Sunday, May 24, 2009

Kisah Mat Rempit, Samseng Jalanan dan Rasulullah S.A.W

SATU

ARKIB : 21/05/2009 (utusan malaysia)
Penjara mandatori sangat tepat untuk samseng jalanan
SELEPAS ini tiada lagi istilah "mat rempit''. Gelaran kepada golongan yang mencetus huru-hara di jalan raya itu kini bertukar kepada "samseng jalanan". Itulah yang diputuskan oleh pihak polis kelmarin.

Gelaran itu nampaknya tepat bagi menggambarkan kekacauan yang dicetuskan oleh mereka. Banyak pihak sebelum ini menyatakan bahawa gelaran mat rempit terlalu "hebat" untuk golongan tersebut.

Mereka berlagak di atas jalan raya dan istilah mat rempit itu turut menyemarakkan semangat anak-anak muda yang kononnya "tidak takut mati" itu.


DUA

zaman aku muda2 dulu tak ada lagi istilah mat rempit. sesiapa yang menunggang motor dipanggil mat motor. tak kira penunggangnya bawa laju atau perlahan. bagi pelumba-pelumba malam dipanggil pula geng lumba haram.

mizi (bukan nama sebenar), seorang kawan aku masa belajar tahun 1997 dulu amat suka berlumba. malam2 dia keluar dengan jaketnya sambil angkut helmet. berlumba, katanya. masa tu motor pilihan dia dia adalah RG sport. pernah juga aku meneman dia ambil barang rumah sewa sorang kawan. sebuah SS tiba2 cucuk angin di persimpangan traffic light. bila lampu merah bertukar hijau Mizi dah press sampai nak tercabut tayar. masa tu kalau langgar pasir sikit je mmg mati la kami tengah jalan. aku sempat jeling meter memang dah cecah 160. mizi..mizi..kalau nak berlumba pun agak2 la.

Kalau tanya sapa-sapa pun peminat motor dari era aku sampai sekarang, memang ramai yang pilih motor jenis RXZ. RXZ ni dia punya gah tak pernah pupus ditelan zaman. tanya la sapa2 yang baru meningkat umur. baru pandai mendesit2. RXZ jadi pilihan. tiada tandingan. pegi pasar sangkut ikan kembung pada hendel pun apa ada hal. suratkhabar lipat 3 selit celah cover meter. dah cukup bergaya.


RXZ dulu, kini dan selamanya (google)

TIGA

sebab tak berapa cukup duit masa belajar aku pun beli motor honda c70 lampu 4 segi daripada ki. masa tu pun aku dapat harga rm1500 juga. mahal sangat dah tu. Mizi tau aku beli motor kodi macam tu terus aku dikhutbahkannya.


sebuah c70 lampu 4 segi dan sebuah SS.(google)


"apesal kau tak kasi tau aku. aku ada kontek kalau setakat RXZ second kau tambah je lagi rm500 dah boleh angkat 1.." bebel mizi petang tu. "kau bawak motor mcm ni mana ada makwe nak. jeling pn taknak.." sambung mizi lagi sambil menasihat.

entah apa kaitan RXZ dengan makwe sampai sekarang pun aku tak tahu.

EMPAT

aku sebenarnya tak kisah kau nak panggil apa pun kepada penunggang2 motor. samseng jalanan ke..apa ke. tapi aku agak sensitif kalau panggilan yg ada mat di pangkal nama panggilan tersebut.

setahu aku mat adalah panggilan biasa kepada orang melayu yang bernama dengan akhiran mat. biasanya bagi nama Ahmad atau Muhammad, mereka biasanya dipanggil mat sahaja. kemudian wujudlah panggilan pelik2 seperti mat jiwang atau mat rock. ada juga panggilan mat merujuk kepada watak jahat seperti mat rempit, mat ganja dan seumpamanya.

bangsa melayu memang pakar mencipta nama panggilan..
mat itu, mat ini..

bukankah Rasulullah S.A.W juga bernama Muhammad..?

13 comments:

Rahimin Idris said...

ayah kawan aku ada nama mat spring. sebab jalan terhenjut-henjut! haha

dzul said...

rahimin,
haha..

ayah kawan adik aku nama dia abdul majid bin ali..lalu kawan2nya memanggil dia jid li@ jetli..
mcm cilake..

mrblind said...

makan dalam ni dzul..hahaha

Don Balon said...

Kampung koi ada lebih 20 mat..
ayoh koi bernasib baik sebab nama dia mat lazim..
orang tanya mat mana?
mat lazim..
kala mohamad atau ahmad saja machanc2 la dapat nama..
dari nama buah-buahan sampei nama penyakit..
koi maleh nok bagi contoh sebab ramei doh arwah..

Koi dulu pakey RXZ jugek..
tapi tok pernoh koi tala sampei 160..
setakat 150 je masa tu highway karak stretch baru dari terowong sampei tol gombok baru siap..
kuikui

kala linteh Jalan Jengka 10-Jengka 1 memanc koi pecut gila2 takut jumpa hantu rock..
lama2 moto tu doh tok pikap lepeh adik koi yanc suka ketawa tiga kali tu besit sampei pecoh piston.. kuikui

dzul said...

mrblind,
iye jugak..tp benda dah jadi kebiasaan org melayu..ramai yang bernama ahmad/mohamad..dalam satu kampung pun dah macam2 mat.

panggilan hujung cuma utk elakkan kekeliruan kut..

tp terkilan juga sbb panggilan mat rempit/mat ganja bukan utk individu tertentu yg bernama ahmad/mohamad..dah jadi kata nama khas pulak..

sepatutnya gejala ini dapat dibendung segera..

don,
arwah ayah aku nama Mohamad. Sebab dia anak bongsu jadi org kampung memanggilnya Cu Mat..elok juga didengar..

aku pn penah press smpai 140 don..moto ss abg aku. itu pun dh cukup laju bg aku..masa aku naik dgn membe tu. i2 la moto paling laju penah aku tumpang..rasa nak tercampak beb..

bukan RXZ tp RG sport..entah mana dia bikin aku x tau..

Lae said...

kawe x da pon nama mat ke ahmad ke muhammad ke...tapi skrg org panggil kawe mat lae..buleh tulung bertitih bangkit asal dok..

hehe.di teganu panggil lain..tiba2 jadi nama burung..Lang.
hehe

Fadh Rahman said...

dzul. dunia akhir zaman mcm perkara berlaku...dah dekat sgt dah nak kiamat cuma kita jer yang terlalai atau sengaja buat2 lupa...turunnya musibah sebagai ingatan dari Allah...cuma kita jer yang tak reti2 nak kembali kepada-Nya

bokbon said...

yang gua lagi menyampah bila semua naik motor itu mat rempit, gua pun penunggang motor secara sepenuh masa. tapi gua nak motor sopan santun. bodoh punya orang..

Don Balon said...

bokbon..
koi setuju..
sekarang koi nak moto berhemah je gi kerja..
tapi tengok jenis moto jugek..
kala skuter mchanc koi le ni memanc poleh biasa suruh jalan je.. :)

Umie said...

aku suka ending entry ko nih..hehehe... orang melayu mmg suka menggelar2 kan nama orang utk mudah diingati...

ala duk bangi bwk honda c70 dh kira orait la tu kan daripada berebut2 nak naik bas nak pi kelas...hahahaha

Denanz ... said...

muhammad nama yang indah. nama yang baik. kerana segelintir manusia, semua yang nama mat, tercemar. semua yang naik moto, termasuk aku, polis selalu jeling.

Radius.F said...

nama aku ada ahmad di pangkal..
aku tunggang moto..
tapi aku bukan mat rempit..
tapi org kalo nampak budak muda bawak moto, tetap diorg gelar mat rempit..

Rajuna said...

ustaz depan meja aku cakap tak elok gelar mat itu dan ini

kalau muhammad, maka panggil lah muhammad akan dirinya itu :)