Thursday, June 10, 2010
tidak perlu percaya..
lagi pun kawasan yang diceritakan rozi tersebut jika ada pengkaji yang berpegang kepada fahaman taksub buta rasanya boleh dibuat satu jurnal hantu jika rajin mencari perawi-perawinya. macam-macam hantu orang dah jumpa. hantu kaki berakar pun pernah muncul menurut riwayat2 yg mashyhur.
walaupun tiada gambar atau rakaman kewujudan entiti tersebut, aku cuba mengkaji situasi berdasarkan cerita. menganalisis seterusnya menterjemah dalam peta minda kisah yang dipaparkan rozi.
****
"waktu itu hari sudah beranjak ke malam, aku memang takut suam-suam kuku juga apabila mengenangkan terpaksa melalui jalan kawasan taman rekreasi hutan simpan tu..tapi terpaksa juga sebab tiada jalan lain dan site pula kena overtime sebab kerja konkrit.."kata rozi sambil menghirup teh tarik yang masih lagi panas berasap..
"masa balik malam tu aku dah takut dan menggeletar. tingkap kereta aku tutup kemas-kemas sambil baca serba sedikit ayat sebaik saja melalui kawasan panas tersebut.." rozi bercerita dengan tekun dan tenang seolah2 mengingati setiap inci kejadian misteri tersebut.
"masa tu aku pakai kereta ni la.."kata dia lagi sambil menunjuk iswara putihnya itu. sekarang dia sudah pun jual pun iswara itu dan memandu kereta baru. entahla..lama sungguh aku tak berjumpa mamat kelantan itu selepas aku berpindah kerja dan dia pula berpindah ke raub. entah apa khabar dia sekarang.
"lepas tu..?"
"kawasan hutan simpan itu kan ada korner sikit-sikit..elok pula tak ada sebuah kereta pun lalu masa tu..tiba-tiba.."
"tiba-tiba apa.."
"zrasss..dia lalu melintas kereta aku.."sambung rozi sambil tangannya digayakan seperti benda sedang terbang dan melayah turun..
"apa benda..?"
"tak tau.."
"pontianak kut tak pun langsuir..pakaian putih dan nampak rambutnya panjang berjurai.."
"cilake seram siott.."
"lepas tu zass sekali lagi dia melintas depan kereta aku dekat dah dengan bahagian bonet..lepas tu hilang dalam gelap malam susup-sasap dalam hutan tu..aku nyaris terbabas..malam tu aku demam panas. tidur tak lena..3 hari aku ambil m.c.." cerita rozi mengakhiri perbualan kami malam itu..
kami sebenarnya baru balik dari site projek klinik di chebong dan singgah sebentar untuk minum di bandar jerantut
..selepas melihat sebuah kubur berlubang bersempadan tapak projek, kami putuskan untuk pulang segera ke jerantut,heheh..
sebenarnya ada beberapa persoalan di sini -
1-hantu spesies pontianak/langsuir sering dilihat berpakaian putih..mana dia dapat kain ye..n macamana dia tahu keperluan terhadap pakaian..
2-rambut panjang dan hitam..kenapa tak botak..atau beruban..maksudnya ada unsur2 biologi dalam badannya.
3-boleh terbang..bagaimana hantu mencipta daya tujahan..jika perlu bantuan angin bermakna ia ada mempunyai jasad..tenaga apa digunakan utk mengangkat badannya supaya terbang..
persoalan2 ini aku ajukan kepada rozi selesai dia bercerita dan aku anggap hantu tersebut adalah sejenis helang atau burung malam..namun demikian ia mendapat bantahan dari beliau yang melihat dengan mata kepala sendiri dan terpaksa pula menanggung demam 3 hari..
Wednesday, December 2, 2009
Terserempak Langsuir Sungai..
Mael pun sama. Hampir sama banyak hasil tangkapan dengan Jenal. Macam berlawan pula 2 orang rakan baik itu.
Tak lama datang seorang budak jaga site. Entah sapa nama Jenal dan Mael tak kenal..
"Banyok dapat..?" tanya budak jaga site. Jenal dongak. Sah budak Pahang..bisik Jenal dalam hati sebab ada leweh Pahang dihujung soalan budak jaga site.
Jenal bukan tak pernah pergi Pahang. Kemaman dengan Kuantan kurang dari sejam kalau pandu tak ikut had laju dibenarkan.
"Banyok juga," balas Jenal. "Baru 2 jam duk ssini dah dapat 20 ekor.." sambung dia lagi.
"Huh kalo mcm ni aku pun nak mancing gak ar." kata budak Pahang."Malam2 boleh juga lepak sini. Malam aku x kerja.."
Jenal dan Mael pandang memandang.
"Mung jaga skek boh kalo nok mancing ssini. Baru malam kemarin, aku dengan Mael nih memancing dekat2 sini. Nun kat hilir sungai ni skit. kite napok bende.." balas Jenal.
Mael pandang Jenal..sekejap dia pandang budak Pahang sambil mengangguk2.
"Mung kkabo ke saing mung jangan buat maing kawasang nih.. ade langsuir.. malam kemarin dia nih napok.. tapi aku tok napok..pelik.."kata Jenal.
"Memang aku ade napok langsuir besar rambut panjang mate meroh tengoh merayap atas dahan pokok kat tebing sungai. Aku start enjin bot terus pecut balik rumoh. Mung jangang memaing kawasang nih..banyok dah yg kena.." ada getar di hujung kata Mael.
Budak Pahang telan air liur. Fakta seram tahap Mastika lama itu menyebabkan hajat untuk memancing udang galah terbengkalai sudah.
kemungkinan 1 : Malam itu langsuir liar sedang mencari2 mangsa baru..
kemungkinan 2 : Malam itu.. di muka air masuk intake canal, Jenal dan Mael berpesta udang lagi..
Tuesday, June 2, 2009
Toyol Part 2 : Hikayat Yang Ngeri
Badan cikgu Naim sebenarnya masih lagi terketar-ketar. Dia cuba juga merehat-rehatkan dirinya dalam kedinginan malam itu. Kerana itulah tujuan sebenar dia datang ke situ. Berehat di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar pada malam hari sambil menghisap dalam-dalam rokok dunhill kegemarannya. Namun, dia tetap dibayangi kejadian ngeri baru beberapa minit yang lalu.
Cikgu Naim terkejut yang amat sangat. Dia hampir dikeronyok oleh sekelompok pelajar yang seakan-akan dirasuk hantu. Mujur juga dia sempat menjerit minta dikasihani. Kalau tidak tentu dia akan menjadi mangsa kekejaman pelajarnya sendiri.
Pelajar-pelajarnya yang cuba memukul bantai dia sebentar tadi telah hilang menyusup ke kawasan lain pula. Mencari mangsa yang boleh dijadikan korban. Cikgu Naim sendiri yang membenarkannya. Membenarkan para pelajarnya bertindak ganas begitu. Dia tidak marah, jauh sekali menghalang.. Jika itu yang dimahukan oleh para pelajarnya. Cikgu Naim seolah2 merestui keganasan yang hampir membawa padah kepada dirinya sendiri.
******
Cikgu S sudah hilang sabar. Baru beberapa minggu lepas heboh kes Rais terserempak toyol, kali ni hantu jenis lain pula. Seorang lagi pelajar lelaki terserempak 2 lembaga hitam keluar dari asrama putera ikut tangga belakang. Macam kilat. Macam ribut.
Sepantas itu juga cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 berkumpul di dataran asrama putera dengan serta-merta. Pelajar-pelajar lain diarahkan terus ke prep malam seperti biasa.
Ya..dendam cikgu S mesti berbalas malam ini juga. Kali ini ciksu S tdak lagi dibantu oleh 4 orang pengawas sekolah. Bahasa tak boleh harap sangat agaknya.
Tanpa segan silu cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 membantu demi menjamin kejayaan misi. Saat itu tiada bantahan langsung yang kedengaran daripada para pelajar. Selepas masing-masing menukar kain sembahyang kepada seluar slack (seluar jin tak dibenarkan) di koridor surau. Masing-masing pun bergerak ke dataran asrama.
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya :
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)
"Lembaga hitam perlu ditangkap walau dengan apa cara sekali pun. Sudah terlalu lama makhluk2 halus ini bermaharajalela di kawasan asrama kita.." Ringkas sahaja bunyinya kenyataan daripada cikgu S..
Ucapan ringkas cikgu S itu berselang seli dengan kekecohan semua pelajar.
Di mana musuh akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dijemur?
mana senapang akan diampai?
mana jamban dikincah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)
...tapi semua tu tak lama. Budak2 asrama kalau bab macam ni mmg cepat faham. Kami pun berpecah tiga empat grup. Semua pakat kepung asrama. Geledah semua tempat. Cari dalam bilik, katil, celah almari. Tak ada..
Ada juga yang geledah bas buruk..tak ada juga..
Ada satu grup lagi pergi geledah tepi pagar kawasan padang. Pun tak jumpa. Lembaga hitam tak nampak. Toyol pun tak jumpa.
Sedang kami sibuk meronda di padang dan area jalan masuk tiba2 terdengar satu jeritan dari tengah padang. Sayup-sayup dan nyaring..
"Dah jumpa!!...cepat kepung..kejar..kejar dia!!.."
Entah suara siapa. Kuat betul..Aku yang kebetulan meronda hampir dengan pintu pagar utama terkejut. Dari jauh aku nampak beberapa orang budak berlari laju menghala ke arah aku..
"Tutup pintu pagar!! tutup pintu pagar kita kepung dia.." suara itu juga..kali ini dengan termengah-mengah.
Aku panik. Apa benda pun tak nampak. Hantu tak ada, toyol pun tak ada. Dalam kelam kabut aku tutup juga pintu pagar.
"Kalau dapat tangkap hantu ni boleh juga nama masuk senarai pelajar cemerlang yang digantung pada dinding dewan.."akal aku mula tak berfikir ke arah itu..
Budak-budak berlari dah makin dekat dan laju..tiba-tiba..
"Sana!!..sana!!..dia lari penjuru sana.."terdengar satu suara..suara itulah juga..
Dari kedudukan aku. Jelas aku nampak mereka meluru dengan ganas ke arah satu lembaga hitam di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar..
"Huh, dengan lembaga hitam itu..? mereka memang nak cari nahas!!.." akal aku mula berfikir ke arah itu..
Monday, April 6, 2009
1993 : Hantu Asrama Putera : Toyol Part 1
rais bukan nama sebenar. nama sebenar dia terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan..
ahli kariah surau semsas senyap seketika. muka rais masih pucat. pucat seperti mayat. macam zombi resident evil : extinction pun ada juga. dari belakang surau berita angin pun mula tersebar bertali arus dari mulut ke mulut. akhirnya sampai ke telinga cikgu s yang sedang mengendalikan kualiah maghrib malam itu.
rais masih di situ.
berteleku di pintu surau dengan lutut yang menggigil di sebalik kain pelikat kotak2 lusuh.
cikgu s segera mara ke pintu surau..mendekati rais yang sudah mula dibasahi keringat di dahi.
"apa yang awak nampak..cuba ceritakan pada saya? tanya cikgu s.
"saya nampak toyol cikgu.." perlahan tapi meuyakinkan suara rais..
"betul awak nampak toyol..?
"betul cikgu..badan rendah saiz budak-budak..warna hijau..
mata merah.."
"macamana awak boleh nampak..?"
"tadi saya naik kejap ke asrama nak ambil buku yang tertinggal..tiba-tiba saya nampak dia..masa tu dia nak masuk bilik..saya tengah lalu kat koridor..dia pandang saya..saya pandang dia..lepas tu dia lari dan ghaib..saya pun lari turun balik ke surau ni.."
cikgu s tetap tenang..seolah2 tiada riak curiga pada wajahnya..
keyakinan cikgu s ini ditambah dengan rekod bersih rais yang bukannya terdiri daripada pelajar bermasalah..tambahan pula dia budak tingkatan 4 baru masuk, jadi cikgu s membuang jauh-jauh perasaan curiganya terhadap dakwaan rais..
"mari..4 orang ikut saya..kita naik buat spot check.." cikgu s memberi arahan..4 orang pengawas ikut cikgu s dari belakang..
kawasan koridor dan dorm yang diberitahu rais terpeta dalam otak cikgu s. dia memang arif dengan setiap sudut dan ruang asrama semsas maklumlah cikgu s juga merangkap warden asrama sejak sekian lama..
tup tap tup tap..cikgu s dan 4 orang pengawas bergegas naik ke asrama 4 tingkat itu..
tingkat 1...
tingkat 2...
tingkat 3...
cikgu s berhenti..4 pengawas berhenti..di korodor itu langkah mereka semakin berhati-hati kerana nun dihujung lorong..di situlah dorm yang didakwa baru sahaja dimasuki toyol dan menyebabkan rais berpatah balik ke surau..
Sunday, March 15, 2009
Jelmaan Atau Kebetulan..?
groommm..gung..gang..
hujan tak, ribut pun tak tiba-tiba guruh pula berdentam dentum. aku mengensot sikit..menjangkau henset pada frame tingkap..
5.15 a.m..
ah..dah dinihari..aku tarik toto..terus sambung tidur yang terganggu gara2 bunyi guruh..
groomm..grrr..
sunyi..
grumm..guk..guk..guk..
guk..gukk..
kali ini lain macam sikit bunyi guruh yang aku dengar..ada guk..guk..guk di hujungnya..
aku buka mata dalam kelubung toto..cuba menangkap bunyi yang terhasil dari deruman guruh sebentar tadi..telinga aku pasang betul-betul..peka dengan setiap tona bunyi yang terhasil sebentar tadi..
guk..guk..
guk..guk..
sah..kali ni aku yakin bukan bunyi guruh..macam bunyi ketukan di pintu..tapi aku tak pasti pintu bahagian mana..
guk..guk..
aku pusing badan ke arah pintu bilik aku..bunyi ketukan tu..memang datang dari pintu bilik aku. memang jelas..
tiba-tiba aku ternampak sekilas bayang-bayang berlalu dari celahan bawah pintu. darah aku berderau cemas. aku pusing badan perlahan-lahan di atas katil..
macam-macam yang berlegar dalam kepala saat itu.. samada perompak cuba memecah masuk..orang saja nak buat khianat..perogol.. atau pun bob.. maklum la siapa lagi yang nak ketuk pintu bilik aku selain dari bob sebab malam ni hanya tinggal aku dan bob di rumah..tapi mustahil bob ketuk-ketuk macam tu..kenapa dia tak panggil aja nama aku..
aku jatuhkan badan dari katil dengan perlahan yang boleh..macam kucing mengendap tikus..aku intai di celahan bawah pintu bilik..dengan bantuan cahaya lampu bilik tengah yang tak di tutup, mata aku menangkap satu bayangan gelap di depan pintu. seolah-olah ada seseorang yang berdiri dengan sebelah kaki di luar pintu..
lama aku memerhati..harap harap bayang tu akan pergi jauh dari pintu..tiba-tiba kelibat tu bergerak-gerak..aku capai tombol pintu bilik dan terus buka..
satu makhluk bermata merah melompat sebaik saja aku menyergah dan susup-sasap lari di celah2 peralatan kerja..
-klik untuk besarkan gambar-
nota -
sampai skang aku x dapat agak macamana katak ni boleh masuk ke dalam rumah dan menerjah pintu bilik. katak ni sama besar dengan selipar tat sing saiz 11 dia punya lebar. cuma pendek skit dari selipar tu. sekali dia melompat boleh pegi hampir 3m. katak jenis apa aku tak tau sebab aku takut nak selongkar barang2 utk ambil gambar penuh..
dengan mata kemerah-merahan..ia kelihatan seperti jelmaan entiti misteri nusantara..
Tuesday, February 3, 2009
jambu bongkok
alif-aku, via sms...
huh, aok dah balik?..
a'ah otw balik ke kemaman..
sorang jek?
tak dengan kawan..
aok jaga skit dekat jambu bongkok tu nanti..
jambu bongkok?..kat mana?
atas sikit dari marang..jaga-jaga dekat jambatan tu kang..selalu orang kena kat situ..
****
kalau bukan sebab ada benda yang nak dipesan alip mikail..memang aku x layan sangat sms sambil drive. bukannya aku takut polis pun tp susah sebenarnya bila menaip dengan sebelah tangan pegang henset sebelah tangan lagi pegang stereng..tambahan pula huruf2 pada keyboard henset dah banyak yg kabur dan hilang..
****
aku - alif , via sms..
aku memang dah sampai jambu bongkok..
ada nampak apa-apa x?
tak ada pun..
waktu maghrib memang dia tak ada. dia pegi masjid..hahaha
cilakak alifmikail..cakap tak pernah serius. suka main2 saja..sepanjang jalan aku usha jambu bongkok. dah jumpa kena bobok pulak..
* bobok = tipu hidup2
****
siapa msg? tanya khalis yang meneman aku ke kuala terengganu hari tu.
alif..alif mikail..
siapa..?
budak2 blog.. dia bagi tau pasal penunggu jambu bongkok..
dia cakap pasal jambu bongkok..? (muka terkejut)
a'ah..dia kata tempat ni berpenunggu..mana pokoknya..? mana tempat yang kerap sangat orang kena tu..?
hish..tak yah cerita la senja-senja macam ni..
tak apa kalau taknak cerita pun..kau tunjukkan aku tempatnya sudah..pokok jambu bongkok tu kat mana..? tunjuk la..
aku bukan tak mau tunjuk..tapi tak boleh..memang tak boleh..
takkan tunjuk pun tak boleh..?
tak..tak boleh..
aik..tunjuk pun tak boleh..tunjuk la..bukan ada apa-apa pun. kalau percaya sangat boleh khurafat..
tak boleh..aku tak akan tunjuk..
kenapa khalis tak mau tunjuk pokok tu walau pun aku dah kata khurafat kalau percaya sangat..? *
*
*
*
bersambung pulakk...
*****
ok..ok tak jadi sambung..
pagi esoknya..
"aku bukan tak mau tunjuk pokok tu semalam..tapi memang tak boleh.."kata khalis sambil hirup teh tarik..
"dulu biras aku pernah kena kat situ. dia pun tanya kat mana pokok tu pada aku. aku pun tunjuk la..masa tu pun dah senja. tapi bila balik rumah badan dia menggeletar. dia kena demam seminggu.."
"ah..tak ada kaitan pun dengan pokok tu..?" aku sengaja cucuk jarum..harap2 dapat lebih info..
"entah lah dzul..dia cakap memang dia ada nampak kelibat sebalik pokok tu..terus dia demam..anak dia pun ikut demam dan kata nampak 'benda'.."
"sebab tu aku tak mau tunjuk pokok tu..orang rumah aku pulak tengah sarat..hujung bulan dua ni due.."
patut la..hmm
****
google earth kg. jambu bongkok >di sini<
adakah >pokok jambu< ini yang dimaksudkan oleh khalis?
Monday, January 19, 2009
Puaka Bukit Fraser (Part II)
menderu2 batu dan serpihan bahan binaan menerjah pokok2 hutan dalam gaung..macam arnold swarzeneger (memang susah nak eja pun) dengan kawan2 tengah tembak predator masa scene terserempak dalam hutan.

Saturday, January 17, 2009
Puaka Bukit Fraser (Part I)
Tahun 2001 : Kerja-kerja Membaikpulih Projek Terbengkalai Rumah Persinggahan Pegawai2 Kerajaan di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmurhari pun dah gelap..burung-burung pun dah lama pulang ke sarang. menurut laporan national geographic, tak banyak spesies primat, mamalia,amfibia mahupun reptilia yang sudi keluar malam-malam. Spesis keluar berburu pada malam hari biasanya dari jenis rhodensia seperti musang pulut.
cuaca baik..tapi bermalam di bukit fraser bukan macam bermalam kat kg bukit dinding, felda bukit mendi mahupun bukit antarabangsa..suhu dekat sini jangan buat main-main. kalau waktu malam, suhu memang boleh cecah area bawah 20 darjah selsius. semua pun pakat pakai baju tebal2..kalau boleh toto kat dalam kongsi masing2 pun nak bawak keluar..
aku, man haji, sabri, kadir dan chot duduk di luar rumah kongsi mengelilingi unggun api yang baru shj dihidupkan. kebetulan pula cuma tinggal kami berlima hari ini. penghuni2 kongsi yang lain habis balik kampung. ada juga yang turun pekan.
ah seng pun tak ada. bila masa dia turun pekan aku pun tak tau. jalan kaki agaknya sebab aku tak beri pinjam kereta dia nak guna buat beli carlsberg. ah, lantak..bukan rasis pun aku tak beri cina pinjam kereta sbb nk angkut carlsberg.
sabri ambil seketul batu..baling-baling bawah gaung yng gelap dan penuh pokok2 hutan..
"man haji..hahaha..hahahaha" sabri ketawa tak tentu hala secara tiba-tiba sambil memandang man haji. aku,chot,man dan kadir semua menoleh sabri yang macam kena rasuk..
tiba-tiba.."heh..heh...hahahaha"..kadir pula gelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..
"hahahahahah..."tak semena-mena chot pulak gelak sambil tekan-tekan perut..
aku terkesima..tak tau nak buat apa, malam2, masa orang tak ada..kawasan hutan pula..semua orang gelak tiba2 pula..
tiba2 tanpa dipaksa2 aku pun tergelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..apa kes semua orang gelak macam meroyan tapi aku boleh steady..kalau kena rasuk biar la semua kena..heh.
man haji buat muka tak ada perasaan sambil hisap rokok daun.. cuma dia shj yg tak teruja. tak kerasukan..dia bukan tak tau, budak2 kongsi mmg suka guna modal baling2 batu macam tu kalau nak kutuk dia..."ah, sudahla.."kata man haji dalam hati..
sebenarnya man haji bukan pernah pun pergi haji. kami sengaja beri title haji sebab dia pernah buat haji sesat. dulu man haji pernah ikut satu gerakan ajaran sesat (tak perlu sebut nama tp bukan ajaran langit ayah pin). ajaran ini membolehkan pengikutnya tak perlu pergi mekah utk tunaikan haji. cukup sekadar tunaikan haji dari markas mereka. menurut man haji, mmg ada bertawaf dan melontar di jamrah tp mereka bertawaf kepada model kaabah dan melontar di tempat yg ditetapkan di markas mereka sahaja.
Sebab tu aktiviti baling batu oleh budak-budak rumah kongsi amat menyentuh perasaan dan sensitiviti man haji..semua maklum man haji pernah buat rukun 'melontar di jamrah' masa ikut ajaran sesat dulu..
man haji pun bukannya warak sangat..malaun jugak. mana tak malaun, menurut budak2 kampung, man haji pernah gali semula kubur semata-mata nak dapatkan kain pengikat kafan mayat untuk dibuat..
bersambung selalu..
******************
usha2 la gambar fraser hill ni dulu. kalau blum pergi..pegi la sekali..syok oo kena pulak musim bunga..wangi sepanjang jalan..
map fraser hill (sumber: google)

jalan di fraser hill macam boleh muat dua kereta..tapi bila berselisih satu mesti kena himpit ke tepi. aku pernah nyaris ke gaung sebab dh expert sgt drift area nih. 8 bulan duduk sini supervise projek. aku dah macam tuo hai turun naik qiuminshan bawak tauhu. mujur bukan bawak AE86 Trueno. mamat tu aku tak kenal sapa..(sumber : google)

Burung murai ni aku kerap jumpa kat atas sana. ada lagi jenis yang ekor berumbai2..adoi.. lawo2 la burung kat sana. patut la tiap tahun ada bird race. pernah juga sekali aku terserempak musang berbelang2. mana nak cari dah..sampai skang pun aku tak jumpa lg dah. (sumber: google)

pekan bukit fraser. tiap2 hari turun minum. pernah juga jumpa budak2 melayu beli kicap kat sini. kata kicap tapi bungkus suratkhabar. cilakak..(sumber : google)

menara jam waktu musim dingin. angker. boleh buat filem drakula..(sumber : google)
Monday, January 5, 2009
Krek..krek..kreeeekkk..
Suatu petang yang damai. Ah, petang di Jerantut mmg damai..hehe. Macam petang yang lain juga. Petang yang mana kedamaian itu milik warga Jerantut sahaja dan bukan milik aku. Nak damai apa lagi kalau esok meeting, hari ni report meeting blum siap lagi. Maka kelam kabutlah aku menyiapkan report meeting. Mana nak susun gambar, mana nak buat cpm, mana nak fotostat.
Jam dinding merah dah menunjukkan pukul 8 malam tapi aku buat bena tak bena saja. Apa kaitan malam dengan report? Kalau esok pagi baru nak terkial2 hah sapa nak menjawab?
Hampir pukul 9 malam baru semua kerja siap. Giler. Semua report kena buat 10 copy. Baru lega hati aku. Berbaloi lepak kat opis sampai dekat 9 mlm.
Aku tutup semua lampu.. lampu tandas,lampu lampu bilik tengah dan lampu ruang rehat. Cuma lampu bilik bos aku tak tutup. Bilik dia dah sedia gelap sebab semua lampu, aircond dan pintunya dah tertutup rapat dan berbunyi keletak.
Akhir sekali baru aku tutup lampu ruang kerja. Semuanya gelap. Baru saja aku buka pintu utama untuk keluar ke anak tangga, tiba-tiba..KELETAK..krek..krek..krekk..
Aku pasang telinga. Terus melingas ke kiri memandang pintu bilik bos. Krek..krek..krek.. dalam samar-samar kegelapan ruang itu aku melihat pintu bilik bos terbuka dengan sendiri.
Kaki aku kejang. Tangan yang sedang memutar tombol pintu utama dengan keadaan pintu yang telah terbuka sedikit aku tutup kembali. Aku buka lampu ruang kerja. Terus menghala ke pintu bilik bos yang hampir separuh terbuka. Dalam debar yang bertalu aku tekan suis lampu bilik bos..hening..tiada kelibat makhluk hidup..kiri kanan..atas bawah. Belakang meja, bawah meja pun tiada.
*****
Kereta aku menderum meninggalkan ruang parkir pejabat..menerobos kabus yang mula menyelimuti ruang selepas hujan gerimis. Wap-wap putih berkepulan keluar dari aspal hitam. keretaku laju menerjah kepulan wap putih dalam sorotan cahaya lampu yang samar-samar..
Seekor puaka bermata merah bergigi runcing menyeringai memandangku dari dimensi yang lain..
Benarkah?..
Monday, December 22, 2008
Kau Nak Balik Ke Atau Kau Dah Tau Saper Aku??..
"Itulah, aku rasa benda ni bukan jenis yang mengikut tapi jenis yang bermukim kat rumah yang kau sewa dulu. kalau mengikut memang sampai Kemaman ni pun dia ikut.."
Perborakan kami malam tu berkisar tentang gangguan yang kerap diterima Saipul. Pernah satu malam masa dia keluar nak ke tandas. Dia nampak abang dia tengah duduk sedap-sedap atas kerusi ruang tamu. Tapi dalam gelap. Bila dia tegur. Abang dia tu terus jalan dan lesap masuk dinding.
Apa benda tu? benda2 yang boleh menjelma? boleh merupa? Ah penjelmaan dan pemerupaan ni memang wujud dalam kisah manusia sejak zaman Nabi Adam lagi. Penjelmaan banyak disentuh dalam kisah2 nabi. Contohnya tongkat Nabi Musa boleh berubah menjadi ular.
Samada Malaikat, Jin dan Iblis. Mereka semua makhluk yang diberi Allah kelebihan untuk menjelma dan merupa (betulkan kalau aku salah). Manusia tak ada kelebihan ni kecuali Si Tenggang, Naruto dan Hajime
Satu hari aku ym Mazidul(bukan nama sebenar). Borak, borak juga. Tapi sudahnya melarat...
QARIN?
dzulmohamad: kau kata kau penah jumpa qarin? (apa yang aku tau qarin adalah sejenis jin pendamping yang sama dgn orang yang didampingi..betul ke?)
mazidul: pernah
mazidul: n adik aku pernah jumpa aku tepi longkang padahal aku gi kedai
dzulmohamad: ish betul ka?
mazidul: ha'ah
dzulmohamad: tapi tu adik kau yg jumpa..mungkin gak org lain
mazidul: jumpa dekat longkang rumah, dan dia borak ngan 'aku'
dzulmohamad: peh..siap borak lagi..
HANTU KEDAI SNOOKER
mazidul: aku pernah nampak member aku masuk kedai snuker, pakai baju yg dia selalu pakai
mazidul: bila aku masuk dia takder
mazidul: aku keluar balik, 10 min pastu dia sampai
dzulmohamad: dia ke tandas x?
mazidul: tak. takde org kat tandas. tempat tu biasa aku lepak, so aku mcm dah kenal semua org kat situ. takde saper muka iras dia
dzulmohamad: maknanya 10 min lepas tu br dia sampai dgn kereta dia la..
mazidul: moto
dzulmohamad: huh..macam2..nape jd macam 2 ek
mazidul: itu mungkin aku silap tengok
mazidul: entah
mazidul: actually aku ada few experience gak
mazidul: malas nak citer
dzulmohamad: iye la..tah pelanduk dua serupa..tp yang adik kau sampai beborak tu mmg angker..
KAU NAK BALIK KE ATAU KAU DAH TAU SAPER AKU??
mazidul: awek aku punya citer lagi tak bleh blah..
mazidul: nampak 'kawan dia' jilat pad
dzulmohamad: hah..gile..
mazidul: dekat tandas
mazidul: pontianak tenggek betul2 depan windscreen keta
mazidul: susah aku nak terima, ada org experience ni semua
mazidul: selalu dengar nampak2, n benda tu hilang...
mazidul: biar aku citer, mula2 awek aku bgn mlm pergi tandas
mazidul: pastu dekat tandas dia nampak ada pintu tak rapat
mazidul: bila jengah nampak kawan dia tgh jilat pad
mazidul: dia mamai masa tu, terus dia pegi sink basuh muka
mazidul: then, 'kwn dia' dtg dekat n basuh muka jugak
mazidul: tiba2 baru dia teringat 'apa kejadah minah ni isap pad'?
mazidul: n dia cakap dia nak balik bilik
mazidul: kwn dia cakap "kau nak balik ke kau dah tau saper aku?"
mazidul: terus dia lari balik bilik
mazidul: dan kawan dia yg sebenar tgh tidur
(menurut mazidul, kes ni berlaku kat salah sebuah kolej U.M)
Friday, December 12, 2008
Gangguan Separa Sedar
Malam semalam aku kena lagi. Mimpi orang berkompang tepi telinga. Lembaga hitam tu siap lepak tepi telinga sambil bergendang. Lama juga. Tiba-tiba bila terjaga memang hening dan senyap. Tak ada pulak orang bergendang.
Aku sambung tidur lagi. Baru nak lelap..prangg!!..prang!! bunyi pinggan mangkuk kena hempas atas lantai pulak. Memang jelas. Tapi bila aku terkejut dan terjaga..haram..hening je..senyap sunyi..cengkerik je yang berbunyi.. Kalau macam ni sampai pagi pun tak dapat tidur..
Hairan..benda2 macam ni memang perkara biasa yang semua orang pun kena ke?..
Wednesday, November 19, 2008
Siapa Yang Mengilai Dinihari Itu?
selalunya benda ni aku buat last minit jugak. dah nama pun minit. tapi last minit aku bukan main seminggu dua dia punya lewat. biasanya lusa nak meeting malam ni baru aku berkira nak menderaf. masa tu baru kucar-kacir mana nak dengar voice record lagi. mana nak susun ayat lagi. masa tu baru timbul rasa insaf. menyesal tak buat awal. memang menyesal sungguh. apa salah kalau habis meeting terus deraf aje nanti tak la tertinggal point2 penting. ni tak. pergi makan dulu la. sembang2 la. dengar lawak client la. dah, bila nak siapnya?.
selasa, 18 Nov 2008, jam 3.00 a.m
Kepala aku dah serabut. jam dah pukul 3 pagi tapi blum jugak siap-siapnya minit ke 20 ni. voice record pun dah ada dengar. tinggal nak draf je lagi. pagi esok hq dah bising2 mintak. kalau takde kat meja bos pukul 8 pagi mmg aku kene potpetpotpet.
Dol yang berjaga jugak malam ni mmg tak ganggu aku. dia tekun melayan astro HBO entah cerita apa aku pn tak tau. ye la smv,hbo,cine mmg tak ada kerja lain. pusing-pusing asyik cerita yang sama. sapa yang tak bengang. filem lebih ke 70an,80an je skang. gile bosan. lagi satu, apehal la asyik ulang nacho libre. huuih, tolong la astro..aku nak tanya skit. kau orang ni sebenarnya nk kaya mcmana lg?..
entah macamana tengah sedap2 aku menaip sambil dol melepak atas kerusi malas layan movie, tiba-tiba..
HEEEE HE HE HE......HEEEEEEEEEE HE HE HE HEEE..UUUU..
aku berhenti, pandang kiri kanan..pandang dol..
"dol..kau dengar tak?" tanya aku serius. dol tersengih-sengih..
"tak tau..macang bunyi orang suke je." balas dol..
kami berdua pasang telinga. pukul 3 pagi..sapa pulak nak buat lawak kat dalam rumah ni. takkan bob pulak. kutu sekor tu dah lama membuta kat bilik tengah. selain dari aku,dol dan bob memang tak ada orang lain dah..
HEEE HE HE HE.......HEEEEEE HE HE HE....
semakin jelas pulak bunyi perempuan mengilai. betul2 datang dari dalam rumah kami. aku bingkas. aku dan dol terus bergegas ke dapur. buka tingkap dapur, mana tau nampak langsuir lepak tepi longkang ke. tapi tak ada bayang pun. kami tengok bawah sinki, celah meja..tak ada apa benda. dol jenguk-jenguk bilik air, tandas..
"tok de ape pung."teriak dol
aku buka pintu bilik aku..tengok-tengok dalam almari kain. pun tak ada apa-apa. masa tu kami memang tak bawak kayu ke apa. nak buat apa. bukan manusia dah kalau gini. puaka tahap niang rapik la apa lagi..
dol pun bergegas periksa bilik dia..pun tak ada apa-apa. kami terjah bilik bob yang pintu memang terbuka tu. aku buka lampu. tengok atas bawah.
"takde apa-apa la dol.."
"a'ah..habis tu apa benda yang berbunyi tadi?"
"entah..apa ye?.."
bob terjaga dengar kami bising-bising tambahan pula aku buka lampu. dia terpisat-pisat..
"bob..kau ada dengar bunyi mengilai tak tadi?"
"hah..ada bunyi mengilai ke?..huh..sapa la yang call henset aku memalam buta nih?..huahhhh.." bob menguap sambil tarik selimut.
soalan saya : boleh tak orang tengah tido kita buat mcm ni?
Wednesday, November 12, 2008
lelaki berambut panjang dan lembaga putih melekap di pokok kelapa sawit..
lelaki berambut panjang masih lagi berteleku di meja rehat bulat di sudut pejabat. lama dia menyedut asap rokok yang sudah hampir tinggal puing. matanya terpejam-pejam seolah2 mendapat satu kepuasan pula daripada asap rokok tersebut. nyata lelaki berambut panjang tidak mengendahkan amaran yang tertera pada kotak rokok. sesekali dia menghembuskan gumpalan asap sambil melepaskan keluh seolah2 otaknya sarat dengan pelbagai masalah negara yang perlu difikirkan. seolah2 dia baru sahaja selesai berdebat di dewan parlimen membentangkan usul pembelian aerokopter.aku menarik kerusi lantas duduk di meja yang sama dengan lelaki berambut panjang. membelek lembar demi lembar akhbar utusan meloya yang mampu meloyakan tekak dengan berita-berita kelam-kabut. politik kelam-kabut, artis kelam kabut dan kisah ekonomi kelam kabut.
"dzul, kau tahu tak?" lelaki rambut panjang buka bicara. dua jarinya yang menyepit puing rokok dijentik-jentik ke ashtray yang berhampiran. serta merta sisa-sisa rokok berhamburan menerjah isi perut astray yang diperbuat daripada kaca plastik itu.
"tahu apa? mana aku tahu kalau kau tak beritahu?.." aku masih lagi membelek-belek utusan meloya.
"senja semalam aku terjumpa hantu.." ringkas jawapan lelaki berambut panjang. tiada riak takut pada wajahnya. sepicing pun tidak. menambahkan lagi persoalan yang tiba-tiba menerjah sikap ingin tahu aku.
"betul ke?.." pendek dan meragukan. begitu mudah aku mempersoalkan lelaki berambut panjang. tapi kali ini utusan meloya dah aku tolak ke tepi.
"betul la, masa aku balik semalam hari memang sudah lewat. dah gelap. jalan jengka kau tau sendiri la. gelap semacam. aku nyaris-nyaris terbabas masuk longkang bila ternampak benda tu."
"huh, apa yang kau nampak?"
"tunggu dulu..kau dengar cerita aku dulu.." lelaki berambut panjang tetap tenang. sambil itu tangannya menenyeh-nenyeh puing rokok ke dalam ashtray.
"uhuk..uhuk..ye..ye..memang betul. hantu tu betul-betul mengejutkan aku. masa aku naik motor nak balik ke rumah senja semalam, aku ternampak lembaga putih melekap pada pokok kelapa sawit kat tepi jalan. aku dah terkejut. tiba-tiba lembaga putih tu melambai-lambai aku. motor aku dah hilang kawalan. aku nyaris terbabas masuk longkang."
"tapi masa tu lembaga putih tu masih melekap pada batang pokok kelapa sawit? macam tu?.." tanya aku kurang faham..
"memang la dia melekap kat pokok kelapa sawit. guni baja kosong tu nak buat penanda tempat yang belum kena baja.." tenang jawapan lelaki berambut panjang sambil tersengih-sengih..
Thursday, October 23, 2008
sembang hantu : Latif dan jelmaan di belakang rumah.
petang?
ye..petang yang dah nak ke senja.
belakang rumah kau tu macamana?
ah..tak la terang sangat. belukar pun ada juga.
macamana kau boleh terserempak pulak?
masa kami bermain tu, tiba-tiba ada suara memanggil aku dari kawasan belukar di belakang rumah aku tu.
panggil nama?
a'ah..dia panggil latipppp...latipppp.
abis tu kau buat apa?
kami berempat berhenti main. jenguk-jenguk ke dalam belukar tu. lepas tu aku nampak abang aku berdiri kat celah-celah belukar tu. kami pun tak tunggu lagi terus pergi ke arah dia sebab ingat ada apa hal. aku pun cuak juga masa tu sebab pelik juga kenapa abang aku duduk dalam belukar lepas tu panggil2 nama aku macam tu.
kami berempat terus berlari ke arah dia. tapi dia cepat-cepat lari menjauh masuk ke dalam lagi.
maksud kau?
dia lari terus menghala jauh ke belakang rumah aku. kami berempat terus kejar dia. kami nampak dia sebab dia lari-lari macam tu jadi kami sempat ikut dari belakang. dah agak jauh ke dalam kami mula rasa takut dan lain macam. lagipun hari makin ke senja.
kami pun tak agak agak terus pusing balik hala ke rumah aku sebab dah rasa lain macam
lepas tu?
sebaik jejak kawasan rumah. aku terserempak dengan abang aku. bila aku tanya memang dia tak mengaku dia yang panggil kami dan umpan kami masuk jauh ke dalam belukar belakang rumah.
kawan-kawan aku yang 3 orang tu semua kecut perut. hari tu terpaksa la ahli keluarga aku tolong hantar mereka balik ke rumah.
abis tu..kau rasa apa benda tu?
entahla. tapi memang aku ingat betul. mungkin makhluk halus.
iye la kot.
********
Al-Fatihah untuk kawan aku Latif. Dia telah pun bertemu dengan Yang Maha Pencipta baru seminggu yang lalu. hari khamis minggu lepas. terkilan sungguh aku sebab tak dapat berjumpa dia buat kali yang terakhir.
Walaupun kami berjumpa dan berkawan untuk sementara. tapi aku amat menghargai persahabatan ini tambahan pula kami sebaya umur. tuhan lebih menyayangi dia. aku akan sentiasa mengingati idea-idea dan pandangan dia. setiap wang yang dia keluarkan untuk belanja aku makan malam dan kejujuran dia. semoga dia ditempatkan bersama orang2 soleh.
Jika benar pengalaman yang dia cerita dan aku olah sebaik mungkin. itu mungkin juga makhluk Allah yang bersama2 kita merayap di muka bumi ini.
Al-Fatihah untuk saudara Latif.
Tuesday, October 21, 2008
sembang hantu : robert dan kisah hantu bilik hujung
hujung apa?
bukan..bukan hujung..
ayyak..tadi cakap hujung..
macam ni la..kalau ada satu bilik hujung..maknanya hujung lorong. ada bilik..pintu bilik betul2 hujung lorong. baik awak jangan tidor. ini saya cakap betul maa..
alahh..itu orang tipu saja..
hah, kalau awak tak percaya. awak cuba satu kali tengok..
kenapa?
ada satu kali, aku sama aku punya mek penah sewa bilik hotel macam tu. itu malam aku tidur lena. tapi dalam pukul 2 lebih aku punya mek kejut aku kata ada bunyi bising ketuk2 dinding dari sebelah.
ah, betul ke?..
iye maaa..aku pun ada dengar.. itu bunyi manyak kuat. macam ketuk dengan tukul maaa
mana tau ada orang bertukang?.
sapa mau bertukang sudah tengah-tengah malam.. gile..lagipun mana ada bilik sebelah..
iye la..mana tau..habis tu awak buat apa?
mula-mula aku buat tak tau..lama lama aku pun tak boleh tito.. aku ketuk balik dinding kuat-kuat. aku marah2 baru bunyi antu takdok..
gile..hah..awak mamai la tu..pasai minum carlsberg banyak sangat..
ayyark..habis nape mek aku pun dengar..dia mana ada minum..
hehehe..
Thursday, October 9, 2008
siapa yang disembelih?...
ketika itu aku masih kanak-kanak. seingat aku dalam darjah tiga atau empat. aku dah ingat-ingat lupa. aku ke bandar jerantut bersama arwah ayah. memang seronok sangat sesekali dapat temankan arwah ayah ke jerantut membonceng di belakang motor honda lampu bulat.
penjual ubat keluarkan keris lama. kemudian dia carik-carikkan sehelai ketas surat khabar dan dikumpul di atas tanah. penjual ubat halakan hujung keris, serta merta api membakar kertas surat khabar.
penjual ubat tak duduk diam. pertunjukan sekecil itu cuma untuk menarik perhatian orang ramai. tujuan dia adalah untuk menjual ubat-ubatnya sahaja. ramai juga yang terpengaruh dengan cakap-cakap dia dengan membeli ubat-ubat jualannya.
kali ini penjual ubat ubah pula cara persembahan. dia mengikat tali penuh satu badan salah seorang pembantunya yang berbaju silat hitam. tak cukup dengan tali, dirantai dan dimangga pula. dia menyuruh pembantunya berbaring dan di tutup dengan khemah hitam yang dibawa.
selesai membaca mantera, tiba-tiba tali dan rantai yang mengikat seluruh badan dicampakkan keluar dari khemah hitam. peh, betul macam houdini.
aku tak berganjak. mana tahu penjual ubat nak buat pelik yang lain sikit. melayang macam david blaine ke. boleh juga aku tengok. memang aku suka benda-benda misteri dan pelik.
orang makin ramai yang berpusu. makin tegar melihat silap mata si penjual ubat. kali ni penjual ubat keluarkan satu pisau pemotong daging. dia beri pisau tu kpd salah seorang pengunjung. brader tu memang hampir dengan aku.
"Hah, cuba kau rasa ni.." arah penjual ubat.
Brader yang dekat dengan aku mata dah terkebil-kebil. sekejap dia tengok muka penjual ubat, sekejap dia tengok pisau pemotong daging..
"rasa?.."
"a'ah, rasalah.."
brader tu tak agak agak jelir lidah nak jilat pisau pemotong daging tu..
"hoi, aku suruh rasa pisau tu besi ke bukan..yang keu pegi jilat nak buat apa?.."
aku yang duk dekat2 situ dah macam nak pecah perut.
brader tu muka pun dah merah. malu tak leh nak layan dah..nak buat muka macho pun dah tak boleh sebab habis semua orang gelak.
"oh, macam tu ke?" kata brader tu. sambil ambil seketul batu jalan dan diketuk-ketuk kpd pisau tersebut.."ya, ya besi.."
"saya akan potong kepala pembantu saya yang ada dalam khemah ini. kepada sesiapa yang ada lemah semangat saya minta keluar dari kawasan ni dan jangan tengok.."kata penjual ubat..
"dan kepada yang tahu untuk memotong..saya minta tolong jagan buat. sebab saya cuma mahu buat persembahan.."sambung dia lagi.
si penjual ubat baca mentera sambil hulur pisau pemotong daging ke dalam khemah hitam dan memotong sesuatu..setelah selesai khemah hitam pun di buka..
memang betul kata penjual ubat..lebih separuh leher pembantunya telah ditancap pisau pemotong daging. pisau tu masih terlekat di leher dia. darah bercucuran keluar. muka pembantu dia dah pucat lesi macam mayat..
aku terkesima. cuba mencari sisi penipuan dalam persembahan si penjual ubat, tapi langsung tak ada cacat cela. semua yang melihat pun senyap tak bersuara..
"sebentar lagi saya akan potong habis dan angkat kepalanya dari badan. sesiapa yang ada lemah jantung sila jangan tengok... "
tiba-tiba satu tangan kasar memegang tangan kecilku. "jo, moh kita balik..dah lewat ni.."kata arwah ayahku. rupa-rupanya dia baru lepas bersembang dengan rakan dia. dia tak tengok pun silap mata penjual ubat..
"kejap la ayah..nak tengok lagi sikit.."
"tak payah la..jom kita balik.."sambung arwah ayah sambil membawaku pergi..
Monday, October 6, 2008
hantu raya??..
kedai tu tetap meriah macam biasa. duduk saja aku terus order nasi goreng sotong. lambat memang lambat, maklum la ramai juga orang. aku duduk sorang diri. buat tak cakna dengan meja sebelah menyebelah yang penuh sesak.
ramai juga yg tak suka keadaan macam ni. keadaan makan di kedai seorang diri. tak ada regu bersembang. sebab tu ramai juga yg bungkus bawa balik. aku buat muka tak tau. buat apa aku nak kisah. aku pun bayar juga. lambat pun aku tunggu sambil2 tu layan sms sepam dua.
lebih setengah jam aku menunggu baru nasi goreng sampai. aku boleh sabar lagi. sbb bila kita pilih kedai untuk makan. kita sepatutnya redha dengan kelambatan service. tak payah la gertak2 pekerja kedai makan(aku memang kerap tengok kes gertak2 ni)..rasanya baik tak payah la maki hamun atau perli-perli budak2 yg ambil order atau yg buat air sbb diorang pun ada perasaan jugak. kalau kutuk2 deorg gitu depan orang ramai korang tau tak apa yg bakal deorang buat kat air yg korang order tu?..
adik hantar order senyum hantar nasi goreng aku. aku pun senyum. manis betul senyuman aku dan dia. aku tak marah2 walau pun dia lambat.
nasi goreng aku suap ke mulut. sedang aku enak kunyah-kunyah dan telan nasi goreng yang bercampur sotong tu. mata aku tiba-tiba menangkap satu kelibat lembaga putih. aku cuba perhati betul-betul. ya..tak syak lagi. memang bukan khayalan. memang realiti yang harus aku telan.
hingar bingar pelanggan di meja bersebelahan langsung tak mengganggu tumpuan aku. tekak aku meloya serta-merta. badan aku mula melemah. Tanpa suara aku lambai adik ambil order. dia datang dekat aku dengan wajah penuh persoalan..
"pssst..adik, adik nampak tak tu?"..aku berbisik sambil menuding jari ke arah lembaga putih tu..
"mana?" tanya dia dengan suara hampir-hampir tak kedengaran...
dub..dab..dub..dab..jantung dia berdegup kencang..
"tuuuu..cuba kau tengok betul-betul.."sambungku berbisik..
"yaa..betul..saya nampak, saya nampak!!.."mata adik ambil order terbeliak besar..dia hampir-hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
p/s - Wei..tau la demam raya belum habis. tolong la basuh sayur, lada, sotong, daging tu betul-betul. nak termuntah tau tak kalau ada ulat lalat kat dalam nasi..hantu raya betulll!!!
Saturday, September 20, 2008
brader..tolong minta aku turunkan kau di perkuburan ini..
Masalah aku masa mula-mula kerja adalah tak ada transport utk berulang alik. Masa tu honda c70 lampu empat segi aku beri kat adik aku buat pegi belajar. Mujur juga abang aku baik hati. Dia tak kisah beri aku pinjam yamaha ss kesayangan dia. Dengan motor tu la aku berulang alik dari rumah ke opis di jerantut. Kalau hujan, aku pakai baju hujan, kalau panas, berpanas la aku sepanjang jalan. Tabah kan aku..
Rumah arwah mak ngah aku di kampung pulau tawar. Tak tau la aku budak budak sekarang pernah dengar tak pulau tawar. Pulau tawar adalah kampung kelahiran mat kilau, pahlawan pahang. Mat kilau juga ada dikaitkan dengan ilmu buntat embun, aku tahu mungkin ramai juga yang pernah dengar berkenaan ilmu buntat embun. Kalau aku rajin, satu masa aku akan kaji berkenaan hal ni dan entrikan.
Kadang-kadang aku ada juga melencong ke rumah arwah mak ngah aku bila aku balik dari opis. Seronok juga sesekali masuk ke dalam kawasan kampung tu. Tambah pula aku pun dilahirkan kat kampung tu. Pulau tawar adalah sebuah mukim bagi beberapa kampung kecil. Jika masuk melalui simpang pertama kita akan bertemu perian, kedondong, kampung masjid, kubang sekendal, kampung bandar dan jika terus melalui jalan utama tersebut boleh lepas ke kampung durian hijau.
Suatu petang, selepas kerja aku melencong ke kampung pulau tawar. Sampai di sek men agama pulau tawar, tiba-tiba seorang lelaki berumur akhir 30 an menahan motor aku dengan tergesa-gesa. Dia berlari ke arah motor aku dan sebelah tangan didepangkan. Aku tak sempat berfikir panjang sebab brader tu seolah-olah berada dalam keadaan terdesak. "Adik, abang nak tumpang boleh?" katanya sebaik aku menghentikan motor secara mengejut. Belum sempat aku buka mulut untuk bertanya, brader tu terus melompat ke seat belakang motor aku.
"Nak ke mana bang?" tanya aku sedikit gugup. Brader yang menumpang motor aku tu berbadan sasa, besar dari aku. muka pun nampak ganas sikit. aku jarang juga turun ke pulau tawar jadi aku tak berapa kenal sangat orang kampung ni.
"Alah..depan sikit je..bukannya jauh sangat.. "brader muka ganas minta tolong dengan suara sedikit mendesak. Dalam berani-berani takut tu aku teruskan juga perjalanan. Nak halau kang lain pulak yang jadi. Aku cuma berdoa supaya cepat la sampai ke destinasi dia tu.
kg perian,..
"Kat sini ke?"
"Tak..tak depan lagi.."
"Abang nak kemana sebenar nih?.."
"Depan lagi..nanti sampai br aku suruh berenti.."
kg kedondong..
"Kat sini ke bang?"
"Tak..tak, depan lagi.."
kg masjid..
"Bang, nak berenti kat sini ke?" tanya aku buat sekian kalinya. Tengkuk aku dah meremang dan perasaan ngeri dah mula merasuk kotak fikiran aku. Dah jauh dah ni..dah merentas 3 kampung.
Brader ni siapa sebenarnya?. aku dah mula takut. Tambah pula brader tu duduk di belakang aku. Apa sebenarnya makhluk yang tengah menumpang ni pun aku tak peduli. Cuma yang aku tau, sekarang aku diselubung perasaan takut yang amat sangat.
kampung kubang sekendal..
brader..tolong la kau minta aku turunkan kau kat sini. kalau kau turun kat kawasan perkuburan mukim pulau tawar yang ada di kampung ni pun aku dah bersyukur. aku tak kisah kalau lepas tu kau bertukar jadi puaka pun. yang penting kau mau turun..bisikku dalam hati
Aku perlahankan motor aku di kawasan kubur tu..
"Bang..bang..kalau kat sini macamana?.."
"Ish depan lagi la.."
Darah aku berderau. Apa motif brader ni aku masih tak tau..
Dalam hati dah timbul macam2 persolan..
Siapa brader ni?.. Perompak ke pembunuh? Giler ngeri..tadi kata nak tumpang dekat aje..
Nih aku pun dah lintas 4 kampung..kalau depan lagi memang dah kurang rumah org. Tinggal belukar, kebun dan hutan kecil je yang ada. Depan lagi dah ke kampung durian hijau pulak.
Masa tu baru aku rasa menyesal. Baru aku teringat balik pesan mak supaya jangan tumpangkan orang yang kita tak kenal. Tapi aku dah buat apa yang mak pesan supaya jangan buat. Aku dah buat sesuatu yang mungkin mengancam keselamatan nyawa aku sendiri. Sekarang macam mana aku nak selesaikan masalah ni.
Sampai sekarang aku langsung tak nampak brader ni nak berenti kat mana-mana. Borak pun tidak dengan aku. Dia senyap je kat belakang. Takut betul aku mana tau dia keluarkan pistol atau pun pisau. Ugut aku lepas tu bila tak dapat duit, bunuh aku dan campak mayat aku ke sungai pahang.
Motor aku masih bergerak perlahan menghala ke destinasi yang tak pasti.
Tiba-tiba dari jauh aku perasan ada sebuah 4WD menghala ke arah aku dan seolah-olah mengekori motor aku. Semakin rapat dan semakin rapat. Gile ngeri. Sah, ini mungkin geng penjenayah. Orang yang sedang aku tumpangkan mungkin ketua mereka. Mungkin ini strategi mereka untuk melepaskan diri selepas merompak. Aku semakin cuak. 4WD bagi high beam. Hon pun dibunyikan beberapa kali. Aku terus memecut. Tapi aku memang yakin, kehadiran 4WD ni memang ada kaitan dengan saspek yang aku bawa. Tuhan..tolonglah aku.
Macamana pula kalau brader yang aku bawa ni penjenayah bersenjata dan 4WD yang mengekor tu adalah pasukan polis penyiasat. Aku tak sanggup jadi orang tebusan. Aku tak sanggup jadi tajuk berita jenayah buletin utama malam esok.
4WD semakin merapat. kali ni ia cuba memintas dan merapat ke sisi motor aku. Penumpang belah kiri lambai-lambai tangan kat aku sambil suruh berhenti. "Encik!! tolong berhenti sekarang!!! "teriaknya kuat beberapa kali. MAMPOS..aku terus berhenti dan pasrah sahaja. 4WD pun berhenti. Dua orang lelaki berbadan sasa turun dari 4WD tersebut dan berjalan menuju ke arah aku dengan wajah bengis.
Kedua-duanya memegang brader yang menumpang aku dan menariknya dengan kasar masuk ke dalam 4WD mereka.
"Dia ni tak sihat sikit. Ada penyakit mental. "Kata pemandu 4WD sambil merujuk kepada brader yang menumpang aku. Brader tak sihat tu ketawa besar sambil menuding jari telunjuk ke arah aku seolah2 misinya memperdaya aku telah berjaya..
Wednesday, September 10, 2008
jelmaan menumpang dalam kereta
Masa tu aku memang nak entrikan aje mimpi aku tu dan dah tak mau tulis hal-hal seram lagi dah. Tapi aku buat tak tau sbb nak buat apa aku takut. Kena berani..sebab berani kerana benar.
Berbalik pada gangguan yang aku terima lepas kuarkan entri tu. Kali ni aku bukannya setakat didatangi mimpi tapi benda ni kerap mengganggu ketika aku berada dalam kereta terutamanya waktu malam. Setakat ni benda tu belum menjelmakan diri lagi tapi aku dapat rasa kehadiran dia berdasarkan perasaan aku setiap kali masuk ke dalam kereta. Ada rasa bulu tengkuk meremang dan kadang-kadang aku dapat dengar seolah-olah ada satu suara memanggil-manggil aku.
Masa aku balik ke kampung aku cuti merdeka lepas pun benda tu tetap mengikut aku. Aku betul-betul cuak. Takut jugak kalau dia tiba-tiba muncul dari kusyen belakang yang kosong lalu mencekik aku. Memang nahas.
Aku ada sebab kukuh untuk tak menjalankan ritual melupus benda tu dari dalam kereta aku, sebab masa tu tinggal 2,3 hari lagi nak puasa. Budak-budak blogger pun ada pesan, kalau bulan puasa hantu tak ada. Jadi aku biarkan aja gangguan tu sementara masuk bulan puasa. Aku nak tengok betul ke tak teori budak-budak blogger atau deorang tu memang suka cakap kosong.
Kesudahannya aku biarkan aje dulu. Seram tak seram aku drive jugak kereta aku bertemankan benda alah tu. Ah bulan puasa nanti siap la kau kalau tak keluar memang kau hangus dalam kereta aku.
**********
Aku balik dari rumah lepas sahur puasa pertama. Memang seram sejuk jugak bila aku nak start kereta. Aku hidu-hidu dalam kereta kot-kot ada bau benda hangus. Tapi tak ada. Ah, dah keluar dah kot masa waktu azan subuh tadi. fikirku. Gangguan tu berakhir juga seusai azan subuh 1 ramadan. Sekarang aku dah boleh menarik nafas lega.
Tapi aku dah tersilap. Teori budak-budak blogger pun dah jauh tersasar. Aku dah kata, budak-budak blogger ni bukan boleh percaya sangat. Semua pun kaki auta.
note - aku dah terlupa satu perkara. Bagaimana pula dengan jin?. Bulan puasa jin kena ikat atau tak?
Senja semalam masa aku baru nak masuk kereta lepas balik dari pasar Ramadan, aku betul-betul terserempak dengan jelmaan tu tengah duduk atas kusyen sebelah tempat duduk pemandu. Masa tu aku tak perasan sebab samar-samar. Tambahan pula aku menuju ke kereta dari arah belakang.
Bila aku bukak aje pintu kereta. Masya Allah. Allahuakbar.Bbenda tu masih lagi wujud. Kali ini dia betul-betul menjelmakan diri. Dia menyeringai dengan lidah yang terjelir panjang sambil mata tepat memandang ke arahku. Menggigil badan aku. Mujur nasi, air kelapa muda,popia goreng dan sup ayam kampung untuk berbuka tak terjatuh ke tanah.
Mujur juga aku tak kena histeria kat situ jugak. Kalau tak, mampus..kat Malaysia ni mana nak cari bomoh histeria. Hajime aku kenal la. Darah aku dah naik ke muka. Aku tenung wajah dia dengan mata tak berkelip. Dia pun tenung aku. Tanpa jampi serapah aku tepuk kusyen tempat duduk aku dengan kuat. Sekelip mata jelmaan tu hilang dari pandangan.
p/s-Ada tak sesapa tak yang tau cara nak halau cicak yang terperangkap dalam kereta. Cicak besar pulak tu. Macam haram dah 3 minggu boleh hidup lg kat dalam kete aku. Kepada Encik Bear Grylls yg belakon dalam Man Vs Wild....sila belajar survival dengan dia.
Wednesday, August 20, 2008
makhluk halus menumpang di dalam barang antik peninggalan perang
Masa tu kami baru saja berpindah ke rumah sewa ini. Ya..sebuah rumah teres di fasa 4, Bandar Baru Bangi.. Lantaran kami semua dah tak aktif dalam persatuan ditambah masing-masing takde bakat membodek, kami disisih daripada kamsis masing-masing. Ah..nak buat apa duduk kamsis. Bukannya boleh masak sendiri.
Rumah teres yang kami duduk memang biasa-biasa saja. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Tak ada pun cerita orang mati bunuh diri atau dibunuh kat rumah tu. Tapi kesuramanya masih bersisa dan kadang-kadang kalau tinggal seorang boleh tercabut gigi menahan takut.
Tarikh mula aku dah tak ingat. Ya la, takkan aku boleh ingat semua perkara. Aku cuma ingat, lepas 'benda' tu dibawa masuk ke rumah kami oleh Mat Le. Gangguan pun bermula. Benda yang aku maksudkan tu adalah barangan antik peninggalan perang yang dimiliki oleh Mat Le.
Seorang demi seorang rakan rumah aku mula mengalami gangguan yang hampir sama..
Aku masih ingat permulaannya.. Malam tu masa aku tertidur di sofa ruang tamu yang dah setaraf kayu. Rakan-rakan lain tidur di tingkat atas. Jadi aku dan Lan sahaja di tingkat bawah. Sedang aku nyenyak tidur tiba-tiba aku terdengar suara Lan meracau seorang diri. Kejap-kejap dia mengaduh. Kejap-kejap dia meraung sambil mencarut-carut. Aku buat tak tahu. Tambah pulak aku nak tidur. Memang aku takut juga masa tu. Tapi tak lama kemudian dia senyap. Aku menyambung tidur. Aku sangka Lan mengigau sebab biasa budak2 rumah kami mengigau. Sampai tersebut nama awek pun ada juga.
Itu waktu malam. Waktu siang pun gangguan tetap ada..
Tak berapa lama selepas kes Lan yang meracau malam tu. Kali ini berjangkit pula ke Mat Le. Waktu tu hanya aku dan Mat Le di rumah. Yang lain dah ke kelas. Aku yang tengah syok baca komik pedang setiawan kat tingkat atas tiba-tiba dikejut oleh suara Mat Le yang menjerit dari tingkat bawah.
Aku bergegas turun. Aku terus menerpa Mat Le. Mat Le tak peduli. Dia tetap meracau-racau.
"Babi...anjing ...mati kau..." jerit Mat Le. Aku pegang bahu Mat Le.
"Aduh..kurang ajar..setan...aku bunuh kau, anjing..jangan lari gampang. Kau nak kemana tu?.
Kalau berani mari sini..bunuhla aku.."jerit Mat Le lagi..
Muka Mat Le berkerut-kerut menahan sakit. Dia berpeluh-peluh. Aku tengok air muka Mat Le dah tak keruan..
Aku tetap disitu. Aku sabarkan Mat Le. Harap-harap dia dapat terima kenyataan..
Aku lihat, jelas didepan mataku bandar perang yang dibina Mat Le habis hancur lebur bahana serangan bom atom. Tentera lawan pun dah mula berduyun-duyun masuk..
Masa tu, game apa lagi yang sehebat Red Alert...