apabila rozi menyatakan bahawa dia pernah terserempak hantu di sebuah taman rekreasi hutan simpan di jerantut, aku tiada alasan lagi untuk menyangkal. rozi yang aku kenal itu jauh lebih boleh dipercayai kata-katanya berbanding obama mahupun perdana menteri israel benjamin netanyahu.
lagi pun kawasan yang diceritakan rozi tersebut jika ada pengkaji yang berpegang kepada fahaman taksub buta rasanya boleh dibuat satu jurnal hantu jika rajin mencari perawi-perawinya. macam-macam hantu orang dah jumpa. hantu kaki berakar pun pernah muncul menurut riwayat2 yg mashyhur.
walaupun tiada gambar atau rakaman kewujudan entiti tersebut, aku cuba mengkaji situasi berdasarkan cerita. menganalisis seterusnya menterjemah dalam peta minda kisah yang dipaparkan rozi.
****
"waktu itu hari sudah beranjak ke malam, aku memang takut suam-suam kuku juga apabila mengenangkan terpaksa melalui jalan kawasan taman rekreasi hutan simpan tu..tapi terpaksa juga sebab tiada jalan lain dan site pula kena overtime sebab kerja konkrit.."kata rozi sambil menghirup teh tarik yang masih lagi panas berasap..
"masa balik malam tu aku dah takut dan menggeletar. tingkap kereta aku tutup kemas-kemas sambil baca serba sedikit ayat sebaik saja melalui kawasan panas tersebut.." rozi bercerita dengan tekun dan tenang seolah2 mengingati setiap inci kejadian misteri tersebut.
"masa tu aku pakai kereta ni la.."kata dia lagi sambil menunjuk iswara putihnya itu. sekarang dia sudah pun jual pun iswara itu dan memandu kereta baru. entahla..lama sungguh aku tak berjumpa mamat kelantan itu selepas aku berpindah kerja dan dia pula berpindah ke raub. entah apa khabar dia sekarang.
"lepas tu..?"
"kawasan hutan simpan itu kan ada korner sikit-sikit..elok pula tak ada sebuah kereta pun lalu masa tu..tiba-tiba.."
"tiba-tiba apa.."
"zrasss..dia lalu melintas kereta aku.."sambung rozi sambil tangannya digayakan seperti benda sedang terbang dan melayah turun..
"apa benda..?"
"tak tau.."
"pontianak kut tak pun langsuir..pakaian putih dan nampak rambutnya panjang berjurai.."
"cilake seram siott.."
"lepas tu zass sekali lagi dia melintas depan kereta aku dekat dah dengan bahagian bonet..lepas tu hilang dalam gelap malam susup-sasap dalam hutan tu..aku nyaris terbabas..malam tu aku demam panas. tidur tak lena..3 hari aku ambil m.c.." cerita rozi mengakhiri perbualan kami malam itu..
kami sebenarnya baru balik dari site projek klinik di chebong dan singgah sebentar untuk minum di bandar jerantut
..selepas melihat sebuah kubur berlubang bersempadan tapak projek, kami putuskan untuk pulang segera ke jerantut,heheh..
sebenarnya ada beberapa persoalan di sini -
1-hantu spesies pontianak/langsuir sering dilihat berpakaian putih..mana dia dapat kain ye..n macamana dia tahu keperluan terhadap pakaian..
2-rambut panjang dan hitam..kenapa tak botak..atau beruban..maksudnya ada unsur2 biologi dalam badannya.
3-boleh terbang..bagaimana hantu mencipta daya tujahan..jika perlu bantuan angin bermakna ia ada mempunyai jasad..tenaga apa digunakan utk mengangkat badannya supaya terbang..
persoalan2 ini aku ajukan kepada rozi selesai dia bercerita dan aku anggap hantu tersebut adalah sejenis helang atau burung malam..namun demikian ia mendapat bantahan dari beliau yang melihat dengan mata kepala sendiri dan terpaksa pula menanggung demam 3 hari..
Thursday, June 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)