Tuesday, May 26, 2009

Nak Kena Fikir Jugak2..

"Harga rumah sekarang semua tinggi-tinggi. Aku beli kat Sabah rumah kecik 2 tingkat, 3 bilik, 2 bilik air pun dah rm180k. Anak2 pun nak kena hantar tuisen lagi.."
Fairuzz, sewaktu membandingkan pendapatannya sebagai pensyarah tetap di sebuah IPTA dengan kos sara hidup kini..

****

"Mula2 mak aku letak rm10k, lepas tu makcik aku x bagi suruh naikkan rm12k. Harga barang mahal sangat sekarang.."
anak akak kedai, berkenaan duit hantaran yang bakal dikenakan kepada bakal suaminya.

****

"Gaji aku mana cukup. Nak bayar rumah lagi..anak..tanah pun nak kena bayar ansuran. Projek pisang aku lagi kat kampung.."
Det, mengadu tentang tanggungan hidup meningkat walaupun bergaji master lebih rm4k.

****

"lets talk ni suruh telekom potong pakai bil biasa sudah.."
Emak, dalam usaha mengurangkan bil telefon..

****

"Aku sekarang ni betul2 hidup atas hutang.."
Kawan sekampung, sebab baru beli kereta, bayar hutang ptptn lagi.

****

"Kalau aku tak kerja apa pulak kata jiran. Bini kerja aku melepak kat rumah.."
Rakan, mengenangkan kontrak kerja yang hampir tamat sedangkan isteri seorang kakitangan kerajaan.

****

"Kalau la tiba-tiba duit dua juta jatuh atas lantai sekarang. Best juga.. Kita bahagi dua..kau ambil sejuta, aku ambil sejuta. Esok kita hantar surat resign.."
Ahmad Karim, sewaktu makan tengahari di site office bulan lepas.

13 comments:

Don Balon said...
This comment has been removed by the author.
Don Balon said...

Koi gelok.. kuikui

Webmaster said...

Hahahhaha... Koi tok tahu nok komen apa....

Fadh said...

ha ha ha kekadang gaji byk pun xcukup nak tampung hidup dan kekadang gaji kecik tapi cukup tampung hidup anak beranak...dalam soal nie kita kena berpegang pada Islam iaitu keberkatan sesuatu rezeki yang kita perolehi...gaji beribu tapi xberkat sbb kerja tak jujur...gaji kecik tapi berkat sbb kerja dengan jujur dan amanah...renung2 kan... he he he

razor said...

huhuhu

mrblind said...

anak ada nanti lagi havoc..hahaha

rahimin idris said...

"pok cik masuk sehey (saham) internet tahun lepah. abih pitih 5000. beli muto anok lagi. kalu tidok lagi besar ghumoh pak cik buleh buak. demo tulung pok cik beli barang murghoh2 buleh? pok cik bajet nok buak ghumoh daley rego 50,000 jah!" pok jak org kg aku.

"pak cik cari sendiri la. saya banyak kerja la ni." aku.

hanis said...

duet. duet. duet.
bikin kepala pusing

pink_butterfly said...

life skg ni mmg demanding.

bokbon said...

kalau jatuh dua juta? apa pulak dua juta? dua kontena penuh la, ada 20 bilion dalam tu..

lu 10 bilion, gua 10 bilion. boleh pegi shopping..

Abe Joe said...

kasi sama wa.. hah!

Aku... Dia... Kamu.. said...

Manusia, kalau diberi harta setinggi gunung pun x cukup! Yg penting, hidup perlukan perancangan. Aku percaya perancangan yang betul, kehidupan akan lebih teratur dan boleh hindar dari masalah hutang. Berbelanjalah, tapi mengikut kemampuan jgn ikut nafsu!

Dzulkarnain Mohamad said...

don,
nape aok gelok don nape..ada fakta silap skit kut..

webmaster,
tapi lagi baik la sistem matawang dr sistem barter kan..

fadh,
betul sesangat. tapi menguruskan kewangan memang payoh jugek weh.

razor,
lama x napok mung razor..apecrite?

mrblind,
mok budok pn xde g nie..hahaha

rahimin,
hahaha..sian ke pokcik tu haha

hanis,
haha..dah masuk kubur agaknya baru selesai urusan kita dengan duit. tapi sedekah dan amal jariah kita tetap dikira juga..begitu lah kuasa duit..

pink butterfly,
iye..betul sesangat..kena usaha juga untuk cari duit halal kan..kalau bukan utk berwmewah2, utk hidup sederhana pn perlukan duit

bokbon,
satu juta dah cukup banyak bagi orang kecil mcm aku. bak kata bill gates, seseorang hanya perlukan rm600,000 utk sepanjang hidupnya. tp lihatlah dia sekarang..

abe joe,
lu try minta dengan tuhan..

aku,dia,kamu,
iye..betul sesangat..aku pn sedang merancang kewangan aku mengikut acuan aku sendiri skang ni.