Wednesday, July 1, 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang..

"Sejak Mat Bolok buka kedai ayam, mak tak pernah beli ayam kat kedai lain. Bukan apa, ayam Mat Bolok fresh. Masa kita nak beli baru dia sembelih. Baru proses buang bulu. Kalau beli yang dah siap hantar ke kedai mmg tak sedap. Hari tu mak ada terbeli juga sebab kedai Mat Bolok tutup. Tak sedap langsung.."

"Tapi mak, bukan ke Mat Bolok dah bertahun meninggal dunia?."

"Betul..sekarang bini dia yang jaga kedai tu tp orang tetap panggil kedai Mat Bolok. Ayam Mat Bolok.

"Macam tu la yang orang kata harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama kot..walaupun Mat Bolok dah lama pergi tapi orang tetap sebut-sebut nama dia.." Sambung aku dengan mulut berbulu dengan nasi.

"Tapi mak, apasal orang kata harimau mati meninggalkan belang pula..? Tak meninggalkan bintang ke, akar ke. Apasal belang je..?" tanya Epol adik aku. Cuti semester memang dia ambik masa berehat di rumah. Berehat, berehat juga. Sebab bosan sangat tak ada apa nak buat, Epol ikut kawan-kawan mengecat di kilang sawit felda kota gelanggi. Dapat juga dia 20 ringgit sehari.

"Dah lama pepatah tu..masa zaman mak kecik-kecik dulu dah.." balas emak sempoi..

"Harimau mati meninggalkan belang tu bukan apa. Harimau belang ni dia raja di hutan. Masa zaman dulu kalau harimau mati kena tangkap misti orang kampung kata harimau belang. Walaupun yang mati tu harimau akar ke bintang ke. Orang lama la katakan. Mana nak tau sangat pasal jaguar, panther. Orang kampung tetap kata harimau belang juga. Lagipun ini pepatah lama.." terka aku jujur macam bijak sangat yang entah apa-apa sambil terhiling-hiling.

"Ah bukan langsung. Dia meninggalkan belangnya sebagai persoalan kepada orang kampung. Berapa jumlah belangnya. Apa warnanya dan berapa tahun usianya merujuk kepada belang tersebut." teka pula Epol macam budak baru ambik asasi sains.

"Tapi yang komeh pelik apa pasal dia kata meninggalkan belang..jalur belang pada badan harimau belang bukannya suatu yang menarik pun untuk dikenang orang kampung. Ke kulit dia orang kampung dah rembat lepas tu jual kat Cina. Memang iye belang je yang tinggal.." aku confius sehingga ke tahap ragu-ragu..

"Bukan belang pada badan tu yang dimaksudkan. Belang tu maksudnya sikap garang, ganas dan taiko yang ditinggalkan oleh harimau buat ingatan orang kampung. Mana tahu dia dah rembat lembu orang kampung lepas tu sampai ke tahap makan orang pula.." Betah emak menamatkan forum makan malam yang penuh kontroversi di awal malam itu..



Tapi sayangnya tak siapa yang tahu pencipta bagi pepatah lama yang sangat kreatif itu. Mungkin hanya beliau yang tahu maksud sebenar pembayang bagi pepatah tersebut. Beliau sendiri mati tanpa meninggalkan namanya.

11 comments:

Fadh Rahman said...

habis klau rimau tue bawak sekali belang dia bukan boleh buat kira masa soal jawab dengan Allah nanti sebab tue dia tinggalkan jer...same laa dengan kite, harta benda tinggal belake...amal pahala yang utama.

Redz da Tsar said...

Kirimkan salam aku kepada Epol...
Haha...

Pepatah nie unik...
Tapi ada dua pepatah aku tak suka setakat nie:

1. Melepaskan batuk ditangga - melakukan perkara yang sia-sia...
ulasan: sia-sia ke batuk ditangga? Atau 'batuk' itu sebenarnya 'batok'?

2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...
ulasan: Apa kata kita ubah peribahasa nie menjadi skill Britis kepada hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, ambik emas kat negara orang, bawak balik ke negeri sendiri... Amacam?

Don Balon said...

Baler.. bapork ilmiahnye perbincangan keluarga sambil makan..
molek aa gitu..
berapa puntung je yanc nok mengenang bahasa kita yang indah nian istana bunian ni..kuikui
org rumoh koi ari tu demeh tanya "awak abis KPLI nanti mengajor subjek apa?"..
Isteri koi: bahasa melayu..
Demeh: Alah, bahasa melayu je?? Tak glemer langsung!

Koi dengor terbakor telinga!
bangga sangat dengan bahas orang putih tu..
emanc koi akui penting..
koi ari-ari kena cakak omputeh settle masaloh pengguna dari US, canada, australia dan cakak orang hitam putih (sepanyol)..
tapi koi tetap sanjung setinggi-tingginya bahasa melayu..
sebabnya?
i) bahasa melayu itu bahasa ilmu..
ii) bahasa melayu itu bahasa antarabangsa..
iii) bahasa melayu itu tinggi nilai sejarahnya..
iv) koi orang melayu, koi kira apa??

Redz da Tsar said...

hoho... Koi support aok DOn...

Haha... Koi paling tak suke bile ada seorang melayu berbual dengan seorang yang lain dalam bahasa Inggeris, koi rasa macam nak lempang jer... Kejadian nie selalu kat INTEC dulu.. Eish... Ingat duk International Edu Centre bleh sesuka hati melupakan bahasa sendiri...

Hehe.. ter'emo' plak

dzul said...

fadh,
iye tak ye juga. nama mmg x dikira sebagai dosa pahala semasa soal jawab..hanya amal aje yg dikira. tp kalau semua manusia x ada nama mcmana pulak yek..seme pakat buat amal ibadat jek..fuh macamana tu yek..?

redz,
pencipta pembayang ni bijak orangnya..

kenapa dia pakai harimau..sebab harimau ada belang
kalau kita fikir2 bukan dia x boleh bagi binatang lain..rusa mati meninggalkan tanduk ke..tp apa yg ada pada rusa..x ada apa2 kan..

cuba ambil harimau..meninggalkan belang..
harimau mmg sikap dia jaguh, taiko..belang pula kulit luar yg berbelang..tp belang pun maksud dia jaguh juga..

macam ada byk tafsiran le pada pembayang ni..ah, genius betul..

aku setuju dgn 2 pepatah yg kau nyatakan tu

1) melepaskan batuk di tangga
pada aku lepaskan batuk di tangga bukan la perkara yg sia-sia. bagus la lepaskan kat situ. abis nak batuk kat mana? kat muka org..? kalau ada selsema babi mcmana pula? oh ye..aku x tau apa dia batok..

2)hujan emas ni memang jadi polemik sejak dulu. tak kena langsung. abis kalau hujan batu tu baik ke..? mungkin juga pencipta nak membayangkan supaya ada semangat mempertahankan negara walaupun dalam keadaan jerih payah..

tapi pepatah ni kurang sesuai utk membayangkan semangat mempertahankan negeri, aku ingat lagi pepatah yang pernah disebut oleh arwah mak ngah aku yang paling tepat utk menggantikan pepatah ni..yg mmg aku x pernah dengar sebenarnya..

emas perak di negeri orang, keris lembing di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri..


don,
panjangnye komen aok..adeh..

don, demeh2 tu dengki sebenornye..huduh perangai sokmo org melayu nih..dah dia tak dapat nak jadi cikgu mmg la cakak gitu.. keh tau sangat la peel mcm ni..ok cuba kalau demeh2 tu cikgu..katalah cikgu jugek..misti kata..oo bagusla mcm tu..takkan nak bagi ayat mcm demeh2 tu pulok..

terbakor tu adat la don..buat x tau sudoh..

lagi satu..aok ni tahap buat n3english pulok sekali sekala. boleh juge koi menumpangluaskan(oh terjumpa perkataan baru..boleh daftarkan ke DBP) kosa kata english koi..

redz,
ah, menyampah banyak juga aku kadang2..tp dalam kerja byk juga istilah teknikal sesuai dlm english lg hehe..

Redz da Tsar said...

Bukan ape.. Aku tak kesah kalu rojak sket-sket.. tapi yang jenis 100% bahasa inggeris... yang memang macam tak tau bahasa melayu... huhu

dzul said...

redz,
malu sangat ke nak cakak melayu. adoi. tolong le, tau la stenby nk ke obersea. aku rasa dia dah mula rasa jelek utk guna bahasa melayu walaupun bercakap sesama melayu. kalau dia fikir macam tu aku fikir dia la yg hina..

Don Balon said...

D-z & redz..
ada rodonc koi bangga belajor kejuruteraan awam dalam bahasa inggeris di ITM.. eh UiTM..
koi masa tu masih pelajar civil eng lagi..
koi sebut rasuk, dia sebut beam..
koi sebut tegasan ricih dia gelak..
dia kata shear stress la..
koi sebut beban teragih seragam dia dah nak guling2..
dia kata uniformly distributed load..
ahh gampang! mujur koi tok tampor je..
dia tak tau berapa puluh juta ringgit dan berapa banyak air mata, darah dan keringat telah gugur untuk mencipta istilah2 sains yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu!!!!!!!

Puisi dari Kota Gelanggi

Radas berhadas

Kulirik catatan silam..
Buku itu
kosong di laman kiri..
Berbelang bak bendera negara bapaku, negara ibuku..
di laman kanan.

Dalamnya ada cerita..
radas, kelalang, penunu segala..
daya memusat, keadaan pegun..
jasad tegar, pendam lakur.

Azlizam Abdullah itu sub-etniknya Banjar
Mazlan Ibrahim sub-etniknya Kelantan..
Aku pula Kelantan-Patani-Kedah berbaur semua..

Namun bendera hitam putih kami junjung..
bendera berbelang kami sanjung..
Bahasa Melayu kami usung..
menurun lembah menggagahi gunung..
lepak di bandar balik ke kampung..
sembang kedai kopi atau blog menerung..
bicara sastera atau penemuan sains terulung..
makan spaghetti atau mee chalong..
Bahasa Melayu tetap agung!!

(bebas untuk dijadikan entri oleh sesiapa sahaja di maya pada ini..)

fajridil adha said...

harimau mati meninggalkan dunia.hehe [my blog]

Yana Ismail said...

hi hi hi..btol tu..mgkn org tu je tau ;P

BLOG GENERASI FELDA said...

Blog sdr sudah disenaraikan didalam BLOG GENERASI FELDA.