Friday, June 12, 2009

Paling Terbaek Dari Pahang..

Minggu lepas, seorang kawan dari Kemaman tanya aku apa masakan yang paling best kat Jerantut. Maklumlah kalau di Temerloh, gulai masak tempoyak ikan patin dah lama terkenal. Masuk majalah 3 dah berapa kali. Jalan2 cari makan lagi. Tambahan pula Jerantut dgn Temerloh bukannya jauh. Bersempadan.


gambar dirembat dari yahoo image search

Yang pastinya gulai masak tempoyak ikan patin bukan hanya boleh didapati di Temerloh, di Jerantut pun ada. Namun demikian, memang tidak dinafikan, pengeluar ikan patin terbesar Negeri Pahang adalah dari projek2 ikan patin sangkar Temerloh.


gambar dirembat dari blog sembang berapi don balon

Setahu aku di Jerantut dan Raub, terdapat sejenis masakan popular tetapi kurang diketahui ramai iaitu gulai asam rom. Dari mana asal namanya tidak pula aku tahu tetapi bukan calang-calang orang yang tahu kaedah menyediakannya. Mak aku kata, kalau silap cara menyedia, sesiapa yang makan boleh sakit perut juga dibuatnya.

Gulai asam rom berbeza daripada gulai tempoyak yang menggunakan bahan asas daripada asam tempoyak. Asam rom pula dimasak dengan campuran asam yang diperbuat daripada biji getah atau pun buah perah yang ditumbuk dan ditapa di dalam botol dalam tempoh yang lama. Biasanya penduduk dari kawasan Tembeling paling cekap menyediakan asam rom ini.

Oleh sebab pengetahuan tentang masakan yang lazat ini kurang diketahui, ia masih dianggap misteri hingga kini sehinggakan percubaan aku untuk search gambarnya dengan menggunakan yahoo image pn tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Kepada sesiapa yang terlajak ke Jerantut, jangan lupa terus mencari asam rom di kedai-kedai yang tertentu sahaja. Anda pasti tidak akan kecewa dgn saranan aku walaupun seketul kecil ikan baung kenahak masak asam rom harganya mencecah RM10.

Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut tentang masakan ini samada dari segi lokasi kedai makan dan kaedah penyediaan anda boleh juga bertanya Rahimin Idris, Redz Da Tsar, Don Balon atau pun Ijei.


p/s - Apa pula masakan best di tempat anda..?

14 comments:

bokbon said...

dah lama gua nak tanya, itu ikan betul ke ikan photoshop?

boleh buat kenduri dia punya saiz.

Redz da Tsar said...

Haha... Yang keh tau asam rom yang sedap ada kat kedai makan berhampiran dengan sungai betong.. Ala, yang kat depan kedai ubat poh on thong, bersebelahan dengan corner... Hurm, eish, yang kedai atap kaler biru tue... Sebelah simpang dekat dengan Aktif lama.. Kedai kat hujung belah kanan... Orang tembeling tue.. Haha... Mak keh kate sedap..

dzul said...

bokbon.,
1) bentuk ikan macam saiz patin biasa.
2) kedudukannya yang melintang atas bot agak meragukan. sepatutnya letak membujur baru kemas ngam2 dalam dalam bot dan mengurangkan risiko ikan melompat keluar(mgkin juga ikan mati)
3) ada bayang2 ikan di air dan bot..(tak tau la kalau boleh dipotoshop..aku x pandai)
4)ikan patin sungai memang boleh membesar lebih dari saiz patin biasa tp yg ini mmg meragukan.
5)kalau xde bayang2 mmg sah potoshop..apa kata lu..

redz,
yang sebelah dia kedai roti canai tu ke..? dan kedai roti canai tu hujung sekali?..haish mana pulak kedai poh on thong nih..nnt keh cuba ingat2 balik..

Radius.F said...

masa aku duk jerantut feri, wan sebelah rumah aku kerap masak asam rom ni..
aku kerap gak amik bijik getah die buat laga bijik getah..


duk rompin ni harap udang galah je..

dzul said...

Radius f,
sekarang memang payah cari asam rom. tak ramai yg boleh buat..sapa je yg rajin nk proses biji getah jadi rom..

udang galah rompin mmg sedap..manis..dulu aku penah singgah mkn udang rompin..

Anonymous said...

dah try sambal hitam raub??

dzul said...

airland,
penah..huh, lama x pekena nih..jenis payah nak cari belaka. kalau ada sambal hitam makan nasi rasa mcm xleh berenti..

Rahimin Idris said...

woi, aku mana tau menda2 ni sume! kihkihkih

imahgiro said...

wah2..macam kamus makanan pulak.tapi aku tak lalu nak makan ikan patin.. dulu masa duduk kat kuantan hari2 makan sambal sotong..kat tempat aku ni rasanya char koey teow lah yang paling best..

Fadh Rahman said...

kat Bera? apa erk? koi pun tak tau menda masakan yang best kat cni. nantilah koi try buat research dulu.

asal usul asam rom nie koi tau...asalnye dari Tanah Rom, Jerantut sbb nama dia ada ROM...xpun dari org Itali hok pernah sesat kat jerantut kui kui kui(tiru gelak don balon)

Don Balon said...

koi dengor ade oranc seru nama koi lalu koi menjelma machanc mak lampir..kuikui

bokbon..
kan koi jawak doh dalanc blog koi..
ikan patin lior tu...kuikui
doh teranc lagi bersuluh..takde saper nok bawok ikan melintanc gitu..
tok pasey2 jatuh ke sungei semuler..
kala berikat tahan jugek.. :)

Duan..
nok jugek koi tere..
tapi miikir ke buoh peroh koi kena pikir 112 kali..
kala tok kena gayer separuh nyawa mabuk & sakit perut wooo..

D-z,
poh on thon gtu maner aok nok perasan..
dia guna tulisan areal tv dengan tulang ikan...kuikui

Fadh..
takdey hey..gelok koi takdek copyright..
eheh? pasey koi jawak semua oranc ni..?
ni blog d-z.. nok zzZZ doh raser ni..pukui 8 baru abis syif...arrrghhh!!

Don Balon said...

Min..
koi separuh tahu..
tapi banyok kedei baru bukok di jerantut tu..
tapi ada satu kedei yanc koi rasa memanc koi maleh nok masuk doh lepeh ni.. dekat jalan pegui stesen ketapi tu..
singkatan dia MT..bapok kedekut..
mintok som tam sepinggan rm3 sampei2 sejemput macam janggut sotong je..
nafsu amarah koi terus membara...

alif-mikail said...

asam rom ni lebih dikenali dgn nama sama buah perah!

biasa banyak didapati di kawasan kerdau.. silap gaya peram boleh mabuk memakannya...

peh! kecur air liur koi!

poyotito said...

balerr..pok besornye.