"Cik Wok..Ada dengar bunyi apa-apa tak malam tadi?" Tanya Tok Umi jiran sebelah rumah. Mak aku geleng-geleng kepala. "Bunyi apa?"
"Entah la..tapi meremang jugak bulu roma.."sambung Tok Umi lagi.
Ceritanya..time aku balik cuti jumaat,sabtu ahad baru ni..hari khamis malam jumaat tu la jugak, dalam pukul 2.00 pagi lebih kurang. Tok Leh, suami Tok Umi terdengar bunyi mendayu- dayu dari belakang rumah. Dia kejutkan isterinya itu. Kot-kot nak join sekali jadi seekers. Memang Tok Umi ada dengar. Tok Umi kata dia memang tak pernah dengar lagi bunyi yang mendayu persis suara bayi menangis bercampur bunyi kucing tu. Tok Umi kelam kabut. Takut pun ada. "Itu la bunyi hantu bajang." Kata Tok Leh. Siang tu memang pecah la khabar bawah pokok rambutan kahwin Tok Umi. Tempat segala macam CNN, aljazeera, tv3 berkumpul. Bercerita pasal makhluk halus yang tiba-tiba muncul semula di kawasan belakang rumah kejiranan kami.
Cerita hantu bajang yang disebar Tok Umi mengingatkan aku peristiwa lebih 20 tahun lalu. Waktu itu, kawasan kami memang kerap diganggu hantu bajang. Bila berbunyi tengah malam arwah ayah pernah turun ke belakang rumah bawa lampu suluh dan parang di tangan. Tapi bila suluh tak ada nampak apa-apa yang mencurigakan. Memang tak pernah bertemu.
Ada sekali peristiwa, masa tu rumah aku 100% lagi lantai kayu. Kami tengah enak mengadap makan malam dalam pukul 8 lebih. Tiba-tiba aku terdengar bunyi itulah juga. Bunyi yang diceritakan Tok Umi. Kami sekeluarga tersenyap macam malaikat lalu. Semua orang berhenti menyuap. Adik-adik aku dah pakat berkumpul dekat arwah ayah. Takut..
Arwah ayah angkat jari telunjuk letak kat tengah bibir. Hantu bajang perlahan-lahan bergolek (hantu bajang dikatakan bergerak secara bergolek) di bawah lantai rumah kami sambil mendayu-dayu macam suara itu. Suara bayi menangis bercampur sikit-sikit bunyi kucing mengiau. Tapi aku amat yakin bukan kucing sebab bunyi bayi lagi jelas.Aku tak berganjak. Tetap duduk bersila di tempat makan aku sampai akhirnya suara yang boleh menaikkan bulu roma tu melepasi bawah rumah kami. Itu kali pertama dan terakhir aku terdengar suara begitu. Pelik juga.
Kawasan kejiranan kami mungkin sejak dulu jadi laluan hantu bajang.
Monday, July 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
aku penah dengar cerita hantu ni. dia hisap darah budak2. orang cerita laaa...
hantu bajang?
1st time aku dgr psl hantu nama nih..
hantu bajang tuh cane?
adek beradek cam pocong ke?
huhuhu..
bab2 hantu nih, den lomah siket..
mi,
Tak tau lak aku dia isap darah. Tapi kalau berbunyi meremang gak kalu lepas tengah mlm
ojie,
aku tak tau benda ni dr jenis makhluk halus ke ape..tp memang ngeri bunyi dia..macam bayi mengungui..yg penting aku penah dengar..
salam,x pernah lak akak dengar pasal nama hantu bajang. camner rupernya dik
crazy beutful88,
w salam, tu la..filem asyik kuar pontianak je..over expose dah, padahal bkn senang pn nk jumpa.
org kata bajang warna hitam bentuk n saiz mcm baby, bergolek..
sy cuma dengar suara je..
salam. link dari blog rahimin. jerantut sama geng rahimin ke?
bro, gua link blog ni.
ok, saya link kan juga blog abg..
dulu kami officemate..skang saya keje kt kemaman.
brade..hantu bajang ke hantu kajang?haha..1st time beb gua dgr hantu nama bajang..gila rare hantu ni..
Mati2 aku ingat cerita kelakar. 100% cerita hantu. Hantu bajang ni rupa dia mcm maner? kenapa dia bergolek? dia takde kaki ker?
daus,
sian gak kat spesies antu nih. tak fofuler. biarkan la dia ngan dunia dia di belakang umah aku..
jgn kaco org nk tido dh..marah pn tak guna. suka dia je nk dtg balik
yoshz,
dah lama dh dia duk area blakang umah aku. biarkn aje la. jgn kerap ngat wat bising dah. dia warna hitam, besar saiz baby. bulat lonjong mcm tu je. begolek sbb takde kaki.
payah nak tengok nih.
salam bro...
nasib aku tak baca blog ko waktu mlm, kalau tak aku grenti cabut naik atas tak tutup pc punya...aku link blog ko ok...pasai aku dah bosan baca blog politik, sesekali nak gak ade selingan kisah antu nih...
man helang,
adoihla..hahaha..tak abih lagi aku gelak nih.. takpe la.. link la, nnti aku link kan kau pulak.
aku pon boring berpolitik dlm blog sbb aku cpt paneh bila crita bab politik. sokmo rasa nak menyirap..
sesekali je cerita hantu betul nih..selalunya aku mengarut.
ohh..itu ke yang dipanggil hantu bajang. kat rumah aku pun ada bunyi sedemikian, aku ingat kucing jantan nak mengawan. rupa yer silaplah yer..
fahmi,
hahaha..weiii..yag kau dengar tu memang bunyi kucing jantan la..
ni bukan, bunyi seram dia tu dah tahap satu kampung boleh bawak turun parang malam-malam..
ngeri dia dah tahap boleh kuar mastika..aku saja malas bawak turun shahidan jaafar atau pn uncle seekers yg mulut cabul 2.
itu musang pulut daaaaaaaaaa!!!!
kau pernah dengar ke rajuna? Aku pun tak pasti. Lain macam benar bunyinya.betul..Memang ada juga teori musang, musang pandan, musang pulut. Semua musang pn dah dengar. ada yg tido atas siling pun tp tak bunyi mcm tu. teori musang dh ditolak mentah-mentah sejak 20 tahun dulu. kalau kau ada rakam..aku boleh tolong pastikan.
Aok ni machanc2 la Dzul..
Nanti koi ceriter ke aok cerita hantu pulut pulok.. hehehe
hahaha..mahadir..
kat sini borak2 kosong je utk hilangkn stress memasing.
mana tau dari borak2 kosong boleh dpt sesuatu yg berfaedah juga.
Bajang ni spesis macam buah kundur. Kundur ?? tak tahu? ala-ala macam biah labu.. tapi labu bulat.. ini bujur..
bila jalan dia golek2.. iyelah dah takde kaki..
Oooo.. entah den tak pernah tengok :D
mak aku penah cerita, masa ngandungkan aku, mak dgn ayah aku penah diekori hantu bajang ni. masa tu diorg jln kaki dari umah jiran. sepanjang perjalanan nak sampai umah tu, bajang tu bunyi. masa tu tinggal kat gintong, tahun 86, hutan lagi masa tu..letrik pun 12 jam je..
mak aku cerita la.
aku link blog kau ya?
Ku nak percaya cerita ni.....karna ku tak mengerti begitu cerita setan macam tu
Ku nak percaya cerita ni.....karna ku tak mengerti begitu cerita setan macam tu
tau x sebab ape die kacau kite?...ape punca n sebab2 yer...
Benar..
Ianya kategori saka.. Tiada cara membunuhnya melainkan kenali sifat diri yg mulia disisi Allah..
Mencari waris sekiranya tuan empunya yg lama x mampu menjaganya lagi
Bersifat sangat merbahaya dimana ia mampu mengganggu keturunan sekiranya x diwarisi.
Ini berlaku dalam keluarga besarku sendiri. Pd masa aku menceritakan ini, aku masih menjaga nenekku yang mana telah ada dalam dirinya tanpa diketahuinya sendiri.. InsyaAllah.. Allah maha kuasa maha segalanya..
Asal usul Bajang ni drpd bayi x cukup sifat @ mati kecil dan dipuja menggunakan sesuatu ayat.
Matlamat pemilik lebih kepada menjaga diri, ladang serta anak keturunan tetapi sekiranya tidak dijaga, ianya x ubah seperti anjing menggigit tuannya sendiri..
Keluar ketika hujan lebat berbunyi seperti bayi menangis.. Boleh mencederakan musuh terutamanya bayi dan anak2 kecil. Impact terlalu besar sekiranya tidak dikunci dibuang sebelum pemilik meningkat tua..
Akhir kata.. Sebaik2 jin, sejahat2 manusia.. Nauzubillah
Aku baru dengar tadi pak sedara aku cerita pasal kenangan diorg dgn adik beradik ...sampai kejar hantu bajang tapi diorg sebut bajan tu ...bunyi suara bayi nangis pastu ambek api beramai kejar bajan tu ...menda tu begolek-golek lari hilang ...diorg cakap mnde tu ad petanda something akan jadi .. and benda tu takut dgn api
Assalamualaikum rakan² seklian...aku dok cari la pasal bunyi yg korang cakap tu....aku dok kat rumah apartment,sekitar damansara damai,semenjak aku pindah sini setahun yg lalu,boleh dikatakan hari² aku dengar suara yg dikatakan tu,bayi nangis seakan² kucing mengiau dalam masa yg sama....sekarang pun aku masih dengar lagi....tapi aku cuba 'husnuzon'....tapi kadang² tu terbayang la jugak pasal bajang ni sbb utama dia kerap aku dengar/perasan ada sesuatu yg bergolek² bila aku aku tido dalam bilik....tapi bila aku tido kat ruang tamu tak dak pun apa² yg nak golek²....namun suara itu masih sering kedengaran....nak siasat malas,maklumlah balik kerja,penat,kadang aku nak tido tu,dia ueeekkkkkkeeuuuuueeekkkkkeuuuuu aku amati betul² memang bunyi tu la...tapi nak bg aku tak takut aku fikir lah anak jiran nangis tengah² malam bak susu...harap² anak jiran lah....aku dapat tau pasal bajang ni pun sbb aku pernah berkawan ngan sorang perempuan ni yg seringkali diganghu makhluk halus,pergi berubat merata celah bedah,dan salah seorang pengamal perubatan melayu yg kami temui 7ntuk berubat tu pernah berkongsi pasal cerita banjang ni.... Wallahualam....
Post a Comment