Wednesday, November 19, 2008

Siapa Yang Mengilai Dinihari Itu?

perkara yang paling aku malas nak buat adalah menderaf minit mesyuarat. bukan tiap-tiap minggu pun mesyuaratnya. sebulan sekali. itu biasa tapi tak termasuk mesyuarat teknikal. kerja ni pulak memang kerja aku. kalau ada budak2 yang boleh aku kerah membuatnya memang aku dah suruh. ini tak ada. takkan aku nak suruh kerani. nanti tidal gate pun boleh bertukar jadi taidel get. mana pula aku nak sorok muka masa meeting.

selalunya benda ni aku buat last minit jugak. dah nama pun minit. tapi last minit aku bukan main seminggu dua dia punya lewat. biasanya lusa nak meeting malam ni baru aku berkira nak menderaf. masa tu baru kucar-kacir mana nak dengar voice record lagi. mana nak susun ayat lagi. masa tu baru timbul rasa insaf. menyesal tak buat awal. memang menyesal sungguh. apa salah kalau habis meeting terus deraf aje nanti tak la tertinggal point2 penting. ni tak. pergi makan dulu la. sembang2 la. dengar lawak client la. dah, bila nak siapnya?.

selasa, 18 Nov 2008, jam 3.00 a.m

Kepala aku dah serabut. jam dah pukul 3 pagi tapi blum jugak siap-siapnya minit ke 20 ni. voice record pun dah ada dengar. tinggal nak draf je lagi. pagi esok hq dah bising2 mintak. kalau takde kat meja bos pukul 8 pagi mmg aku kene potpetpotpet.

Dol yang berjaga jugak malam ni mmg tak ganggu aku. dia tekun melayan astro HBO entah cerita apa aku pn tak tau. ye la smv,hbo,cine mmg tak ada kerja lain. pusing-pusing asyik cerita yang sama. sapa yang tak bengang. filem lebih ke 70an,80an je skang. gile bosan. lagi satu, apehal la asyik ulang nacho libre. huuih, tolong la astro..aku nak tanya skit. kau orang ni sebenarnya nk kaya mcmana lg?..

entah macamana tengah sedap2 aku menaip sambil dol melepak atas kerusi malas layan movie, tiba-tiba..

HEEEE HE HE HE......HEEEEEEEEEE HE HE HE HEEE..UUUU..

aku berhenti, pandang kiri kanan..pandang dol..

"dol..kau dengar tak?" tanya aku serius. dol tersengih-sengih..
"tak tau..macang bunyi orang suke je." balas dol..

kami berdua pasang telinga. pukul 3 pagi..sapa pulak nak buat lawak kat dalam rumah ni. takkan bob pulak. kutu sekor tu dah lama membuta kat bilik tengah. selain dari aku,dol dan bob memang tak ada orang lain dah..

HEEE HE HE HE.......HEEEEEE HE HE HE....

semakin jelas pulak bunyi perempuan mengilai. betul2 datang dari dalam rumah kami. aku bingkas. aku dan dol terus bergegas ke dapur. buka tingkap dapur, mana tau nampak langsuir lepak tepi longkang ke. tapi tak ada bayang pun. kami tengok bawah sinki, celah meja..tak ada apa benda. dol jenguk-jenguk bilik air, tandas..

"tok de ape pung."teriak dol

aku buka pintu bilik aku..tengok-tengok dalam almari kain. pun tak ada apa-apa. masa tu kami memang tak bawak kayu ke apa. nak buat apa. bukan manusia dah kalau gini. puaka tahap niang rapik la apa lagi..

dol pun bergegas periksa bilik dia..pun tak ada apa-apa. kami terjah bilik bob yang pintu memang terbuka tu. aku buka lampu. tengok atas bawah.

"takde apa-apa la dol.."
"a'ah..habis tu apa benda yang berbunyi tadi?"
"entah..apa ye?.."

bob terjaga dengar kami bising-bising tambahan pula aku buka lampu. dia terpisat-pisat..

"bob..kau ada dengar bunyi mengilai tak tadi?"

"hah..ada bunyi mengilai ke?..huh..sapa la yang call henset aku memalam buta nih?..huahhhh.." bob menguap sambil tarik selimut.




soalan saya : boleh tak orang tengah tido kita buat mcm ni?

23 comments:

John Doe said...

semenjak kewujudan telepon canggih sekarang ni,memang macam2 jenis ringtone bleh debgar.tapi haram aku tak pernah pakai henpon cenggitu..nokia 3310 jgk yang paling best. (mentality orang tak mampu)

yoshz said...

Mr os punya gelak lagi menakutkan kut. woh! tendangan yg cantik! mcm Ryu punya kaki pusing.

Darab Dua said...

cilakak punya bob!
apa lg, lu paranawei saja!
jgn dok bagi muka sgt.
haha~

mrblind said...

ceh..gua dah seram sejuk ni..lu karate je tengkuk budak bob tu..

Anonymous said...

kahkahkah... lawak siamang tol...

Aku said...

Wakakakakak...lawak hantu betul

Umie said...

Hahaha...

wei,aku pun penah kena cenggini..masa tuh aku attend PAC-PTD...aku tgh study dlm bilik asrama IKWAS tu..waktu nak senja2 gitu..tetiba je dgr bunyi bebudak kecik gelak2..lama beb!!..mmg meremang bulu roma aku masa tuh.. cari punye cari bunyi tu..rupa2nye roommate aku tertinggal henpon kat bilik..yg bunyi tu dr henpon dia rupanye..huhu

Rahimin Idris said...

woi, tai leong pun pakai ringtone tu. gampang terkejut aku keluar dari hutan lepar dulu bila ada line sms masuk!

Radius.F said...

hahaha..
mmg mintak penerajang kalo buat mcm tuh..

tp bab astro tu aku mmg setuju sgt,
asyik2 ulang cerita yg sama.

Hajime said...

pergh!
aku suke tendangan itu...
tasumakisennpukyaku!

Daus said...

babi punya bob! haha..

dzul said...

jon do,
huh 3310? mmg lama sungguh. aku pn dh tukar 1100 ke apa yg rm170 tu.

yoshz,
gelak dia boleh buat ringtone la mcm tu. iklan je kat mastika.hehe chun li punya tendangan aku x jumpa.

x2,
hahaha, tak sampai ati beb. membe tgh mimpi jumpa bidadari tu.

mrblind,
aku ingat nak pijak je perut dia

hanis,
hahaha..dulu masa aku kecik kalau pompuan mekap lebih2 kami panggil siamang

hanim,
huh kalau kau kena pn gugup. meremang jugak tengkuk

umie,
hahaha..yg bunyi budak gelak tu adik aku ada pakai. jenuh menyuluh ke luar rumah ingat hantu baby. maklumla pukul 2 a.m. adik aku selamba budok je tido. hampeh tul

rahimin,
hah yg ni kau ada crita dulu. rampas je henset tu lepas tu pepoh kat kepala dia.

radius,
mmg gila kan astro? apa benda la buat mcm tu. asyik ulang2 je..ulang nye yg tak sedap pulok. asyik2 nacho libre. puas aku tunggu bourne ultimatum n bourne identity haram xde ulang pulak. cilakak.

hajime,
ape punya serapah tendangan tu hajime. macam serapah komik misteri naga je. ahh, aku mmg dah x membaca komik skang.

daus,
hahaha. kalau kena gni mmg tu yg mmpu terucap, kan? gua pn tension siyut..

Fadh Rahman said...

ko talkinkan terus si bob tue...abis cerita ha hah a

dzul said...

fadh,
aah, aku rasa lagi elok kalau rakam sajak kematian tu lepas tu pasang sow2 kat tepi telinga dia..

k.e.r.i. said...

hahaha.

aku rasa takleh bangun da ni.

aku taip komen ni pun sambil baring atas lantai.

KARKADEWA said...

puaka niang rapik si bob ni..
ngeri beb klu lu sepak die mcm 2..
gua x sanggup tgk....

Yana Ismail said...

Salam Ziarah~

huhu..sakit jiwa je..buat org cuaks..ahaha..org cm2 jgn bg dia tido trus ;P

Rajuna said...

perbuatan ini bukan boleh dibuat main-main. sedangkan aku sendiri amat sensitif dengan bunyi-bunyian inikan pula bunyi musang pulut!

l.i.f.e said...

ah, aku sekarang tengah menyampah mana2 sana sini semua orang duk guna ringtone upin & ipin tu. agaknya tak sedar diri masing2 dah tua bangka, nak gak guna ringtone budak2. huh!

dzul said...

keri,
huh..sampai mcm tu skali..x kisah. asa komen boeh baca sudah..

karkadewa,
tu la..memang ingat nk bagi sedas dah.
sapa suh dia bela puaka dalam henset

pincess liyana,
ni kalau tak tido agi entah apa2 yg dibuatnya

rajuna,
huh..musang pulut la..musang pulut..

aku nak sangat kau kena sekali..hahaha

life,
oo ringtone yg saya ipin saya abang..ini adik saya upin tu ke..mmg hampeh kalu org tua pakai tu..bajet manja la kot haha

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

kalau bob memang sedak kasi gitu..

dzul said...

pipiyapong,
hahaha..sampai melambung ke siling. entoh ye entoh tok gambo tu. kalau ye mmg azab sungguh kena jek macam ni.

art:love said...

hehehe..lawak seramm..
bluerkk
:P