15 weird things/habits/little known facts about me :)rupa-rupanya seronok juga cuti jumaat sabtu sebab khamis petang aku dah boleh balik cuti raya..huh..sonok tak hengat boleh puasa 6 hari g kat umah. cuma tak dapat nak berblog je.
skang cuma nak setel hutang kat sorang awek cun
maisarah khairi,
potato yang bukan kentang dan
daus kalau nak pegi rumah dia kena beranyut dulu..sbb deorg dah tag aku beberapa hari lepas..
*********
State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.- No tag backs (as in once I’ve done this, please don’t tag this exact tag again)
*********
1. Setakat ni, aku cuma bersahur nasi 3 kali, bersahur air milo dan roti 1 kali, bersahur milo 18 kali,tak bangun sahur 5 kali.
2. masakan yang paling aku suka adalah masakan mak aku. mak, kome nak balik esok weh..
3. aku amat mementingkan sentimental value. sebab tu tak ada perubahan langsung pada kereta satria merah aku sejak dibeli lebih 7 thn dulu. aku hanya bubuh tinted cerah lulus jpj. apa kelas tinted hitam. kereta aku tak ada sport rim,tak ada spoiler batman. tak ada body kit ape benda entah. tak ada tukar warna baru, tak ada kusyen sparco. tak ada ekzos besar yang bapak kucing pun boleh tido kat dalam dan aku tak minat satria convert GTi ok.. enjin turbo? eh, apa benda tu?
4. aku sukar untuk membuang segala kenangan aku. tak kira kenangan apa pun sehingga kadang-kadang mengganggu hidup aku. motor honda c70 lampu empat segi masih ada di kampung walaupun dah ramai yang tanya untuk beli. aku selamba jawab. duit boleh dicari, tapi kenangan masa lalu bukan boleh dinilai dengan duit. bila jejak kaki ditempat yang ada sesuatu dalam hidup aku. aku mudah mengimbau saat-saat indah masa lalu sampai kadang2 boleh menyebabkan aku sebak. terutama sekali stesyen keretapi lama jerantut. korang tak payah la ambik tau. kalau aku rajin, aku cerita sendiri la nanti..
5. aku suka minum teh..tak kira teh tarik atau teh biasa. tiap-tiap pagi mesti pekena. aku pn tak pasti apa effect dia pada kesihatan. kadang2 sampai lebih sejam baru aku boleh habiskan secawan.
6. aku tak merokok. ada sebab kenapa aku tidak buat hal ni. mungkin sumpahan. sebab aku pernah terai tapi erkk..sungguh tak sedap. mungkin juga satu sebab..arwah ayah aku tak bagi aku merokok, sementelah dia pn boleh berhenti merokok. jadi, sejak aku lahir aku tak pernah lihat dia merokok. dia hanya benarkan aku merokok bila dah kerja dan ada duit sendiri. alang-alang tak merokok baik aku teruskan sahaja. rupa-rupanya idea arwah ayah memang hebat.
7. bila memerhati sikap manusia kadang-kadang aku suka berteori dan boleh menyebabkan aku sendiri kagum dengan teori-teori aku. sayangnya aku tak catat dan menyebabkan ia hilang bersama angin lalu. lagipun aku cuma orang kecil. siapa pula yg hendak mendengar teori aku. hahaha. aku rasa korang pn sama macam aku. suka berteori kan?
8. aku sudah tua untuk beromantik2 dan bercinta2. bagi aku masa tu dah sampai ke penghujung. sudah tiada masa untuk aku menjadi seorang penjaga hati sampai koma. bagi kamu, adik2 aku yang belum mencecah 30 thn aku nasihatkan berhati2 dgn cinta. jgn lama2 sangat. kalau rasa sesuai suruh mak meminang awek yg kamu minati tu. aku pasti mimi kamu (yoshz?)menanti dgn penuh harapan. betul aku cakap..
9. aku seorang yang amat sempoi dari segi berpakaian. ah, kolot betul aku. tapi rahimin lagi sempoi. dia boleh simpan rambut panjang lagi. itu hari pernah sekali dia pegi meeting dengan rambut panjang dia. jurutera daerah siap sound bos tanya dia bawak sapa?. kahkahkah..pecah perut.
10. dulu-dulu aku pernah 2 kali kena ikut kursus Biro Tatanegara..ah, bosan siut. ada sekali tu group aku pompuan sesaja..3 lelaki 14 pompuan. hah..apa lagi..
11. aku pernah menjadi saksi satu kes berat yang mana suspek boleh dipenjara maksima 25 tahun. ah..sungguh risau menunggu saat-saat dipanggil mengadap untuk memberi keterangan di balai polis. rahimin tau ni tapi kau diam je ok.. sbb aku nak entrikan lepas2 raya nnti..
12. aku tak pandai menoreh getah..ah ruginya..
13. aku tak suka tandas duduk. eee geli aku.
14. aku pernah memenangi hadiah untuk satu pertandingan memancing walaupun aku tak dapat menaikkan walau seekor ikan karin pun. hebatkan aku. masa tu, juara boleh membawa pulang sebuah motosikal. ya..aku memenangi hadiah hamper utk cabutan bertuah..hahaha.
15. aku geli katak dan ular tapi aku bukan penggeli cacing. aku boleh pegang2 cacing tanah..mmm syoknyee cacing..
aku nak tag;
1.
akumasihdisini2.
radiusf3.
yoshz4.
man helang5.
bro denanz penulis tersohor6.
umie lifestyleakudan semua yang baca entri ni lepas tu belum buat lagi tag jenis ni. aku tau korang ni byk cerita. saja malas nak tulis. kalau malas sgt buat 7 sudah takyah 15. weh, takkan takde cerita mengorat awek masa zaman tadika dulu..hahaha
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...
Mana la tau ada komen-komen atau entri aku yg bikin sakit hati kamu(mmg ada pun)..aku minta maaf byk2 pada kawan2 blog ye walaupun.. suaramu tak pernah kudengar..wajahmu tak pernah ku lihat(gambar je..hehe)..pelempangku tak pernah kau rasa..