Tuesday, July 15, 2008

trauma

Kawan-kawan semua dah siap sedia. Semua dah boleh tidur awal. Tapi tidak bagi aku. Exam kali ni adalah penentu hidup aku di IPTA ni. Satu-satunya harapan untuk aku terus bernafas sehingga menamatkan lagi 2 semester pengajian atau bakal mendapat anugerah B.A (Balik Awal). Tapi aku memang dah tak yakin dengan kemampuan aku. 1 minggu terakhir ni memang aku tak boleh buat apa-apa. Beku dan kosong. Lagi banyak aku study lagi banyak yang tak faham..tak tau..blank..cacamarba..kusut..dan tak boleh catch up langsung.

Menggelabah bukan main-main. Macam mana la aku nak mengadap muka mak dan ayah nanti. Mereka mesti kecewa dengan sikap aku. Kegagalan aku nanti mungkin akan jadi trauma buat mereka. Ah..aku tak boleh mengalah. Aku mesti kuatkan tekad, azam, walaupun masa hanya tinggal 1 minggu untuk peperiksaan akhir semester. Hanya tinggal semester ini sahaja lagi. Kalau pointer aku bawah dua. memang sah aku akan dapat B.A. Ini bukan main-main. Ini kerja serius.

"Wei Zul, pengiraaan berangka soalan nih kau dah tau buat?"
"Statistik soalan tahun-tahun lepas kau dah semak blum?
"Nih geologi nih..ko dah hafal blum?

Itu tanya kawan-kawan seangkatan..

Ni pulak komen roommate aku budak sastera. Masa aku tengah bersila dengan kain pelekat tak berbaju mengadap buku statik yang tebal dengan kertas-kertas soalan bersepah-sepah atas tilam.

"Woi, biar betul ni Zul..kau boleh buat ke nih? Kau dah gila? Periksa dah tinggal seminggu lagi. Patutnya sekarang ni masa untuk kau berehat-rehat.."

Lan terkejut bukan main selepas membuka pintu bilik. Terkejut bukan sebab dia tengok aku tak pakai baju. Kalau dia tengok Maya Karin tak pakai baju lain la. Tapi terkejut sebab aku dah mengubah kebiasaan yang sering dilihatnya. Selalunya aku study di meja study yang tersedia. Dia dah dapat agak yang aku dah hampir terkena gangguan mental.

************
Memasuki dewan peperiksaan pagi tu bukan macam pagi-pagi yang biasa. Awan mendung berarak perlahan seolah-olah mengucapkan selamat jalan kepadaku.

"Baiklah..kamu semua boleh mula sekarang"..

tik..tik..tik..
Kertas pertama hari ini - Pengiraan Berangka. Memang semuanya soalan pembunuh. Tangan aku menggeletar. Satu demi satu soalan tidak berjawab..
Aku lihat Fairuz yang duduk di depanku tekun menjawab..

tik..tik..tik..
Fairuz letak pen, kemas-kemas meja terus bangun dan keluar dewan dengan senyum puas. Dia antara 5 paling awal.

tik..tik..tik..
Aku masih lagi beku. Hilang arah dan halatuju. Confirm..markah aku pasti teruk, untuk kertas pertama ini aku pasti gagal. Gagal dengan 'E'.

"Masa hampir tamat!!..." jerit pengawas perperiksaan..
"sila berhenti menulis.. letakkan pen di atas meja..!"

krinnggggg....

Aku terpisat-pisat bangun..mematikan jam meja yang sedang berdering.. Huh mimpi ngeri ni lagi. Dah banyak kali berulang. Dah hampir 9 tahun menghantui aku!

5 comments:

Rajuna said...

ngeri!

dzul said...

xrajunax, kalau kau kena mcm aku, hah..mmg boleh mimpi ngeri..

artsoul said...

statistik subject paling susah..awak kira bgs la ambik course ni..
salam kenal..

Ojie said...

hahaha..
tu tido tak cuci kaki apa sampai mimpi ngeri mcm tuh..

dzul said...

artsoul,aku ambik engineering, statistik tu subjek fakulti mmg payah. Masa tu aku kena repeat paper sbb dpt E, tapi time repeat tu aku rasa mudah pulak sbb dia cuma ejas2 formula je..statistik repeat paper aku dpt A-.

ojie, cuci kaki pn kekadang mimpi gk..mmg byk kali dh mimpi exam nih.