Monday, August 4, 2008

Kulit den jadi macam kulit ayam = me pongo piel de gallina (part 2)

Aku cepat-cepat kemaskan balik beg Man Doktor. Man doktor keluar tandas dengan wajah tanpa perasaan. Aku, Rizal, Cikli dan Fahmi buat-buat muka tak tau.

Man Doktor angkat tangan kiri dan halakan pergelangan tangan kat muka. "Ah..dah lewat sangat, aku dah nak balik." Man doktor bergegas menghala pintu. Senja merangkak tiba hampir menutup tirai siang.

Man Doktor angkat helmet terus gerak ke motor. "Eh, mana beg aku?" tanya Man Doktor. Aku capai beg tanpa banyak soal terus aku serahkan kat dia. "Beg ni mana boleh tinggal. Ni je la peneman aku sepanjang jalan. Bukan ada apa-apa pun dalam beg nih. Memang aku saja-saja bawak." Sambung Man Doktor tanpa disoal.

"Habis, kalau dah kosong apasal kau angkut jugak ke hulu ke hilir?" Aku cuba meleraikan misteri beg Man Doktor. Tambahan pula aku tak mahu fikir yang bukan-bukan tentang dia. Tak baik buruk sangka.

"Beg ni la yang meneman aku bila aku balik ke Kampung Mela. Kau ingat aku berani sangat lalu jalan tu malam-malam? Bukan dekat. Rempuh hutan banat pulak. Mau dekat setengah jam aku nak gerak nih. Kalau ada pontianak ke langsuir yang nak menumpang boleh jugak aku angggap benda-benda tu cuma beg aku. Benda macam ni kadang-kadang kita kena lawan dengan psikologi.." Panjang lebar penerangan Man doktor.

Kami cuma gelak-gelak kecil sambil mengangguk2 seolah-olah mengiyakan kata-kata Man Doktor. Dalam hati masing-masing aku tak tahu. Kelakar pun ada jugak Man Doktor nih.

"Hah, tiap-tiap hari bila aku nak ke sini pun naik seram jugak bila terpaksa lalu tepi kubur tu. Nak-nak bila malam". Man doktor melangkah dan mendarat di atas kusyen RXZ dia.

"Hah! kubur mana? Tak tau pulak aku ada kawasan kubur dekat-dekat sini?" Aku panik. Nampak sangat sebelum ni aku tak membuat banci kawasan terlebih dulu.

"Kawasan Perkuburan Bukit Kubur. Laaa takkan kau tak tau. Kawasan kubur belah kanan jalan masuk ke sini. Hah, yang dekat depan sikit tu ada banglo putih Haji Nazri..

Aku tersenyap. Patutla baru-baru ni meremang bulu tengkuk. Memang sah aku dah lalu tepi Kawasan Perkuburan Bukit Kubur!!!

nota :

Wei, kalau setakat cakap je meremang bulu tengkuk baik tak payah. Aku cakap kau, tu je sekali aku rasa dia punya meremang. Lepas tu dah tak ada. Masa tu memang aku ingat lagi sampai aku sapu-sapu tengkuk nak kasi bulu roma turun. Aku bengang jugak sebab bukannya aku ada nampak hantu. Masa tu aku tak teringat pun hantu-hantu nih. Tak ngeri pun. Mana aku tau situ kawasan kubur. Mungkin masa tu ada benda yang menegur aku kot haha.

17 comments:

Don Balon said...

Hehe.. hampir tepat kan..
hanya org yang mengalami saja yang memahaminya..harhar

Koi letak jawapan bocor sebab koi doh dapat meneka connection antara meremang dengan beg tu..
tapi budok man doktor tu lebih imaginatif dari koi..
koi setakat duduk sampai hujung belakang seat je supaya pontianak tak dapat nak hinggap dah.. hehe

dzul said...

don balon,
bukan hampir tepat..aku rasa dah tepat pun tekaan kau tu..sbb fungsi beg kosong tu mmg utk m'bantu hilangkan perasaan takut Man Doktor terhadap makhluk alam lain secara psikologi

Ojie said...

ooo tidak ku tahu pula beg kosong boleh berfungsi mcm tuh..tp mungkin betul sbb pd aku, antara bahagian depan dan belakang badan aku, aku lebih takutkan kalo hantu dtg dr bahagian blkng :-)

sbb tu kalo tido aku mesti nk rapatkan blkg bdn aku ke dinding..hehehe..seram punya pasal..

man_helang said...

bro...ceh aku ingat pe kebende td, wat suspen jek...pangai donbalon cam abg ipar aku la...duk kat ujung moto takut hantu mai singgah...huarghh...gelak sakan bila kakak aku cite pangai abg ipar aku tu...tp aku pun penakut gak...

yoshz said...

Memang man doktor ni boleh geng dengan Idrul Nafis la. benci aku...

alif-mikail said...

don balon a.ka. bro mader..
saya add blog bro ye..

dzul..
entiti kurang seram .. :-P.. masih tunggu sambungan.. ehehe

Ojie..
Cik belakang tu ada tingkap.. nanti ada tangan hulur ikut situ.. har ha har..(tak lawak ke?)

man_helang;
update blog...

yosh..
benci yo.. sape dia Idrus Nafis tu.. letih koi pikir..

Rahimin Idris said...

kalau naik kerete kena dukung beg tak?
ala, tak pikir la idrul nafis tu. permainan politik yoshz je tu. haha

Don Balon said...

alif..
apo yang ekalu nak link kan? mano ado entry blog den..hehe
kosssong yo..

man helang,
yo ko dio pun buek cam den? harhar

rahimin,
kalau naik keto memadai dengan tutup cermin keto. Hantu tak tembus... itu la psikologi den.. :)

S.YanaZ said...

aku syak,

Man Doc. mmg penakuttt.
*w/o any doubt*



muahaahaaaaaa.

dzul said...

ojie,
haha..aku pn mcm tu jugak kadang-kadang tambah2 kalau aku tido lewat..mengiring..rapatkn belakang kt dinding kasi ruang lebih skit kt depan..kalau ruang lebih kt belakang rasa mcm ada orang menumpang baring..ish.jgn beritau org ek..malu

man helang,
aku duduk hujung belakang seat bila tayar depan pancit..bila tayar belakang pancit aku duduk dalam raga.

yoshz,
hah..bukan kat kelas je boleh buat genius..aku ingat idrul nafis pn tak terpikir idea man doc haha

alif mikail,
wei..wei..kalau seram sangat kang terkencing dalam suar pulak kau.

rahimin,
dah banyak kereta sediakan beg bukan utk dukung, tapi beg yg boleh kuar ikut stereng bila eksiden

don balon,
antu takleh tembus cermin? Bloody Mary langsung duduk dlm cermin..hish

s.yanaz,
man doc tahap berani lagi tu s.yanaz..jalan jerantut-mela 30 minit banyak redah hutan. Aku tak berani lalu situ memalam kalau bawak motor..bukan takut antu sgt..pancit,org jahat,babi melintas,rimau..ish.

Ojie said...

hehehe sbnrnya aku pn mcm ko..ruang depan kasi lebih xpe..aku xkesah..jgn blkg ada space..rasa seram je kalo tentiba ada yg ngendeng2 dr belakang nih..hahaha

puteri said...

semakin maju sekarang
syabas...

dzul said...

ojie,
haha


pincess,
ah..pakai nama puteri pulak..mcm la aku tak kenai haha..oi..bisnes ada baik?..nnti kalau kwn2 nk kawen aku cr kau..

Rajuna said...

halemakkkkk
ko ni apsal banyak cite seram?
cite jiwang satu!

dzul said...

rauna,
ah..mana ada seram..biasa2 je..cerita kwn2.
jiwang?..kau la buat..benda ni kena ada pengalaman..

Denanz ... said...

kira man doktor ni berani dalam takut la ni.

dzul said...

denanz,
betul..dlm takut ada berani..