..bagi pihak adik lelaki aku.
sajak baldi sepi
sebuah baldi sepi
dulunya bekas minyak hitam
terlantar dipenjuru concrete slab
bila tiba musim tengkujuh
hilanglah ia
dibawa arus sungai pinang
yang naik separas jalan raya
kini tiada lagi
baldi sepi sudah pergi
jika tidak ke kuala sungai kemaman
mungkin tersangkut di pukat nelayan..
baldi sepi
mungkin hayatmu tidak panjang
bersama kami
sekurang-kurangnya kau pernah berbakti
untuk projek sebesar ini
menambah baik bekalan air daerah kemaman
dan kawasan sekitarnya juga
tanpamu mungkin.
backhoe tak bergerak
long arm excavator pun tak boleh jalan
cukuplah setakat itu
kau tak perlu lebih-lebih tahu
akan peri pentingnya dirimu
sedangkan kau sendiri tak mahu tahu
kerana mungkin juga nanti
kau akan tuding jari sana sini
pada kerajaan apatah lagi
sebab kita cuma hamba
buat kerja niatkan untuk ibadat jua
supaya tidaklah bila subuh menjelma
pak imam membebel sebab air tak ada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Suspension paracetamol la weh..
Sori D-z..
Koi lebih tertangkap ke tajuk tu berbanding sajok yanc aok tulih popalih panjangnya tu.. :)
kesian baldi itu sepi. mahu jodohkan dengan pongkes aku? dia pun sepi jugak.
don,
tak kisah mana2 satu don, sajak hanya utk meluahkan sesuatu yg tak sesuai jika ditulis secara karangan..sebab tu kdg2 org menulis dlm btuk pantun/sajak.
tp sajak aku mmg zero pun hahaha
yoshz,
hahaha..masalahnya nanti dia dapat anak apa..?
ceh..havoc je lebih..
gam##*g...koi ingat kan yer laa aok yg nak meminang, upernyer minang ke adik...aok bler lagi? ke nok jadi mcm baldi sepi tue...esok klau dah makan dek hari baru nimba air kolah 2-3 baldi dah bocor(dalam makna nie he he he)
oh..ingat kau yang nak bertunang..so aku ada chance lah??
Koi ingat aok nak meminang utk diri aok tadi....
bler nk g utk dri sndri??
Sape yg sepi sebenarnye nih??
ah. tulis sajak bes juga. jom kini bikin projek sajak!
hoho
ini sajak mekanikal
satu kategori baru!
gua nak sembang lain..
Kopi HaiPeng secawan jom!
cilakak. gua baru nak bagi ayat padu tadi..!!
Post a Comment