PrologBadan cikgu Naim sebenarnya masih lagi terketar-ketar. Dia cuba juga merehat-rehatkan dirinya dalam kedinginan malam itu. Kerana itulah tujuan sebenar dia datang ke situ. Berehat di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar pada malam hari sambil menghisap dalam-dalam rokok dunhill kegemarannya. Namun, dia tetap dibayangi kejadian ngeri baru beberapa minit yang lalu.
Cikgu Naim terkejut yang amat sangat. Dia hampir dikeronyok oleh sekelompok pelajar yang seakan-akan dirasuk hantu. Mujur juga dia sempat menjerit minta dikasihani. Kalau tidak tentu dia akan menjadi mangsa kekejaman pelajarnya sendiri.
Pelajar-pelajarnya yang cuba memukul bantai dia sebentar tadi telah hilang menyusup ke kawasan lain pula. Mencari mangsa yang boleh dijadikan korban. Cikgu Naim sendiri yang membenarkannya. Membenarkan para pelajarnya bertindak ganas begitu. Dia tidak marah, jauh sekali menghalang.. Jika itu yang dimahukan oleh para pelajarnya. Cikgu Naim seolah2 merestui keganasan yang hampir membawa padah kepada dirinya sendiri.
******
Cikgu S sudah hilang sabar. Baru beberapa minggu lepas heboh kes Rais terserempak toyol, kali ni hantu jenis lain pula. Seorang lagi pelajar lelaki terserempak 2 lembaga hitam keluar dari asrama putera ikut tangga belakang. Macam kilat. Macam ribut.
Sepantas itu juga cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 berkumpul di dataran asrama putera dengan serta-merta. Pelajar-pelajar lain diarahkan terus ke prep malam seperti biasa.
Ya..dendam cikgu S mesti berbalas malam ini juga. Kali ini ciksu S tdak lagi dibantu oleh 4 orang pengawas sekolah. Bahasa tak boleh harap sangat agaknya.
Tanpa segan silu cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 membantu demi menjamin kejayaan misi. Saat itu tiada bantahan langsung yang kedengaran daripada para pelajar. Selepas masing-masing menukar kain sembahyang kepada seluar slack (seluar jin tak dibenarkan) di koridor surau. Masing-masing pun bergerak ke dataran asrama.
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya :
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)"Lembaga hitam perlu ditangkap walau dengan apa cara sekali pun. Sudah terlalu lama makhluk2 halus ini bermaharajalela di kawasan asrama kita.." Ringkas sahaja bunyinya kenyataan daripada cikgu S..
Ucapan ringkas cikgu S itu berselang seli dengan kekecohan semua pelajar.
Di mana musuh akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dijemur?
mana senapang akan diampai?
mana jamban dikincah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)...tapi semua tu tak lama. Budak2 asrama kalau bab macam ni mmg cepat faham. Kami pun berpecah tiga empat grup. Semua pakat kepung asrama. Geledah semua tempat. Cari dalam bilik, katil, celah almari. Tak ada..
Ada juga yang geledah bas buruk..tak ada juga..
Ada satu grup lagi pergi geledah tepi pagar kawasan padang. Pun tak jumpa. Lembaga hitam tak nampak. Toyol pun tak jumpa.
Sedang kami sibuk meronda di padang dan area jalan masuk tiba2 terdengar satu jeritan dari tengah padang. Sayup-sayup dan nyaring..
"Dah jumpa!!...cepat kepung..kejar..kejar dia!!.."
Entah suara siapa. Kuat betul..Aku yang kebetulan meronda hampir dengan pintu pagar utama terkejut. Dari jauh aku nampak beberapa orang budak berlari laju menghala ke arah aku..
"Tutup pintu pagar!! tutup pintu pagar kita kepung dia.." suara itu juga..kali ini dengan termengah-mengah.
Aku panik. Apa benda pun tak nampak. Hantu tak ada, toyol pun tak ada. Dalam kelam kabut aku tutup juga pintu pagar.
"Kalau dapat tangkap hantu ni boleh juga nama masuk senarai pelajar cemerlang yang digantung pada dinding dewan.."akal aku mula tak berfikir ke arah itu..
Budak-budak berlari dah makin dekat dan laju..tiba-tiba..
"Sana!!..sana!!..dia lari penjuru sana.."terdengar satu suara..suara itulah juga..
Dari kedudukan aku. Jelas aku nampak mereka meluru dengan ganas ke arah satu lembaga hitam di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar..
"Huh, dengan lembaga hitam itu..? mereka memang nak cari nahas!!.." akal aku mula berfikir ke arah itu..