Monday, September 14, 2009

Berborak Dengan Cina Pasal Agama

pelik juga kenapa cina/india suka borak agama dengan aku. kalau aku ustaz ok la juga..

achong graduate UK. bini dia Kristian Filipina. Dia pula Buddha. Aku tanya dia tak masuk kristian ke ikut bini dia..dia kata dia tak mau agama sebab nanti tak sempat nak ajar anak kenal tuhan..

"Habis Buddha ajar apa..bukan ajar kenal tuhan ke..?" tanya aku balik sebab kurang faham.

"Buddha bukan satu agama..awak kena faham..buddha cuma satu ajaran sahaja.."achong sambung lagi bahawa apa yang gautama buddha sampaikan cuma satu ajaran..

"habis tu macamana dengan konsep ketuhanan dalam buddha..?.."

penganut buddha bebas menganut apa2 agama, kata dia..dan petang tadi letih juga telinga aku dengar cerita pasal gautama buddha yang lahir 600 tahun sebelum masihi dan berketurunan raja itu daripada achong..

Achong mengakui kewujudan dan keesaan tuhan. menurut dia tuhan pastinya satu.

"kita bergaduh sesama sendiri pun tak guna sebab mungkin kita bertuhankan tuhan yang sama", kata achong..

"apa yu cakap..? mungkin bertuhankan tuhan yang sama? mana ada mungkin-mungkinnya achong..tuhan tu Allah la.." kali ni menaik skit nada aku..

"ya..ya..tuhan..dan tuhan itu adalah Allah", kata achong gagap.

p/s- adakah achong telah mengucap syahadah secara tanpa disedari selepas disergah oleh aku.?

9 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Hehehhe... Achong dah panik lah tu sebab aok sergoh dia....

Radius.F said...

berat topik perbualan aok tuh.
selamat hari raya weh.

Redz da Tsar said...

EKstrim... hehe... Berjaya membuat AhChong mengaku Allah itu Tuhan melalui mulutnya

hanis said...

bimbing ke jalan benar...
dapat pahala besar tu

Fadh Rahman said...

diorg nie bukan xtau cuma belum dapat hidayah dan petunjuk dari Allah.

dzul said...

webmaster,
mmg nampak muka panik dia sbb koi jwb confident je dgn dia..byk lg yg koi borakkn dgn dia. penganut buddha seolah2 golongan pencari tuhan..aku sedang kaji kenapa penganut buddha di malaysia sukar utk menerima islam yg ada konsep ketuhanan yg jelas..adakah ini silap kerajaan atau sikap org melayu itu sendiri.

radius.f,
berat juga radius..silap cakap aku pula yg kena pulas dgn dia. bukan calang2 budaknya achong ni. org terpelajar dan rajin mengkaji agama.

redz,
ntah mcmana jd macam tu..jadi senang sebab menurut dia buddha x ada ajaran fasal tuhan jadi achong tak dapat beta kata2 aku pasal tuhan itu Allah. sebabnya kalau dia ada tuhan mesti dia sebut dah nama tuhan dia.

hanis,
benda mcm ni agak sukar dalam keadaan sosio budaya negara kita yg seolah2 islam itu hanya milik mutlak melayu..hal ni pun ada aku bincang dgn achong..

fadh,
betul..kalau kita baik dgn org cina kita akan dapat faham apa yg dorg ingin katakan. sayangnya kita dengan cina kadang2 mcm anjing dgn kucing..asyik cakap pasal kaum saja bila masa kita nak bercerita pasal agama..aku sempat kata pada achong bahawa islam melangkau sempadan bangsa. islam bukan agama yahudi yg hanya dimonopoli oleh jew. aku xnak dia ingat islam hanya utk melayu..dia kata di malaysia seolah2 melayu adalah islam dan islam adalah melayu

Don Balon said...

D-z..
sebabnya banyak..
salah satunya..bukan semua org cina itu buddha..
ada yang menganut taoisme..
menyembah nenek moyang..
menyembah tiang lampu (koi tambah saja..kuikui)..
tu belum kira yang menyembah yang dipertuan agong dalam kertas wangi tu..

salah duanya kerajaan tak pernah serius menerangkan apa itu Islam kepada demeh..

salah tiganya orang melayu tidak mengamalkan ajaran Islam secara total..
masih ritual sahaja..
tidak diterjemah dalam urusan & perlakuan harian..

apapun..
Hidayah itu di tangan Allah..
Orang berpekerti mulia seperti Abu Talib, yang tahu anak saudaranya tidak pernah dan tidak akan menipu pun tak mengucap dua kalimah syahadah.
Jadi ucapkanlah dan hayatilah Alhamdulillah..

Yana Ismail said...

singgah nak wish..slmt hari raya, maaf zahir batin...huhu :D

biskutrajin said...

die tekujat lah 2...tp kire dia pon ngaku gak la..hmmm...menarik