa apa yang gautama buddha sampaikan cuma satu ajaran..

"habis tu macamana dengan konsep ketuhanan dalam buddha..?.."

penganut buddha bebas menganut apa2 agama, kata dia..dan petang tadi letih juga telinga aku dengar cerita pasal gautama buddha yang lahir 600 tahun sebelum masihi dan berketurunan raja itu daripada achong..

Achong mengakui kewujudan dan keesaan tuhan. menurut dia tuhan pastinya satu.

"kita bergaduh sesama sendiri pun tak guna sebab mungkin kita bertuhankan tuhan yang sama", kata achong..

"apa yu cakap..? mungkin bertuhankan tuhan yang sama? mana ada mungkin-mungkinnya achong..tuhan tu Allah la.." kali ni menaik skit nada aku..

"ya..ya..tuhan..dan tuhan itu adalah Allah", kata achong gagap.

p/s- adakah achong telah mengucap syahadah secara tanpa disedari selepas disergah oleh aku.?

Thursday, September 3, 2009

Puasaku Dalam Dugaan..

Waktu berbuka itu, aku menelan air teh bunga dengan sopan. Sopan dalam kepayahan. Mencubit sedikit sahaja daging ikan patin pais lalu perlahan2 mengunyah dengan lembut juga dengan kepayahan. Nasi aku lecek-lecek sebelum masukkan ke mulut. Begitu sopan dan sempurna. Memang payah.

Pagi tadi ketika aku membeli patin sangkar Echik Hasan, dia ada berpesan..dengan nada bergema macam kat gaung..

"Ingatlah..jangan disebut-sebut perkataan payah. Kalau kerap sangat disebut, nanti kepayahan dan kesusahan sekonyong-konnyong menghantui dan meracuni pikiran kita sampai bila-bila. Dan kesusahan itu akan benar-benar hadir dalam hidup kita. Umpama doa yg diseru-seru minta dikabulkan.."

Tapi memang payah juga kalau dalam bulan puasa, geraham bongsu baru nak tumbuh. Menderita.

Wednesday, August 26, 2009

Merantau

".. kau tau tak, dah lama aku tak masak buka puasa utk husband aku.."kata seorang teman via ym.. dia dah ada 3 orang anak. anak yang ketiga baru umur 4 bulan. Dia pun baru habis cuti berpantang.

"itu la lain kali pegi ikut husband kau duduk kl kan senang, tiap hari kau boleh masakkan lauk berbuka.." aku membalas juga melalui ym..

"..atau pun kau suruh aje laki kau kerja kat kuala terengganu..pilih mana satu.."

"..kerja dia tak ada kat kuala terengganu..jadi kena la merantau ke kl.."

"..laki kau dengan aku ni sama saja. sama-sama merantau. Pergi mana-mana tempat yang boleh cari rezeki..pilihan hidup sendiri..

barulah anak lelaki.."

Wednesday, August 19, 2009

Sekilas Borak Dengan Ah Chai Drebar Kren Bukit Kuang Sekitar Isu H1N1

"yu tengok sana..itu drebar lori pun pakai tutup mulut..berapa bahaya la ini h1n1.."

"banyak bahaya lo..sudah ramai yang kene..mati pun sudah ramai.." sambung ah chai drebar kren yang sejak tadi stenby nak angkat stoplog buat cover roller gate..

ah chai baru hari ni aku kenal tapi sebagai rakyat malaysia yang mengamalkan 1 malaysia, aku boleh berborak dengan dia macam pertama kali jumpa kawan lama masa reunion sekolah menengah ulangtahun ke 15..

"ini semua babi punya pasal la..yu ada makan babi..? sambung aku lagi. aku memang biasa guna 'yu' kalau panggil orang cina. bukan sebab yu=you, mungkin juga aku nak sesuaikan dengan panggilan 'lu'. kalau dengan orang melayu aku belasah panggil 'engka' tak pun 'aok' je. kadang-kadang bos aku pun terpanggil aku 'engka' juga.

kalau aku panggil cina 'engka', aku rasa janggal. nak panggil lu, rasa macam gangster dalam filem gadoh pula..

"..babi..? apa yang lu sembelih pun aku makan la.." jawab ah chai berselindung di sebalik kata-kata. sebiji macam yang sering diamalkan ahli politik samada pihak kerajaan mahupun pembangkang, di mana-mana negara sekali pun.

"ini bukan sebab makan babi la..kalau sebab makan babi, semua cina sakit..mati..tinggal melayu aje.." kata ah chai dengan muka tak puas hati padahal aku cuma provok saja nak tengok apa jawapan dia..

"..ini semua datang dari negara orang putih..ini kuman sebab orang putih la amalkan cara hidup songsang..suka hati mereka saja.." sambung lagi ah chai mempertahankan konsep dia sambil menyalahkan pihak lain..pun macam taktik orang politik juga.

sapa-sapa pun akan pertahan konsep..ada yang pertahan islam hadari, 1 malaysia, dulu..masyarakat madani..dasar pandang ke timur pun ada juga yang pertahan. masalahnya kenapa tak ada pula orang yang nak mempertahankan konsep yang diperkenalkan oleh orang yang terdahulu..?

"tapi aku tengok ramai orang melayu yang kena penyakit ni..agaknya sebab tak makan babi.."
"ish, mana ada..cina pun ada kena.."
"cina kena ke..? kalau kena pun sikit.."
"ini semua sebab antibodi cina dah kuat.." sambung zaha yang datang secara tiba-tiba.. "entah-entah antiviral pun limited agaknya skang ni..mana kita tau"

"aku ingat ini semua tuhan nak bagi manusia ingat Dia la..Mmanusia ni senag-lenang senang lenang..sampai tak ingat dunia..bagi bala sekali baru ingat sekejap.."sambung zaha..

"..dulu pun tuhan dah turun hiv aids..satu kali kasi tsunami..dan macam2 lagi.." aku cuba menambahkan lagi fakta2 yang berkaitan..

"olang dah ramai sangat..lagi buat maksiat apa lanciau..ini semua kerja tuhan Allah juga..iya la..kasi kita ingat sikit jangan banyak sangat buat pekala jahat.."sambung ah chai beberapa kali diulang-ulang tentang pembalasan Allah terhadap hambanya yang suka membuat kerosakan di muka bumi..


p/s - cari la info ttg penyakit ni melalui informasi yang betul..punca, cara penyebaran, pencegahan, rawatan n lain2....dah berapa kali kementerian kesihatan beri penerangan..aku malas nak terang lol..

Thursday, August 13, 2009

Dedikasi Ku Buat Jack..

cukup la aku namakan dia jack. tak ada kena mengena langsung dengan nama sesiapa. aku berkenalan dengan jack sejak mula menapak kaki ke site ini 2 tahun yang lalu. site yang lapang, penuh ngan debu bila musim panas. dan berlecak pada musim hujan. ada satu tahap, sampai pernah aku rasa ada benda tersangkut kat tekak. lama juga benda tersangkut tu tak mau keluar. aku minum air pun tak hilang tau. lama kelamaan baru aku tahu itu bahana debu yang kerap sangat di hidu sepanjang hari bekerja. rare bukan..

berbalik kepada kisah jack. jack bukanlah sesiapa pun di bumi tuhan ni. tugasnya mengawal kawasan site sepanjang siang dan malam. gaji tak ada tapi jack sanggup bersengkang mata dengan mengharapkan belas ihsan makanan daripada orang-orang site. sisa makanan adalah yang paling jack suka. pernah juga aku kasi goreng pisang tapi dia bo layan sahaja. kadang-kadang panas hati juga dibuatnya.

jack garang. masa muda-muda dulu sapa orang asing yang masuk site habis dijerkahnya. mula-mula tu kecut juga perut. tapi lama-lama aku dah biasa. jack pun dah tak marah-marah aku lagi dan mengejar kereta aku macam orang gila.

baru-baru ini jack meruntun sayu aku. selama ini aku tak tahu pun yang jack setabah ini. dari jauh aku memerhatikan jack dengan mata berkaca. beberapa keping gambar dia aku ambil tanpa meminta idjinnya untuk diabadikan sebagai kenangan terindah..



pada saat ini aku cuba menyelami jiwa jack..jiwa seekor jack yang berpadu dengan alam, naluri, kepercayaan dan keyakinan kendiri..



jack selamba meredah barrage..kalau tergelincir, pusaran air di sebelah akan menekan dia melalui slope barrage dan boleh membawa maut..


...







dengan pose selamba anjing selepas mendaki anak tangga..

***
satu petang..
Aku - Wah, selamba je bangla tu usap2 jack..
Zaha - Ah, bangla tak apa dia mazhab Maliki..
Aku - Ooo kita takleh la nak usap-usap mcm tu..
Zaha - Boleh..kalau kering sama kering..skang pun boleh kalau kau berani..
Aku - Aku berani tapi malas nak menyamak..(Ops..bukan Mazhab ni ikut tempat ke..abis kenapa bangla x guna mazhab syafie pula kalau dah datang sini.. dalam hatiku masih berkata ragu-ragu..)

Tuesday, July 14, 2009

Seindah Bunga Marigold..?



"Lepas makan kita menyimpang ke kedai runcit Ah Kau. Aku nak beli susu buat teh tarik. Susu pekat manis marigold dah nak habis. Esok kau orang juga nak pekena teh tarik kat warung aku..."

Tak silap aku ada dua tiga kali juga Man menyebut2 pasal nak ke kedai Ah Kau. Sunyi sangat dia kalau tak jumpa Ah Kau selang seminggu agaknya. Aku jangka kalau kedai Ah Kau tutup boleh jadi dua tiga hari juga Man akan menangis hentak2 kaki. Entah. Macam la kedai cina tu aja yang ada jual susu marigold di daerah Kemaman.

Aku lepak dalam kereta sambil menunggu Man yang sibuk membeli. Tak lama Man datang ke kereta menjinjing satu beg penuh susu pekat manis marigold. Tangan sebelah lagi pegang slip kertas putih dengan nombor empat digit berturutan.

"Lu beli susu ke lu beli 'saham'..?" Tanya Robert sambil membelek2 tiket loteri yang dibeli oleh Man dari kedai Ah Kau.

"Hahaha. Banyak rugi wang la beli ini balang. Bukan kena pun.." Robert ketawa mengekek akibat gelihati dengan perangai kaki nombor Man yang beragama Islam itu.

Man menghantar aku ke rumah. Tergesa-gesa aku buka komputer dan tengok keputusan pilihanraya kecil DUN Manik Urai.

Hah! PAS sudah menang tipis.? Ini sudah pelik.. Getusku dalam hati bila aku klik berita di sini. Aku panggil Man dan Robert yang sempat menyinggah sekejap sambil-sambil tengok tv dan berborak. Man dan Robert sudah berkeluarga. Umur pun masing2 dah lebih 50 tahun. Kalau orang bujang boleh jadi lepak juga rumah aku sambil layan cerita haunting in connecticut sampai pagi.

"Aiyya. Sudah menang tipis ka..? Wah, ini sudah pelik. Saya agak PAS boleh menang besar. Hmm berapa menang tadi..?" tanya Robert tergesa-gesa dengan wajah prihatin dan sedikit terharu..

"Kalau ikut majoriti PAS cuma menang 65 undi.."

"Itu kalau majoriti..dia punya kilaan undi belapa..?"

"PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi."
jawab aku jujur..

Robert mencatat jumlah kiraan undi pada sehelai kertas kosong..

"Nombor cantik. Esok boleh saya beli 'saham'.." Sambung Robert yang beragama Buddha itu dengan senyuman umpama bunga marigold kembang pada musim semi..

Sunday, July 12, 2009

Nasyid Micheal Jackson..?

Mungkin ramai yang dah dapat forward emel ni. Tapi tak kisah la aku publishkan saja. Suara yang mendayu2 mirip Micheal Jackson. Nasyid yg amat indah untuk dikongsi bersama. Nak dengar klik music uploader kat sebelah..tunggu lama skit..

Dikopipes sepenuhnya..
***

Give Thanks to Allah - by Micheal Jackson

Allah - by Micheal Jackson

Dear All,

Assalamualaikum. .

MICHAEL JACKSON IS SINGING FOR ALLAH SWT. LIVING IN BAHRAIN, MICHAEL JACKSON HAS GONE THROUGH AN AMAZING TRANSFORMATION. HE SINGS "Du'aa" WITH A PERFECT ARABIC PRONUNCIATION AND THE WORDS, TUNE AND STYLE ARE VERY APPROPRIATE.

Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson.
Here are the lyrics:

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't give in to shaytan
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu ghafur
Allahu rahim
Allahu yuhibbu'l-muhsinin,
Wa-khaliqhuna
Wa-raziqhuna
Wa -huwa ` Ala kull ah-sha'in qadir
Allah is Ghafur
Allah is Rahim
Allah is the one who loves the muhsinin,
He is our creator
He is our sustainer
And he is the one who has power over all.


Allahu Akbar!