Wednesday, September 10, 2008

jelmaan menumpang dalam kereta

Dah lebih tiga minggu aku diganggu benda ni. Benda ni start mengikut aku lepas aku keluarkan entri puaka merasuk patung mayat bayi dikafan tempohari. Entri tu juga pernah buat aku terkejut tengah-tengah malam bahana termimpi seram. Bukannya aku mimpi mayat bayi tu pun. Tapi sebab aku rasa takut bila ingat-ingat balik anak patung tu sampai membawa ke mimpi.


Masa tu aku memang nak entrikan aje mimpi aku tu dan dah tak mau tulis hal-hal seram lagi dah. Tapi aku buat tak tau sbb nak buat apa aku takut. Kena berani..sebab berani kerana benar.


Berbalik pada gangguan yang aku terima lepas kuarkan entri tu. Kali ni aku bukannya setakat didatangi mimpi tapi benda ni kerap mengganggu ketika aku berada dalam kereta terutamanya waktu malam. Setakat ni benda tu belum menjelmakan diri lagi tapi aku dapat rasa kehadiran dia berdasarkan perasaan aku setiap kali masuk ke dalam kereta. Ada rasa bulu tengkuk meremang dan kadang-kadang aku dapat dengar seolah-olah ada satu suara memanggil-manggil aku.


Masa aku balik ke kampung aku cuti merdeka lepas pun benda tu tetap mengikut aku. Aku betul-betul cuak. Takut jugak kalau dia tiba-tiba muncul dari kusyen belakang yang kosong lalu mencekik aku. Memang nahas.


Aku ada sebab kukuh untuk tak menjalankan ritual melupus benda tu dari dalam kereta aku, sebab masa tu tinggal 2,3 hari lagi nak puasa. Budak-budak blogger pun ada pesan, kalau bulan puasa hantu tak ada. Jadi aku biarkan aja gangguan tu sementara masuk bulan puasa. Aku nak tengok betul ke tak teori budak-budak blogger atau deorang tu memang suka cakap kosong.


Kesudahannya aku biarkan aje dulu. Seram tak seram aku drive jugak kereta aku bertemankan benda alah tu. Ah bulan puasa nanti siap la kau kalau tak keluar memang kau hangus dalam kereta aku.

**********

Aku balik dari rumah lepas sahur puasa pertama. Memang seram sejuk jugak bila aku nak start kereta. Aku hidu-hidu dalam kereta kot-kot ada bau benda hangus. Tapi tak ada. Ah, dah keluar dah kot masa waktu azan subuh tadi. fikirku. Gangguan tu berakhir juga seusai azan subuh 1 ramadan. Sekarang aku dah boleh menarik nafas lega.


Tapi aku dah tersilap. Teori budak-budak blogger pun dah jauh tersasar. Aku dah kata, budak-budak blogger ni bukan boleh percaya sangat. Semua pun kaki auta.


note - aku dah terlupa satu perkara. Bagaimana pula dengan jin?. Bulan puasa jin kena ikat atau tak?


Senja semalam masa aku baru nak masuk kereta lepas balik dari pasar Ramadan, aku betul-betul terserempak dengan jelmaan tu tengah duduk atas kusyen sebelah tempat duduk pemandu. Masa tu aku tak perasan sebab samar-samar. Tambahan pula aku menuju ke kereta dari arah belakang.


Bila aku bukak aje pintu kereta. Masya Allah. Allahuakbar.Bbenda tu masih lagi wujud. Kali ini dia betul-betul menjelmakan diri. Dia menyeringai dengan lidah yang terjelir panjang sambil mata tepat memandang ke arahku. Menggigil badan aku. Mujur nasi, air kelapa muda,popia goreng dan sup ayam kampung untuk berbuka tak terjatuh ke tanah.


Mujur juga aku tak kena histeria kat situ jugak. Kalau tak, mampus..kat Malaysia ni mana nak cari bomoh histeria. Hajime aku kenal la. Darah aku dah naik ke muka. Aku tenung wajah dia dengan mata tak berkelip. Dia pun tenung aku. Tanpa jampi serapah aku tepuk kusyen tempat duduk aku dengan kuat. Sekelip mata jelmaan tu hilang dari pandangan.


p/s-Ada tak sesapa tak yang tau cara nak halau cicak yang terperangkap dalam kereta. Cicak besar pulak tu. Macam haram dah 3 minggu boleh hidup lg kat dalam kete aku. Kepada Encik Bear Grylls yg belakon dalam Man Vs Wild....sila belajar survival dengan dia.

29 comments:

Rahimin Idris said...

cicak? ada racun cicak aku beli kat pekan sari jengka 8 hari tu. kaler pink. memang berkesan. tapi merata la mamposnya!

buang la word verification kat bawah tu. macam haram!

dzul said...

mmg aku ingat nak racun kan aje. tapi mati bersepah kang bau bangkai pulak.

aku dah buang word verification 2.

Hajime said...

la...
aku baru nak gi lawat ko kalau ko kene histeria...
ko try letak tangkal getah...
pasal aku dgr cicakman lemah ngan getah...
so maybe ko buleh halau "benda" tu dgn gantung tangkal getah ke...
ko letak tayar spare kat sit blakang ke...

Don Balon said...

Bakor je D-z hehe

dzul said...

hajime,
cicakman je gitu. takut ke getah. aku dah try macam2. penah aku bukak semua pintu sampai bonet. cuba halau tp dia nyorok jugak. aku nk tunggu dia mati sendiri tp smpai ari ni x mati2. bimbang busuk pulak.

don,
bakor aku nak gerak gonne? pakai kete sorong?..marahkn cicak kete dibakar la nih..

yoshz said...

Dzul, moh le dtg umah aku buka puasa. Aku mmg teringin nak jumpa kau. Lepas ni, bila jari kau patah riuk aku kerjakan nanti, jgn harap kau nak tulis blog lagi.
Datang yer....

Ojie said...

ahhh lu suka buat gua rasa takut tapi bila nk sampai klimaks takut, tade apa pulak dah..cehhh

aler ada bro tuh belagak suh org jgn pakai word verification..dulu dia jugak pakai..

Anonymous said...

salam

hehe geli geli... kot terpegang adeii mau pengsan kegelian dibuatnya... tak tau nk bg tips ape... hehe kerana kite pon cari jln nk hapuskan sume cicakman nih... byk sgt...

Anonymous said...

aku marah.
adeh.
entri dah seram
tapi cicak buat spoil.
aku marah ni
adeh
marah ni
grrrr...

zizou said...

gua suka makan cicak

Umie said...

Tu cicak jantan ke cicak betina?cuba ko bawak partner dia umpan dari luar keta.. aku rase musim mengawan dia dah sampai tu... kalau dia nampak partner dia kat luar keta mesti dia kuar terkam & silap2 ngan ko sekali dia terkam akibat keserakahan nafsu cicak itu yg tdk terbendung lg...muahahahahaha

dzul said...

Yoshz,
Hahaha..Baiknya kau jemput aku berbuka. Sejak bila pulak kau dah bertukar jadi budak yang baik nih.

Baiknya kau nak patah riukkan jari aku..terharunya..hahaha

ojie,
hahaha..jgn la klimaks2 gitu. seram aku.
ooo brader tu pn pakai gk dlu ye?. aku dh buang pun tadi.

manje,
iye la..sian kat org yg menumpang je. mesti rasa seram sejuk sebab aku memang beritau deorg. cicak tu tanak lari la.

yan hashim,
aku pn bengang kat cicak tu. aku ingat jelmaan sungguh. letih je aku seram2 senja semalam.

zizou,
hahaha..lu spesies apa bro? hish..seram gua dengar..

umie,
hah..musim mengawan ke..kena pakai denak la nih..satu hal nak cari denak tu. tp.. macam mengarut je idea kau nih.

Radius.F said...

cis.. rahimin pun buat cerita pasal cicak..
ada skandal ke?
ok apa ada cicak tu. kurang2 ko tak la keseorangan bila memandu.
haha

l.i.f.e said...

sorang lagik pasal cicak! isks..geli ah!

guna kertas yang ada gam mcm tangkap lalat tu je..murah...nanti cicak tu melekat situ...tapi kamu jangan la tepuk tangan atas tu pulak

Daus said...

cilakak!letup binatang ke ape ni wei!lu pernah makan keyboard tak dzul..gua geram le dengan lu..

Fadh Rahman said...

aku rasa laa kan...elok ko drive kereta ko ke 'used car'...ko jua kereta ko tue dan beli kereta baru...gerenti cicak tue tak de daam kereta baru ko...

p/s: teringat ikan caltex kat tv...yang cicak melekat kat enjin tue...

alif-mikail said...

hajime..
lawak le bro!..

yoshz..
hui.. aoknye jawapan cam sipot ..haha..

Dzul..
nasib le aok jauh.. kalau dekat tau le mike..

Wardrobe kita said...

gila seram smp terjelir lidah..hampeh!!

Denanz ... said...

gua dulu kalau jumpa telur cicak, uli2 dgn tangan. pas 2 pecahkan. kuar anak cicak.

Rarai said...

perghh seram2 sengal entry awk 2...suspen taw..wahaha...cmne le cicak leh ada dlm kete..kalo lipas mmg bese..ihihi...

man_helang said...

bro...aku leh tuju2 cicak tu dr jauh...ko nak aku try ker...ko post gambau dia kat aku...ha ha ha...

dlm cicakman cicak takut getah...ko taburla getah banyak2 dlm kete tu...mana tau berkesan...

Yana Ismail said...

huhu...dr ats,cerita dah suspen dah..smpai bwh..errr cicak?apakah?haha

MakcikMuda said...

euwwww~

dulu kan,ade kawan aku kan,cicak masuk dlm suar dye.

sadis gila.
abes bukak seluar on the spot.

sib bek dye kat umah jek =))

dzul said...

radius f,
Ish, ni semua kebetulan aje. malam aku dah draf..alih2 siang aku tengok rahimin dah siap publish cerita cicak. aku sempat komen lagik. malas nak wat entri lain aku terus entrikan aje cerita cicak aku..
mmg kebetulan..ah takde hal lah..cerita lain-lain..

geli wei..harap dia duk diam2 je sbb ini boleh mengganggu tumpuan memandu.

life,
hahaha.kebetulan aje, aku pn tak tau rahimin pn kuar entri cicak. aku dah draf mlm tu..rahimin publish dulu.

hah..aku nak cuba la, aku tau pasal kertas yg akak cerita tu.


daus,
hahaha..sori..gua tak sengaja la bro. gua pose, lu kalau nak kasi, lu kasi ayam percik. itu gua mau..

akumasihdisini,
byk kenangan tu..tak sanggup lagi nak ngantar ke used car.
itu cicak tipu. cuba cicak betul..boleh huru hara dalam kete.

alif,
hah alif..rilek le, kang kurang pahala pose. hahaha

qaseh,
huh..aku pun seram. marah betul aku masa tu. tak patut betul dia menyakat aku. lepas tu menyorok lagi.

bro denanz,
aku pun masa kecik dulu suka gak pedajal telur cicak kalau terjumpa. yg dah nak pecah telur pn aku ada jumpa. bila pecahkan anak dia terus lari keluar.

aianna,
aku selalu buka sikit tingkap kete bila parking siang sbb panas. aku mmg syak dia masuk ikut situ. nak halau kuar kemain susah. aku ingat nak buat cara yg life ajar tu.

manhelang,
kalau cun nak jugak aku ambik gambar. bkn setakat ambik gambar dah...
sakit ati betul kena mcm ni. kalau nyamuk kejap je hilang dah.

princess liyana,
haha..mmg nak marah kan kat cicak tu..haha..

rynn,
ramai org geli dgn cicak. dalam kete pn boleh menyebabkan accident kalau dia masuk dalam suar ke baju ke.
kat kampung aku dulu akda kes terbabas sebab lebah terperangkap dalam kete. cedera teruk jugak mamat tu. mujur dia sorg je.

poyotito said...

aok pernah makan besi loading?

Yana Ismail said...

rasa nak cekik3 je cicak tu;p

Chiron said...

dahulu aku ada seorang pakcik yang suka berlaku kejam pada cicak.

asal dapat cicak je dia koyakkan.
asal dapat cicak je dia koyakkan.

cam koyakkan kertas..

psiko siyut!!

dzul said...

poyotito,
belum penah..tapi besi loding tu hampir penah makan dahi aku masa aku meloding awal thn itu hari. peh..

princess liyana,
jgn la cekik cicak tu. kalau kau geram sangat kau cekik je aku, aku sanggup..jangan mati sudah..hehe..

chiron,
ish..loya tekak aku dengar kezaliman pakcik tu. kenapa jd psiko g2?..

Anonymous said...

Satu petua yang dibagi nenek aku masa dulu cara-cara mengelak cicak. Hang jual kreta tu beli kereta baru..huahua :-)