Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Waktu Petang Saya

Berapa lama aku nak tunggu. Lagi 59 minit nak cukup sejam, dari tadi dah lenguh bersilang kaki kat Al-Baik. Macha, budak ambik order blum sampai-sampai. Itu hari Macha pernah kata, dia datang dari Kerala. Kiranya dia ni pure india. Bukan India Malaysia. Umur dia pun muda lagi. Bahasa Melayu banyak lagi kena belajar.

'Mana Macha nih..' rungut Azha. Sejak perodua Alza keluar ni bukan main lagi Azha, asal buka intenet masuk web perodua. Dulu tiap hari tengok Honda. Kata Azha tengok aja cukup la. Nak beli tak mampu. Macam tu kalau dah jadi peminat. Minat pada benda2 macam ni tak salah pun pada aku.

Tak lama macha datang..bawa kertas satu pen satu..

"Mau order apa bos..?" tanya Macha gagap2 tapi mulut tetap senyum. Kat restoran tu bukan ada muka lain dah petang2..aku..Azha..

"Bagi aku teh ben satu.." order Azha sambil jeling Macha..jari telunjuk dia dah angkat baik2..

"Mu..?" tanya Macha kat aku..seboleh mungkin cuba berbahasa Terengganu walaupun sikit..

"Aku pulak nak teh ais.." kata aku serius sampai berkerut dahi..

"Tu je..?" tanya Macha..

"Ha'ah.." jawab kami hampir serentak..

Macha pusing sambil berjalan ke belakang restoran..dari jauh aku dengar Macha jerit pada budak bancuh air..

"Dey!!..kasi teh ben satu..teh ais satu..!!"
"Okeh..siap.." sahut budak bancuh air..



gambar menunjukkan teh ais dan teh ben diletakkan secara berdekatan

Wednesday, August 26, 2009

Merantau

".. kau tau tak, dah lama aku tak masak buka puasa utk husband aku.."kata seorang teman via ym.. dia dah ada 3 orang anak. anak yang ketiga baru umur 4 bulan. Dia pun baru habis cuti berpantang.

"itu la lain kali pegi ikut husband kau duduk kl kan senang, tiap hari kau boleh masakkan lauk berbuka.." aku membalas juga melalui ym..

"..atau pun kau suruh aje laki kau kerja kat kuala terengganu..pilih mana satu.."

"..kerja dia tak ada kat kuala terengganu..jadi kena la merantau ke kl.."

"..laki kau dengan aku ni sama saja. sama-sama merantau. Pergi mana-mana tempat yang boleh cari rezeki..pilihan hidup sendiri..

barulah anak lelaki.."

Thursday, August 13, 2009

Dedikasi Ku Buat Jack..

cukup la aku namakan dia jack. tak ada kena mengena langsung dengan nama sesiapa. aku berkenalan dengan jack sejak mula menapak kaki ke site ini 2 tahun yang lalu. site yang lapang, penuh ngan debu bila musim panas. dan berlecak pada musim hujan. ada satu tahap, sampai pernah aku rasa ada benda tersangkut kat tekak. lama juga benda tersangkut tu tak mau keluar. aku minum air pun tak hilang tau. lama kelamaan baru aku tahu itu bahana debu yang kerap sangat di hidu sepanjang hari bekerja. rare bukan..

berbalik kepada kisah jack. jack bukanlah sesiapa pun di bumi tuhan ni. tugasnya mengawal kawasan site sepanjang siang dan malam. gaji tak ada tapi jack sanggup bersengkang mata dengan mengharapkan belas ihsan makanan daripada orang-orang site. sisa makanan adalah yang paling jack suka. pernah juga aku kasi goreng pisang tapi dia bo layan sahaja. kadang-kadang panas hati juga dibuatnya.

jack garang. masa muda-muda dulu sapa orang asing yang masuk site habis dijerkahnya. mula-mula tu kecut juga perut. tapi lama-lama aku dah biasa. jack pun dah tak marah-marah aku lagi dan mengejar kereta aku macam orang gila.

baru-baru ini jack meruntun sayu aku. selama ini aku tak tahu pun yang jack setabah ini. dari jauh aku memerhatikan jack dengan mata berkaca. beberapa keping gambar dia aku ambil tanpa meminta idjinnya untuk diabadikan sebagai kenangan terindah..



pada saat ini aku cuba menyelami jiwa jack..jiwa seekor jack yang berpadu dengan alam, naluri, kepercayaan dan keyakinan kendiri..



jack selamba meredah barrage..kalau tergelincir, pusaran air di sebelah akan menekan dia melalui slope barrage dan boleh membawa maut..


...







dengan pose selamba anjing selepas mendaki anak tangga..

***
satu petang..
Aku - Wah, selamba je bangla tu usap2 jack..
Zaha - Ah, bangla tak apa dia mazhab Maliki..
Aku - Ooo kita takleh la nak usap-usap mcm tu..
Zaha - Boleh..kalau kering sama kering..skang pun boleh kalau kau berani..
Aku - Aku berani tapi malas nak menyamak..(Ops..bukan Mazhab ni ikut tempat ke..abis kenapa bangla x guna mazhab syafie pula kalau dah datang sini.. dalam hatiku masih berkata ragu-ragu..)

Sunday, May 17, 2009

Jangan Cerita Dulu..

suatu petang aku dan AK lepak di rumah sewa sambil tengok tv..

"macam sedap je crita ni..Lake Placid.. cerita tentang buaya..kata AK seorang diri..

..aku belum pernah tengok cerita ni. kau dah tengok kan..?
..kau jangan cerita pulak kat aku ending dia. aku paling benci orang cerita ending kat aku.." sambung AK lagi..

tak berapa minit lepas tu A.A pulak datang ke rumah. Kesat-kesat punggung duduk kerusi sebelah aku dan AK..

"cilakak..ini cerita lake placid kan..? pasal buaya besar yang ada sorang makcik bela kat tasik tepi rumah tu kan..?

..tiap hari bagi makan lembu. tapi last sekali mati sangkut celah helikopter.

ops..sebenarnya bukan seekor..dua ekor..seekor lagi mati meletup kan..?
sambung AA panjang lebar..

Sunday, April 26, 2009

Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain..

satu petang aku ke kedai runcit taman.. beli barang-barang keperluan.. tiba-tiba masuk seorang kutu dengan jeans lusuh, t shirt pagoda..meluru ke kaunter..berdiri sebelah aku,

kutu : brader..kasi baby punya..
tokey : baby punya..yang mana satu? yang ni ke..?
kutu : bukan la..baby yang ni tak mau..kasi baby yg satu lagi..yang ada balut kain..
tokey : yang ini tak nak ke encik..?
kutu : tak mau..kaki, paru-paru semua saya tak mau..saya nak baby. baby yang balut kain..
tokey : ada..ada tinggal lagi satu..
kutu : ok..betul yang ni..terima kasih(sambil hulur duit..)

Thursday, April 23, 2009

Bertemu Blogger Popular

letih jangan cakap..tengah-tengah panas kena pulak memancing sheet pile..Perahu dah siap..janji dapat sheet pile sudah..umpan magnet pun dah siap pasang..

via sms..
blogger popular : oi..jom ngeteh..aku sampai bandar kul 6,.
aku : ok..ok..kau punya pasal..jap g aku sampai..



msg dari blogger popular masuk ketika saat-saat kritikal begini..memang nak kena kutuk..

******


seharian berpanas atas bot hilang tiba-tiba..
hati jadi sejuk bila pertama kali dapat bertemu blogger popular selepas hampir setahun sekadar menjadi pengikut tegar..


>blogger popular< pertama kali dijumpai,
ada yg berangan nak jumpa dia x..? aku dah jumpa woo..

Sunday, November 2, 2008

sepetang bersama mr blind: pengalaman pertama aku menggunakan webcam

Did you know?
You can send a friend an Audible to add a fun sound to your IM conversations. Click the Audibles button to say hello, good-bye, flirt and more.

dzulmohamad: oi..x blk g?
Edi/mr blind -: balik hapenya..
Edi -: aku kat kb ni..
dzulmohamad: kt umh ke keje
Edi -: outstation la.
Edi -: kat hotel.
Edi -: anak bini x bawak..
dzulmohamad: oo syok aa kau jln
Edi -: bukan sokmo...
Edi -: kadang2 je.
Edi -: ni pun last mnute..
dzulmohamad: ada intenet kt hotel tu ok la
Edi -: internet kat lobby..
Edi -: mcm sial
Edi -: kat bilik haram x dapat
Edi -: ko kat temerloh kan
zulmohamad: x,,jerantut
dzulmohamad: wei nk tanya kau ada letak nufnang kan?
Edi -: ada..
dzulmohamad: apabenda tu?
Edi -: iklan ..
Edi -: try je tepek..
Edi -: bukan rugi mende2 pun
dzulmohamad: aku rasa kalau letak iklan mgkin aku lebih rajin kot
Edi -: bile ada blog ni..auto rajin
Edi -: hahahhaa
Edi -: tu la pasal
dzulmohamad: aku malas lg pn ikut mood je
Edi -: tul tu..
Edi -: kalau x de mood..x jln..
Edi -: mcm celaka jadi entri
dzulmohamad: tp ye la kekadang perah otak gk nak pikir..
Edi -: try la webcam
dzulmohamad: webcam ni mcmane? bleh kuar gamba tu ke
Edi -: cuba ko accept
dzulmohamad: kalau pakai streamyx nak plih ape dial up,broadband,hi speed lan?
Edi -: gile ko
Edi -: broadband la..
Edi -: ko ada webcam x ni
dzulmohamad: ada kot nih crystal eye ni benda alah ape? aku mr blind it la kahkah
Edi -: hampeh ko.
Edi -: cuba ko klik kat webcam tuh
dzulmohamad: dia kuar muka aku sendiri la
dzulmohamad: hahaha
Edi -: ko accept lagi sekali..
dzulmohamad: aku nampak da muka ko kahkah
Edi -: ada nampak.
Edi -: celaka..apsal ko gelak..
Edi -: ko kena klik ko punya webcam..
Edi -: baru aku nampak ko
dzulmohamad: wei aku x penah g guna menda alah ni seumur hidup aku la..kahkah
Edi -: cuba ko klik web cam ko..
dzulmohamad: klik kat mana pulok?
Edi -: ko pakai yahoo mesengger kan
dzulmohamad: aah ada..
Edi -: ada call plugins webcam..
Edi -: klik webcam tuh
Edi -: isap okok lu..
dzulmohamad: wei ko x nmpak aku la ni?
Edi -: x de pun..
Edi -: ko kena klik webcam tu
Edi -: invite aku
dzulmohamad: wei aku da click
Edi -: jap
dzulmohamad: x kuar apa pn
Edi -: semula
dzulmohamad: wei aku ada keje ni weh..
Edi -: ok ok..
Edi -: pergi la..
dzulmohamad: ok bye..tp aku dpt tengok webcam td
Edi -: ko tulis la dlm blog...
Edi -: hahahaha
dzulmohamad: haha..ok..aku copy ym nih la..kahkah..apa la betul kampung la aku..
Edi -: hahhahahaa..
Edi -: jgn bagitau aku keje ape..
Edi -: delete yg tu
dzulmohamad: ok..lg..apa nk delete
Edi -: apa je..yg ko rasa x patut
Edi -: hahahhaa
dzulmohamad: ok cau
Edi -: ok

Tuesday, October 28, 2008

kisah ajaib kanak-kanak : setulus hati adik anis


"Adik, nak tengok Abang Ojan buat magik tak?" Ojan, anak sedara aku yang sulung keluarkan sehelai not rm1 dari dalam poket. Dia gulung-gulung dengan tangan lepas tu buka kedua-dua belah tapak tangan.

"Haa, magik kan..tiba-tiba dah jadi dua.."kata Ojan sambil tersenyum bangga. Tangannya memegang dua helai not rm1. Sebenarnya awal-awal lagi Ojan dah selitkan sehelai lagi not rm1 kat dalam genggaman dia. Bangga sungguh dia sebab dapat mempedajal Adik Anis yang baru berumur 4 tahun tu.

"Eh, macamana Abang Ojan buat?. Tapi adik pun boleh buat juga.."Kata Adik Anis sambil buat muka tak puas hati. Walaupun Adik Anis mempunyai muka bulat yang tak boleh dipercayai. Tapi Ojan tetap bagi jugak not rm1 kat Adik Anis. Tambahan pula Adik Anis bukan boleh bawak kira bicara. Kalau dia start menangis memang lengkap dengan mengamuk sekali. Silap hari bulan ada yang kena sepak terajang. Siapa yang kena mmg tak payah report2 mak. Tahan sakit sahaja. Siapa pula yang boleh melawan Adik Anis.

Kali ni giliran Adik Anis. Dia keronyok-keronyok not rm1 yang Ojan bagi. Susup bawah kain tudung pula. Tak lama lepas tu...

"Haa adik pun boleh buat!.." Adik anis tunjukkan dua keping not rm1. Memang magik. Ojan terkejut. Mak dia pun terkejut.

Memang duit tu boleh jadi dua walaupun Ojan bagi sekeping je pada mulanya. Tapi sekarang memang dah jadi dua. Betul-betul magik. Keajaiban seorang kanak-kanak. Mungkin ini yang dikatakan kelebihan kanak-kanak sebab mempunyai jiwa yang tulus dan suci murni.

p/s - Zaman sekarang kalau sambung duit pakai selotep boleh laku lagi ke tak?

Tuesday, September 16, 2008

Aku, Abuya dan Multi Level Marketing

"Kali ni aku cakap betul, mlm ni memang boleh buat untung. Tak peduli macam mana cara kau mmg boleh untung. Cuma kau perlu cari 2 orang downline aje dah cukup. Tak payah banyak. modal rm250.00 aje untuk 1 kedai dan dapat 2 botol makanan kesihatan. Prospek cerah. Tak perlu susah-susah macam c*i ke ataupun sure**. Produk tu payah nak untung. Dah la tiap-tiap bulan kena maintain untuk dapat bonus." Berbuih mulut abuya petang tu menerangkan kat aku satu mlm baru yang beroperasi menggunakan internet. Mlm ni siap ada sijil dengan kdn lagi.

Tak cukup dengan petang tu, hampir tiap-tiap hari abuya mempromote kat aku pasal produk mlm ni. Tapi aku tetap buat muka tak reti. Bukan aku tak tau. Pada aku semua ni hangat2 taik ayam. Tambah-tambah kalau macam aku yang tak ada bakat bercakap. Memang confirm tak jalan bisnes ni.

Sebab dah mati akal, satu petang abuya bawa aku jumpa maikel nak bagi jelas duduk perkara. Maikel duduk bersilang kaki kat warung teh petang tu. Kali ni deorang nak basuh aku cukup-cukup. Maikel jenjet briefcase macam james bond. Dia kuarkan akaun bisnes mlm dia.

Rupa-rupanya dah lebih sebulan maikel follow mlm ni. Memang aku tengok duit dah masuk akaun dia berduyun-duyun. Seminggu aje lebih rm 1k. Itupun maikel cuma beli 3 kedai. Peh, maikel dah hampir jutawan. Sayang, aku dgn abuya lewat sikit je, kalau tak memang kami dah boleh goyang kaki juga sekarang. Takdenye nak melayan blog. Dah kaya bawak2 melancong ada jugak pekdah.

Maikel dgn abuya suruh aku pikir baik2. Kalau aku nak kaya, masa ni la peluang. Lagipun abuya mmg pakar mlm. Selain ada kedai dia jugak main mcm2 mlm.

Aku dah mati akal. Tak terpikir langsung nak jadi jutawan. Boleh blah..cuma aku kasihankan abuya yg dah lama jadi kawan aku.

Hari-hari lain abuya tetap tabah basuh aku. Susah jugak nak cari idea potong abuya. Pakar la katakan. Last2 abuya tak dapat tarik aku. Cuma dia suruh jugak aku beli satu kedai dan jadi downline dia. Sebab aku malas cari downline, abuya setuju kalau dlm masa 6 bulan aku tak dpt cari 2 org downline dia akan bayar balik rm250.00 modal aku beli 1 kedai. Lagipun dia kata dia nak beli 7 kedai. Hah, kalau dah 7 x 250 = 1750.00, huh byk betul modal abuya. Kali ni mmg dia nekad nak hara-kiri.

*****************

3 bulan berlalu, aku masih tak cari sorang pun downline. Segan aku nak promot kat kawan2. Nanti masam muka pulak. Tu yg paling aku tak suka. Mmg strategi aku nak dapatkan balik rm250 tu je drpd abuya.

Satu hari aku jumpa abuya. Pandang tak pandang. Muka pun moyok. "Bisnes macamana abuya?" Aku buka bicara sambil bersalam dengan dia. "Tak boleh jalan la zul. Ngam-ngam kita masuk hari tu, orang sibuk pulak dengan saham internet. Internet orang tak payah beli produk. senang. Hah. mlm yg kita masuk tu dah tutup." Abuya bersuara perlahan. Jelas kredibiliti dia sebagai otai mlm dah tercalar. Aku gelak2 kecil..tak sampai hati aku nak tuntut rm250. biarlah jadi kenangan terindah buat aku, abuya dan mlm.

***********

Pada aku, MLM..
1) Hanya mengkayakan upline/pengasas
2) Banyak membebankan downline
3) Berselindung di sebalik produk, cth..makanan kesihatan.
4) Harga produk mahal dan bukan keperluan sangat pun. Lain la kalau dia ada jual beras.
5) Ahli kena aktif, kalau kau sibuk kerja baik tak payah.
6) Merenggangkan hubungan dengan rakan taulan kalau silap cara.
7) Ada yang menggunakan kaedah paksa utk dptkan downline.
8) Jangkahayat pendek(ada beberapa jenis shj mlm yg bertahan) sebab banyak saingan. semua org nak jadi pengasas. bila jd pengasas sempat kumpul untung. bila downline byk dan pasaran tepu bila-bila masa bisnes boleh tutup. upline ttp untung. siapa yg jadi mangsa?
9) Berhati-hati dengan produk. jika berbentuk makanan/makanan kesihatan..pastikan logo halal. takkan nak meniaga produk tak halal.

Aku bukan kata mlm teruk/tak bagus. Semua pun risiko tanggung sendiri. Mungkin nasib masing2 berbeza. Kalau nak cuba mlm ikut kau orang, aku cuma ceritakan pengalaman dan sikit nasihat. Buat masa ni aku memang malas dah bermlm. Kecewa dah aku.

Tuesday, September 9, 2008

aku pun boleh buat lagu negarakuku..

WARISAN

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

sekian..

Sunday, September 7, 2008

'P' ,..sepanjang jalan kenangan

Ni semua salah P. bukan dia tak tau aku dah malas melayan aweks-aweks nih. Dah sebu dada dah beku otak aku dengan kerja yang bertali arus. Kalau nak ikut bukannya banyak sangat kerja aku. Tapi penuh sesak otak aku dengan masalah yang perlu diselesai. Itu je.


Tapi P degil jugak. "Zo, mu layang awek ni. awek ni awal-awal doh tok mau ke kite.." kata P sambil mengesend no henset aku pada seseorang. "Hoi, kau jgn mcm tu P, aku malas doh melayan perempuan. Aku sebu, takde masa nak bermesej-mesej sgt macam kau. Kau boleh la jadi penjaga hati sampai koma." Aku potong idea P, tapi P dah tersend.


Maka, boleh dikatakan tiap-tiap hari henset aku diganggu dengan miscall2 dan mesej2 yg bikin hati panas. Aku mmg tak jawab langsung mesej2 dan call2 dari awek tu. Mmg aku hangin sangat. Kadang-kadang masa meeting, masa kerja, tengah drive, tengah malam, ada je mesej2 dan panggilan dr dia. Mengganggu tau tak. Aku yang skang duk jaga mulut dr mencarut, terlepas jugak 2 3 sukukata carut marut.


Sudah lebih 4 bulan masalah ni mengganggu aku. Penah jugak dia stop ganggu aku dlm seminggu tapi last2 dia mesej lagi....call lg. Aku sampai rasa nak tukar no je. Nak divert call tak boleh pulak. Macam haram.


Dlm minggu lepas lagi teruk, dia dah pandai sms minta credit dr aku. 'permintaan rm1 dari 013----------- , anda akan di cas rm0.50. Hah panas hati aku. Bila aku balas TIDAK, dia mesej aku.. Ah kedekutnya..dahla orang nak mesej dia sombong. Adoi, panas hati betul aku. Mmg aku tak tahan rasa macam nak report polis dah.


Hari jumaat lepas, ngam ngam aku br lepas mandi, dia mesej lagi permintaan kredit. Aku ambik henset. Memang ni yg last. mmg ayat maki yg aku nak balas. Tp tetiba aku tukar fikiran. Cuba berdiplomasi. "Maafla ye, saya tak dapat tolong awak. saya harap awk dpt sama-sama faham. selamat berpuasa." Peh tu ayat terbaik aku utk dia. Harap2 dia tak ganggu aku lagi.


Tetiba..tet tet tet..henset murah aku berbunyi..."Sorilah kalau selama ni saya ganggu awak, saya tak berniat nak minta topup dr awk pun. Tadi saya ada kasi gamba saya kat awak. Awak dpt tak? Selamat posa utk awk juga.


"Ish mana ada, henset saya murah mana ada mms. ."jawabku. Takpela jwb dia.


Tak lama ada kod mms masuk. kod yang boleh dibuka melalui internet. aku berjaya mengakses gamba dia. ni la awek yg mengganggu aku selama ni. Skang, aku nak wat macam mana?

Tuesday, September 2, 2008

dikepung unit gerak khas berbaju kalis peluru

Brrr...brrr..brrrrr...bagai nak tercabut aci engkol Honda lampu empat segi aku..dah naik biru muka..stat2 tak idup-stat2 tak idup..sambil stat sambil tangan pulas minyak pun tak jalan jugak. Kaki aku dah mula kebas-kebas.

Ntah ape kejadah masa orang nak gerak la dia buat hal. Nak bermanja la tu konon. Wei Honda, kalau tentiba kau bertukar jadi kembar Maya Karin pun aku malas nak pujuk. Jangan harap.

Motor Ti Ming jadi mangsa pinjam aku. Yamaha SS biru yang sekarang ni dah tak keluar pasaran. Yamaha SS jenis terhangat di pasaran. Kalau nak banding masa tu dia punya glemer memang capai tahap EX5, Yamaha 125 atau LC. Jenis yang memang kerap jadi sasaran pencuri.

Kalau motor jipang Mat Le memang aku tak minat. Dah la buruk. Rupa dia ada sebijik macam motor tentera Jepun nak pergi berperang. Aku kerap juga nampak awek-awek kamsis yang jeling semacam kat jipang Mat Le. Ramai jugak yang tahan moto dia sebab nak tumpang. Mat Le buat muka tak tau. Kalau aku pinjam jipang tu nanti awek-awek kamsis nak tumpang aku nak buat apa?. Takkan aku nak kasi awek kamsis tumpang. Boleh mengurangkan pahala posa tau.

******

Aku parking SS Timing betul-betul depan 7 Eleven Fasa 4 Bandar Baru Bangi. Beli barang lebih kurang aku pun belah. Pulas kunci SS Timing.. aku pun terus stat dan balik rumah sewa.

******

Tengah aku sedap-sedap layan Red Alert, Timing minta kunci motor dia. Aku seluk poket raba-raba anak kunci motor Timing. Sambil mata tak berganjak seiring pergerakan jejari di tetikus. Bunyi bom dan peluru bersimpang siur menggamatkan medan perang.

Anak kunci aku baling pada Timing. Timing belek-belek. "Aik? Ni bukan kunci aku" kata Timing kaget. Mata dia tak berkelip memandang anak kunci yang aku serah. "Eh,Bukan ke? Bukan kunci kau ke tu?"

"Habis tu, macamana aku boleh bawak balik motor kau?" Aku marah Timing balik.
Timing cepat cepat ke garaj depan. Aku mengikut dari belakang. Semua yang ada dalam rumah masa tu pakat nak tengok keajaiban yang sedang berlaku. Kami kerumun SS biru kat garaj. "Hah ni la motor kau.." Aku selamba tunjukkan kat Timing.
"Tengkorak kau berjambul..ni bukan moto aku..cuba kau tengok betul-betul.."Jelas Timing.

"Hah, no plat pun lain.."Sampuk Mat le pula.
Aku intai no plat ..sah bukan SS Timing. Ni motor SS orang lain!!..

Aku cuak. Timing pun sama. Dalam pada nak tergelak, cuak pun ada beb. Dah dekat sejam motor tu tersadai kat garaj. Tak mustahil rumah kami jadi sasaran polis pulak kalau ada yang report. Apa cerita sekarang? Apa pasal aku boleh bawak balik motor orang lain pulak? Aku seluk poket sebelah lagi.. Hoih, ada satu lagi kunci. Sah, kunci motor Timing.

"Dzul..kau dah angkat moto orang..sekarang macamana?" Ti Ming gelabah macam labah-labah.
"Timing, mari kau teman aku tengokkan moto kau kat 7 E. Aku memang dah terambil motor orang..mampos.."Aku pun gelabah..Bukan main-main aku gelabah. Gila kalau kena belasah sat lagi nih. Tahan sakit je. Nak jawab apa lagi?

******
Sampai kat 7E, tuan motor tersengih sambil berdiri cekak pinggang. Sebelah tangan kanan ada satu beluti 2" x 4". Rambut dia dah menutup muka. Jalan tar kat tapak kaki dia dah start merekah sendiri sambil terbakar. Blok kedai pun dah start retak-retak dan bergegar. Angin bertiup kencang dan kilat pun sabung menyabung..

Aku dan Timing turun dari motor perlahan-lahan. Tangan kami dua-dua belah letak kat belakang macam orang salah. Sambil tu lawi ayam dengan buku lima kami genggam erat-erat.

********

p/s - Jangan tinggal kunci pada kenderaan anda walaupun sekejap. Nanti kalau hilang kata orang curi pulok. Lepas tu mula nak report polis, baca Yaasin, jumpa bomoh, buat sembahyang hajat..sumpah laknat..

Thursday, August 14, 2008

ini kisah rita

Dia Rita. Kami tak pernah bersua. Apa lagi berkawan rapat. Baru-baru ini sahaja aku mengenalinya. Itu pun melalui ayahnya. Ayah Rita kawan aku. Kepala agak gila-gila. Tapi baru-baru ini dia ceria. Ceria sungguh.

Dia telah perkenalkan anaknya Rita kepada aku. Dia tunjukkan gambar Rita. Ya.. Rita memang comel. Sesuai dengan namanya.

Ayah Rita bercerita tentang Rita kepada aku. Dia menghulurkan kepada aku borang-borang dan sijil-sijil Rita.

Sijil SPM Rita pun dia tunjukkan kepada aku.

Aku belek-belek sijil SPM Rita,

b.m, A1
b.i, A1
math, A1
sej, A1
moral, A1
geog, A1
add math, A1
bio, A1
kimia, A1
fizik, A1
akaun, A1
bahasa cina, A2

Bulan depan Rita akan sambung belajar Medic di University of Edinburgh.
Patutlah ayah Rita ceria sungguh..

Saturday, August 9, 2008

kemalangan maut jengka 3

Petang Khamis, 7.8.2008, aku ambil peluang cuti 2 hari ni Jumaat dan Sabtu untuk balik kampung. Tambahan pulak mak aku pun ajak ke Kampung Bukit Dinding untuk jenguk aki dan makan durian.

Tempoh masa perjalanan dari Kemaman ke rumah aku di Gelanggi, Jerantut ada lebih kurang 3 jam. Tak lebih tak kurang. Untuk perjalanan dari Maran ke Jerantut, pemandu macam aku ada dua pilihan, samada mahu melalui jalan Sungai Jerik yang bengkang bengkok atau jalan yang agak lurus kawasan segitiga Jengka melalui simpang Bukit Tajau.

Entah macamana lepas aku timbang-timbang aku ambil keputusan lalu ikut jalan simpang Bukit Tajau melalui segitiga Jengka memandangkan hari dah lewat petang dan agak berisiko melalui Sungai Jerik pada waktu senja.

Semasa tiba di simpang masuk ke kilang sawit Jengka 3, aku nampak ada beberapa buah kereta parking tepi jalan, masa tu aku memang syak ada eksiden ataupun kereta terbabas sebab ada beberapa orang tengah jenguk-jenguk bawah gaung. Lagipun tu memang sikap orang kita yang sokmonye prihatin bila ada eksiden.

Aku berhenti depan sikit daripada kelompok tu dan terus meninjau keadaan. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7.15 p.m. Di tepi jalan tu aku lihat ada sebuah wira sedan biru tersadai dengan atap, cermin depan dan cermin sisi belah pemandu habis tercabut. Di tempat duduk pemandu masih ada lagi satu mayat yang dah di tutup dengan kain.

Disebabkan atap wira yang tercabut, memang jelas kelihatan mayat yang ditutup kain tu. Kusyen tempat duduk pula dah menyandar ke belakang yang menunjukkan ada hentaman kuat ke bahagian muka mangsa. Ish, ngeri bercampur hiba bila aku tengok. Tapi aku tak berani pula nak buka kain penutup mayat tu. Aku cuma hadiahkan al fatihah je untuk arwah. Mujur juga tak ada penumpang lain kalau tak mesti lagi ramai yang nahas.

Keadan wira tu masih ok. Bahagian depan tak remuk teruk. Dashboard pun tak apa-apa sebab eksiden tu melibatkan wira sedan tu dengan sebuah lori sawit. Bukan jenis kemalangan berdepan tetapi dipercayai kereta tersebut berlanggar dengan bahagian belakang lori berdasarkan keadaan kereta dan lori serta laporan saksi kejadian.

Masa ambulan tiba, ramai yang berebut-rebut tengok keadaan mayat sebab attendant hospital je yang boleh buka kain penutup tu. Fuhh..ngeri betul aku, Mangsa kemalangan berusia awal 30an, bahagian muka dah habis berdarah. Tengkuk sah dah patah sebab dah terkulai. Innalillah dan al fatihah untuk saudara kita yang terkorban tu.

Lori yang melangar pulak terbabas masuk gaung. Pemandu lori terus larikan diri.

Tapi yang buat tak best masa tu ada pulak dua tiga orang bebudak sekolah menengah mana entah buat lawak seram.."Weh, ngeri giler..malam ni dah la malam Jumaat..takut aku.."
Masa dengar tu nak tergelak pun ada, tapi ada jugak rasa nak starlight je budak dua tiga ekor tu..

*********
Ini kali kedua aku lihat kemalangan maut yang masih ada mayat di tempat kejadian. Pertama kali masa tingkatan 2 antara lori dengan motosikal.

Tapi kali ni aku agak terkilan sebab tak dapat merakamkan keadaan kemalangan memandangkan henset aku jenis murah yang tak ada kamera. Kalau tak, pasti aku akan paparkan gambar dalam entri ni untuk iktibar kita semua.

Mungkin aku kena cari juga satu hanset berkamera. Mana tau lepas ni aku akan terserempak pula dengan ufo..tak pun bigfoot..

Wednesday, July 23, 2008

sebuah iswara dan seorang pejuang reformasi

Tup tap tup tap.. Rupanya kita dah hampir nak masuk ke Bulan Puasa. Kalau tengok pada kalendar kuda saiz comel yang Dian Enterprise bagi kat aku, ngam-ngam 1hb 9 nih dah masuk 1 Ramadan.

Memang banyak cerita yang berlaku dalam Bulan Ramadan. Kau pun ada banyak cerita yang nak dikongsi bersama kan? Tapi aku bukan nak cerita pasal puasa. Puasa lambat lagi..biarlah kita berblogging pasal puasa pada bulan puasa nanti sambil-sambil tunggu masuk waktu berbuka (syahdunye..).

Apa yang aku nak cerita ni, berkait dengan satu kes yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu.

******
Hampir sebulan kes tu berlalu. Hari tu aku macam orang lain jugak. Ronda-ronda keliling Pasar Ramadan di Bandar Jerantut. Bukan nak membeli sangat pun. Apa la sangat keperluan orang bujang macam aku. Dapat kuih serba-sedikit, murtabak.. lepas tu jalan-jalan la keliling.. 3,4 round sambil-sambil cuci mata. Lagi dekat nak berbuka lagi sikit la pahala puasa.

Tiba-tiba...kecoh. Aku nampak segerombolan manusia tengah mengerumun sebuah kereta iswara putih. Ada yang tolak-tolak. Ada yang tepuk-tepuk. Semua orang macam tengah memaki hamun iswara putih. Ish..apa dosa iswara putih bulan puasa gini. Mujur jugak dia bukan bumblebee. Kalau tak, harus dah bertukar jadi autobot macam dalam filem transformer.

Aku susup-sasap di celah-celah kekecohan tu. Peh!.. Ada dua orang budak kecik tengah syok tidur kat dalam kereta tu. Enjin hidup..aircond kereta terpasang pula! "Apasal ni abang?" tanya aku pada seorang brader yang tengah goyang-goyang iswara. "Nih.. entah ke mana mak ayahnya. Dah lama tinggalkan anak mcam ni.."

Memang keadaan huru hara masa tu. Macam-macam cara orang cuba. Ketuk-ketuk, panggil-panggil. Hmh..budak dua ekor tu kemain jugak semacam je tido. Muka dua-dua pun dah naik biru aku tengok.

Aku cepat-cepat pegi kedai jahit yg berdekatan. Mintak pinjam pembaris besi dengan nyonya tukang jahit..harap-harap boleh buat teknik Mc Gyver. Aku passing kat brader yang bermuka paling risau dalam ramai-ramai tu. Dia jolok-jolok pintu. Semua pintu dia jolok. Tapi pintu tak terbuka jugak. Budak kat dalam dah makin nyenyak. "Ah..kalau lama sikit lagi harus tak bernafas terus budak-budak ni.."fikirku. yang pasti masa tu orang lain pun sama berfikir macam aku.

"Ni dah tak boleh jadi..dah hampir sejam!..kita mesti pecahkan jugak pintu cermin iswara ni" kata salah seorang brader yang ada kat situ dengan semangat persis ketua reformasi. Mujur dia tak angkat tangan sambil pegang pembesar suara je.

Brader reformis terus susup-sasap cari kayu. "Memang nahas la iswara orang ni kang..tu la sapa suruh tinggal anak macam tu je..".

Masa brader reformis tengah carik-carik kayu, baru la terhengut-hengut mak ayah budak datang nak bukakan iswara dia.

Apa punya orang. Tak risau langsung kat anak sendiri. Cari kuih berbuka sampai tak hengat dunia. Mujur tingkap iswara tak kena hentak.

Nasib baik brader reformis lambat skit je..

Wednesday, July 16, 2008

penangan electrical switchboard

Semalam memang hari penat aku..tapi mujur ada penghibur di kala duka..

"Bob, mana kilang controlite nih? Kau tau ke tak nih.. Kalau tak tau kita pakat telepon aje kilang dia.. "Aku menumpang bob, rakan kerja yang sekali nak pegi factory visit electrical swithboard untuk keperluan projek.

"Fuh letih dah ni..takpe..aku ada no. phone dia. Kita telefon saja.."
Bob buat loud speaker..
"Hello, cik, pejabat cik kat mana. Sekarang kami dah ada kat Indera Mahkota."
"Oh..kalau mcm tu encik ni dah silap jalan.. Encik kena masuk hala jalan ke Imigresen. Nanti jumpa satu Stadium tertutup..terus masuk jalan tu. Saya ada kat bangunan pusat gimrama." jawapan lembut dan manja tuan punya suara.
Lama juga bob mengayat awek kerani tu.. siap nak ajak minum lagi. Menggeletik gak bob ni padahal anak dah nak masuk 4.

Aku pun tak banyak tanya terus ajak Bob ke area tu.. "Hah..sah kat sini" kata aku..
"Abis, mana bangunan pusat gimramanya?"
"Tu kat bawah tu.."
"Ish betul ke sini ada kilang controlite?" tanya Bob.
"Mana la aku tau.. takkan kilang dekat pusat gimrama. Nih kilang apa. Kilang pakaian sukan ke? Baik kau telefon balik kerani tadi tu."
"Hello cik.. kami dah ada kat bawah bangunan nih."
"Oh ye ke.. nanti saya turun"

"Bob..cuba kau tanya dia betul ke sini kilang controlite tu?" tanya aku saspen sambil mata meliar kiri kanan. Bimbang gak takut kena tembak pak guard.

"Adik..betul ke sini kilang controlite?
"Tak..sini pejabat SUKPA (Majlis Sukan Pahang).."
"Ooooooo..." kami sempat buat acara menganga secara beregu..

Tuesday, July 15, 2008

trauma

Kawan-kawan semua dah siap sedia. Semua dah boleh tidur awal. Tapi tidak bagi aku. Exam kali ni adalah penentu hidup aku di IPTA ni. Satu-satunya harapan untuk aku terus bernafas sehingga menamatkan lagi 2 semester pengajian atau bakal mendapat anugerah B.A (Balik Awal). Tapi aku memang dah tak yakin dengan kemampuan aku. 1 minggu terakhir ni memang aku tak boleh buat apa-apa. Beku dan kosong. Lagi banyak aku study lagi banyak yang tak faham..tak tau..blank..cacamarba..kusut..dan tak boleh catch up langsung.

Menggelabah bukan main-main. Macam mana la aku nak mengadap muka mak dan ayah nanti. Mereka mesti kecewa dengan sikap aku. Kegagalan aku nanti mungkin akan jadi trauma buat mereka. Ah..aku tak boleh mengalah. Aku mesti kuatkan tekad, azam, walaupun masa hanya tinggal 1 minggu untuk peperiksaan akhir semester. Hanya tinggal semester ini sahaja lagi. Kalau pointer aku bawah dua. memang sah aku akan dapat B.A. Ini bukan main-main. Ini kerja serius.

"Wei Zul, pengiraaan berangka soalan nih kau dah tau buat?"
"Statistik soalan tahun-tahun lepas kau dah semak blum?
"Nih geologi nih..ko dah hafal blum?

Itu tanya kawan-kawan seangkatan..

Ni pulak komen roommate aku budak sastera. Masa aku tengah bersila dengan kain pelekat tak berbaju mengadap buku statik yang tebal dengan kertas-kertas soalan bersepah-sepah atas tilam.

"Woi, biar betul ni Zul..kau boleh buat ke nih? Kau dah gila? Periksa dah tinggal seminggu lagi. Patutnya sekarang ni masa untuk kau berehat-rehat.."

Lan terkejut bukan main selepas membuka pintu bilik. Terkejut bukan sebab dia tengok aku tak pakai baju. Kalau dia tengok Maya Karin tak pakai baju lain la. Tapi terkejut sebab aku dah mengubah kebiasaan yang sering dilihatnya. Selalunya aku study di meja study yang tersedia. Dia dah dapat agak yang aku dah hampir terkena gangguan mental.

************
Memasuki dewan peperiksaan pagi tu bukan macam pagi-pagi yang biasa. Awan mendung berarak perlahan seolah-olah mengucapkan selamat jalan kepadaku.

"Baiklah..kamu semua boleh mula sekarang"..

tik..tik..tik..
Kertas pertama hari ini - Pengiraan Berangka. Memang semuanya soalan pembunuh. Tangan aku menggeletar. Satu demi satu soalan tidak berjawab..
Aku lihat Fairuz yang duduk di depanku tekun menjawab..

tik..tik..tik..
Fairuz letak pen, kemas-kemas meja terus bangun dan keluar dewan dengan senyum puas. Dia antara 5 paling awal.

tik..tik..tik..
Aku masih lagi beku. Hilang arah dan halatuju. Confirm..markah aku pasti teruk, untuk kertas pertama ini aku pasti gagal. Gagal dengan 'E'.

"Masa hampir tamat!!..." jerit pengawas perperiksaan..
"sila berhenti menulis.. letakkan pen di atas meja..!"

krinnggggg....

Aku terpisat-pisat bangun..mematikan jam meja yang sedang berdering.. Huh mimpi ngeri ni lagi. Dah banyak kali berulang. Dah hampir 9 tahun menghantui aku!

Saturday, July 12, 2008

ini kisah tiung

Pagi itu tiung rasa sungguh bahagia. Dia mengepak-ngepakkan sayapnya sambil bersiul-siul kecil. Maklumlah hari ini tiung ada temujanji dengan kekasih hatinya. Tujuannya masih belum dapat dipasti. Mungkin mereka akan sama-sama terbang mencari ulat-ulat atau buah-buahan di kawasan kampung yang berhampiran dengan kawasan hutan tempat tinggal mereka. Selang tak berapa lama, kekasih hati pun tiba. Tiung tenung wajah kekasih hati..begitu juga sebaliknya. Lama mereka pandang-memandang itu seolah-olah tidak mahu berjauhan lagi. Maklumlah mereka sedang asyik berkasih-sayang.

********
Kepala aku kusut. Kerja masih banyak. Tambah lagi dengan meeting dan report-report yang masih belum disiapkan. Aku minum serba-sedikit dan gegas-gegas hidupkan enjin."Mak, pergi dulu ya"..aku tekan minyak dan satria merahku menderum meninggalkan kawasan garaj.

********
Ke mana tiung hendak bawa abang?" Kekasih hati bertanya tiung, baginya tiung adalah segalanya. Dia tak sanggup lagi berpisah dengan tiung."Abang ikut sahaja cakap tiung" sambung kekasih hati lagi. "Okey..kalau macam tu abang ikut tiung..tiung akan tunjukkan satu tempat yang banyak buah-buahan untuk kita makan." jawab tiung sambil mengepakkan sayapnya. Kekasih hati mengikut terbang dari belakang. Sambil berkejar-kejaran itu mereka bersiul-siul riang.

********
Aku menekan minyak dengan tergesa-gesa keluar dari kawasan perumahan Gelanggi. Sesampai di simpang luar jalan besar Jerantut-Maran. Aku free gear. Tarik handbrake dan pastikan tiada kenderaan berlalu untuk aku masuk ke jalan utama itu. Aku nampak dari jauh office mate aku juga sedang melalui jalan Jerantut-Maran itu untuk ke office. Setelah pasti tiada kenderaan lalu lalang aku terus masuk gear satu, lepas handbrake dan broom..aku memecut.. dua....tiga...empat...lima...speed meter terus menokok ke 80km/jam dengan serta merta..

Tiba-tiba dengan sekilas pandang dua ekor burung tiung melintas di hadapan kereta aku. Kelihatan seperti mereka sedang kejar-mengejar. Aku tidak sempat menekan brek lagi. Aku telah terlanggar burung tiung yang sedang mengejar kawannya dari belakang. Bulu pelepah hitam dan putih berselerakan di jalan raya itu. Ya Allah..aku sempat mengerling ke belakang. Burung tiung yang aku langgar menggelupur di atas jalan tar hitam itu. Aku juga ternampak burung tiung yang dikejar tadi bertenggek di pohon berhampiran sambil riuh bersiul-siul memanggil kawannya yang sedang menggelupur itu. Waktu itu office mate aku juga sempat berhenti sambil memerhati si burung tiung. Aku meneruskan perjalanan. "Ah..bukannya manusia pun.." fikirku tanpa berfikir panjang.

**********
Maafkan aku tiung atas kecuaian aku pada masa tu. Aku bersalah. Aku tak berniat untuk membunuh kekasih hatimu itu. Aku harap selepas itu jangan lah kau membawa hatimu yang lara. Teruskanlah tujuanmu. Makanlah buah-buahan di tempat yang kau ingin tunjukkan pada kekasih hati walaupun dia sudah tiada. Aku tahu kau amat sedih. Kau juga punya naluri. Jika aku di tempatmu aku juga akan menjadi gila sepertimu.

**********
* Walaupun bertahun sudah berlalu. Apabila aku memandu dan melihat burung-burung yang sedang berkejaran. Aku pasti akan teringatkan si burung tiung.

Monday, July 7, 2008

awek ketiak

Tut tuut..tut tuut..ada sms

jom p minum kedai awek ketiak - Shah.
Awek ketiak? Kat mana? - Aku
Haha..Kedai depan petronas tu - Shah
Oo..yang ada awek selalu pakai seksi tu?..O.K - Aku

Elok jugak idea tu..sementara aku pun belum makan malam lagi. Biasanya pukul 8.30 malam macam ni, aku keluar makan malam. Aku tak peduli kedai awek ketiak ke, kedai di bawah ketiak isteri ke..aku bukannya memilih tempat pun. Janji bila malam kena makan.

***********
Malam masih muda..bintang-bintang bergayutan di dada langit. Kedai awek ketiak malam tu penuh sesak macam malam-malam biasa.

"Hahaha..Apa kau panggil dia tadi..Awek ketiak?" mulutku pantas menyoal Shah sebaik sahaja awek (awek ketiak) yang mengambil order kami gegas-gegas menghala ke dapur untuk menghantar pesanan. Tentu dia sibuk sebab bukan kami sahaja yang nak dilayannya.

"A'ah..kau tengok aje fesyen yang dia pakai. Baju dah la fit, takde lengan, nampak dada, tapi pakai tudung kecil pula. Kalau kau concentrate betul-betul, aku pasti kau akan nampak bulu ketiak dia." Shah dengan penuh yakin memfailkan akuan berkanunnya seolah-olah dia penyiasat persendirian tahap P. Balasubramaniam.

"Eh, dia mana ada bulu ketiak. Itu hari aku ada terperasan masa dia tengah jerit-jerit ambil order dan panggil kawannya di bahagian dapur sambil angkat-angkat tangan" Jawabku jujur.

"Hei..perempuan pun ada bulu ketiak apa, tapi diorang cabut. Tak pun pakai ubat-ubat yang boleh kasi hilang semua tu." Jelas Shah seolah-olah mempunyai kepakaran 20 tahun dalam hal-ehwal ketiak perempuan. Pelik juga aku, setahu aku Shah mengambil jurusan Civil Engineering di UiTM dan bukannya perubatan atau anatomi manusia. Adakah aku yang terlepas pandang tentang hal ini lantaran selalu tertidur dalam kelas masa subjek biologi zaman pendidikan menengah dulu?

Nampaknya persepsi awal aku terhadap kredibiliti Shah meleset sama sekali. Shah tidak seperti P. Balasubramaniam, dia tetap enggan menarik balik akuan berkanun yang difailkannya kepada aku sebentar tadi.

"Apa la suka sangat pakai macam tu. Baju sendat takde lengan, nampak dada lagi. Lepas tu pakai tudung kecil pula. Kalau macam tu lagi elok tak payah pakai tudung. Atau pun tak payah pakai baju". tuturku memberi pendapat songsang.

"Aku rasa..lebih elok kalau dia pakai tudung, tapi tak payah pakai baju.." balas Shah menyeringai. Ada gelak-gelak kecil di hujung kata-katanya itu..

moral of the story : pakailah pakaian yang menutup aurat sebab kain kafan tidak pernah berkompromi dengan aurat

Friday, July 4, 2008

spongebob squarepant...bukan sekadar cerita kartun!

Bayangkan kalau kita yang duduk kat dalam tu..