Wednesday, December 31, 2008

Konon-kononnya Perkara Yang Menakutkan Juga Sepanjang 2008

1) tertidur masa memandu
aku tak tahu hal ni pernah jadi kat kau atau tak?. tapi aku pernah. bukan tak ada member sebelah yang boleh lawan bersembang tapi masa tu silapnya bob mengantuk. aku dah pesan aku tak minat pasang aircond sambil memandu. bob suh pasang gak sebab nak tido.

aku layan kan aje bob. perjalanan dari kl ke kemaman melalui lpt mmg suram walaupun siang. aku dah nguap2 tp confident. jauh lebih kurang 1om kat depan ada satu lori. bila mata dah tutup sekali otak layan ngantuk. bila mata terbuka. aku ingat lagi sekaki je nak rapat dengan lori kat depan. mujur jalan bukan kawasan selekoh. mujur radio tgh lagu ezlynn. giler..mengucap siut.

aku nasihat kalau ngantuk jgn la konfident tak tertido masa memandu. sekali kalau mata dh tutup mmg payah nak buka dah.

2)tersilap tekan pedal
ingat lagi satu kes tersilap tekan pedal, lalu kereta tergelincir dan sebabkan seorang pekerja bank maut?

aku pun pernah lalui situasi ni. masa balik dari kuala terengganu ke kemaman baru2 ni. sebab kasut aku habis basah meranduk air banjir di k.t. jadi aku cuba tanggalkan dan gunakan tapak kaki untuk memandu. memang aku tak biasa berkaki ayam bila memandu tapi sebab kaki sejuk sangat tambahan pula aku demam teruk. aku usahakan tanggal kasut sambil terus memandu.

memang betul. dalam keadaan otak yang tak sedia aku boleh terlupa mana pedal minyak dan mana pedal brek. kereta aku dah hampir sondol kereta kat depan sebab tertekan minyak padahal aku nak tekan brek. aku tepaksa angkat dua2 kaki dari pedal dan fikir pada saat2 akhir brek kat tengah atau tepi.

bila dah dekat sangat dgn kereta kat depan spontan aku tekan pedal tengah dan brek hampir mengejut..debor jangan cakap..tak berenti. tu la pasal..org kata alah bisa tegal biasa. kalau dah biasa berkasut jgn buat pasal tak pakai kasut pulak. dia boleh jadi confuse aku cakap ko.

p/s - macamana pulak diari org islam palestin, iraq dan selatan thai. termenung jauh aku..

Sunday, December 28, 2008

Adakah Anda Telah Mumaiyyiz?

Tadi aku goggle2 kejap cari maksud Mumaiyyiz.

Mumaiyiz bermaksud kanak-kanak yang belum baligh yang beberkemampuan untuk membuat keputusan membezakan antara yang baik dan buruk.

Dari segi umur memang anggarannya adalah 6 tahun ke atas. Itu anggaran. Tapi belum tahu lagi samaada kanak2 telah Mumaiyyiz atau belum pada umur tersebut.

Sekarang lagi teruk, umur dah tua renta pun masih ada yang sanggup sepak mak bapak. Ops, itu tak termasuk takrif mumaiyyiz sebab pelakunya dah masuk akil baligh.

****
Satu malam, dua orang budak kecik pompuan tengah baca alif ba ta depan Tok Imam Saabi. Sayup-sayup dengan suara bergetar.. "alip..ba..ta.." Sambil tu tok imam Saabi dengar dengan khusyuk sambil bengkok-bengkokkan rotan manau yang bersilang atas riba. Dua2 pun kecut semacam aku tengok.

Bila dah abis, Tok Imam Saabi suruh deorang angkat tangan kanan tinggi2 dan capai telinga kiri melalui atas kepala. "Owh, kamu berdua ni belum mumaiyyiz lagi.." kata Tok Imam Saabi.

Betul.. Hujung jari budak2 tu tak dapat cecah cuping telinga pun. Begitulah anggaran mumaiyyiz yang aku tau secara sepintas lalu tapi masih ingat sampai kini. Walaupun tak ada dalam sillibus Pendidikan Agama Islam di sekolah, di internet atau di mana2 tapi pada aku teori ni memang boleh diterima akal.

p/s - Kalau tak percaya cuba kamu buat. Mungkin tangan kanan kamu tak dapat capai cuping telinga kiri. Mana tahu? hahaha

Monday, December 22, 2008

Kau Nak Balik Ke Atau Kau Dah Tau Saper Aku??..

"Sejak aku duduk menyewa rumah ni baru benda alah tu tak ada. Dulu masa aku dengan abang aku menyewa kat Kuantan memang kerap ada.." Saipul menarik nafas panjang.

"Itulah, aku rasa benda ni bukan jenis yang mengikut tapi jenis yang bermukim kat rumah yang kau sewa dulu. kalau mengikut memang sampai Kemaman ni pun dia ikut.."

Perborakan kami malam tu berkisar tentang gangguan yang kerap diterima Saipul. Pernah satu malam masa dia keluar nak ke tandas. Dia nampak abang dia tengah duduk sedap-sedap atas kerusi ruang tamu. Tapi dalam gelap. Bila dia tegur. Abang dia tu terus jalan dan lesap masuk dinding.

Apa benda tu? benda2 yang boleh menjelma? boleh merupa? Ah penjelmaan dan pemerupaan ni memang wujud dalam kisah manusia sejak zaman Nabi Adam lagi. Penjelmaan banyak disentuh dalam kisah2 nabi. Contohnya tongkat Nabi Musa boleh berubah menjadi ular.

Samada Malaikat, Jin dan Iblis. Mereka semua makhluk yang diberi Allah kelebihan untuk menjelma dan merupa (betulkan kalau aku salah). Manusia tak ada kelebihan ni kecuali Si Tenggang, Naruto dan Hajime

Satu hari aku ym Mazidul(bukan nama sebenar). Borak, borak juga. Tapi sudahnya melarat...

QARIN?

dzulmohamad: kau kata kau penah jumpa qarin? (apa yang aku tau qarin adalah sejenis jin pendamping yang sama dgn orang yang didampingi..betul ke?)
mazidul: pernah
mazidul: n adik aku pernah jumpa aku tepi longkang padahal aku gi kedai
dzulmohamad: ish betul ka?
mazidul: ha'ah
dzulmohamad: tapi tu adik kau yg jumpa..mungkin gak org lain
mazidul: jumpa dekat longkang rumah, dan dia borak ngan 'aku'
dzulmohamad: peh..siap borak lagi..


HANTU KEDAI SNOOKER

mazidul: aku pernah nampak member aku masuk kedai snuker, pakai baju yg dia selalu pakai
mazidul: bila aku masuk dia takder
mazidul: aku keluar balik, 10 min pastu dia sampai
dzulmohamad: dia ke tandas x?
mazidul: tak. takde org kat tandas. tempat tu biasa aku lepak, so aku mcm dah kenal semua org kat situ. takde saper muka iras dia
dzulmohamad: maknanya 10 min lepas tu br dia sampai dgn kereta dia la..
mazidul: moto
dzulmohamad: huh..macam2..nape jd macam 2 ek
mazidul: itu mungkin aku silap tengok
mazidul: entah
mazidul: actually aku ada few experience gak
mazidul: malas nak citer
dzulmohamad: iye la..tah pelanduk dua serupa..tp yang adik kau sampai beborak tu mmg angker..


KAU NAK BALIK KE ATAU KAU DAH TAU SAPER AKU??

mazidul: awek aku punya citer lagi tak bleh blah..
mazidul: nampak 'kawan dia' jilat pad
dzulmohamad: hah..gile..
mazidul: dekat tandas
mazidul: pontianak tenggek betul2 depan windscreen keta
mazidul: susah aku nak terima, ada org experience ni semua
mazidul: selalu dengar nampak2, n benda tu hilang...
mazidul: biar aku citer, mula2 awek aku bgn mlm pergi tandas
mazidul: pastu dekat tandas dia nampak ada pintu tak rapat
mazidul: bila jengah nampak kawan dia tgh jilat pad
mazidul: dia mamai masa tu, terus dia pegi sink basuh muka
mazidul: then, 'kwn dia' dtg dekat n basuh muka jugak
mazidul: tiba2 baru dia teringat 'apa kejadah minah ni isap pad'?
mazidul: n dia cakap dia nak balik bilik
mazidul: kwn dia cakap "kau nak balik ke kau dah tau saper aku?"
mazidul: terus dia lari balik bilik
mazidul: dan kawan dia yg sebenar tgh tidur
(menurut mazidul, kes ni berlaku kat salah sebuah kolej U.M)

Tuesday, December 16, 2008

Tok Imam Saabi

Dia..Tok Imam Saabi. Dia ustaz tempat kami kanak2 dalam kawasan felda mengaji. Maka, kami pun akan ke rumahnya setiap selepas Maghrib. Ramai sungguh kami mengaji di rumah Tok Imam Saabi. Berkumpul dan kadang-kadang santak sampai pukul 10,11 malam barulah kami pulang.

Iya.. Tok Imam Saabi bukan setakat mengajar mengaji Muqaddam dan Al-Quran. Selepas semua muridnya yang mencecah hampir 40 orang itu habis mengaji dia akan mengajar tajwid pula. Kamu rasa tajwid mudah kah? cukupkah idgham,ihfaq,mad wajib..sebenarnya banyak lagi..dan aku sempat belajar tajwid dengan Tok Imam Saabi sehingga setakat yang tidak tercapai dalam kelas di sekolah. Tapi sekarang sebahagian besarnya dah hilang dari otak aku seperti angin lalu.

Entahlah, sekarang pun masih ada lagikah ustaz yang sehebat Tok Imam Saabi?. Serajin dia mengajar tajwid dan bukan sahaja setakat mengajar mengaji? Tok Imam Saabi tak minta wang dari kami atau dari ibu bapa kami. Maklumlah peneroka felda bukanlah orang senang..

Tapi Tok Imam Saabi sudah lama pergi mengadap Ilahi. beruntung juga aku kerana dapat menyambut mayat arwah didalam liang lahad beliau. Kami bertiga yang menyambut itu semua anak muridnya. Aku di tengah. Kami buka kain kafan di bahagian mukanya dan miringkan badannya mengadap kiblat. Merapatkan hidungnya supaya mencecah tanah. Selepas selesai urusan itu. Orang yang dari atas kubur pun mencurahkan tanah ke dalam lubang kuburnya dan kami naik ke atas sedikit demi sedikit seiring dengan tanah yang semakin memenuhi kubur sehinggalah kami lolos ke atas. Begitulah. Dan Tok Imam Saabi pun ditalkinkan..

Ah..banyak kenangan aku selama aku menjadi anak didik Tok Imam Saabi..

Friday, December 12, 2008

Gangguan Separa Sedar

Antara perkara yang paling aku menyampah adalah mimpi bukan-bukan bila nak mula tidur. Mimpi bukan-bukan ni selalu datang masa separa jaga dan separa tidur. Memang terkejut. Kadang-kadang mimpi jatuh tangga. Kadang-kadang mimpi kena gigit hantu. Kena kekoh harimau pun ada.

Malam semalam aku kena lagi. Mimpi orang berkompang tepi telinga. Lembaga hitam tu siap lepak tepi telinga sambil bergendang. Lama juga. Tiba-tiba bila terjaga memang hening dan senyap. Tak ada pulak orang bergendang.

Aku sambung tidur lagi. Baru nak lelap..prangg!!..prang!! bunyi pinggan mangkuk kena hempas atas lantai pulak. Memang jelas. Tapi bila aku terkejut dan terjaga..haram..hening je..senyap sunyi..cengkerik je yang berbunyi.. Kalau macam ni sampai pagi pun tak dapat tidur..

Hairan..benda2 macam ni memang perkara biasa yang semua orang pun kena ke?..

Thursday, November 27, 2008

Sebuah Kisah Jumaat Yang Menginsafkan Walaupun Berlaku Pada Tahun 1998

"Jumaat minggu lepas aku pergi 'padang mahsyar'."

Tiba-tiba terpacul kenyataan tak berasas Fairuz pagi itu. Muka dia confident semacam. Ajaran sesat mana yg dah masuk dalam otak dia aku pun tak tau. Kalau ayah pin dengar memang nak kena pelempang. Kerajaan langit pun belum sampai tahap pergi 'padang mahsyar'.

"Dzul, kalau kau nak pergi 'padang mahsyar' kau ikut aku masa ke masjid waktu Jumaat nanti."

*****

Khutbah jumaat pun berlalu..aku dan Fairuz tetap setia berdiri di bahagian paling belakang masjid sebab kami datang lambat. Sewaktu iqamat dilaung. Makmum berpusu-pusu masuk. Mencari ruang2 diantara jemaah lain. Bimbang tak dapat tempat bersembahyang.

Aku tetap bersama Fairuz. Tak berganjak daripada kedudukan paling belakang masjid. Kalau Jumaat lepas, Fairuz dapat merasa 'padang mahsyar'. Hari ni aku harap aku dapat juga merasainya.

*****

Iya..sembahyang jumaat kali ini betul2 menguji iman aku. Panas.. Bahang..Hening.. Peluh menitik seolah2 matahari sejengkal dari atas kepala. Tapak kaki pula panas terasa seperti hendak menggelegak.

*****

"Syok betul sembahyang atas dataran tar tadi.. Insaf kan?" Fairuz pandang aku sambil start motor.

"A'ah, aku insaf betul sekarang. Rasa macam nak tolong Tok Siak lipat sejadah."

Tuesday, November 25, 2008

Bila Kita Dalam Malam Perpisahan

Selain dari tengok tv. Malam2 kerja aku melompat dari satu blog ke blog lain. Baca mcm2 cerita. Mmg setiap orang ada kisah masing2. Kadang-kadang boleh senyum sendiri bila baca blog2 popular yg suka usik2 pembaca dgn isu2 provokasi. Hahaha. Pada aku itu hak dorang la. Aku kalau bab2 sensitif sangat aku tanak letak komen. Aku segan.

Tengah syok2 layan blog, Dol pulak pegi pasang henset dengar lagu2 lama. Entah la. Aku bukannya seni sangat. Main gitar, drum jauh sekali. Jamming lagi la x penah join.

Tapi lagu2 rock lama yang dipasang dol macam menarik2 aku untuk turut mendengar. Bak kata dol, lagu2 rock lama memang menusuk dia punya maksud. Mendalam. Tak hairan la kalau budak2 yang bukan lahir zaman rock pun tetap minat isabella berbanding cantik menarik kau memang da bom. .

Mulut aku perlahan-lahan mengikut baris demi baris lagu evergreen tu sambil mengimbau nostalgia lama..

Wednesday, November 19, 2008

Siapa Yang Mengilai Dinihari Itu?

perkara yang paling aku malas nak buat adalah menderaf minit mesyuarat. bukan tiap-tiap minggu pun mesyuaratnya. sebulan sekali. itu biasa tapi tak termasuk mesyuarat teknikal. kerja ni pulak memang kerja aku. kalau ada budak2 yang boleh aku kerah membuatnya memang aku dah suruh. ini tak ada. takkan aku nak suruh kerani. nanti tidal gate pun boleh bertukar jadi taidel get. mana pula aku nak sorok muka masa meeting.

selalunya benda ni aku buat last minit jugak. dah nama pun minit. tapi last minit aku bukan main seminggu dua dia punya lewat. biasanya lusa nak meeting malam ni baru aku berkira nak menderaf. masa tu baru kucar-kacir mana nak dengar voice record lagi. mana nak susun ayat lagi. masa tu baru timbul rasa insaf. menyesal tak buat awal. memang menyesal sungguh. apa salah kalau habis meeting terus deraf aje nanti tak la tertinggal point2 penting. ni tak. pergi makan dulu la. sembang2 la. dengar lawak client la. dah, bila nak siapnya?.

selasa, 18 Nov 2008, jam 3.00 a.m

Kepala aku dah serabut. jam dah pukul 3 pagi tapi blum jugak siap-siapnya minit ke 20 ni. voice record pun dah ada dengar. tinggal nak draf je lagi. pagi esok hq dah bising2 mintak. kalau takde kat meja bos pukul 8 pagi mmg aku kene potpetpotpet.

Dol yang berjaga jugak malam ni mmg tak ganggu aku. dia tekun melayan astro HBO entah cerita apa aku pn tak tau. ye la smv,hbo,cine mmg tak ada kerja lain. pusing-pusing asyik cerita yang sama. sapa yang tak bengang. filem lebih ke 70an,80an je skang. gile bosan. lagi satu, apehal la asyik ulang nacho libre. huuih, tolong la astro..aku nak tanya skit. kau orang ni sebenarnya nk kaya mcmana lg?..

entah macamana tengah sedap2 aku menaip sambil dol melepak atas kerusi malas layan movie, tiba-tiba..

HEEEE HE HE HE......HEEEEEEEEEE HE HE HE HEEE..UUUU..

aku berhenti, pandang kiri kanan..pandang dol..

"dol..kau dengar tak?" tanya aku serius. dol tersengih-sengih..
"tak tau..macang bunyi orang suke je." balas dol..

kami berdua pasang telinga. pukul 3 pagi..sapa pulak nak buat lawak kat dalam rumah ni. takkan bob pulak. kutu sekor tu dah lama membuta kat bilik tengah. selain dari aku,dol dan bob memang tak ada orang lain dah..

HEEE HE HE HE.......HEEEEEE HE HE HE....

semakin jelas pulak bunyi perempuan mengilai. betul2 datang dari dalam rumah kami. aku bingkas. aku dan dol terus bergegas ke dapur. buka tingkap dapur, mana tau nampak langsuir lepak tepi longkang ke. tapi tak ada bayang pun. kami tengok bawah sinki, celah meja..tak ada apa benda. dol jenguk-jenguk bilik air, tandas..

"tok de ape pung."teriak dol

aku buka pintu bilik aku..tengok-tengok dalam almari kain. pun tak ada apa-apa. masa tu kami memang tak bawak kayu ke apa. nak buat apa. bukan manusia dah kalau gini. puaka tahap niang rapik la apa lagi..

dol pun bergegas periksa bilik dia..pun tak ada apa-apa. kami terjah bilik bob yang pintu memang terbuka tu. aku buka lampu. tengok atas bawah.

"takde apa-apa la dol.."
"a'ah..habis tu apa benda yang berbunyi tadi?"
"entah..apa ye?.."

bob terjaga dengar kami bising-bising tambahan pula aku buka lampu. dia terpisat-pisat..

"bob..kau ada dengar bunyi mengilai tak tadi?"

"hah..ada bunyi mengilai ke?..huh..sapa la yang call henset aku memalam buta nih?..huahhhh.." bob menguap sambil tarik selimut.




soalan saya : boleh tak orang tengah tido kita buat mcm ni?

Sunday, November 16, 2008

Bila Hujan Turun Budak-budak Pun Bertumbuk..



*************************************************************



Budak rambut cacak : Dulu mak aku ada pesan.. jangan suka main hujan nanti kena selsema.

Budak topeng: Iyee.. Kalau demam nanti sapa yang susah?. Esok dah tak boleh pegi sekolah..snif..sniff..

Budak spek hitam: Tengok tu..sampai maghrib pun belum habis gaduh lagi..apa la nak jadi.

Budak rambut cacak : Dah..jom balik mengaji. Jangan tiru perangai budak-budak crow zero nih..

Wednesday, November 12, 2008

lelaki berambut panjang dan lembaga putih melekap di pokok kelapa sawit..

lelaki berambut panjang masih lagi berteleku di meja rehat bulat di sudut pejabat. lama dia menyedut asap rokok yang sudah hampir tinggal puing. matanya terpejam-pejam seolah2 mendapat satu kepuasan pula daripada asap rokok tersebut. nyata lelaki berambut panjang tidak mengendahkan amaran yang tertera pada kotak rokok. sesekali dia menghembuskan gumpalan asap sambil melepaskan keluh seolah2 otaknya sarat dengan pelbagai masalah negara yang perlu difikirkan. seolah2 dia baru sahaja selesai berdebat di dewan parlimen membentangkan usul pembelian aerokopter.

aku menarik kerusi lantas duduk di meja yang sama dengan lelaki berambut panjang. membelek lembar demi lembar akhbar utusan meloya yang mampu meloyakan tekak dengan berita-berita kelam-kabut. politik kelam-kabut, artis kelam kabut dan kisah ekonomi kelam kabut.

"dzul, kau tahu tak?" lelaki rambut panjang buka bicara. dua jarinya yang menyepit puing rokok dijentik-jentik ke ashtray yang berhampiran. serta merta sisa-sisa rokok berhamburan menerjah isi perut astray yang diperbuat daripada kaca plastik itu.

"tahu apa? mana aku tahu kalau kau tak beritahu?.." aku masih lagi membelek-belek utusan meloya.

"senja semalam aku terjumpa hantu.." ringkas jawapan lelaki berambut panjang. tiada riak takut pada wajahnya. sepicing pun tidak. menambahkan lagi persoalan yang tiba-tiba menerjah sikap ingin tahu aku.

"betul ke?.." pendek dan meragukan. begitu mudah aku mempersoalkan lelaki berambut panjang. tapi kali ini utusan meloya dah aku tolak ke tepi.

"betul la, masa aku balik semalam hari memang sudah lewat. dah gelap. jalan jengka kau tau sendiri la. gelap semacam. aku nyaris-nyaris terbabas masuk longkang bila ternampak benda tu."

"huh, apa yang kau nampak?"

"tunggu dulu..kau dengar cerita aku dulu.." lelaki berambut panjang tetap tenang. sambil itu tangannya menenyeh-nenyeh puing rokok ke dalam ashtray.

"uhuk..uhuk..ye..ye..memang betul. hantu tu betul-betul mengejutkan aku. masa aku naik motor nak balik ke rumah senja semalam, aku ternampak lembaga putih melekap pada pokok kelapa sawit kat tepi jalan. aku dah terkejut. tiba-tiba lembaga putih tu melambai-lambai aku. motor aku dah hilang kawalan. aku nyaris terbabas masuk longkang."

"tapi masa tu lembaga putih tu masih melekap pada batang pokok kelapa sawit? macam tu?.." tanya aku kurang faham..

"memang la dia melekap kat pokok kelapa sawit. guni baja kosong tu nak buat penanda tempat yang belum kena baja.." tenang jawapan lelaki berambut panjang sambil tersengih-sengih..

Friday, November 7, 2008

kalau berani sangat pegi la cari doraemon

Aku berlari-lari anak mengekori jejak langkah Mat Kilau yang semakin menjauh. Walaupun usianya sudah tua renta tapi semangat pahlawan melayu itu masih lagi bersarang dalam urat nadinya. Mengalir bersama darah menentang penajah yang diwarisinya.

Sesekali kaki aku terpelecok bahana lubang-lubang di tengah jalan. Di depan daripada Mat Kilau aku melihat Datok Maharaja Lela, Seputum dan Tok Janggut masih gagah melarikan diri.

"Cepat Dzul, kenapa kau lembik sangat..kau tak dengar ke jejak2 penjajah sedang mengejar kita. Kau tak dengar bunyi senapang penjajah yang menembak kita tadi. Kau tak tau berapa ramai rakan kita yang dah mati.." bebel Wan Ali yang cepat berlari sambil menggalas senapang patah di bahunya.

Aku tau kami melarikan diri bukan kerana takut. Tetapi selepas gerakan secara gerila yang dilancarkan ke atas kem penjajah, kami terpaksa gegas-gegas pula untuk melarikan diri kerana kami telah di serangbalas.

Kami tiada ilmu kebal untuk menahan peluru menembus badan. Tiada santau dan Ilmu hitam. Tiada hantu raya untuk minta bantuan dan tiada ilmu parang terbang sendiri.

Yang ada pada kami cuma semangat melawan dan niat untuk membebaskan tanah air ini daripada cengkaman penjajah. Tak lebih dari itu. Bukan hantu syaitan tempat kami meminta bantuan tapi hanya berserah diri kepada takdir Allah.

Aku berlari lagi. Darah sudah bercucuran melimpah ke bumi daripada luka di bahuku. Wan Ali di depanku juga begitu. Dia cuma menekup dada menahan darah yang semakin membuak dan membasahi baju. Tiba-tiba Wan Ali terjelepuk jatuh. Aku memangku dia. Kami berdua tertinggal jauh di belakang. Tiada lagi kelibat Mat Kilau, Datok Maharajalela, Seputum dan Tok Janggut.

Dari jauh derap kaki pasukan tentera Inggeris semakin merapat kepada aku dan Wan Ali. Aku hanya sempat mendengar Wan Ali mengucap. Dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan aku. Semakin lama derap kaki tentera musuh semakin hampir. Tiba-tiba terjongol wajah JWW Birch dari celahan semak samun.

JWW Birch mengacungkan pistolnya tepat menghala ke arah kepalaku..

BANG!! BANG!! BANG!!...

nota kechil :- Kisah ini hanya khayalanku di saat ingatan kita kepada perjuangan menentang penjajahan sudah semakin dilupakan. Bagaimana kalau kita lahir di zaman mereka dan bersama-sama berjuang dan berperang. Kau ada berani ke tak? Atau pun tak ada kerja lain selain dari menafikan pengorbanan pejuang2 yang tak didendang ni..

Cakap banyak tak guna.. Pegi cari doraemon dan cepat pinjam mesin masa dia..

Wednesday, November 5, 2008

tag bergambar : bukan lelaki metroseksual

bukan sekali dua aku pernah di kejar awek-awek syampu dan losyen muka. selalu. memang selalu sangat. sebab tu kadang-kedang aku dah bosan bila ke supermarket atau gedung2 beli belah. memang tiap kali aku singgah untuk beli ubat gigi, sabun atau minyak rambut, mulalah amoi-amoi cun dan awek2 comel terkejar-kerjarkan aku. Semua pun pakat nak promot losyen muka dan syampu masing-masing. Berpusu-pusu, berkerumut macam anak ayam berebut beras. masing masing tenung-tenung muka aku sambil mulut potpetpotpet. lain macam jadinya kalau awek2 comel ramai-ramai tenung-tenung macam tu.

"alaa abang. Beli la losyen muka ni sesuai untuk abang. nanti kulit muka abang akan jadi lebih suci dan berseri.."

"Oh..oh..takpe.takpe..saya dah ada sedozen kat umah.."

"oo kalau mcm tu abg cuba produk baru ni. Yang ni baru tiba pagi tadi.."

"dah..dah..encik jangan pakai brand tu..mmg tak sesuai..encik pakai nih..mmg sesuai utk lelaki yang macam encik.."

"untuk keadaan encik g selalu kena matahari saya cadangkan jenis ini. Ia byk baik ooo..mengandungi pati serai wangi.."

dah..sudah..memang aku tak beli benda-benda ni. Buang masa. Kang penuh pulak raga dalam bilik air.

Kisah tragis aku seolah-olah tak berpenghujung. Masa aku ke kuantan parade 4 tahun yang lalu. Aku terpaksa menempuh saat yang paling mendebarkan. Masa aku berjalan keluar dari kuantan parade dengan adik lelaki aku di kawasan ruang legar yang ramai orang. Tiba-tiba seorang amoi comel menyapa aku.

"Aiyyaa encik. Satu kali tolong sama kita maa.." Merayu suara dia minta bantuan aku. Cair jugak siut.

"Tolong apa.."

"Tolong maa jadi model kita sikijap.."

"Hah..model apa?.."

"Model rawatan muka maa.. kita kasi special untuk you.." amoi comel merayu-rayu. "Mari duduk sana". kata amoi comel sambil menuding jari kea rah satu kerusi khas di ruang legar tu. Kerusi tu mcm special lengkap dengan dia punya pakar cuci muka yang dah siap sedia..Orang ramai jangan cakap. berpusu-pusu.

"Hah..tak mau saya..awak cari orang lain la.. itu ramai lagi orang tengah jalan-jalan awak tanya laa.."

Gila kau. Kalau kau.. kau mau tak?. Kalau betul-betul agensi cari model nak jugak aku. Malu siut. Tau la aku kerja kat site. Muka dah tak serupa org normal.

Huh.




nota kechil :
1) tom cruise, berikan sedikit lagi masa utk aku ya..
2)hah..aku nak tag semua yg kat blog list aku..jgn ada yg berkecuali..lepas tu jgn la tutup2 muka..tutp mata..tutup mulut pulak.. yakinla dgn kejelitaan anda. bukan ke 'kejelitaan adalah hak milik setiap insan'

Sunday, November 2, 2008

sepetang bersama mr blind: pengalaman pertama aku menggunakan webcam

Did you know?
You can send a friend an Audible to add a fun sound to your IM conversations. Click the Audibles button to say hello, good-bye, flirt and more.

dzulmohamad: oi..x blk g?
Edi/mr blind -: balik hapenya..
Edi -: aku kat kb ni..
dzulmohamad: kt umh ke keje
Edi -: outstation la.
Edi -: kat hotel.
Edi -: anak bini x bawak..
dzulmohamad: oo syok aa kau jln
Edi -: bukan sokmo...
Edi -: kadang2 je.
Edi -: ni pun last mnute..
dzulmohamad: ada intenet kt hotel tu ok la
Edi -: internet kat lobby..
Edi -: mcm sial
Edi -: kat bilik haram x dapat
Edi -: ko kat temerloh kan
zulmohamad: x,,jerantut
dzulmohamad: wei nk tanya kau ada letak nufnang kan?
Edi -: ada..
dzulmohamad: apabenda tu?
Edi -: iklan ..
Edi -: try je tepek..
Edi -: bukan rugi mende2 pun
dzulmohamad: aku rasa kalau letak iklan mgkin aku lebih rajin kot
Edi -: bile ada blog ni..auto rajin
Edi -: hahahhaa
Edi -: tu la pasal
dzulmohamad: aku malas lg pn ikut mood je
Edi -: tul tu..
Edi -: kalau x de mood..x jln..
Edi -: mcm celaka jadi entri
dzulmohamad: tp ye la kekadang perah otak gk nak pikir..
Edi -: try la webcam
dzulmohamad: webcam ni mcmane? bleh kuar gamba tu ke
Edi -: cuba ko accept
dzulmohamad: kalau pakai streamyx nak plih ape dial up,broadband,hi speed lan?
Edi -: gile ko
Edi -: broadband la..
Edi -: ko ada webcam x ni
dzulmohamad: ada kot nih crystal eye ni benda alah ape? aku mr blind it la kahkah
Edi -: hampeh ko.
Edi -: cuba ko klik kat webcam tuh
dzulmohamad: dia kuar muka aku sendiri la
dzulmohamad: hahaha
Edi -: ko accept lagi sekali..
dzulmohamad: aku nampak da muka ko kahkah
Edi -: ada nampak.
Edi -: celaka..apsal ko gelak..
Edi -: ko kena klik ko punya webcam..
Edi -: baru aku nampak ko
dzulmohamad: wei aku x penah g guna menda alah ni seumur hidup aku la..kahkah
Edi -: cuba ko klik web cam ko..
dzulmohamad: klik kat mana pulok?
Edi -: ko pakai yahoo mesengger kan
dzulmohamad: aah ada..
Edi -: ada call plugins webcam..
Edi -: klik webcam tuh
Edi -: isap okok lu..
dzulmohamad: wei ko x nmpak aku la ni?
Edi -: x de pun..
Edi -: ko kena klik webcam tu
Edi -: invite aku
dzulmohamad: wei aku da click
Edi -: jap
dzulmohamad: x kuar apa pn
Edi -: semula
dzulmohamad: wei aku ada keje ni weh..
Edi -: ok ok..
Edi -: pergi la..
dzulmohamad: ok bye..tp aku dpt tengok webcam td
Edi -: ko tulis la dlm blog...
Edi -: hahahaha
dzulmohamad: haha..ok..aku copy ym nih la..kahkah..apa la betul kampung la aku..
Edi -: hahhahahaa..
Edi -: jgn bagitau aku keje ape..
Edi -: delete yg tu
dzulmohamad: ok..lg..apa nk delete
Edi -: apa je..yg ko rasa x patut
Edi -: hahahhaa
dzulmohamad: ok cau
Edi -: ok

Tuesday, October 28, 2008

kisah ajaib kanak-kanak : setulus hati adik anis


"Adik, nak tengok Abang Ojan buat magik tak?" Ojan, anak sedara aku yang sulung keluarkan sehelai not rm1 dari dalam poket. Dia gulung-gulung dengan tangan lepas tu buka kedua-dua belah tapak tangan.

"Haa, magik kan..tiba-tiba dah jadi dua.."kata Ojan sambil tersenyum bangga. Tangannya memegang dua helai not rm1. Sebenarnya awal-awal lagi Ojan dah selitkan sehelai lagi not rm1 kat dalam genggaman dia. Bangga sungguh dia sebab dapat mempedajal Adik Anis yang baru berumur 4 tahun tu.

"Eh, macamana Abang Ojan buat?. Tapi adik pun boleh buat juga.."Kata Adik Anis sambil buat muka tak puas hati. Walaupun Adik Anis mempunyai muka bulat yang tak boleh dipercayai. Tapi Ojan tetap bagi jugak not rm1 kat Adik Anis. Tambahan pula Adik Anis bukan boleh bawak kira bicara. Kalau dia start menangis memang lengkap dengan mengamuk sekali. Silap hari bulan ada yang kena sepak terajang. Siapa yang kena mmg tak payah report2 mak. Tahan sakit sahaja. Siapa pula yang boleh melawan Adik Anis.

Kali ni giliran Adik Anis. Dia keronyok-keronyok not rm1 yang Ojan bagi. Susup bawah kain tudung pula. Tak lama lepas tu...

"Haa adik pun boleh buat!.." Adik anis tunjukkan dua keping not rm1. Memang magik. Ojan terkejut. Mak dia pun terkejut.

Memang duit tu boleh jadi dua walaupun Ojan bagi sekeping je pada mulanya. Tapi sekarang memang dah jadi dua. Betul-betul magik. Keajaiban seorang kanak-kanak. Mungkin ini yang dikatakan kelebihan kanak-kanak sebab mempunyai jiwa yang tulus dan suci murni.

p/s - Zaman sekarang kalau sambung duit pakai selotep boleh laku lagi ke tak?

Thursday, October 23, 2008

sembang hantu : Latif dan jelmaan di belakang rumah.

Dzul, aku ada sekali sahaja terserempak dengan hantu. entah la hantu ke apa benda. tapi memang aku nampak benda tu. masa tu aku budak-budak lagi. kami berempat sedang bermain di belakang rumah waktu petang.

petang?

ye..petang yang dah nak ke senja.

belakang rumah kau tu macamana?

ah..tak la terang sangat. belukar pun ada juga.

macamana kau boleh terserempak pulak?

masa kami bermain tu, tiba-tiba ada suara memanggil aku dari kawasan belukar di belakang rumah aku tu.

panggil nama?

a'ah..dia panggil latipppp...latipppp.

abis tu kau buat apa?

kami berempat berhenti main. jenguk-jenguk ke dalam belukar tu. lepas tu aku nampak abang aku berdiri kat celah-celah belukar tu. kami pun tak tunggu lagi terus pergi ke arah dia sebab ingat ada apa hal. aku pun cuak juga masa tu sebab pelik juga kenapa abang aku duduk dalam belukar lepas tu panggil2 nama aku macam tu.

kami berempat terus berlari ke arah dia. tapi dia cepat-cepat lari menjauh masuk ke dalam lagi.

maksud kau?

dia lari terus menghala jauh ke belakang rumah aku. kami berempat terus kejar dia. kami nampak dia sebab dia lari-lari macam tu jadi kami sempat ikut dari belakang. dah agak jauh ke dalam kami mula rasa takut dan lain macam. lagipun hari makin ke senja.

kami pun tak agak agak terus pusing balik hala ke rumah aku sebab dah rasa lain macam

lepas tu?

sebaik jejak kawasan rumah. aku terserempak dengan abang aku. bila aku tanya memang dia tak mengaku dia yang panggil kami dan umpan kami masuk jauh ke dalam belukar belakang rumah.
kawan-kawan aku yang 3 orang tu semua kecut perut. hari tu terpaksa la ahli keluarga aku tolong hantar mereka balik ke rumah.

abis tu..kau rasa apa benda tu?

entahla. tapi memang aku ingat betul. mungkin makhluk halus.

iye la kot.

********

Al-Fatihah untuk kawan aku Latif. Dia telah pun bertemu dengan Yang Maha Pencipta baru seminggu yang lalu. hari khamis minggu lepas. terkilan sungguh aku sebab tak dapat berjumpa dia buat kali yang terakhir.

Walaupun kami berjumpa dan berkawan untuk sementara. tapi aku amat menghargai persahabatan ini tambahan pula kami sebaya umur. tuhan lebih menyayangi dia. aku akan sentiasa mengingati idea-idea dan pandangan dia. setiap wang yang dia keluarkan untuk belanja aku makan malam dan kejujuran dia. semoga dia ditempatkan bersama orang2 soleh.

Jika benar pengalaman yang dia cerita dan aku olah sebaik mungkin. itu mungkin juga makhluk Allah yang bersama2 kita merayap di muka bumi ini.

Al-Fatihah untuk saudara Latif.

Tuesday, October 21, 2008

sembang hantu : robert dan kisah hantu bilik hujung

aku nak pesan sikit maa.. kalau awak tak percaya pun tak apa. zul, kalau awak tidur hotel jangan tidur bilik hujung sekali..

hujung apa?

bukan..bukan hujung..

ayyak..tadi cakap hujung..

macam ni la..kalau ada satu bilik hujung..maknanya hujung lorong. ada bilik..pintu bilik betul2 hujung lorong. baik awak jangan tidor. ini saya cakap betul maa..

alahh..itu orang tipu saja..

hah, kalau awak tak percaya. awak cuba satu kali tengok..

kenapa?

ada satu kali, aku sama aku punya mek penah sewa bilik hotel macam tu. itu malam aku tidur lena. tapi dalam pukul 2 lebih aku punya mek kejut aku kata ada bunyi bising ketuk2 dinding dari sebelah.

ah, betul ke?..

iye maaa..aku pun ada dengar.. itu bunyi manyak kuat. macam ketuk dengan tukul maaa

mana tau ada orang bertukang?.

sapa mau bertukang sudah tengah-tengah malam.. gile..lagipun mana ada bilik sebelah..

iye la..mana tau..habis tu awak buat apa?

mula-mula aku buat tak tau..lama lama aku pun tak boleh tito.. aku ketuk balik dinding kuat-kuat. aku marah2 baru bunyi antu takdok..

gile..hah..awak mamai la tu..pasai minum carlsberg banyak sangat..

ayyark..habis nape mek aku pun dengar..dia mana ada minum..

hehehe..

Sunday, October 19, 2008

pakai seat belt bukan takut disaman tapi semua tu untuk keselamatan anda juga..FAHAM TAK??

Pernahkah anda disaman sebab tak pakai seat belt bila memandu?

Pagi tadi aku nyaris kena. Encik polis buat roadblock dekat kawasan corner. Bukan jpj. Tapi polis berbaju putih. 2 orang.

Lepas corner terus aku nampak. Dalam jarak tak sampai 200m.

Jangan panik, cuba kaedah berikut :
step 1.
Brek sikit..jangan mengejut.

step 2.
Jangan terus kedepan. Maksud aku, anda mesti cuba untuk tarik seat belt walaupun telah diperhatikan. Gila kalau kantoi, tak silap aku kena RM200 jugak.

step 3.
Jangan gopoh-gapah. Ini akan mengakibatkan seat belt mudah tersangkut dan anda akan bertambah panik.

step 4.
Masa pasang pengunci. mata jangan pandang ke lain. Fokus kepada polis di depan sambil tangan mengunci seat belt. Ini untuk mengelakkan anda daripada lebih dicurigai oleh pihak polis.

step 5.
Berhenti dengan muka tak bersalah. Turunkan cermin kereta.

step 6
Sedia menjawab jika soalan kenapa tak pakai seat belt diajukan.

step 7.
Seboleh2nya elakkan step 6 dengan cara buat2 keluarkan lesen.

step 8
Pastikan lesen belum tamat tempoh. Jika tidak anda mungkin tetap tidak bernasib baik.

Memang aku selamat lepas aplikasikan step2 kat atas. Aku tahu encik polis memang nampak aku terkial2 tengah pakai seat belt tu, tapi bila sampai kat depan dia dan aku pun dah siap pakai. Dia cuma cek lesen dan lepaskan saja. Fuhh..selamat RM200.

* Kalau la encik polis yang buat roadblock tu adalah dia ni..

Wednesday, October 15, 2008

ultraman zaman berzaman

petang tadi ada sorang kawan datang lepak rumah. entah macamana tengah dia sedap tengok channel sport tiba2 bomm..bang..dush dusyum..

sudahhh...mamat ni boleh pulak layan ultraman dyna kat astro ceria. nak kata kecik, umur dah 30. tu la penangan ultraman dyna.

aku dulu time kecik2 mmg minat ultraman. mula-mula arwah ayah aku beli tv hitam putih otak dah tak ingat lain. mmg ingat ultraman. masa tu dia tayang petang. dalam pukul 5 lebih jugak tak silap aku.

hero yang jadi ultraman nama dia ayata. bila kapal terbang dia jatuh sebab kena api resaksa. mmg dia dah tak pakai jek2 dah, dia lompat dan terus angkat tangan tinggi2 sambil pegang satu benda macam pen ke apa. lepas tu memang tak sempat sampai kat tanah, dia dah bertukar jadi ultraman.

ultraman ni muncul sbb nak membantu kumpulan MAT yang menentang resaksa. masa dia muncul mmg semua orang tepuk tangan. kat tengah2 gaduh mmg dia lunyai kena belasah. tapi macamana teruk kena belasah, bila lampu kat dada dah lip lap lip lap lain macam terus dia jadi kuat.

masa tu kalau dah limit mmg dia kena cepat-cepat balik ke matahari sbb nak recharge bateri. masa yg sikit tu aje kalau nak fire pun. kalau tak, memang dia kena balik gak ke matahari dan mengakibatkan resaksa boleh mengganas semula. tapi mmg tak pernah pun aku tengok ultraman gagal bila lampu dah lip lap macam tu. mmg terbelah dua la resaksa kena jurus penamat dia..


kekadang aku ada jugak terpikir,

1. kalau dah seminggu seekor resaksa, mmg tak sampai setahun habis jahanam negara jepun.

2. jkr jepun mmg tak ada kerja lain, tiap-tiap hari kena buat inden, keluarkan tender projek.

3.cemana kalau ultraman merajuk dah taknak turun dari matahari?

4. kalau nampak bangkai biawak tepi jalan dah kelam kabut tutup tingkap kereta. macamana kalau tepi jalan ada bangkai resaksa. lepas tu minggu depan ada lagi sekor.

5. apesal resaksa je hodoh. lepas tu mesti kena belasah. tengok, dari kecik kita diterapkan kehodohan adalah kejahatan dan mengundang benci kepada yg melihat.

6. kenapa perlu seminggu seekor resakse. tak boleh ke clash..5,6 ekor ke seminggu.

7. apesal tiap2 minggu mesti resaksa spesies lain2..
8. agaknya entah berapa banyak anak resaksa yg jadi yatim piatu. entah2 ada yg mati sebab sakit rindu kat mak bapak dia. ada ultraman nak ambik peduli?..






Thursday, October 9, 2008

siapa yang disembelih?...

aku menyusup di celah-celah orang ramai yang penuh sesak. seolah-olah ada satu pesta pula. sebab badan aku kecil dan kurus, aku dapat juga menyelit di celah-celah orang ramai yang sedang berhimpit-himpit dan membentuk satu bulatan mengelilingi seorang penjual ubat dari tanah seberang. jelas loghatnya jawa. memakai pakaian hitam. bersama tiga orang pemuda yang bertindak sebagai pembantu. ubat-ubat yang dijual kebanyakannya berasaskan akar kayu dan minyak. ada juga satu khemah yang boleh memuatkan seorang berbaring di dalamnya.

ketika itu aku masih kanak-kanak. seingat aku dalam darjah tiga atau empat. aku dah ingat-ingat lupa. aku ke bandar jerantut bersama arwah ayah. memang seronok sangat sesekali dapat temankan arwah ayah ke jerantut membonceng di belakang motor honda lampu bulat.

penjual ubat keluarkan keris lama. kemudian dia carik-carikkan sehelai ketas surat khabar dan dikumpul di atas tanah. penjual ubat halakan hujung keris, serta merta api membakar kertas surat khabar.

penjual ubat tak duduk diam. pertunjukan sekecil itu cuma untuk menarik perhatian orang ramai. tujuan dia adalah untuk menjual ubat-ubatnya sahaja. ramai juga yang terpengaruh dengan cakap-cakap dia dengan membeli ubat-ubat jualannya.

kali ini penjual ubat ubah pula cara persembahan. dia mengikat tali penuh satu badan salah seorang pembantunya yang berbaju silat hitam. tak cukup dengan tali, dirantai dan dimangga pula. dia menyuruh pembantunya berbaring dan di tutup dengan khemah hitam yang dibawa.

selesai membaca mantera, tiba-tiba tali dan rantai yang mengikat seluruh badan dicampakkan keluar dari khemah hitam. peh, betul macam houdini.

aku tak berganjak. mana tahu penjual ubat nak buat pelik yang lain sikit. melayang macam david blaine ke. boleh juga aku tengok. memang aku suka benda-benda misteri dan pelik.

orang makin ramai yang berpusu. makin tegar melihat silap mata si penjual ubat. kali ni penjual ubat keluarkan satu pisau pemotong daging. dia beri pisau tu kpd salah seorang pengunjung. brader tu memang hampir dengan aku.

"Hah, cuba kau rasa ni.." arah penjual ubat.
Brader yang dekat dengan aku mata dah terkebil-kebil. sekejap dia tengok muka penjual ubat, sekejap dia tengok pisau pemotong daging..

"rasa?.."
"a'ah, rasalah.."

brader tu tak agak agak jelir lidah nak jilat pisau pemotong daging tu..
"hoi, aku suruh rasa pisau tu besi ke bukan..yang keu pegi jilat nak buat apa?.."

aku yang duk dekat2 situ dah macam nak pecah perut.
brader tu muka pun dah merah. malu tak leh nak layan dah..nak buat muka macho pun dah tak boleh sebab habis semua orang gelak.

"oh, macam tu ke?" kata brader tu. sambil ambil seketul batu jalan dan diketuk-ketuk kpd pisau tersebut.."ya, ya besi.."

"saya akan potong kepala pembantu saya yang ada dalam khemah ini. kepada sesiapa yang ada lemah semangat saya minta keluar dari kawasan ni dan jangan tengok.."kata penjual ubat..

"dan kepada yang tahu untuk memotong..saya minta tolong jagan buat. sebab saya cuma mahu buat persembahan.."sambung dia lagi.

si penjual ubat baca mentera sambil hulur pisau pemotong daging ke dalam khemah hitam dan memotong sesuatu..setelah selesai khemah hitam pun di buka..

memang betul kata penjual ubat..lebih separuh leher pembantunya telah ditancap pisau pemotong daging. pisau tu masih terlekat di leher dia. darah bercucuran keluar. muka pembantu dia dah pucat lesi macam mayat..

aku terkesima. cuba mencari sisi penipuan dalam persembahan si penjual ubat, tapi langsung tak ada cacat cela. semua yang melihat pun senyap tak bersuara..

"sebentar lagi saya akan potong habis dan angkat kepalanya dari badan. sesiapa yang ada lemah jantung sila jangan tengok... "

tiba-tiba satu tangan kasar memegang tangan kecilku. "jo, moh kita balik..dah lewat ni.."kata arwah ayahku. rupa-rupanya dia baru lepas bersembang dengan rakan dia. dia tak tengok pun silap mata penjual ubat..

"kejap la ayah..nak tengok lagi sikit.."

"tak payah la..jom kita balik.."sambung arwah ayah sambil membawaku pergi..

Monday, October 6, 2008

hantu raya??..

kedai makan depan petronas memang pilihan utama aku untuk makan. malam ni hari pertama aku makan lepas sebulan berpuasa dan balik dari cuti raya. rutin makan aku kembali normal. pukul lapan lebih sikit bergegas la aku ke kedai tu.

kedai tu tetap meriah macam biasa. duduk saja aku terus order nasi goreng sotong. lambat memang lambat, maklum la ramai juga orang. aku duduk sorang diri. buat tak cakna dengan meja sebelah menyebelah yang penuh sesak.

ramai juga yg tak suka keadaan macam ni. keadaan makan di kedai seorang diri. tak ada regu bersembang. sebab tu ramai juga yg bungkus bawa balik. aku buat muka tak tau. buat apa aku nak kisah. aku pun bayar juga. lambat pun aku tunggu sambil2 tu layan sms sepam dua.

lebih setengah jam aku menunggu baru nasi goreng sampai. aku boleh sabar lagi. sbb bila kita pilih kedai untuk makan. kita sepatutnya redha dengan kelambatan service. tak payah la gertak2 pekerja kedai makan(aku memang kerap tengok kes gertak2 ni)..rasanya baik tak payah la maki hamun atau perli-perli budak2 yg ambil order atau yg buat air sbb diorang pun ada perasaan jugak. kalau kutuk2 deorg gitu depan orang ramai korang tau tak apa yg bakal deorang buat kat air yg korang order tu?..

adik hantar order senyum hantar nasi goreng aku. aku pun senyum. manis betul senyuman aku dan dia. aku tak marah2 walau pun dia lambat.

nasi goreng aku suap ke mulut. sedang aku enak kunyah-kunyah dan telan nasi goreng yang bercampur sotong tu. mata aku tiba-tiba menangkap satu kelibat lembaga putih. aku cuba perhati betul-betul. ya..tak syak lagi. memang bukan khayalan. memang realiti yang harus aku telan.

hingar bingar pelanggan di meja bersebelahan langsung tak mengganggu tumpuan aku. tekak aku meloya serta-merta. badan aku mula melemah. Tanpa suara aku lambai adik ambil order. dia datang dekat aku dengan wajah penuh persoalan..

"pssst..adik, adik nampak tak tu?"..aku berbisik sambil menuding jari ke arah lembaga putih tu..
"mana?" tanya dia dengan suara hampir-hampir tak kedengaran...
dub..dab..dub..dab..jantung dia berdegup kencang..

"tuuuu..cuba kau tengok betul-betul.."sambungku berbisik..

"yaa..betul..saya nampak, saya nampak!!.."mata adik ambil order terbeliak besar..dia hampir-hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

p/s - Wei..tau la demam raya belum habis. tolong la basuh sayur, lada, sotong, daging tu betul-betul. nak termuntah tau tak kalau ada ulat lalat kat dalam nasi..hantu raya betulll!!!

Tuesday, September 23, 2008

tig tag sebelum balik raya

15 weird things/habits/little known facts about me :)

rupa-rupanya seronok juga cuti jumaat sabtu sebab khamis petang aku dah boleh balik cuti raya..huh..sonok tak hengat boleh puasa 6 hari g kat umah. cuma tak dapat nak berblog je.

skang cuma nak setel hutang kat sorang awek cun maisarah khairi, potato yang bukan kentang dan daus kalau nak pegi rumah dia kena beranyut dulu..sbb deorg dah tag aku beberapa hari lepas..
*********

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.- No tag backs (as in once I’ve done this, please don’t tag this exact tag again)
*********

1. Setakat ni, aku cuma bersahur nasi 3 kali, bersahur air milo dan roti 1 kali, bersahur milo 18 kali,tak bangun sahur 5 kali.

2. masakan yang paling aku suka adalah masakan mak aku. mak, kome nak balik esok weh..

3. aku amat mementingkan sentimental value. sebab tu tak ada perubahan langsung pada kereta satria merah aku sejak dibeli lebih 7 thn dulu. aku hanya bubuh tinted cerah lulus jpj. apa kelas tinted hitam. kereta aku tak ada sport rim,tak ada spoiler batman. tak ada body kit ape benda entah. tak ada tukar warna baru, tak ada kusyen sparco. tak ada ekzos besar yang bapak kucing pun boleh tido kat dalam dan aku tak minat satria convert GTi ok.. enjin turbo? eh, apa benda tu?

4. aku sukar untuk membuang segala kenangan aku. tak kira kenangan apa pun sehingga kadang-kadang mengganggu hidup aku. motor honda c70 lampu empat segi masih ada di kampung walaupun dah ramai yang tanya untuk beli. aku selamba jawab. duit boleh dicari, tapi kenangan masa lalu bukan boleh dinilai dengan duit. bila jejak kaki ditempat yang ada sesuatu dalam hidup aku. aku mudah mengimbau saat-saat indah masa lalu sampai kadang2 boleh menyebabkan aku sebak. terutama sekali stesyen keretapi lama jerantut. korang tak payah la ambik tau. kalau aku rajin, aku cerita sendiri la nanti..

5. aku suka minum teh..tak kira teh tarik atau teh biasa. tiap-tiap pagi mesti pekena. aku pn tak pasti apa effect dia pada kesihatan. kadang2 sampai lebih sejam baru aku boleh habiskan secawan.

6. aku tak merokok. ada sebab kenapa aku tidak buat hal ni. mungkin sumpahan. sebab aku pernah terai tapi erkk..sungguh tak sedap. mungkin juga satu sebab..arwah ayah aku tak bagi aku merokok, sementelah dia pn boleh berhenti merokok. jadi, sejak aku lahir aku tak pernah lihat dia merokok. dia hanya benarkan aku merokok bila dah kerja dan ada duit sendiri. alang-alang tak merokok baik aku teruskan sahaja. rupa-rupanya idea arwah ayah memang hebat.

7. bila memerhati sikap manusia kadang-kadang aku suka berteori dan boleh menyebabkan aku sendiri kagum dengan teori-teori aku. sayangnya aku tak catat dan menyebabkan ia hilang bersama angin lalu. lagipun aku cuma orang kecil. siapa pula yg hendak mendengar teori aku. hahaha. aku rasa korang pn sama macam aku. suka berteori kan?

8. aku sudah tua untuk beromantik2 dan bercinta2. bagi aku masa tu dah sampai ke penghujung. sudah tiada masa untuk aku menjadi seorang penjaga hati sampai koma. bagi kamu, adik2 aku yang belum mencecah 30 thn aku nasihatkan berhati2 dgn cinta. jgn lama2 sangat. kalau rasa sesuai suruh mak meminang awek yg kamu minati tu. aku pasti mimi kamu (yoshz?)menanti dgn penuh harapan. betul aku cakap..

9. aku seorang yang amat sempoi dari segi berpakaian. ah, kolot betul aku. tapi rahimin lagi sempoi. dia boleh simpan rambut panjang lagi. itu hari pernah sekali dia pegi meeting dengan rambut panjang dia. jurutera daerah siap sound bos tanya dia bawak sapa?. kahkahkah..pecah perut.

10. dulu-dulu aku pernah 2 kali kena ikut kursus Biro Tatanegara..ah, bosan siut. ada sekali tu group aku pompuan sesaja..3 lelaki 14 pompuan. hah..apa lagi..

11. aku pernah menjadi saksi satu kes berat yang mana suspek boleh dipenjara maksima 25 tahun. ah..sungguh risau menunggu saat-saat dipanggil mengadap untuk memberi keterangan di balai polis. rahimin tau ni tapi kau diam je ok.. sbb aku nak entrikan lepas2 raya nnti..

12. aku tak pandai menoreh getah..ah ruginya..

13. aku tak suka tandas duduk. eee geli aku.

14. aku pernah memenangi hadiah untuk satu pertandingan memancing walaupun aku tak dapat menaikkan walau seekor ikan karin pun. hebatkan aku. masa tu, juara boleh membawa pulang sebuah motosikal. ya..aku memenangi hadiah hamper utk cabutan bertuah..hahaha.

15. aku geli katak dan ular tapi aku bukan penggeli cacing. aku boleh pegang2 cacing tanah..mmm syoknyee cacing..


aku nak tag;
1. akumasihdisini
2. radiusf
3. yoshz
4. man helang
5. bro denanz penulis tersohor
6. umie lifestyleaku

dan semua yang baca entri ni lepas tu belum buat lagi tag jenis ni. aku tau korang ni byk cerita. saja malas nak tulis. kalau malas sgt buat 7 sudah takyah 15. weh, takkan takde cerita mengorat awek masa zaman tadika dulu..hahaha


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Mana la tau ada komen-komen atau entri aku yg bikin sakit hati kamu(mmg ada pun)..aku minta maaf byk2 pada kawan2 blog ye walaupun.. suaramu tak pernah kudengar..wajahmu tak pernah ku lihat(gambar je..hehe)..pelempangku tak pernah kau rasa..




Saturday, September 20, 2008

brader..tolong minta aku turunkan kau di perkuburan ini..

Masa aku baru habis belajar dulu. Duit satu sen pun tak ada. Ngam-ngam habis belajar. Semua yg ada dalam buku akaun pun ikut sama habis.

Masalah aku masa mula-mula kerja adalah tak ada transport utk berulang alik. Masa tu honda c70 lampu empat segi aku beri kat adik aku buat pegi belajar. Mujur juga abang aku baik hati. Dia tak kisah beri aku pinjam yamaha ss kesayangan dia. Dengan motor tu la aku berulang alik dari rumah ke opis di jerantut. Kalau hujan, aku pakai baju hujan, kalau panas, berpanas la aku sepanjang jalan. Tabah kan aku..

Rumah arwah mak ngah aku di kampung pulau tawar. Tak tau la aku budak budak sekarang pernah dengar tak pulau tawar. Pulau tawar adalah kampung kelahiran mat kilau, pahlawan pahang. Mat kilau juga ada dikaitkan dengan ilmu buntat embun, aku tahu mungkin ramai juga yang pernah dengar berkenaan ilmu buntat embun. Kalau aku rajin, satu masa aku akan kaji berkenaan hal ni dan entrikan.

Kadang-kadang aku ada juga melencong ke rumah arwah mak ngah aku bila aku balik dari opis. Seronok juga sesekali masuk ke dalam kawasan kampung tu. Tambah pula aku pun dilahirkan kat kampung tu. Pulau tawar adalah sebuah mukim bagi beberapa kampung kecil. Jika masuk melalui simpang pertama kita akan bertemu perian, kedondong, kampung masjid, kubang sekendal, kampung bandar dan jika terus melalui jalan utama tersebut boleh lepas ke kampung durian hijau.

Suatu petang, selepas kerja aku melencong ke kampung pulau tawar. Sampai di sek men agama pulau tawar, tiba-tiba seorang lelaki berumur akhir 30 an menahan motor aku dengan tergesa-gesa. Dia berlari ke arah motor aku dan sebelah tangan didepangkan. Aku tak sempat berfikir panjang sebab brader tu seolah-olah berada dalam keadaan terdesak. "Adik, abang nak tumpang boleh?" katanya sebaik aku menghentikan motor secara mengejut. Belum sempat aku buka mulut untuk bertanya, brader tu terus melompat ke seat belakang motor aku.

"Nak ke mana bang?" tanya aku sedikit gugup. Brader yang menumpang motor aku tu berbadan sasa, besar dari aku. muka pun nampak ganas sikit. aku jarang juga turun ke pulau tawar jadi aku tak berapa kenal sangat orang kampung ni.

"Alah..depan sikit je..bukannya jauh sangat.. "brader muka ganas minta tolong dengan suara sedikit mendesak. Dalam berani-berani takut tu aku teruskan juga perjalanan. Nak halau kang lain pulak yang jadi. Aku cuma berdoa supaya cepat la sampai ke destinasi dia tu.

kg perian,..
"Kat sini ke?"
"Tak..tak depan lagi.."
"Abang nak kemana sebenar nih?.."
"Depan lagi..nanti sampai br aku suruh berenti.."

kg kedondong..
"Kat sini ke bang?"
"Tak..tak, depan lagi.."

kg masjid..
"Bang, nak berenti kat sini ke?" tanya aku buat sekian kalinya. Tengkuk aku dah meremang dan perasaan ngeri dah mula merasuk kotak fikiran aku. Dah jauh dah ni..dah merentas 3 kampung.

Brader ni siapa sebenarnya?. aku dah mula takut. Tambah pula brader tu duduk di belakang aku. Apa sebenarnya makhluk yang tengah menumpang ni pun aku tak peduli. Cuma yang aku tau, sekarang aku diselubung perasaan takut yang amat sangat.

kampung kubang sekendal..
brader..tolong la kau minta aku turunkan kau kat sini. kalau kau turun kat kawasan perkuburan mukim pulau tawar yang ada di kampung ni pun aku dah bersyukur. aku tak kisah kalau lepas tu kau bertukar jadi puaka pun. yang penting kau mau turun..bisikku dalam hati

Aku perlahankan motor aku di kawasan kubur tu..
"Bang..bang..kalau kat sini macamana?.."
"Ish depan lagi la.."
Darah aku berderau. Apa motif brader ni aku masih tak tau..

Dalam hati dah timbul macam2 persolan..
Siapa brader ni?.. Perompak ke pembunuh? Giler ngeri..tadi kata nak tumpang dekat aje..
Nih aku pun dah lintas 4 kampung..kalau depan lagi memang dah kurang rumah org. Tinggal belukar, kebun dan hutan kecil je yang ada. Depan lagi dah ke kampung durian hijau pulak.

Masa tu baru aku rasa menyesal. Baru aku teringat balik pesan mak supaya jangan tumpangkan orang yang kita tak kenal. Tapi aku dah buat apa yang mak pesan supaya jangan buat. Aku dah buat sesuatu yang mungkin mengancam keselamatan nyawa aku sendiri. Sekarang macam mana aku nak selesaikan masalah ni.

Sampai sekarang aku langsung tak nampak brader ni nak berenti kat mana-mana. Borak pun tidak dengan aku. Dia senyap je kat belakang. Takut betul aku mana tau dia keluarkan pistol atau pun pisau. Ugut aku lepas tu bila tak dapat duit, bunuh aku dan campak mayat aku ke sungai pahang.

Motor aku masih bergerak perlahan menghala ke destinasi yang tak pasti.

Tiba-tiba dari jauh aku perasan ada sebuah 4WD menghala ke arah aku dan seolah-olah mengekori motor aku. Semakin rapat dan semakin rapat. Gile ngeri. Sah, ini mungkin geng penjenayah. Orang yang sedang aku tumpangkan mungkin ketua mereka. Mungkin ini strategi mereka untuk melepaskan diri selepas merompak. Aku semakin cuak. 4WD bagi high beam. Hon pun dibunyikan beberapa kali. Aku terus memecut. Tapi aku memang yakin, kehadiran 4WD ni memang ada kaitan dengan saspek yang aku bawa. Tuhan..tolonglah aku.

Macamana pula kalau brader yang aku bawa ni penjenayah bersenjata dan 4WD yang mengekor tu adalah pasukan polis penyiasat. Aku tak sanggup jadi orang tebusan. Aku tak sanggup jadi tajuk berita jenayah buletin utama malam esok.

4WD semakin merapat. kali ni ia cuba memintas dan merapat ke sisi motor aku. Penumpang belah kiri lambai-lambai tangan kat aku sambil suruh berhenti. "Encik!! tolong berhenti sekarang!!! "teriaknya kuat beberapa kali. MAMPOS..aku terus berhenti dan pasrah sahaja. 4WD pun berhenti. Dua orang lelaki berbadan sasa turun dari 4WD tersebut dan berjalan menuju ke arah aku dengan wajah bengis.

Kedua-duanya memegang brader yang menumpang aku dan menariknya dengan kasar masuk ke dalam 4WD mereka.

"Dia ni tak sihat sikit. Ada penyakit mental. "Kata pemandu 4WD sambil merujuk kepada brader yang menumpang aku. Brader tak sihat tu ketawa besar sambil menuding jari telunjuk ke arah aku seolah2 misinya memperdaya aku telah berjaya..

Tuesday, September 16, 2008

Aku, Abuya dan Multi Level Marketing

"Kali ni aku cakap betul, mlm ni memang boleh buat untung. Tak peduli macam mana cara kau mmg boleh untung. Cuma kau perlu cari 2 orang downline aje dah cukup. Tak payah banyak. modal rm250.00 aje untuk 1 kedai dan dapat 2 botol makanan kesihatan. Prospek cerah. Tak perlu susah-susah macam c*i ke ataupun sure**. Produk tu payah nak untung. Dah la tiap-tiap bulan kena maintain untuk dapat bonus." Berbuih mulut abuya petang tu menerangkan kat aku satu mlm baru yang beroperasi menggunakan internet. Mlm ni siap ada sijil dengan kdn lagi.

Tak cukup dengan petang tu, hampir tiap-tiap hari abuya mempromote kat aku pasal produk mlm ni. Tapi aku tetap buat muka tak reti. Bukan aku tak tau. Pada aku semua ni hangat2 taik ayam. Tambah-tambah kalau macam aku yang tak ada bakat bercakap. Memang confirm tak jalan bisnes ni.

Sebab dah mati akal, satu petang abuya bawa aku jumpa maikel nak bagi jelas duduk perkara. Maikel duduk bersilang kaki kat warung teh petang tu. Kali ni deorang nak basuh aku cukup-cukup. Maikel jenjet briefcase macam james bond. Dia kuarkan akaun bisnes mlm dia.

Rupa-rupanya dah lebih sebulan maikel follow mlm ni. Memang aku tengok duit dah masuk akaun dia berduyun-duyun. Seminggu aje lebih rm 1k. Itupun maikel cuma beli 3 kedai. Peh, maikel dah hampir jutawan. Sayang, aku dgn abuya lewat sikit je, kalau tak memang kami dah boleh goyang kaki juga sekarang. Takdenye nak melayan blog. Dah kaya bawak2 melancong ada jugak pekdah.

Maikel dgn abuya suruh aku pikir baik2. Kalau aku nak kaya, masa ni la peluang. Lagipun abuya mmg pakar mlm. Selain ada kedai dia jugak main mcm2 mlm.

Aku dah mati akal. Tak terpikir langsung nak jadi jutawan. Boleh blah..cuma aku kasihankan abuya yg dah lama jadi kawan aku.

Hari-hari lain abuya tetap tabah basuh aku. Susah jugak nak cari idea potong abuya. Pakar la katakan. Last2 abuya tak dapat tarik aku. Cuma dia suruh jugak aku beli satu kedai dan jadi downline dia. Sebab aku malas cari downline, abuya setuju kalau dlm masa 6 bulan aku tak dpt cari 2 org downline dia akan bayar balik rm250.00 modal aku beli 1 kedai. Lagipun dia kata dia nak beli 7 kedai. Hah, kalau dah 7 x 250 = 1750.00, huh byk betul modal abuya. Kali ni mmg dia nekad nak hara-kiri.

*****************

3 bulan berlalu, aku masih tak cari sorang pun downline. Segan aku nak promot kat kawan2. Nanti masam muka pulak. Tu yg paling aku tak suka. Mmg strategi aku nak dapatkan balik rm250 tu je drpd abuya.

Satu hari aku jumpa abuya. Pandang tak pandang. Muka pun moyok. "Bisnes macamana abuya?" Aku buka bicara sambil bersalam dengan dia. "Tak boleh jalan la zul. Ngam-ngam kita masuk hari tu, orang sibuk pulak dengan saham internet. Internet orang tak payah beli produk. senang. Hah. mlm yg kita masuk tu dah tutup." Abuya bersuara perlahan. Jelas kredibiliti dia sebagai otai mlm dah tercalar. Aku gelak2 kecil..tak sampai hati aku nak tuntut rm250. biarlah jadi kenangan terindah buat aku, abuya dan mlm.

***********

Pada aku, MLM..
1) Hanya mengkayakan upline/pengasas
2) Banyak membebankan downline
3) Berselindung di sebalik produk, cth..makanan kesihatan.
4) Harga produk mahal dan bukan keperluan sangat pun. Lain la kalau dia ada jual beras.
5) Ahli kena aktif, kalau kau sibuk kerja baik tak payah.
6) Merenggangkan hubungan dengan rakan taulan kalau silap cara.
7) Ada yang menggunakan kaedah paksa utk dptkan downline.
8) Jangkahayat pendek(ada beberapa jenis shj mlm yg bertahan) sebab banyak saingan. semua org nak jadi pengasas. bila jd pengasas sempat kumpul untung. bila downline byk dan pasaran tepu bila-bila masa bisnes boleh tutup. upline ttp untung. siapa yg jadi mangsa?
9) Berhati-hati dengan produk. jika berbentuk makanan/makanan kesihatan..pastikan logo halal. takkan nak meniaga produk tak halal.

Aku bukan kata mlm teruk/tak bagus. Semua pun risiko tanggung sendiri. Mungkin nasib masing2 berbeza. Kalau nak cuba mlm ikut kau orang, aku cuma ceritakan pengalaman dan sikit nasihat. Buat masa ni aku memang malas dah bermlm. Kecewa dah aku.

Wednesday, September 10, 2008

jelmaan menumpang dalam kereta

Dah lebih tiga minggu aku diganggu benda ni. Benda ni start mengikut aku lepas aku keluarkan entri puaka merasuk patung mayat bayi dikafan tempohari. Entri tu juga pernah buat aku terkejut tengah-tengah malam bahana termimpi seram. Bukannya aku mimpi mayat bayi tu pun. Tapi sebab aku rasa takut bila ingat-ingat balik anak patung tu sampai membawa ke mimpi.


Masa tu aku memang nak entrikan aje mimpi aku tu dan dah tak mau tulis hal-hal seram lagi dah. Tapi aku buat tak tau sbb nak buat apa aku takut. Kena berani..sebab berani kerana benar.


Berbalik pada gangguan yang aku terima lepas kuarkan entri tu. Kali ni aku bukannya setakat didatangi mimpi tapi benda ni kerap mengganggu ketika aku berada dalam kereta terutamanya waktu malam. Setakat ni benda tu belum menjelmakan diri lagi tapi aku dapat rasa kehadiran dia berdasarkan perasaan aku setiap kali masuk ke dalam kereta. Ada rasa bulu tengkuk meremang dan kadang-kadang aku dapat dengar seolah-olah ada satu suara memanggil-manggil aku.


Masa aku balik ke kampung aku cuti merdeka lepas pun benda tu tetap mengikut aku. Aku betul-betul cuak. Takut jugak kalau dia tiba-tiba muncul dari kusyen belakang yang kosong lalu mencekik aku. Memang nahas.


Aku ada sebab kukuh untuk tak menjalankan ritual melupus benda tu dari dalam kereta aku, sebab masa tu tinggal 2,3 hari lagi nak puasa. Budak-budak blogger pun ada pesan, kalau bulan puasa hantu tak ada. Jadi aku biarkan aja gangguan tu sementara masuk bulan puasa. Aku nak tengok betul ke tak teori budak-budak blogger atau deorang tu memang suka cakap kosong.


Kesudahannya aku biarkan aje dulu. Seram tak seram aku drive jugak kereta aku bertemankan benda alah tu. Ah bulan puasa nanti siap la kau kalau tak keluar memang kau hangus dalam kereta aku.

**********

Aku balik dari rumah lepas sahur puasa pertama. Memang seram sejuk jugak bila aku nak start kereta. Aku hidu-hidu dalam kereta kot-kot ada bau benda hangus. Tapi tak ada. Ah, dah keluar dah kot masa waktu azan subuh tadi. fikirku. Gangguan tu berakhir juga seusai azan subuh 1 ramadan. Sekarang aku dah boleh menarik nafas lega.


Tapi aku dah tersilap. Teori budak-budak blogger pun dah jauh tersasar. Aku dah kata, budak-budak blogger ni bukan boleh percaya sangat. Semua pun kaki auta.


note - aku dah terlupa satu perkara. Bagaimana pula dengan jin?. Bulan puasa jin kena ikat atau tak?


Senja semalam masa aku baru nak masuk kereta lepas balik dari pasar Ramadan, aku betul-betul terserempak dengan jelmaan tu tengah duduk atas kusyen sebelah tempat duduk pemandu. Masa tu aku tak perasan sebab samar-samar. Tambahan pula aku menuju ke kereta dari arah belakang.


Bila aku bukak aje pintu kereta. Masya Allah. Allahuakbar.Bbenda tu masih lagi wujud. Kali ini dia betul-betul menjelmakan diri. Dia menyeringai dengan lidah yang terjelir panjang sambil mata tepat memandang ke arahku. Menggigil badan aku. Mujur nasi, air kelapa muda,popia goreng dan sup ayam kampung untuk berbuka tak terjatuh ke tanah.


Mujur juga aku tak kena histeria kat situ jugak. Kalau tak, mampus..kat Malaysia ni mana nak cari bomoh histeria. Hajime aku kenal la. Darah aku dah naik ke muka. Aku tenung wajah dia dengan mata tak berkelip. Dia pun tenung aku. Tanpa jampi serapah aku tepuk kusyen tempat duduk aku dengan kuat. Sekelip mata jelmaan tu hilang dari pandangan.


p/s-Ada tak sesapa tak yang tau cara nak halau cicak yang terperangkap dalam kereta. Cicak besar pulak tu. Macam haram dah 3 minggu boleh hidup lg kat dalam kete aku. Kepada Encik Bear Grylls yg belakon dalam Man Vs Wild....sila belajar survival dengan dia.

Tuesday, September 9, 2008

aku pun boleh buat lagu negarakuku..

WARISAN

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

sekian..

Sunday, September 7, 2008

'P' ,..sepanjang jalan kenangan

Ni semua salah P. bukan dia tak tau aku dah malas melayan aweks-aweks nih. Dah sebu dada dah beku otak aku dengan kerja yang bertali arus. Kalau nak ikut bukannya banyak sangat kerja aku. Tapi penuh sesak otak aku dengan masalah yang perlu diselesai. Itu je.


Tapi P degil jugak. "Zo, mu layang awek ni. awek ni awal-awal doh tok mau ke kite.." kata P sambil mengesend no henset aku pada seseorang. "Hoi, kau jgn mcm tu P, aku malas doh melayan perempuan. Aku sebu, takde masa nak bermesej-mesej sgt macam kau. Kau boleh la jadi penjaga hati sampai koma." Aku potong idea P, tapi P dah tersend.


Maka, boleh dikatakan tiap-tiap hari henset aku diganggu dengan miscall2 dan mesej2 yg bikin hati panas. Aku mmg tak jawab langsung mesej2 dan call2 dari awek tu. Mmg aku hangin sangat. Kadang-kadang masa meeting, masa kerja, tengah drive, tengah malam, ada je mesej2 dan panggilan dr dia. Mengganggu tau tak. Aku yang skang duk jaga mulut dr mencarut, terlepas jugak 2 3 sukukata carut marut.


Sudah lebih 4 bulan masalah ni mengganggu aku. Penah jugak dia stop ganggu aku dlm seminggu tapi last2 dia mesej lagi....call lg. Aku sampai rasa nak tukar no je. Nak divert call tak boleh pulak. Macam haram.


Dlm minggu lepas lagi teruk, dia dah pandai sms minta credit dr aku. 'permintaan rm1 dari 013----------- , anda akan di cas rm0.50. Hah panas hati aku. Bila aku balas TIDAK, dia mesej aku.. Ah kedekutnya..dahla orang nak mesej dia sombong. Adoi, panas hati betul aku. Mmg aku tak tahan rasa macam nak report polis dah.


Hari jumaat lepas, ngam ngam aku br lepas mandi, dia mesej lagi permintaan kredit. Aku ambik henset. Memang ni yg last. mmg ayat maki yg aku nak balas. Tp tetiba aku tukar fikiran. Cuba berdiplomasi. "Maafla ye, saya tak dapat tolong awak. saya harap awk dpt sama-sama faham. selamat berpuasa." Peh tu ayat terbaik aku utk dia. Harap2 dia tak ganggu aku lagi.


Tetiba..tet tet tet..henset murah aku berbunyi..."Sorilah kalau selama ni saya ganggu awak, saya tak berniat nak minta topup dr awk pun. Tadi saya ada kasi gamba saya kat awak. Awak dpt tak? Selamat posa utk awk juga.


"Ish mana ada, henset saya murah mana ada mms. ."jawabku. Takpela jwb dia.


Tak lama ada kod mms masuk. kod yang boleh dibuka melalui internet. aku berjaya mengakses gamba dia. ni la awek yg mengganggu aku selama ni. Skang, aku nak wat macam mana?

Tuesday, September 2, 2008

dikepung unit gerak khas berbaju kalis peluru

Brrr...brrr..brrrrr...bagai nak tercabut aci engkol Honda lampu empat segi aku..dah naik biru muka..stat2 tak idup-stat2 tak idup..sambil stat sambil tangan pulas minyak pun tak jalan jugak. Kaki aku dah mula kebas-kebas.

Ntah ape kejadah masa orang nak gerak la dia buat hal. Nak bermanja la tu konon. Wei Honda, kalau tentiba kau bertukar jadi kembar Maya Karin pun aku malas nak pujuk. Jangan harap.

Motor Ti Ming jadi mangsa pinjam aku. Yamaha SS biru yang sekarang ni dah tak keluar pasaran. Yamaha SS jenis terhangat di pasaran. Kalau nak banding masa tu dia punya glemer memang capai tahap EX5, Yamaha 125 atau LC. Jenis yang memang kerap jadi sasaran pencuri.

Kalau motor jipang Mat Le memang aku tak minat. Dah la buruk. Rupa dia ada sebijik macam motor tentera Jepun nak pergi berperang. Aku kerap juga nampak awek-awek kamsis yang jeling semacam kat jipang Mat Le. Ramai jugak yang tahan moto dia sebab nak tumpang. Mat Le buat muka tak tau. Kalau aku pinjam jipang tu nanti awek-awek kamsis nak tumpang aku nak buat apa?. Takkan aku nak kasi awek kamsis tumpang. Boleh mengurangkan pahala posa tau.

******

Aku parking SS Timing betul-betul depan 7 Eleven Fasa 4 Bandar Baru Bangi. Beli barang lebih kurang aku pun belah. Pulas kunci SS Timing.. aku pun terus stat dan balik rumah sewa.

******

Tengah aku sedap-sedap layan Red Alert, Timing minta kunci motor dia. Aku seluk poket raba-raba anak kunci motor Timing. Sambil mata tak berganjak seiring pergerakan jejari di tetikus. Bunyi bom dan peluru bersimpang siur menggamatkan medan perang.

Anak kunci aku baling pada Timing. Timing belek-belek. "Aik? Ni bukan kunci aku" kata Timing kaget. Mata dia tak berkelip memandang anak kunci yang aku serah. "Eh,Bukan ke? Bukan kunci kau ke tu?"

"Habis tu, macamana aku boleh bawak balik motor kau?" Aku marah Timing balik.
Timing cepat cepat ke garaj depan. Aku mengikut dari belakang. Semua yang ada dalam rumah masa tu pakat nak tengok keajaiban yang sedang berlaku. Kami kerumun SS biru kat garaj. "Hah ni la motor kau.." Aku selamba tunjukkan kat Timing.
"Tengkorak kau berjambul..ni bukan moto aku..cuba kau tengok betul-betul.."Jelas Timing.

"Hah, no plat pun lain.."Sampuk Mat le pula.
Aku intai no plat ..sah bukan SS Timing. Ni motor SS orang lain!!..

Aku cuak. Timing pun sama. Dalam pada nak tergelak, cuak pun ada beb. Dah dekat sejam motor tu tersadai kat garaj. Tak mustahil rumah kami jadi sasaran polis pulak kalau ada yang report. Apa cerita sekarang? Apa pasal aku boleh bawak balik motor orang lain pulak? Aku seluk poket sebelah lagi.. Hoih, ada satu lagi kunci. Sah, kunci motor Timing.

"Dzul..kau dah angkat moto orang..sekarang macamana?" Ti Ming gelabah macam labah-labah.
"Timing, mari kau teman aku tengokkan moto kau kat 7 E. Aku memang dah terambil motor orang..mampos.."Aku pun gelabah..Bukan main-main aku gelabah. Gila kalau kena belasah sat lagi nih. Tahan sakit je. Nak jawab apa lagi?

******
Sampai kat 7E, tuan motor tersengih sambil berdiri cekak pinggang. Sebelah tangan kanan ada satu beluti 2" x 4". Rambut dia dah menutup muka. Jalan tar kat tapak kaki dia dah start merekah sendiri sambil terbakar. Blok kedai pun dah start retak-retak dan bergegar. Angin bertiup kencang dan kilat pun sabung menyabung..

Aku dan Timing turun dari motor perlahan-lahan. Tangan kami dua-dua belah letak kat belakang macam orang salah. Sambil tu lawi ayam dengan buku lima kami genggam erat-erat.

********

p/s - Jangan tinggal kunci pada kenderaan anda walaupun sekejap. Nanti kalau hilang kata orang curi pulok. Lepas tu mula nak report polis, baca Yaasin, jumpa bomoh, buat sembahyang hajat..sumpah laknat..

Wednesday, August 20, 2008

makhluk halus menumpang di dalam barang antik peninggalan perang

fasa 4, bandar baru bangi, 1998..

Masa tu kami baru saja berpindah ke rumah sewa ini. Ya..sebuah rumah teres di fasa 4, Bandar Baru Bangi.. Lantaran kami semua dah tak aktif dalam persatuan ditambah masing-masing takde bakat membodek, kami disisih daripada kamsis masing-masing. Ah..nak buat apa duduk kamsis. Bukannya boleh masak sendiri.

Rumah teres yang kami duduk memang biasa-biasa saja. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Tak ada pun cerita orang mati bunuh diri atau dibunuh kat rumah tu. Tapi kesuramanya masih bersisa dan kadang-kadang kalau tinggal seorang boleh tercabut gigi menahan takut.

Tarikh mula aku dah tak ingat. Ya la, takkan aku boleh ingat semua perkara. Aku cuma ingat, lepas 'benda' tu dibawa masuk ke rumah kami oleh Mat Le. Gangguan pun bermula. Benda yang aku maksudkan tu adalah barangan antik peninggalan perang yang dimiliki oleh Mat Le.

Seorang demi seorang rakan rumah aku mula mengalami gangguan yang hampir sama..

Aku masih ingat permulaannya.. Malam tu masa aku tertidur di sofa ruang tamu yang dah setaraf kayu. Rakan-rakan lain tidur di tingkat atas. Jadi aku dan Lan sahaja di tingkat bawah. Sedang aku nyenyak tidur tiba-tiba aku terdengar suara Lan meracau seorang diri. Kejap-kejap dia mengaduh. Kejap-kejap dia meraung sambil mencarut-carut. Aku buat tak tahu. Tambah pulak aku nak tidur. Memang aku takut juga masa tu. Tapi tak lama kemudian dia senyap. Aku menyambung tidur. Aku sangka Lan mengigau sebab biasa budak2 rumah kami mengigau. Sampai tersebut nama awek pun ada juga.

Itu waktu malam. Waktu siang pun gangguan tetap ada..

Tak berapa lama selepas kes Lan yang meracau malam tu. Kali ini berjangkit pula ke Mat Le. Waktu tu hanya aku dan Mat Le di rumah. Yang lain dah ke kelas. Aku yang tengah syok baca komik pedang setiawan kat tingkat atas tiba-tiba dikejut oleh suara Mat Le yang menjerit dari tingkat bawah.

Aku bergegas turun. Aku terus menerpa Mat Le. Mat Le tak peduli. Dia tetap meracau-racau.

"Babi...anjing ...mati kau..." jerit Mat Le. Aku pegang bahu Mat Le.
"Aduh..kurang ajar..setan...aku bunuh kau, anjing..jangan lari gampang. Kau nak kemana tu?.
Kalau berani mari sini..bunuhla aku.."jerit Mat Le lagi..

Muka Mat Le berkerut-kerut menahan sakit. Dia berpeluh-peluh. Aku tengok air muka Mat Le dah tak keruan..

Aku tetap disitu. Aku sabarkan Mat Le. Harap-harap dia dapat terima kenyataan..

Aku lihat, jelas didepan mataku bandar perang yang dibina Mat Le habis hancur lebur bahana serangan bom atom. Tentera lawan pun dah mula berduyun-duyun masuk..
Masa tu, game apa lagi yang sehebat Red Alert...

Monday, August 18, 2008

puaka merasuk patung mayat bayi dikafan

SESMA, Tahun 1994..

Pertandingan Drama antara kelas malam itu memang jadi milik kelas kami. Kelas kami biasa-biasa saja tapi dah berjaya jadi juara. Walaupun menumpang untuk setahun sahaja di SESMA tapi tak sangka juga kelas kami dapat kalahkan kelas-kelas peringkat menengah atas sekolah tu. Rupanya kelas kami memang ada ramai bakat terpendam.

Drama yang mengisahkan anak yang lupa daratan dan pegangan agama tu turut melibatkan watak-watak kecil yang jadi syaitan untuk menakut-nakutkan penonton. Watak kecil tu pelakonnya termasuklah aku dan 5 lagi rakan sekelas. Tugas kami tak susah cuma perlu lari-lari keliling dewan pakai baju syaitan bermantel. Ramai jugak cikgi2 yang terjerit-jerit..haha.

Selain dari tu ada satu lagi watak kecil yang betul-betul menghidupkan drama ni. Watak tu adalah PATUNG MAYAT BAYI BERDARAH YANG DIKAFAN!!!

Patung mayat bayi tu dibuat betul-betul bersaiz bayi. Dibungkus elok-elok dengan kain putih. Kami juga jiruskan sedikit pewarna merah darah untuk mendapatkan feel lebih seram. Maklumlah bayi yang mati akibat pengguguran haram.

Habis je drama, budak-budak ni dah pakat bawak balik dorm pulak dah. Sebab rupa dia yang seram, dua malam jugak mayat bayi tu jadi mainan menyakat kawan-kawan.

Balik dari prep pada malam kedua, kami dah dengar satu cerita tak best dari Zainizam (kami panggil Zang) yang kebetulan jadi orang pertama buka lampu dorm malam tu. Hanya 5,6 orang je yang tahu misteri dari Zang, lepas tu kami terus rangka operasi pembasmian.

(nota : Dorm kami tingkat paling bawah asrama. Pelajar menengah di tingkat atas. Kami tak berapa campur pelajar menengah).

Mengikut cerita Zang, waktu dia buka lampu dorm, dia nampak patung bayi dikafan duduk betul-betul dalam keadaan tegak di kaki katil Arip. Zang terkejut..dia terus sambar mayat bayi tu dan tanya kami siapa yang akhir keluar dorm. Zaimi yang mengaku keluar dorm paling last masa nak ke prep malam tu memang dah pasti tak ada mayat bayi tu kat kaki katil Arip.

Ritual melupuskan patung mayat bayi dikafan pun segera kami jalankan. Kami dah tak tunggu Arip dan yang lelain untuk tanya lebih lanjut. Kami carik-carik lepas tu bakar patung mayat bayi tu. Ramai yang tak tau kegiatan kami malam tu. Bukan kami sengaja taknak bising-bising tapi takut heboh pula satu asrama nanti.

Bila Arip balik dia memang mengaku dia dah letakkan mayat bayi tu kat dalam selimut katil Zang sebelum ke prep malam dengan tujuan menyakat. Zang pulak mati-mati mengaku masa dia buka lampu dia nampak mayat bayi tegak berdiri di kaki katil Arip. Takkan Zang tahu Arip yang isi dalam selimut dia malam tu. Kalau betul nak usik tak mungkin Arip beritau Zang pulak.

Jadi, siapa sebenarnya yang menggerakkan mayat bayi dari katil Zang dan berdiri tegak di kaki katil Arip ketika kami ke kelas untuk prep malam itu?.. Patung mayat bayi dikafan seolah-olah menunggu Arip balik untuk membalas dendam..

nota - Beberapa hari sebelum dan selepas operasi melupus, ada juga yang bermimpi diganggu mayat bayi dikafan.. oleh itu jgn le buat benda-benda pelik ye..kalau dah terlampau sangat ada la benda pelik-pelik boleh jadi..ish..

Thursday, August 14, 2008

ini kisah rita

Dia Rita. Kami tak pernah bersua. Apa lagi berkawan rapat. Baru-baru ini sahaja aku mengenalinya. Itu pun melalui ayahnya. Ayah Rita kawan aku. Kepala agak gila-gila. Tapi baru-baru ini dia ceria. Ceria sungguh.

Dia telah perkenalkan anaknya Rita kepada aku. Dia tunjukkan gambar Rita. Ya.. Rita memang comel. Sesuai dengan namanya.

Ayah Rita bercerita tentang Rita kepada aku. Dia menghulurkan kepada aku borang-borang dan sijil-sijil Rita.

Sijil SPM Rita pun dia tunjukkan kepada aku.

Aku belek-belek sijil SPM Rita,

b.m, A1
b.i, A1
math, A1
sej, A1
moral, A1
geog, A1
add math, A1
bio, A1
kimia, A1
fizik, A1
akaun, A1
bahasa cina, A2

Bulan depan Rita akan sambung belajar Medic di University of Edinburgh.
Patutlah ayah Rita ceria sungguh..

Wednesday, August 13, 2008

voodoo tag-tag..layankan ajer...


"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN"
It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage for your nominees.
yoshz..aku dapat ni petang tadi. sebab kau dah pesan suruh layankan aje..hah aku layankan aje benda alah ni. Entah sape yg mula dulu aku pun tak tau. sekali pandang macam MLM. Dua kali pandang macam skim piramid pun ada.
Mula-mula dapat ni aku cuak juga. Mana tau benda ni macam permainan 'spirit-spirit of the coin, please come to the coin' tu. Kau orang kaum blogger ni bukan boleh percaya sangat. Entah-entah orang yang mulakan benda ni dah letak sekali jampi serapah dalam game tag-tag nih.
Badan aku dah start menggeletar, tapi aku cuba kuatkan semangat utk terus menulis. Aku takut betul mana tau ngam-ngam siap ucapan nih ada orang ketuk-ketuk pintu rumah aku. Hantu tak berkepala ke atau hantu pocong yang menjelma setelah lengkap kitaran game ni. Skang dah la waktu tengah malam.
Sekarang aku dah faham..ya, game ni sebenarnya menggunakan teori orang minyak. Bila dah lengkap 40 orang anak dara yang jadi korban maka lengkaplah ilmu hitam dia.
Aku congak-congak memang dah ramai yang kena tag dan ramai jugak yg dah beri ucapan. Siapa yang terakhir mungkin dia yg akan jadi mangsa ilmu hitam yang kemungkinan mempunyai pengaruh voodoo Namibia.
Sebab tu aku cuma nominate 5 blog(blog ke?) ni yang dah siap dipagar dengan segala macam jampi serapah penghalang hantu:
1. blog mari ke ladang - jgn tensen kalau esok harga baja naik
2. blog nasi lemak - lepas baca jangan buang, sila kasi kat makcik jual nasi lemak.
3. blog nasi kukus - ni pun sama mcm atas, cuma kasi kat makcik nasi kukus.
4. blog belacan - oi..ni mana boleh buat bungkus belacan.
5. blog orang kampung - menghidangkan laporan terkini aktiviti kampung koi
Ni je satu-satunya kaedah untuk aku cuba menamatkan sumpahan voodoo Namibia dari terus bermaharajalela.
Hah, cuba baca syarat akhir tu, siap ada urut-urut pulak. Ni memang sah game datang dari bomoh mana. Nampak sangat clue dia ada kat situ.

Tuesday, August 12, 2008

ustaz diserang jin

Laporan harian metro beberapa hari lalu menarik minat aku berkenaan serangan balas jin ke sekolah berasrama di Malaysia. Dalam beberapa bulan sahaja ramai pelajar sekolah menengah berasrama diserang jin sehingga menyebabkan histeria.

Menurut Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malik Ladzim al-Azhari, punca histeria termasuk tekanan perasaan, lemah semangat serta gangguan makhluk halus. Selain punca itu, memasuki ke tempat yang tidak diduduki manusia seperti hutan dan pelajar berkenaan sudah ada gangguan seperti saka atau disihir turut menjadi penyebab histeria.

Menurutnya, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dilakukan setiap individu terutama guru jika pelajar diserang histeria akibat makhluk halus dengan bacaan ayat suci al-Quran.
“Antaranya ialah menempatkan mangsa secara berasingan dan merawat mangsa pertama terkena histeria terlebih dulu dengan membaca Al-Fatihah, Al-Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas dan Azan setiap satu tujuh kali dengan suara lantang di telinga mangsa.
“Perintahkan jin keluar dari tubuh mangsa dan selepas itu pulihkan mangsa lain,” katanya.

Itu kenyataan oleh pengamal perubatan...

Ini pula kisah ustaz diserang jin..

Orang alim tahap ustaz pun pernah kena serangan macam ni. Kisah ni pernah diceritakan oleh mak aku beberapa tahun lalu. Tak ingat pula aku dia dapat dari rancangan tv atau dari kuliah agama yang dia hadiri.

Seingat aku dia dapat daripada kisah benar seorang ustaz yang pernah memberi kuliah agama di kampung kami.

Masa tu lebuhraya pantai timur (lpt) yang menyambungkan karak hiway ke kuantan baru saja siap dibina. Lpt memang gah meniti dari bibir ke bibir pengguna lebuhraya. Bukan sebab kehebatannya tapi sebab kualiti pembinaan yang tak cukup bagus. Aku rasa elok lagi kualiti jalan jengka berbanding lpt. Sampai sekarang pun, aku yang kerap gunakan hiway tu masih lagi dapat merasai jerih deritanya.

Lpt dibina lebih kepada fungsi untuk mendapatkan laluan lurus dan perjalanan lancar sahaja. Memang bergegar kereta bila lalu tambah2 kalau tahap kereta aku. Kalau macam pajero Rahimin Idris boleh la selamba redah, sebab dia pakai tayar lipan tambah pulak kusyen dia aje dah siap pasang spring.

Pasal kualiti tolak tepi dulu. Nih, baru je dibuka dah siap macam-macam cerita seram yang meniti dari mulut ke mulut pasal hiway tu. Pernah juga ada yang terserempak orang bawak keranda tepi jalan. Nampak askar berkuda la. Ah, pendek kata macam-macam alkisah. Eksiden pun dah start. tak silap aku masa tol belum beroperasi pun dah ada eksiden kat hiway tu. Entah apa sebab aku kurang periksa.

Ok, start balik kisah ustaz,

Masa tu, ustaz pun macam pengguna lain. Dia pun baru jugak gunakan lpt untuk ke kuantan. Untuk urusan apa aku pun tak tau. Masa tu remang-remang nak ke malam. Ustaz pandu kereta berhati-hati dan berhemah..

Saya pandang cermin pdg belakang. Saya ternampak ada benda putih terbang2 kat belakang. Kejap kiri kejap ke kanan. Saya betul2 dah cuak. Dada saya berombak. Ibarat dihambat tsunami cinta. Saya genggam stereng. Baca Al-Fatihah dan tiga 'Qul'. Bile time nak masuk tabbat yadaa' mulut saya terkunci. Suara pun tak keluar. Saya gamam. Padan muka dah lama tak baca Muqaddam...hoih..hoih, apa yang kau pegi copy cerita hantu tisu Yoshz nih..

Ustaz pandang cermin pdg belakang. Apa yang dia nampak amat memeranjatkan. Darjah kealiman dia pun dah tergugat. Ustaz sempat gosok2 mata dan menampar-nampar pipi. Takut juga dia kalau-kalau dia bermimpi di senja hari. Ustaz amat yakin apa yang dilihat mengekori keretanya adalah jelmaan jin. Berdasarkan ilmu pengetahuannya kawasan hiway yang asalnya hutan berlembah dan bukit begini memang kawasan tempat tinggal jin. Mungkin jelmaan jin tersebut memarahinya atas sebab-sebab tertentu atau cuma menguji imannya.

Ustaz masih berada dalam gear 5. Ustaz tekan pedal minyak kuat-kuat. Tapak kaki ustaz dah merapat ke lantai kereta. Vrooooommm.. Kereta ustaz memecut laju..100, 110. Ustaz dah berubah. Dia dah jadi Tuo Hoi pulak dah. Kereta dia dah jadi macam AE86 Trueno nak ambik lap dekat Qiuminshan(ah, aku tak minat fast and furious..impak maksima lagi la..)

Ustaz.. ni dah limit..jgn kena speed trap pulak. Ustaz cemas. Apa nak jadi, jadi. Speed trap ustaz boleh bayar tapi benda alah yang tengah mengejar ni bukan main-main. Vroommm..115..120..

Jin terus mengejar dari belakang. Semakin laju kereta ustaz semakin rapat jin mengejar. Muka ustaz dah naik biru. Dah macam-macam ayat dia baca tapi jin tetap mengejar.

Kali ni jin dah tak beri peluang. Jin tu terus memintas kereta ustaz dengan hilaian yang menyeramkan. Ustaz hanya sempat mengerling sedikit. Dah tak kuasa ustaz nak larikan diri lagi. Ustaz mengalah. Kali ni kalau kena rasuk pun dia pasrah.

Ustaz terkesima..

"Hebat juga gen2 nih..kereta baru keluaran Malaysia. Kalau ada pitih lebih. Aku pun nak sambar satu.." bisik ustaz seorang diri di remang senja itu..

Saturday, August 9, 2008

kemalangan maut jengka 3

Petang Khamis, 7.8.2008, aku ambil peluang cuti 2 hari ni Jumaat dan Sabtu untuk balik kampung. Tambahan pulak mak aku pun ajak ke Kampung Bukit Dinding untuk jenguk aki dan makan durian.

Tempoh masa perjalanan dari Kemaman ke rumah aku di Gelanggi, Jerantut ada lebih kurang 3 jam. Tak lebih tak kurang. Untuk perjalanan dari Maran ke Jerantut, pemandu macam aku ada dua pilihan, samada mahu melalui jalan Sungai Jerik yang bengkang bengkok atau jalan yang agak lurus kawasan segitiga Jengka melalui simpang Bukit Tajau.

Entah macamana lepas aku timbang-timbang aku ambil keputusan lalu ikut jalan simpang Bukit Tajau melalui segitiga Jengka memandangkan hari dah lewat petang dan agak berisiko melalui Sungai Jerik pada waktu senja.

Semasa tiba di simpang masuk ke kilang sawit Jengka 3, aku nampak ada beberapa buah kereta parking tepi jalan, masa tu aku memang syak ada eksiden ataupun kereta terbabas sebab ada beberapa orang tengah jenguk-jenguk bawah gaung. Lagipun tu memang sikap orang kita yang sokmonye prihatin bila ada eksiden.

Aku berhenti depan sikit daripada kelompok tu dan terus meninjau keadaan. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7.15 p.m. Di tepi jalan tu aku lihat ada sebuah wira sedan biru tersadai dengan atap, cermin depan dan cermin sisi belah pemandu habis tercabut. Di tempat duduk pemandu masih ada lagi satu mayat yang dah di tutup dengan kain.

Disebabkan atap wira yang tercabut, memang jelas kelihatan mayat yang ditutup kain tu. Kusyen tempat duduk pula dah menyandar ke belakang yang menunjukkan ada hentaman kuat ke bahagian muka mangsa. Ish, ngeri bercampur hiba bila aku tengok. Tapi aku tak berani pula nak buka kain penutup mayat tu. Aku cuma hadiahkan al fatihah je untuk arwah. Mujur juga tak ada penumpang lain kalau tak mesti lagi ramai yang nahas.

Keadan wira tu masih ok. Bahagian depan tak remuk teruk. Dashboard pun tak apa-apa sebab eksiden tu melibatkan wira sedan tu dengan sebuah lori sawit. Bukan jenis kemalangan berdepan tetapi dipercayai kereta tersebut berlanggar dengan bahagian belakang lori berdasarkan keadaan kereta dan lori serta laporan saksi kejadian.

Masa ambulan tiba, ramai yang berebut-rebut tengok keadaan mayat sebab attendant hospital je yang boleh buka kain penutup tu. Fuhh..ngeri betul aku, Mangsa kemalangan berusia awal 30an, bahagian muka dah habis berdarah. Tengkuk sah dah patah sebab dah terkulai. Innalillah dan al fatihah untuk saudara kita yang terkorban tu.

Lori yang melangar pulak terbabas masuk gaung. Pemandu lori terus larikan diri.

Tapi yang buat tak best masa tu ada pulak dua tiga orang bebudak sekolah menengah mana entah buat lawak seram.."Weh, ngeri giler..malam ni dah la malam Jumaat..takut aku.."
Masa dengar tu nak tergelak pun ada, tapi ada jugak rasa nak starlight je budak dua tiga ekor tu..

*********
Ini kali kedua aku lihat kemalangan maut yang masih ada mayat di tempat kejadian. Pertama kali masa tingkatan 2 antara lori dengan motosikal.

Tapi kali ni aku agak terkilan sebab tak dapat merakamkan keadaan kemalangan memandangkan henset aku jenis murah yang tak ada kamera. Kalau tak, pasti aku akan paparkan gambar dalam entri ni untuk iktibar kita semua.

Mungkin aku kena cari juga satu hanset berkamera. Mana tau lepas ni aku akan terserempak pula dengan ufo..tak pun bigfoot..

Monday, August 4, 2008

Kulit den jadi macam kulit ayam = me pongo piel de gallina (part 2)

Aku cepat-cepat kemaskan balik beg Man Doktor. Man doktor keluar tandas dengan wajah tanpa perasaan. Aku, Rizal, Cikli dan Fahmi buat-buat muka tak tau.

Man Doktor angkat tangan kiri dan halakan pergelangan tangan kat muka. "Ah..dah lewat sangat, aku dah nak balik." Man doktor bergegas menghala pintu. Senja merangkak tiba hampir menutup tirai siang.

Man Doktor angkat helmet terus gerak ke motor. "Eh, mana beg aku?" tanya Man Doktor. Aku capai beg tanpa banyak soal terus aku serahkan kat dia. "Beg ni mana boleh tinggal. Ni je la peneman aku sepanjang jalan. Bukan ada apa-apa pun dalam beg nih. Memang aku saja-saja bawak." Sambung Man Doktor tanpa disoal.

"Habis, kalau dah kosong apasal kau angkut jugak ke hulu ke hilir?" Aku cuba meleraikan misteri beg Man Doktor. Tambahan pula aku tak mahu fikir yang bukan-bukan tentang dia. Tak baik buruk sangka.

"Beg ni la yang meneman aku bila aku balik ke Kampung Mela. Kau ingat aku berani sangat lalu jalan tu malam-malam? Bukan dekat. Rempuh hutan banat pulak. Mau dekat setengah jam aku nak gerak nih. Kalau ada pontianak ke langsuir yang nak menumpang boleh jugak aku angggap benda-benda tu cuma beg aku. Benda macam ni kadang-kadang kita kena lawan dengan psikologi.." Panjang lebar penerangan Man doktor.

Kami cuma gelak-gelak kecil sambil mengangguk2 seolah-olah mengiyakan kata-kata Man Doktor. Dalam hati masing-masing aku tak tahu. Kelakar pun ada jugak Man Doktor nih.

"Hah, tiap-tiap hari bila aku nak ke sini pun naik seram jugak bila terpaksa lalu tepi kubur tu. Nak-nak bila malam". Man doktor melangkah dan mendarat di atas kusyen RXZ dia.

"Hah! kubur mana? Tak tau pulak aku ada kawasan kubur dekat-dekat sini?" Aku panik. Nampak sangat sebelum ni aku tak membuat banci kawasan terlebih dulu.

"Kawasan Perkuburan Bukit Kubur. Laaa takkan kau tak tau. Kawasan kubur belah kanan jalan masuk ke sini. Hah, yang dekat depan sikit tu ada banglo putih Haji Nazri..

Aku tersenyap. Patutla baru-baru ni meremang bulu tengkuk. Memang sah aku dah lalu tepi Kawasan Perkuburan Bukit Kubur!!!

nota :

Wei, kalau setakat cakap je meremang bulu tengkuk baik tak payah. Aku cakap kau, tu je sekali aku rasa dia punya meremang. Lepas tu dah tak ada. Masa tu memang aku ingat lagi sampai aku sapu-sapu tengkuk nak kasi bulu roma turun. Aku bengang jugak sebab bukannya aku ada nampak hantu. Masa tu aku tak teringat pun hantu-hantu nih. Tak ngeri pun. Mana aku tau situ kawasan kubur. Mungkin masa tu ada benda yang menegur aku kot haha.

Sunday, August 3, 2008

kulit den jadi macam kulit ayam = me pongo piel de gallina

Baru beberapa hari aku menyewa di sebuah rumah teres di Taman Wira dengan Cikli, Fahmi dan Rizal.

Satu malam, waktu aku melalui satu jalan untuk ke rumah sewa tu tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang. Bengang jugak aku. Bukannya ada apa-apa pun yang aku nampak kat tepi jalan. Tak ada pulak pontianak, langsuir yang melayang depan nissan sunny buruk ihsan syarikat. Tak ada apa-apa pun. Lagipun dekat-dekat situ ada beberapa buah rumah orang. Kat depan sikit lagi dah terjongol satu banglo putih yang terang benderang.

Aku dah puas memandu sorang-sorang waktu malam. Dah banyak kali jugak turun naik Bukit Fraser dan meredah jalan lama Jerantut-Benta yang hiruk-pikuk dengan hutan banat. Tak ada pulak berseriau macam ni. Ni apasal kat kawasan perumahan pinggir Bandar Jerantut boleh meremang bulu tengkuk pulak?..

**********
Man Doktor memang kerap ke rumah sewa kami. Boleh dikatakan sejak beberapa hari menyewa, hampir tiap-tiap petang jugak Man Doktor pot di rumah kami. Man doktor kawan Cik Li, kawan macam mana aku pun tak tau. Bukannya kawan lama pun. Baru-baru kenal jugak. Tak boleh tidak Man Doktor otomatik jadi kawan aku.

Setahu aku Man Doktor budak baik. Dia bukan doktor. Aku panggil dia Man Doktor sebab dia kakitangan Pejabat Kesihatan Jerantut. Man Doktor memang hobi dia bawa beg sandang belakang bila naik motor RXZ. Mulanya aku tak kisah pun. Biasa sangat Mat RXZ bawak beg sandang.

Tapi petang tu beg sandang Man Doktor jadi misteri yang tak terfikir oleh aku dan budak-budak rumah. Man doktor singgah lagi rumah kami. Lama jugak dia mengarut sambil borak-borak. Dia tinggalkan beg dia di tepi pintu. Aku hampir ke beg dia. Aku tekap-tekap tapak tangan sebab nak tau apa benda yang Man Doktor bawak. Mana tau dia tokan benda alah tu, nanti naya pulak kami satu rumah.

Aku tekap-tekap tangan aku pada beg Man Doktor. Man Doktor tak sedar aktiviti aku. Macam P.I pun ada. Budak-budak rumah pulak pakat layan Man Doktor mengarut baik punya. Masing-masing dah tau apa aku buat sebab kami memang dah rancang awal. Tekap punya tekap. Aik? Apesal macam takde apa-apa pun dalam beg sandang Man Doktor? Aku cemas.

Masa Man Doktor pegi tandas, cepat-cepat aku buka dan selongkar beg Man Doktor. Memang sah tak ada apa-apa. Selama ni rupanya Man Doktor cuma sandang beg kosong!! Tapi kenapa?..