Wednesday, October 7, 2009

Aku Mahu Udara Yang Bersih..Itu Saja

kelmarin.
malaon. skit kepala aku dibuatnya. kalau sekejap tak apa. makan sehari semalam juga rupanya. sakit kepala aku sampai berdenyut2.

semalam
aku jeritkan pergi kepada dia. datang tak diundang itu tak apa. jangan sampai aku baling pula dgn penyangkut baju merah jambu. aku suruh dia ambil masa. keluar sekejap dan selesaikan tugasnya dulu baru boleh bersama aku.

bukan lama pun. sekejap dalam 5 minit orang kabor. lepas tu ikut dia la. lepas keluar dia masuk lagi. nak tengok friendly match katanya. aku tak berapa layan. main macam cap ayam.. kataku. dia gelak2 saja.

sekejap dia buat perangai lagi. aku halakan kipas ke muka dia kasi laju2. baru aku boleh ceria.

hari ini
tolong jangan merokok di rumahku. ini bukan pasal kesihatan. ini pasal human right.

terima kasih

9 comments:

Anonymous said...

rilek bro, itu mmg jenis x reti bhs.. ko kene sound direct jer.. aku merokok gak, tp klu mmbr gtau xleh gua x hisap dkat ngan dy.. klu dia diam kira ok la 2..hahaha

Fadh Rahman said...

huh...kerat jer muncung tue...!

Redz da Tsar said...

Libas muka dengan buku tebal... Kalau nak libas, bagi la warning kat dia dulu...

Merokok boleh jugak, tapi agak-agak la tempatnye... Jangan la masuk umah orang pon nak merokok...

dzul said...

airland..
hehe dia dh x merokok dh kat umah aku..aku jeling je skang keluar la jawabnya br leh berasap..

fadh,
kalau kerat pn isap ikut hidung pulak

redz,
iye..merokok dalam rumah asap x kuar ke mana..bila asap terperap mmg bengong kepala jadinya bg org yg x merokok..kalau tpt open mcm kt benteng jerantut tahan la juga..

ee nak je aku hempas kepala dia ke dinding

Don Balon said...

i) Angkat tong gas sekali dengan kepala gas yang telah dilucutkan dari dapur

ii) bawak ke ruang tamu (mangsa tak perasan sebab tengah tengok MU lawan Sg Tekam Getah)

iii) Bukak punat gas..

iv) Lari selamatkan diri..

Peringatan: Jangan cuba di rumah sendiri. Rumah sewa sahaja..kuikui

dzul said...

don,
jika melihat kpd status rumah kediaman. pelan tindakan ini mmg boleh digunapakai.

Don Balon said...

Apa-apa pun sindri mao ingat aaa...

kalau majlis Fatwa kebangsaan dah keluor fatwa haram..
janganlah jadi macam orang fasik yang mencari-cari jalan menghalalkan kegemaran mereka dengan mempergunakan orang-orang yang menjual agama untuk sedikit kenikmatan dunia..

1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

2. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

3. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

4. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

5. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

6. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

8. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

9. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

11. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

NOK BERENTI SENANC JE, BILA MASUK JE ROKOK DALANC MULUT TU, OLEH KERANA IA ADALAH HARAM, DAN TIADA ISTILAH AGAK HARAM ATAU SEDIKIT HARAM DALAM ISLAM, MAKSUDNYA SEGALA YANG TUMBUH DARI YANG HARAM ITU MAKA API NERAKALAH YANG LEBIH LAYAK BAGINYA, ANGGAPLAH DALANC MULUT WOKME TU PUNE BABI..
KALA WOKME TOK BERENTI LAGI KOI TOK TAU LA NOK GUNA BAHASA APA LAGI...

MakcikMuda said...

perghh. geler pedas kumen dr encik don balon. huhu!

perghhh. ade sorg mamat neh kann,die x mrokok dlm kete sbb kete die baru. pastu die x mrokok dlm umah sbb takut umah bau rokok.

so, die merokok dkt luar aje. beradab sungguh. hahah!

Don Balon said...

Rynn..
Koi tok tau nok guna bahasa mende lagi...kuikui

eh machanc blog koi pulok kuikui