Thursday, August 13, 2009

Dedikasi Ku Buat Jack..

cukup la aku namakan dia jack. tak ada kena mengena langsung dengan nama sesiapa. aku berkenalan dengan jack sejak mula menapak kaki ke site ini 2 tahun yang lalu. site yang lapang, penuh ngan debu bila musim panas. dan berlecak pada musim hujan. ada satu tahap, sampai pernah aku rasa ada benda tersangkut kat tekak. lama juga benda tersangkut tu tak mau keluar. aku minum air pun tak hilang tau. lama kelamaan baru aku tahu itu bahana debu yang kerap sangat di hidu sepanjang hari bekerja. rare bukan..

berbalik kepada kisah jack. jack bukanlah sesiapa pun di bumi tuhan ni. tugasnya mengawal kawasan site sepanjang siang dan malam. gaji tak ada tapi jack sanggup bersengkang mata dengan mengharapkan belas ihsan makanan daripada orang-orang site. sisa makanan adalah yang paling jack suka. pernah juga aku kasi goreng pisang tapi dia bo layan sahaja. kadang-kadang panas hati juga dibuatnya.

jack garang. masa muda-muda dulu sapa orang asing yang masuk site habis dijerkahnya. mula-mula tu kecut juga perut. tapi lama-lama aku dah biasa. jack pun dah tak marah-marah aku lagi dan mengejar kereta aku macam orang gila.

baru-baru ini jack meruntun sayu aku. selama ini aku tak tahu pun yang jack setabah ini. dari jauh aku memerhatikan jack dengan mata berkaca. beberapa keping gambar dia aku ambil tanpa meminta idjinnya untuk diabadikan sebagai kenangan terindah..



pada saat ini aku cuba menyelami jiwa jack..jiwa seekor jack yang berpadu dengan alam, naluri, kepercayaan dan keyakinan kendiri..



jack selamba meredah barrage..kalau tergelincir, pusaran air di sebelah akan menekan dia melalui slope barrage dan boleh membawa maut..


...







dengan pose selamba anjing selepas mendaki anak tangga..

***
satu petang..
Aku - Wah, selamba je bangla tu usap2 jack..
Zaha - Ah, bangla tak apa dia mazhab Maliki..
Aku - Ooo kita takleh la nak usap-usap mcm tu..
Zaha - Boleh..kalau kering sama kering..skang pun boleh kalau kau berani..
Aku - Aku berani tapi malas nak menyamak..(Ops..bukan Mazhab ni ikut tempat ke..abis kenapa bangla x guna mazhab syafie pula kalau dah datang sini.. dalam hatiku masih berkata ragu-ragu..)

8 comments:

Fadh said...

bangla nie mana kira pun tempat mana dia berada...sama laa mcm dlm cerita gubra...usap2 anjing pas2 gie azan kat surau.

Umie said...

pasal mazhab2 nie salu gak buat aku konpius tau..huhu

Don Balon said...

Mazhab kita je ke?
Entah...koi kurang arif.. :)

poyotito's said...

kering sama kering kena samak ke tak payah ni..??

koi konpius.

man_helang said...

poyo punya soalan can haram daa...

Dzulkarnain Mohamad said...

fadh,
aku rasa x penah wat dek orang aktiviti usap anjing lepas tu g azan, semayang..apesal x wat plak scene menyamak..
anjing..kering sama kering x apa..tapi kalau cuaca malaysia ni..aku susah nak pecaya kulit anjing atau kulit kita kering betul..

umie,
aku pun ada juga rasa pelik2 skit kekadang..tp toksah pelik sgt la..setahu aku mazhab syafie adalah paling teliti dari segi hukum

don,
aku pn x berapa paham gak mazhab maliki hukum pegang anjing ni..setahu keh demeh x payah menyamak kalau sentuh anjing..wallahuaklam..keh pun kene cek balik..

poyotito,
anjing, kering sama kering tak payah samak..tp kala aok pegang anjing yg aok rasa kering..aok yakin ke kering benor kulit aok & kulit anjing teh..keh x yakin..

man,
aku pun konfius juge man..kekadang nok je aku tanya ulama2 muktabar..apa tahap kering yang dimaksudkan..dan apa tahap basah yang dimaksudka..embun,peluh,wap dikira basah juga ke..entah le man..kala ko tau bleh witau..?

biskutrajin said...

lah...aku igt jack si black cat...tabah betol si jack ini...

Redz da Tsar said...

hehe... Aku tak tau pulak kalau ikut maliki boleh pegang anjing basah tak payah samak..

Tapi syafie kena samak la kalo basah... Basah yang macam mana, aku tak tau...

tentang kalau nak mengamal syafie atau maliki kat malaysia, takde hal kot...

Contoh dari segi zakat, hal ehwal zakat kita (Malaysia) tak ikut syafie, tapi ikut mazhab lain... Kalao ikut syafie kena bawak beras satu gantang baghdad sekepala la kalau nak bayar fitrah masa ramadhan... Duit tak boleh... Hehe...

Syafie tegas dari segi hukum, Maliki dan Hanbali tegas dari segi pemilihan hadis...

Contoh: Aku tak ingat mazhab mana, maliki kot...

Hadis nabi kata lebih kurang camni maksudnye, "kalau anjing jilat kaki kena samak"...

1a:Maliki kata air liur anjing je yang wajib samak, kalau lain takde hal...

1b:Syafie yang tegas kata asalkan basah, kena samak

2a:Maliki kata Nabi tak cakap pasal babi, jadi takyah samak kalau pegang babi

2b:Syafie kata babi lagi teruk dari anjing, jadi apa-apa pun, kena samak jugak kalau sentuh..

Wallahu 'alam