Petang Khamis, 7.8.2008, aku ambil peluang cuti 2 hari ni Jumaat dan Sabtu untuk balik kampung. Tambahan pulak mak aku pun ajak ke Kampung Bukit Dinding untuk jenguk aki dan makan durian.
Tempoh masa perjalanan dari Kemaman ke rumah aku di Gelanggi, Jerantut ada lebih kurang 3 jam. Tak lebih tak kurang. Untuk perjalanan dari Maran ke Jerantut, pemandu macam aku ada dua pilihan, samada mahu melalui jalan Sungai Jerik yang bengkang bengkok atau jalan yang agak lurus kawasan segitiga Jengka melalui simpang Bukit Tajau.
Entah macamana lepas aku timbang-timbang aku ambil keputusan lalu ikut jalan simpang Bukit Tajau melalui segitiga Jengka memandangkan hari dah lewat petang dan agak berisiko melalui Sungai Jerik pada waktu senja.
Semasa tiba di simpang masuk ke kilang sawit Jengka 3, aku nampak ada beberapa buah kereta parking tepi jalan, masa tu aku memang syak ada eksiden ataupun kereta terbabas sebab ada beberapa orang tengah jenguk-jenguk bawah gaung. Lagipun tu memang sikap orang kita yang sokmonye prihatin bila ada eksiden.
Aku berhenti depan sikit daripada kelompok tu dan terus meninjau keadaan. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7.15 p.m. Di tepi jalan tu aku lihat ada sebuah wira sedan biru tersadai dengan atap, cermin depan dan cermin sisi belah pemandu habis tercabut. Di tempat duduk pemandu masih ada lagi satu mayat yang dah di tutup dengan kain.
Disebabkan atap wira yang tercabut, memang jelas kelihatan mayat yang ditutup kain tu. Kusyen tempat duduk pula dah menyandar ke belakang yang menunjukkan ada hentaman kuat ke bahagian muka mangsa. Ish, ngeri bercampur hiba bila aku tengok. Tapi aku tak berani pula nak buka kain penutup mayat tu. Aku cuma hadiahkan al fatihah je untuk arwah. Mujur juga tak ada penumpang lain kalau tak mesti lagi ramai yang nahas.
Keadan wira tu masih ok. Bahagian depan tak remuk teruk. Dashboard pun tak apa-apa sebab eksiden tu melibatkan wira sedan tu dengan sebuah lori sawit. Bukan jenis kemalangan berdepan tetapi dipercayai kereta tersebut berlanggar dengan bahagian belakang lori berdasarkan keadaan kereta dan lori serta laporan saksi kejadian.
Masa ambulan tiba, ramai yang berebut-rebut tengok keadaan mayat sebab attendant hospital je yang boleh buka kain penutup tu. Fuhh..ngeri betul aku, Mangsa kemalangan berusia awal 30an, bahagian muka dah habis berdarah. Tengkuk sah dah patah sebab dah terkulai. Innalillah dan al fatihah untuk saudara kita yang terkorban tu.
Lori yang melangar pulak terbabas masuk gaung. Pemandu lori terus larikan diri.
Tapi yang buat tak best masa tu ada pulak dua tiga orang bebudak sekolah menengah mana entah buat lawak seram.."Weh, ngeri giler..malam ni dah la malam Jumaat..takut aku.."
Masa dengar tu nak tergelak pun ada, tapi ada jugak rasa nak starlight je budak dua tiga ekor tu..
*********
Ini kali kedua aku lihat kemalangan maut yang masih ada mayat di tempat kejadian. Pertama kali masa tingkatan 2 antara lori dengan motosikal.
Tapi kali ni aku agak terkilan sebab tak dapat merakamkan keadaan kemalangan memandangkan henset aku jenis murah yang tak ada kamera. Kalau tak, pasti aku akan paparkan gambar dalam entri ni untuk iktibar kita semua.
Mungkin aku kena cari juga satu hanset berkamera. Mana tau lepas ni aku akan terserempak pula dengan ufo..tak pun bigfoot..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Enche' Dzul,
Berhati-berhati di jalan raya...
Ahh, aku juga dpt tao semlm, seorg rakan seBatch KPLI telah meninggal dunia akibat kemalangan.
:'
hikmah disebalik kejadian:
ko ada modal tulis blog.
kalau dpt ambik gambar ufo tlg share dgn kitorang dulu sebelum hantar Mastikia
s.yanaz,
tq s.yanaz..kau pun kena la berhati2 di jalan raya. Malang tak berbau. Kekadang kita yang cuai, kekadang org yg cuai..kalau nak ajal..mcm2 boleh jadi.
Kawan kau pun ada yg meninggal eksiden ke? innalillah.
yoshz,
hah, tau pun kau..aku mmg suka buat laporan terus menerus dari tempat kejadian mcm clark kent.
tak bleh..aku takleh caye blogger macam kau..nnti kau ngaku kau punya..baik aku jual kat aljazeera..haha
untuk semua orang - semoga selamat sentiasa dalam perjalanan
p/s nak beli phone murah kat kajang banyak. memang lebih murah dari mana2 tempat
life,
betul la life..tensen sungguh aku tengok eksiden tu..ramai yg kata salah lori sebab bawak laju makan jalan terus belakang lori sapu wira biru..tp aku pn tak tau hal sebenar..
aku terfikir2 kalau la aku yg kena mcm tu..
mmg aku yg dah bertemu tuhan..
mcmmna dgn amal2 yg hentah ape2..
mcmana dgn blog ni..ntah2 byk cerita merapu yg bakal memberi saham dosa2 aku..
Hah..Aku nak nasihatkan rakan2 blogger supaya kasi password anda kpd rakan yg dipercayai..
kalau anda mati, wasiat shj kpd kwn anda itu supaya blog anda di delete jika perlu.
kajang? Ahh memang sentimental..lama dah tak ke sana. Dulu masa student aku pernah menyewa di bangi lama tau..
aku ada baca kat sinar. ha, aku ada dua gambar eksiden kat jeram landak dan simpang gelanggi. nanti aku upload!
uh...aku kalau excident takdenya nak brenti...ngeri aku...kalau terpaksa lain lah...
kekadang kemalangan berlaku bukan sebab kecuaian kita, tapi kelalaian orang lain.
mi,
abg aku pn ada ckp eksiden ni ada masuk akhbar sinar jumaat..aku tak baca.
hah..jeram landak n simpang gelanggi? eksiden pe pulok? kang kes langgar kambing..
man helang,
ramai jugak yg tanak berenti takut kene ngantar ke hospital..aku pn sama..aku ada 2 crita pasal antar org eksiden ke hospital yg aku dpt dr kekawan..tak tau la nk wat entri ke tidak..
cerita hantu? adaa..kalau kau ada crita antu post la jugak..kita takde masa nk jumpe kt ali kapak(pot pipiyapong)...kalau tak boleh layan borak..
denanz,
betul la bro..tang bukan kecuaian kita tu yg paneh ati..mmg selalunya atau pun memang pun eksiden terjadi sebab kecuaian sebelah pihak je, takde pulak laporan kata dua-dua pihak cuai..mesti salah satu..panehhh je..
aku pernah nmpk kemalangan 2 kereta..baru balik wedding...5 orang meninggal..otak terburai..kepala putus..betul2 dekat rumah aku kat kg..lepas tu serik nak bwk laju..tp la ni..bwk jugak laju...manusia mmg selalu lupa diri..haihhh..hati2 en dzul ketika memandu..:)
D-zul..
Puff.. koi memang ngeri hal kemalangan ni..
Sentiasalah mulakan perjalanan dengan doa.. jadikan amalan..
Insya-Allah dihindarkan dari kemalangan dengan sebab kesalahan kita atau orang lain..
Koi paling trauma bila mmikir nak balik raya.. tahun ni giliran Kelantan.. kenderaan bapaaaaaaaaaak banyoknye.. biasanya ada la dua tiga kemalangan sekali perjalanan..
tamboh2 jenis yang memotong secara borong..
kepada yang kaki potong borong ni..
renti-rentikanla..
eh..koi dah masuk tahap membebel ni..
Ma'assalamah.. :)
berhati-hatilah.. di mana jua anda berada..
dulu koi pun pernah tgk.. huii.. boleh buat enri baru ni.. update.. update..
kadok,
tq sbb ingatkan aku..ish, kau tengok eksiden lagi ngeri..
kau pn kadok, hati2 di jalanraya jugak.
don balon,
lepas aku tengok eksiden tu..tangan pun ketar2 pegang stereng..sampai ke rumah aku bawak hati2..selisih dgn lori pun cuak
masa memandu bukan kita seorang kena hati2. jgn harap sangat orang lain tu hati2 mcm kita jugak
aliff,
hah alif..buat je boleh gak dengar cerita kau..
Post a Comment