Aku ni memang kalau ke masjid hari Jumaat bukannya dapat consentrate sangat khutbah yg dibaca khatib. Kekadang lambat je pergi. Org dah azan baru start enjin, tapi hari ni laju je pulak aku gerak. Destinasi aku..masjid hijau..masjid kg pasir minal yang kat depan lamannya ada satu bendera bulan putih background hijau yang amat besar.
Harap-harap ada la cerita best dari tok khatib hari nih. Skang kan dah pecah khabar mantan dan bukan mantan tpm tengah sibuk sinsing lengan baju memasing. Mana la tau ada info-info terbaru dari corong speaker masjid pasir minal yang sokmonye penuh sesak dengan manusia time sembahyang jumaat tu.
Aku cuba celah-celah melepasi gerombolan manusia yang mungkin berfikiran macam aku jugak..sebab dah sempit aku pun gegas-gegas ke tingkat atas harap-harap ada ruang kosong.
Dapat je pot sesuai aku dah start pasang telinga. Suara budak-budak kecik kat sebelah yang memekak macam bunyi lebah tengah buat sarang jadi tenggelam dalam kekhusyukan aku mendengar khutbah jumaat. Budak-budak kecik..kalau ikut amarah aku ni aku campak je sorang-sorang kat bawah tu karang. Ni satu..bab bebudak kecik ke masjid time jumaat ni memang kat memana pun diorang ni suka buat hingaq..kalau dah nama bebudak..macam tu la perangai tak habis-habis. AJK Masjid..kalau boleh kasi la satu area kat bebudok nih..takyah la campur dgn org besar-besar mcm aku. Takkan la sampai taknak bagi diorg berjumaat plak.
Satu persatu patah kata khatib aku dengar..ish mana suara-suara keadilan untuk rakyat nih? Kurang-kurang ada la huraian pasal fitnah ke ataupun kerajaan yang dah semakin loklak ke..tapi takdak satu pun yang disebut khatib..
Khatib hanya ada sebut pasal halal haram makanan yang dimakan dan effect kepada kesihatan dan keimanan je..macam yang dapat aku detect secara ringkas spt di bawah;
*************************
Menurut sumber, pecahan pengusaha-pengusaha makanan yang memohon halal jakim adalah 80% dari bukan bumiputra dan selebihnya barulah permohonan dari bumiputera. Selain dari itu, walaupun ada pengesahan halal tapi kita sebagai muslim juga perlu mengetahui ke mana pelaburan industri makanan dan barangan pengguna. Jenama COLGATE misalnya telah diketahui menjadi salah satu penyumbang terbesar ekonomi Israel sejak 1967 lagi..jadi kita sebagai pengguna berhak membuat pilihan supaya menggunakan barangan bukan daripada jenama yang menjadi pelabur besar kepada negara yang telah banyak menyumbang kematian dan kesengsaraan rakyat pelestin itu.
Sebenarnya banyak lagi jenama-jenama yang menjadi pelabur besar Israel yang memang kita sendiri pun telah ketahui tetapi tetap kita teruskan juga penggunaannya dalam kehidupan harian.
Jadi, renung-renungkanlah. Adios
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment