Saturday, September 20, 2008

brader..tolong minta aku turunkan kau di perkuburan ini..

Masa aku baru habis belajar dulu. Duit satu sen pun tak ada. Ngam-ngam habis belajar. Semua yg ada dalam buku akaun pun ikut sama habis.

Masalah aku masa mula-mula kerja adalah tak ada transport utk berulang alik. Masa tu honda c70 lampu empat segi aku beri kat adik aku buat pegi belajar. Mujur juga abang aku baik hati. Dia tak kisah beri aku pinjam yamaha ss kesayangan dia. Dengan motor tu la aku berulang alik dari rumah ke opis di jerantut. Kalau hujan, aku pakai baju hujan, kalau panas, berpanas la aku sepanjang jalan. Tabah kan aku..

Rumah arwah mak ngah aku di kampung pulau tawar. Tak tau la aku budak budak sekarang pernah dengar tak pulau tawar. Pulau tawar adalah kampung kelahiran mat kilau, pahlawan pahang. Mat kilau juga ada dikaitkan dengan ilmu buntat embun, aku tahu mungkin ramai juga yang pernah dengar berkenaan ilmu buntat embun. Kalau aku rajin, satu masa aku akan kaji berkenaan hal ni dan entrikan.

Kadang-kadang aku ada juga melencong ke rumah arwah mak ngah aku bila aku balik dari opis. Seronok juga sesekali masuk ke dalam kawasan kampung tu. Tambah pula aku pun dilahirkan kat kampung tu. Pulau tawar adalah sebuah mukim bagi beberapa kampung kecil. Jika masuk melalui simpang pertama kita akan bertemu perian, kedondong, kampung masjid, kubang sekendal, kampung bandar dan jika terus melalui jalan utama tersebut boleh lepas ke kampung durian hijau.

Suatu petang, selepas kerja aku melencong ke kampung pulau tawar. Sampai di sek men agama pulau tawar, tiba-tiba seorang lelaki berumur akhir 30 an menahan motor aku dengan tergesa-gesa. Dia berlari ke arah motor aku dan sebelah tangan didepangkan. Aku tak sempat berfikir panjang sebab brader tu seolah-olah berada dalam keadaan terdesak. "Adik, abang nak tumpang boleh?" katanya sebaik aku menghentikan motor secara mengejut. Belum sempat aku buka mulut untuk bertanya, brader tu terus melompat ke seat belakang motor aku.

"Nak ke mana bang?" tanya aku sedikit gugup. Brader yang menumpang motor aku tu berbadan sasa, besar dari aku. muka pun nampak ganas sikit. aku jarang juga turun ke pulau tawar jadi aku tak berapa kenal sangat orang kampung ni.

"Alah..depan sikit je..bukannya jauh sangat.. "brader muka ganas minta tolong dengan suara sedikit mendesak. Dalam berani-berani takut tu aku teruskan juga perjalanan. Nak halau kang lain pulak yang jadi. Aku cuma berdoa supaya cepat la sampai ke destinasi dia tu.

kg perian,..
"Kat sini ke?"
"Tak..tak depan lagi.."
"Abang nak kemana sebenar nih?.."
"Depan lagi..nanti sampai br aku suruh berenti.."

kg kedondong..
"Kat sini ke bang?"
"Tak..tak, depan lagi.."

kg masjid..
"Bang, nak berenti kat sini ke?" tanya aku buat sekian kalinya. Tengkuk aku dah meremang dan perasaan ngeri dah mula merasuk kotak fikiran aku. Dah jauh dah ni..dah merentas 3 kampung.

Brader ni siapa sebenarnya?. aku dah mula takut. Tambah pula brader tu duduk di belakang aku. Apa sebenarnya makhluk yang tengah menumpang ni pun aku tak peduli. Cuma yang aku tau, sekarang aku diselubung perasaan takut yang amat sangat.

kampung kubang sekendal..
brader..tolong la kau minta aku turunkan kau kat sini. kalau kau turun kat kawasan perkuburan mukim pulau tawar yang ada di kampung ni pun aku dah bersyukur. aku tak kisah kalau lepas tu kau bertukar jadi puaka pun. yang penting kau mau turun..bisikku dalam hati

Aku perlahankan motor aku di kawasan kubur tu..
"Bang..bang..kalau kat sini macamana?.."
"Ish depan lagi la.."
Darah aku berderau. Apa motif brader ni aku masih tak tau..

Dalam hati dah timbul macam2 persolan..
Siapa brader ni?.. Perompak ke pembunuh? Giler ngeri..tadi kata nak tumpang dekat aje..
Nih aku pun dah lintas 4 kampung..kalau depan lagi memang dah kurang rumah org. Tinggal belukar, kebun dan hutan kecil je yang ada. Depan lagi dah ke kampung durian hijau pulak.

Masa tu baru aku rasa menyesal. Baru aku teringat balik pesan mak supaya jangan tumpangkan orang yang kita tak kenal. Tapi aku dah buat apa yang mak pesan supaya jangan buat. Aku dah buat sesuatu yang mungkin mengancam keselamatan nyawa aku sendiri. Sekarang macam mana aku nak selesaikan masalah ni.

Sampai sekarang aku langsung tak nampak brader ni nak berenti kat mana-mana. Borak pun tidak dengan aku. Dia senyap je kat belakang. Takut betul aku mana tau dia keluarkan pistol atau pun pisau. Ugut aku lepas tu bila tak dapat duit, bunuh aku dan campak mayat aku ke sungai pahang.

Motor aku masih bergerak perlahan menghala ke destinasi yang tak pasti.

Tiba-tiba dari jauh aku perasan ada sebuah 4WD menghala ke arah aku dan seolah-olah mengekori motor aku. Semakin rapat dan semakin rapat. Gile ngeri. Sah, ini mungkin geng penjenayah. Orang yang sedang aku tumpangkan mungkin ketua mereka. Mungkin ini strategi mereka untuk melepaskan diri selepas merompak. Aku semakin cuak. 4WD bagi high beam. Hon pun dibunyikan beberapa kali. Aku terus memecut. Tapi aku memang yakin, kehadiran 4WD ni memang ada kaitan dengan saspek yang aku bawa. Tuhan..tolonglah aku.

Macamana pula kalau brader yang aku bawa ni penjenayah bersenjata dan 4WD yang mengekor tu adalah pasukan polis penyiasat. Aku tak sanggup jadi orang tebusan. Aku tak sanggup jadi tajuk berita jenayah buletin utama malam esok.

4WD semakin merapat. kali ni ia cuba memintas dan merapat ke sisi motor aku. Penumpang belah kiri lambai-lambai tangan kat aku sambil suruh berhenti. "Encik!! tolong berhenti sekarang!!! "teriaknya kuat beberapa kali. MAMPOS..aku terus berhenti dan pasrah sahaja. 4WD pun berhenti. Dua orang lelaki berbadan sasa turun dari 4WD tersebut dan berjalan menuju ke arah aku dengan wajah bengis.

Kedua-duanya memegang brader yang menumpang aku dan menariknya dengan kasar masuk ke dalam 4WD mereka.

"Dia ni tak sihat sikit. Ada penyakit mental. "Kata pemandu 4WD sambil merujuk kepada brader yang menumpang aku. Brader tak sihat tu ketawa besar sambil menuding jari telunjuk ke arah aku seolah2 misinya memperdaya aku telah berjaya..

31 comments:

Umie said...

Hah, x baik marah org sakit mental...kan ko nasihatkan aku jgn ketawakan orang yg sakit mental nie..tp dlm kes nie aku nak ketawakan ko,boleh???

muahahahahahahaha

dzul said...

hahaha..ketawakan aku ye..hmh..hmh..

aku tak ketawakan dia la masa tu. aku cuak gila..bengang pun ada..

l.i.f.e said...

hahahaha

tak terbayang macam mana cuak nya kamu kala itu...haihhh...macam2 lah kamu ni zul

yoshz said...

Tu rahimin la yang tumpang tu.
dah jangan bawak dia lagi.

MakcikMuda said...

sah!

kalau 4wd x sampai,entah sampai kat mane ko bawak urg tuh :))

cian die.

eyhh! cian agik kat ko sbb kene gelak =))

poyotito said...

kalu bukan rahimin pun john doe.
takpun yoshz pun boleh jadi juga.
HA HA

gampit!entri aok sokmo buat keh saspen.

keh suke ngat dengor budak pulau tawar bercakap..
lain macam dia punya slang.

dzul said...

life,
cuak juga aku. sapa-sapa kena macam ni pun cuak. sebab dia tak ada tanda2 pesakit mental. pakaian kemas aja..kalau macam din beramboi majalah ujang tu boleh la berkira.

yoshz,
hoh, rahimin ke? kalau rahimin komen tentu dia kata kau pulak hahaha.

rynn,
betul la rynn. aku paling cuak masa tu la. sebenarnya masa 4wd tu sampai. aku dah masuk area hutan kau tau. punya berdebar dah aku.
seb baik 4wd tu sedar. aku tak tau dia nampak aku kat mana.

sebenarnya Allah nak tolong aku. org sakit mental bukan boleh buat main2. membunuh pn boleh (sila baca mastika terbaru - anak bunuh bapa).


potito,
haha..john doe tu(tak silap aku john doe ni mcm panggilan awang la bg org kita, maknanya panggilan utk org yg kita tak tau nama)

entri saspen takpe lagi..aku yang kena dah lebih dari saspen dowh. aku serik betul nak ambik2 orang dah. kau pun kena ingat pesan mama kau.

ttg pulau tawar..aku pun sama..aku rindu zaman kanak2 aku ikut arwah ayah ngeteh kat pulau tawar lepas menoreh getah..org sana terlalu ramah x kira dgn siapa kecil besar. bahasa loghat dia paling syok kalau dengar.

Rahimin ramai kawan dia orang pulau tawar..

Hajime said...

apsal la...
4wd tu sampai cepat sgt...
bg la ko sampai kl dulu ke...

Radius.F said...

fuh, lama aku tak pegi pulau tawar. dah lupa pun keadaan dia. yg aku igt, ada Pertubuhan Peladang kat situ. hehe
member aku penah bawak org gila jugak. haha.

Denanz ... said...

ishh ... dzul. suspens.
cammana ar dialek org pulau tawar?

Wardrobe kita said...

hahaha..sib baik x smp kl ko kena bwk dia..kalo x naye..

Rahimin Idris said...

hoh, mek dee tak tanye pasei ckit. ade sorang lagi masa ni yang bawok kayu bekas pekerja JKR tu. dee keney?
jangan yang tumpang dee tu cikgu rahman yg pakuk kepala ayie sampei buta sebelah mate tu dok?

sampor limbuk yoshz. bulan2 pose nok menghina keh pulok!!!

Ojie said...

huh entri saspen..hehehe ko muka masa tuh sure dh mcm ayam berak kapur..
kan?
kan?
kan?

Rajuna said...

yosh memang suka menumpang.
dulu dia pernah nak tumpang tengok cd kat bilik aku. jangan harap.

dzul said...

hajime,
mmg pun..jln tu kalau susur terus boleh kuar ke jengka..dari jengka dah boleh ke kl..
ah gile masa tu..asyik suruh aku depan lagi..depan lagi..kalau la 4wd tu tak tolong

radius,
haha..mmg ada peladang kat simpang jalan tu..tp situ dah jadi jalan lama..kalau ikut jalan baru kau kena masuk ikut simpang pertanian tu..

denanz,
haha..dialek pahang nih pelik sbb antara kampung kat daerah yg sama pn dialek dah berbeza. pulau tawar dgn tembeling sama daerah jerantut tp dialek lari terus..hahaha..

kekadang memasing pn tak paham istilah memasing..tp syok dengar..tp skang nak cari org kg tulen yg kekalkan dialek dah kurang lantaran ramai yg berhijrah ke luar.

masa kecik dulu kalau aku ngeteh ikut ayah aku mmg aku tengok satu kedai kopi kecik riuh berborak..

sekarang pun kalau ada ayie sorang je dah cukup kalau berborak mcm radio hahaha. peramah sgt deorg ni campur kelakar..kalau tak caya tanya rahimin..

qaseh,
hahaha..ye la qaseh..dia asyik suruh depan lagi.. apa la.. kalau la 4wd tu tak dtg aku tak tau kemana kitorg berenti. ish..ni boleh jadi serius dah..dia tak nampak pn mcm org org sakit mental. selalunya yg macam ni lagi bahaya..

rahimin,
eh dee nye, mase tu keh berenti terus je. doh nye pegi tahey depey moto keh. berketoyong moto keh mujur tok mereso dlm semok.

tok dan lalu keh nok menanye. naik terus je lepeh tu nye huwing ke keh suruh hantor dia.

keh ingat, betul la tu cikgu rahman. ish mujur keh tok kene pakuk. entoh2 mase tu dia baru je memakuk kepala ayie..tu yang dia tahan moto keh tu..entoh2 4wd tu pun geng yang tengah mencari dia sbb kes ayie tu..

fuh..mujur dia tak pakuk kepala keh pulok!..ngeriiii

dzul said...

ojie,
mmg pun ojie..takdenye aku nak gelak2, mati akal dah aku..brader tu lain macam beb..

rajuna,
hahaha..tp ni bukan dia..kalau dia aku pun tak kasi..

Don Balon said...

Hirhir..
aok ni memang dari zaman skoloh lagi mudoh pecaya ke orang.. hehe

dzul said...

don balon,
huh mmg pun mader..aku mudah percaya dan mudah kesian..last2 aku jugak yg susah. aku byk sgt kena dah benda nih..mak aku pn kata ni antara kelemahan aku.
tapi skang aku dh semakin berhati2..

aku byk dh terkena..kalau nak cerita tak cukup kat sini. raya moh dtg ke rumoh aku..

man_helang said...

ha ha...aku punya kes nak kene hentam ngan kayu dgn org gila...nasib cepat lari...tah pepasal tah...aku tak usik dia pun...

Don Balon said...

Insya-Allah..tapi molek jugek kalu aok, rahimin dengan pollito datang kerumoh koi boleh koi (read adik koi) masak laksa kedoh.. hehe

Daus said...

cilakak..tertipu lagi gua..

Redz da Tsar said...

hahahaha...
tak boleh blah betull...
Sekarang ada lagi tak yang sakit Mental kat Pulau Tawar?
Dulu kalo aku ziarah akak aku kat SMA Pulau Tawar selalu la ternampak sorang...

mohad said...

salam... selamat aidilfitri 2008

dzul said...

man,
jgn memain dgn spesies ni. kalau apa-apa dia buat ka kita pn dia tak kena..undang-undang pn tak jalan.

don,
ah..tengok jugakla sbb aku blk kg raya 2..raya 3 la kot

daus,
dah mcm tu ceritanya daus..aku nk ejas guana lg..mmg aku pikir mcm2..tp bab pikir antu tu takde..aku pikir dia org jahat je..sbb tak nampak saiko pn memula tu..

redz,
aku rasa kau nampak yg gemuk tak pakai baju yg selalu jalan2 kaki tu kan..dia dah lama mengadap Pencipta..al-fatihah utk dia.

dia senang..tak ada dosa berbeza dgn kita yg nak menjawab byk menda kat sana nnti..

skang takde dh yg mental kt sana setau aku la..kecuali cikgu rahman tu kot..kalau dia tak kena pindah mengajar la kot..

dzul said...

ijad,
salam aidilfitri ijad..

Fadh Rahman said...

nasib baik ko tak diapa2kan...klau tak tentu ko dah arwah...masa kat kota bharu dulu...aku penah dimarah dek orang giler...nanti aku entrikan citer tue...

dzul said...

akumasihdisini,
iye la..mujur..cuba kalau dia sembelih leher aku dari belakang ke mcm mastika oktober tu..naya..

dia jenis saiko aku rasa sbb pakaian kemas n tak mcm org gila..lg bahaya tu

siku lipat said...

good writing

dzul said...

siku lipat,
tq..besa jek..

alif-mikail said...

dzul..
koi terpedaya lagi.. ha ha ha.. siap bersimpul urat perut koi baca entri aok.. hahahha hahha

pu3_alam said...

assalamualaikum..
maaf sy tumpang lalu.hny ingin menceritakan pglmn sy.sbnrnya sy br plg dr jerantut pahang dlm program kembara pengisahan kepahlawanan mat kilau. 3 hr di sn memberikan pengalaman yg baru.ke gua kota gelanggi dan gua senyum sgt menanjubkan.sy suka dgn dialeknya kt ganti diri keh dan dee.sy mencari2 bhn utk penulisan kreatif sy.jmp lmn ni. mgkn kt bleh berkongsi idea.