Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Friday, July 10, 2009

Baca Buku!!..Kamu Faham Ke Tak Ni..

1985..

Masa aku sekolah rendah darjah tiga. Ada satu hari kami semua kena berdiri atas kerusi. Cikgu Rozana guru kelas asyik membebel sahaja sejak tadi sebab result periksa budak-budak kelas teruk yaamatz.

"Lain kali balik rumah jangan main sahaja kendian tengok tv. Baca buku. Lepas baca buku baru tidur..Faham semua?"

Hari lain pun Cikgu Rozana membebel lagi. Result periksa kelas kami teruk bukan main. Oleh sebab tak tahan asyik kena berdiri atas kerusi dan dengar cikgu Rozana membebel benda yang sama..baca buku, baca buku. Aku berani-beranikan diri tanya Cikgu Rozana sesuatu yang jadi kemusykilan sejak dulu..

"Cikgu..macamana nak baca buku..? Baca saja ke..? Kalau baca pun nak buat apa..?" Tanya aku geram. Cikgu Rozana terus cubit perut aku. Tapi aku tak malu sebaliknya puas hati sebab dapat melepaskan masalah yang bersarang dalam benak aku walaupun tengah kena berdiri atas kerusi itulah juga.

Muka Cikgu Rozana yang tengah marah berubah jadi tersenyum-senyum. Budak2 lain pun mengangguk2 sambil memekak mengiyakan cakap aku. Lagipun Cikgu Rozana pun bukannya bengkeng sangat. Dia amat baik hati dengan budak2 kelas aku sebenarnya..

"Bukan baca saja..kena faham la..Baca dan faham.." Tiba-tiba cikgu rozana menambah perkataan 'faham' di situ.

Begitu rupanya kaedah pembelajaran. Budak2 kampung apa lagi yang kami tahu selain masuk kelas, rehat, balik,pegi sekolah agama,main waktu petang,malam mengaji Quran..

Baca buku lepas waktu belajar kami tolak tepi..Entah apa-apa..

Tapi itu dulu..lama dulu..


*****
Kalaulah kerajaan masih mengekalkan sekolah Inggeris macam zaman penjajah. Agaknya semua orang pun handal berbahasa inggeris macam Arwah Che Mat kawan Rahimin Idris masa projek Masjid Padang Tengku, Kuala Lipis.

Sekolah Inggeris bukan macam sistem sekolah skang ni. Sejarah Melayu pun kena belajar bahasa Inggeris. Kalau kantoi cakap Melayu dalam waktu sekolah kena denda bayar duit beb..hah br la betul penerapan tu ada dalam kehidupan harian. Kalau tak caya cuba cari orang2 lama yg sempat sekolah inggeris..

Mungkin zaman tu Kerajaan angkuh sangat sebab dapat merdeka dan fikir diri dah terlalu hebat dan tak perlukan bahasa penjajah lagi..sekarang baru tau menyesal kan..? hahaha..


Cakaplah Bahasa Apa Pun Yang Penting Kita Sama-sama Faham Dan Boleh Buat Kerja Dengan Betut - William Teoh,2000

Sunday, July 5, 2009

Kereta Malaysia Indah Khabar Dari Rupa

Kat negara mana lagi nak cari kereta yang selalu ada kes bumbung bocor..


Kereta ni aku dah guna sekitar 9 thn..


..tapi bumbung dah jadi macam ni. Kalau hujan memang kena pakai baju hujan dalam kereta. Nak ganti bumbung satria sekarang dah cecah 2,3 ribu ringgit..

Karat pertama yang aku kesan kecil saja iaitu sekitar 6 tahun lepas. Masa tu aku dah fed up tapi apa nak buat. Aku biarkan saja atas nasihat pakar jika dibaiki pun karat akan merebak juga.

PROTON sila jawab dan selesaikan isu ini segera. Bukan kereta aku aje yang kena.

Jangan sampai aku tampal bocor tu dengan selotep merah pula. Nanti PROTON juga yang dapat malu..

Wednesday, July 1, 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang..

"Sejak Mat Bolok buka kedai ayam, mak tak pernah beli ayam kat kedai lain. Bukan apa, ayam Mat Bolok fresh. Masa kita nak beli baru dia sembelih. Baru proses buang bulu. Kalau beli yang dah siap hantar ke kedai mmg tak sedap. Hari tu mak ada terbeli juga sebab kedai Mat Bolok tutup. Tak sedap langsung.."

"Tapi mak, bukan ke Mat Bolok dah bertahun meninggal dunia?."

"Betul..sekarang bini dia yang jaga kedai tu tp orang tetap panggil kedai Mat Bolok. Ayam Mat Bolok.

"Macam tu la yang orang kata harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama kot..walaupun Mat Bolok dah lama pergi tapi orang tetap sebut-sebut nama dia.." Sambung aku dengan mulut berbulu dengan nasi.

"Tapi mak, apasal orang kata harimau mati meninggalkan belang pula..? Tak meninggalkan bintang ke, akar ke. Apasal belang je..?" tanya Epol adik aku. Cuti semester memang dia ambik masa berehat di rumah. Berehat, berehat juga. Sebab bosan sangat tak ada apa nak buat, Epol ikut kawan-kawan mengecat di kilang sawit felda kota gelanggi. Dapat juga dia 20 ringgit sehari.

"Dah lama pepatah tu..masa zaman mak kecik-kecik dulu dah.." balas emak sempoi..

"Harimau mati meninggalkan belang tu bukan apa. Harimau belang ni dia raja di hutan. Masa zaman dulu kalau harimau mati kena tangkap misti orang kampung kata harimau belang. Walaupun yang mati tu harimau akar ke bintang ke. Orang lama la katakan. Mana nak tau sangat pasal jaguar, panther. Orang kampung tetap kata harimau belang juga. Lagipun ini pepatah lama.." terka aku jujur macam bijak sangat yang entah apa-apa sambil terhiling-hiling.

"Ah bukan langsung. Dia meninggalkan belangnya sebagai persoalan kepada orang kampung. Berapa jumlah belangnya. Apa warnanya dan berapa tahun usianya merujuk kepada belang tersebut." teka pula Epol macam budak baru ambik asasi sains.

"Tapi yang komeh pelik apa pasal dia kata meninggalkan belang..jalur belang pada badan harimau belang bukannya suatu yang menarik pun untuk dikenang orang kampung. Ke kulit dia orang kampung dah rembat lepas tu jual kat Cina. Memang iye belang je yang tinggal.." aku confius sehingga ke tahap ragu-ragu..

"Bukan belang pada badan tu yang dimaksudkan. Belang tu maksudnya sikap garang, ganas dan taiko yang ditinggalkan oleh harimau buat ingatan orang kampung. Mana tahu dia dah rembat lembu orang kampung lepas tu sampai ke tahap makan orang pula.." Betah emak menamatkan forum makan malam yang penuh kontroversi di awal malam itu..



Tapi sayangnya tak siapa yang tahu pencipta bagi pepatah lama yang sangat kreatif itu. Mungkin hanya beliau yang tahu maksud sebenar pembayang bagi pepatah tersebut. Beliau sendiri mati tanpa meninggalkan namanya.

Tuesday, May 26, 2009

Nak Kena Fikir Jugak2..

"Harga rumah sekarang semua tinggi-tinggi. Aku beli kat Sabah rumah kecik 2 tingkat, 3 bilik, 2 bilik air pun dah rm180k. Anak2 pun nak kena hantar tuisen lagi.."
Fairuzz, sewaktu membandingkan pendapatannya sebagai pensyarah tetap di sebuah IPTA dengan kos sara hidup kini..

****

"Mula2 mak aku letak rm10k, lepas tu makcik aku x bagi suruh naikkan rm12k. Harga barang mahal sangat sekarang.."
anak akak kedai, berkenaan duit hantaran yang bakal dikenakan kepada bakal suaminya.

****

"Gaji aku mana cukup. Nak bayar rumah lagi..anak..tanah pun nak kena bayar ansuran. Projek pisang aku lagi kat kampung.."
Det, mengadu tentang tanggungan hidup meningkat walaupun bergaji master lebih rm4k.

****

"lets talk ni suruh telekom potong pakai bil biasa sudah.."
Emak, dalam usaha mengurangkan bil telefon..

****

"Aku sekarang ni betul2 hidup atas hutang.."
Kawan sekampung, sebab baru beli kereta, bayar hutang ptptn lagi.

****

"Kalau aku tak kerja apa pulak kata jiran. Bini kerja aku melepak kat rumah.."
Rakan, mengenangkan kontrak kerja yang hampir tamat sedangkan isteri seorang kakitangan kerajaan.

****

"Kalau la tiba-tiba duit dua juta jatuh atas lantai sekarang. Best juga.. Kita bahagi dua..kau ambil sejuta, aku ambil sejuta. Esok kita hantar surat resign.."
Ahmad Karim, sewaktu makan tengahari di site office bulan lepas.