sajak baldi sepi
sebuah baldi sepi
dulunya bekas minyak hitam
terlantar dipenjuru concrete slab
bila tiba musim tengkujuh
hilanglah ia
dibawa arus sungai pinang
yang naik separas jalan raya
kini tiada lagi
baldi sepi sudah pergi
jika tidak ke kuala sungai kemaman
mungkin tersangkut di pukat nelayan..
baldi sepi
mungkin hayatmu tidak panjang
bersama kami
sekurang-kurangnya kau pernah berbakti
untuk projek sebesar ini
menambah baik bekalan air daerah kemaman
dan kawasan sekitarnya juga
tanpamu mungkin.
backhoe tak bergerak
long arm excavator pun tak boleh jalan
cukuplah setakat itu
kau tak perlu lebih-lebih tahu
akan peri pentingnya dirimu
sedangkan kau sendiri tak mahu tahu
kerana mungkin juga nanti
kau akan tuding jari sana sini
pada kerajaan apatah lagi
sebab kita cuma hamba
buat kerja niatkan untuk ibadat jua
supaya tidaklah bila subuh menjelma
pak imam membebel sebab air tak ada