Saturday, July 12, 2008

ini kisah tiung

Pagi itu tiung rasa sungguh bahagia. Dia mengepak-ngepakkan sayapnya sambil bersiul-siul kecil. Maklumlah hari ini tiung ada temujanji dengan kekasih hatinya. Tujuannya masih belum dapat dipasti. Mungkin mereka akan sama-sama terbang mencari ulat-ulat atau buah-buahan di kawasan kampung yang berhampiran dengan kawasan hutan tempat tinggal mereka. Selang tak berapa lama, kekasih hati pun tiba. Tiung tenung wajah kekasih hati..begitu juga sebaliknya. Lama mereka pandang-memandang itu seolah-olah tidak mahu berjauhan lagi. Maklumlah mereka sedang asyik berkasih-sayang.

********
Kepala aku kusut. Kerja masih banyak. Tambah lagi dengan meeting dan report-report yang masih belum disiapkan. Aku minum serba-sedikit dan gegas-gegas hidupkan enjin."Mak, pergi dulu ya"..aku tekan minyak dan satria merahku menderum meninggalkan kawasan garaj.

********
Ke mana tiung hendak bawa abang?" Kekasih hati bertanya tiung, baginya tiung adalah segalanya. Dia tak sanggup lagi berpisah dengan tiung."Abang ikut sahaja cakap tiung" sambung kekasih hati lagi. "Okey..kalau macam tu abang ikut tiung..tiung akan tunjukkan satu tempat yang banyak buah-buahan untuk kita makan." jawab tiung sambil mengepakkan sayapnya. Kekasih hati mengikut terbang dari belakang. Sambil berkejar-kejaran itu mereka bersiul-siul riang.

********
Aku menekan minyak dengan tergesa-gesa keluar dari kawasan perumahan Gelanggi. Sesampai di simpang luar jalan besar Jerantut-Maran. Aku free gear. Tarik handbrake dan pastikan tiada kenderaan berlalu untuk aku masuk ke jalan utama itu. Aku nampak dari jauh office mate aku juga sedang melalui jalan Jerantut-Maran itu untuk ke office. Setelah pasti tiada kenderaan lalu lalang aku terus masuk gear satu, lepas handbrake dan broom..aku memecut.. dua....tiga...empat...lima...speed meter terus menokok ke 80km/jam dengan serta merta..

Tiba-tiba dengan sekilas pandang dua ekor burung tiung melintas di hadapan kereta aku. Kelihatan seperti mereka sedang kejar-mengejar. Aku tidak sempat menekan brek lagi. Aku telah terlanggar burung tiung yang sedang mengejar kawannya dari belakang. Bulu pelepah hitam dan putih berselerakan di jalan raya itu. Ya Allah..aku sempat mengerling ke belakang. Burung tiung yang aku langgar menggelupur di atas jalan tar hitam itu. Aku juga ternampak burung tiung yang dikejar tadi bertenggek di pohon berhampiran sambil riuh bersiul-siul memanggil kawannya yang sedang menggelupur itu. Waktu itu office mate aku juga sempat berhenti sambil memerhati si burung tiung. Aku meneruskan perjalanan. "Ah..bukannya manusia pun.." fikirku tanpa berfikir panjang.

**********
Maafkan aku tiung atas kecuaian aku pada masa tu. Aku bersalah. Aku tak berniat untuk membunuh kekasih hatimu itu. Aku harap selepas itu jangan lah kau membawa hatimu yang lara. Teruskanlah tujuanmu. Makanlah buah-buahan di tempat yang kau ingin tunjukkan pada kekasih hati walaupun dia sudah tiada. Aku tahu kau amat sedih. Kau juga punya naluri. Jika aku di tempatmu aku juga akan menjadi gila sepertimu.

**********
* Walaupun bertahun sudah berlalu. Apabila aku memandu dan melihat burung-burung yang sedang berkejaran. Aku pasti akan teringatkan si burung tiung.

6 comments:

Rahimin Idris said...

woi, bukan burung murai la..itu iklan petronas..burung tiung la..aku siap tengok lagi..awek burung tiong tu kena gangguan mental..berdosa ko..baik ko minta maaf balik hahahaha

dzul said...

tu la pasal..aku tak berenti masa tu..aku ingatkan burung murai..yg dh mati tu mati la..yg idup tu kesian wei..
aku edit la kejap lg..

yoshz said...

kamu dzul,

sila rasa berdosa.

dzul said...

yoshz, aku sentiasa rasa berdosa..
seolah-olah dosa-dosa aku berkadar terus dengan peningkatan umur.
tq krn singgah..

Ojie said...

aku sedih ngan entry nih..
ntah kenapa sayu semacam je..
kesiannya nasib burung yg masih hidup itu mengingati kekasih hati yg telah mati..

dzul said...

a'ah..entah-entah hari tu dia nk makan pun dh tak selera..sbb kejadian tu depan mata dia.

Tp aku dengar burung jenis lovebird lg kesian..
kalau seekor mati..seekor lg ikut mati..sbb sedih sgt..

Eh..ko jgn la sedih,aku cuma nk b'cerita.