lelaki berambut panjang masih lagi berteleku di meja rehat bulat di sudut pejabat. lama dia menyedut asap rokok yang sudah hampir tinggal puing. matanya terpejam-pejam seolah2 mendapat satu kepuasan pula daripada asap rokok tersebut. nyata lelaki berambut panjang tidak mengendahkan amaran yang tertera pada kotak rokok. sesekali dia menghembuskan gumpalan asap sambil melepaskan keluh seolah2 otaknya sarat dengan pelbagai masalah negara yang perlu difikirkan. seolah2 dia baru sahaja selesai berdebat di dewan parlimen membentangkan usul pembelian aerokopter.
aku menarik kerusi lantas duduk di meja yang sama dengan lelaki berambut panjang. membelek lembar demi lembar akhbar utusan meloya yang mampu meloyakan tekak dengan berita-berita kelam-kabut. politik kelam-kabut, artis kelam kabut dan kisah ekonomi kelam kabut.
"dzul, kau tahu tak?" lelaki rambut panjang buka bicara. dua jarinya yang menyepit puing rokok dijentik-jentik ke ashtray yang berhampiran. serta merta sisa-sisa rokok berhamburan menerjah isi perut astray yang diperbuat daripada kaca plastik itu.
"tahu apa? mana aku tahu kalau kau tak beritahu?.." aku masih lagi membelek-belek utusan meloya.
"senja semalam aku terjumpa hantu.." ringkas jawapan lelaki berambut panjang. tiada riak takut pada wajahnya. sepicing pun tidak. menambahkan lagi persoalan yang tiba-tiba menerjah sikap ingin tahu aku.
"betul ke?.." pendek dan meragukan. begitu mudah aku mempersoalkan lelaki berambut panjang. tapi kali ini utusan meloya dah aku tolak ke tepi.
"betul la, masa aku balik semalam hari memang sudah lewat. dah gelap. jalan jengka kau tau sendiri la. gelap semacam. aku nyaris-nyaris terbabas masuk longkang bila ternampak benda tu."
"huh, apa yang kau nampak?"
"tunggu dulu..kau dengar cerita aku dulu.." lelaki berambut panjang tetap tenang. sambil itu tangannya menenyeh-nenyeh puing rokok ke dalam ashtray.
"uhuk..uhuk..ye..ye..memang betul. hantu tu betul-betul mengejutkan aku. masa aku naik motor nak balik ke rumah senja semalam, aku ternampak lembaga putih melekap pada pokok kelapa sawit kat tepi jalan. aku dah terkejut. tiba-tiba lembaga putih tu melambai-lambai aku. motor aku dah hilang kawalan. aku nyaris terbabas masuk longkang."
"tapi masa tu lembaga putih tu masih melekap pada batang pokok kelapa sawit? macam tu?.." tanya aku kurang faham..
"memang la dia melekap kat pokok kelapa sawit. guni baja kosong tu nak buat penanda tempat yang belum kena baja.." tenang jawapan lelaki berambut panjang sambil tersengih-sengih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Kenkdg tu kan kalau dah takut plastik baja putih pun disangkakan hantu berkain putih..imaginasi terlalu advance!!! hehehe
hahaha...
ini macam dah boleh jadi penulis d nie...
haha...
macam novel la pulak aku baca
sapa rambut panjang tu..? nak keh cedok?
lelaki beramabut panjang = rahimin
betulkah..hahaha gaya dia mcm abg min la..
lu dah kena main dengan lelaki berambut panjang..
perghh.. salute la koi!
tajuk : angker first degree
intro : ayat simpang siur yang menarik..
cerita : koi rasa cam nak tumbuk rusuk aok je! ahahha
Apahal lak plastik tu lembaga...apa da. Lembaga adalah hasil kacukan lembu dan buaya tembaga.
woi!!!! woi!!! Woiiiiiiii!!!!!
cerita ni dah aku tulis untuk siri2 cerita seram aku yang aku ajak ko koloborasi tu la!!!!
pipiyapong,
cilakak lu!
umie,
dlm ladang sawit jgn dibuat main umie,macam2 benda kau boleh jumpa. kat ladang aku hari tu ada aku terjumpa 'dapur'.
redz,
hahaha..fuh kalau mcm tu..mmg penat la orang yang kerja menulis novel tu sbb dorang sampai beratus mukasurat.
pipi,
ah, dia selalu sangat ke lepih. tiap minggu. yg rambut panjang bawok pajero tu dia la. ikut aok la nak cedok ke nak jek. doh tempat aok.
ojie,
haha..kau mmg prihatin. abang min kau la tu agaknya..haha
mrblind,
huh..aku relak je..sepicing pun aku tak terkejut sebenarnya.
alif,
jgn tumbuk koi..
tumbuk lelaki rambut panjang..
yoshz,
abis tu apesal LLN tu dipanggil lembaga letrik negara..bukankah tugasnya membekalkan letrik. bukannya membekalkan lembu atau buaya tembaga.
rahimin,
oh ye ke?..hmmm..yang ni takpa la kot dh ter n3..
teruskan aje la..
malam2 kat kg, nampak tunggul kayu pun macam begerak jer, macam hantu jer ...
lelaki berambut panjang?/???/emmm...klau aku laa lama dah bekas abuk rokok tue aku sumbat dalam mulut lelaki berambut merah...koi malas laa bagitau yang berambut panjang tue rahimin...
tak apa. nanti aku twist cerita ni. lagipun ada salah sikit cerita ko tu. benda putih tu dia bergerak. tak statik. sebab apa dia bergerak nanti aku cerita. dan akibat dari kejadian tu pun ko tak cerita lagi.
hahaha
pergh!
angker gilak!
demit betul...
kekadang lama tak balik Kg,masuk je jalan jengka,bau taik lumbu pun gua rasa wangi jee..uhuk2
mat2 syabu je yang boleh membayangkan guni baja adalah hantu. kadang2 nampak mcm wanita monggolia. kadang2 macam helikopter. ah, macam2 la.
ini dorg yang cerita la. ha ha ha
hahaha
elok selit je kepala laki rambut panjang tuh kat pelepah sawit
kalo dah takut tu seme benda nampak bergerak2 jer kalo dlm gelap... tak ngata ker org..koi pun gitu gak...
lu nih! macam2 pesen. nasib baik lu tak kena histeria itu jam.
haha~
denanz,
haah, kalau yg jarang balik kg mmg slalu kena mcm ni..kes yg balik kampung perangai jd macam hantu lagi banyak..
fadh,
masa tu aku pn ada jugak tenung2 ashtray tu..tenung je la..
mi,
ye la..byk yg x tepat nih..main taip je..ingat2 lupa..
hajime,
angker ni..hantu guni baja..
jon do,
hah, sampai taik lembu pn dah bau wangi..brape lama tak balik ni woi..
rajuna,
hahaha..ni mungkin jugak disebabkan kesan ketagihan mee cawan.
poyotito,
hahaha..duri banyak tu woi..
darabdua,
benda ni dia x boleh bagi histeria..angin satu badan kalau kena ni..
hahaha..
rambut panjang tu rahimin ke?
kah kah kah
HAHAHAHAHAHAHAHA.
radiusf,
ye la kot..haha
maisarah,
hai, lama tak nampak..syok la cuti skang ye..haha..
Post a Comment