Tuesday, October 27, 2009

kalau ada piling pun jambatan gantung dipang tetap membunuh..





cakap banyak tak guna. abag mat tukang kampung aku pun tau binaan yang macam tu x ada safety.
punca dan akibat..

1. pembinaan di kawasan sungai mesti ambil faktor hidrologi. ini kerana di kawasan river slope, kejadian seeping n erosion kerapkali berlaku yg disebabkan naik turun paras air sungai.

2. design hanya gunakan 2 tiang penyokong besi sebagai tiang tanpa sokongan lain. sampai masa ia akan rebah juga walaupn kedua2 tiang tersebut dipiling.

3. kanak2 dikatakan main lompat2. tolong jangan salahkan kanak-kanak. design wajib mengambilkira factor of safety. ini termasuk dead load n life load. budak lompat2 mesti juga termasuk dlm calculation.

4. cuba bandingkn sketch yg aku lampir ni..kalau aku, aku xkn naik jambatan tu kecuali terpaksa atau dipaksa. bawah aku sketcth sendri, yg mana aku rasakan agak selamat jika dibina di kawasan tersebut.

5. apa2 hal pn pada pendapat aku, jambatan gantung ni dibina spt membina reban ayam.

15 comments:

rahimin idris said...

semua benda yang di design oleh orang yang bertanggungjawab mesti amik kira safety faktor dan ekonomik sekali. cantoh canopy waklway di taman negara. sama juga jambatan gantung dekat uitm melaka tempat aku belajar dulu. tapi dalam kes ni sampai dekat 40 orang naik katanya. gajah pun mati. kalau ikut had boleh di elak tu. ramai tu. lebih 35 orang katanya. jadi nak mudahkan cerita, salahkan design. itulah selalunya. bila jadi macam tu, semua orang nak tunjuk pandai sangat.

~0~ said...

btol bro...saya sokong pandangan bro...

dzul said...

mi,
dengar cerita spect pn x ada..spatutnya ada la spek brape2 yg bleh naik..mana x menonong je semua nak naik lagi2 bebudak..x tau sapa yg design tp kalau keadaan 2 tiang mcm tu pada aku mmg x stabil..aku x yakin.

canopy walkway tmn negara dr pokok ke pokok..aku pn penah naik..

lagi satu, kena ambil semua pendapat dlu n xleh kata memasing nk tunjuk pandai. kalau kata nk tunjuk pandai, semua pendapat pn boleh dikategori sbg nak tunjuk pandai la..hehe..apa2 pn ada betul gak pendapat ko, tq..

dzul said...

~o~,
bagi la pandangan sendiri, jangan le takut..semua org ada hak apa..tp aku paling tak puas hati tajuk besar utusan kata budak2 main lompat2..macam terus salahkan budak2 sblm siasatan dijalankan..kat cni dh nampak belum apa2 kes tuding jari terus berlaku..

Webmaster@Echam said...

huh.. alasan tu macam kurenglah. Salahkan budak2. Mungkin sebab projek ni dapat pada kroni2 sebab tu salahkan budak2. Pasni kalau dh senak sangat mesti diorang salahkan pergerakan tanah plak kan....

dzul said...

echam,
setiap failure yg berlaku terhadap mana2 struk pembinaan penudingan jari biasanya akan mengikut kronologi ini=

client->kontraktor-> consultant->kerajaan->pengguna->bencana alam/nature.

ia akan berpusing-pusing dlm lingkungan itu saja dan mmg betul biasanya kehendak alam akan mengambil tempat terakhir utk dipersalahkan krn alam ini konsepnya berdiam diri..tunggu saja masanya ia akan membalas nanti.

p/s-duit masing2 sapu juga..anak2 kita mati xterbela..dahla mati dipersalahkan dan jadi tajuk utama 'budak2 main lompat2'..sedihnya aku.

apa2 hal aku tetap salahkan pembinaan..design 2 takleh pakai sbb dua tiang yg menampung jambatan gantung yg terlalu panjang. pad footing pula x dalam..ini bukan masalah gajah nak lalu tp masalah design..walau sapa pn yg designknnya..

mr.Sen$ei said...

ini semua duit punya pasal...mana boleh struktur jambatan mcm tu..mana boleh dua tiang...tak boleh...tak boleh..giler btol..pastu nak salahkan budak2...lagi giler..kalau kabo diorang bodo, marah...tapi ni la jadinye

Fadh said...

mula koi mmg salah kan tukang buat jambatan...kemudian koi rase salah cikgu2 sbb xpantau pergerakan murid...kemudian baru koi sedar...setiap kejadian baik atau buruk...ianya datang dari Allah...perkara dah berlaku, terimalah dengan redha.

rahimin idris said...

kalau tengok pada tapak jambatan yang merentang tu, nampak sangat cuma boleh lalu sehala. bukan dua hala. jadi tak ramai la boleh naik. dua tiang dah boleh aku pikir. janji belakang ada ikat lagi lam ke tapak. 1 bahagian ada 4 tapak bukan 2 tapak walaupun 2 tiang. atau pun satu asas rakit yang ikat 4 punca menanggung beban di dua2 bahagian.lam terus ke belakang untuk sokong tiang tu.aku pikir ekonomik dah macam tu. jauh la sikit dari tebing pun tak apa. tapi tak taulah kalau design depa tu memang ok. khas untuk 5 orang sekali lalu je ke. nak cakap lebih2 aku bukan handal sangat design ni. tapi boleh la guna otak sikit2.

soal spek, itu kita kena tunggu. aku pun tak tau siapa yang design. tapi kalau design ni dari pihak jkr, dan pembina folow tiap2 spek, memang salah budak dan penjaga la. salah pembina tak letak sign board berapa had boleh lalu. tengoklah kes tiang gol dekat raub tu. elok2 tak boleh tumbang, dia pergi cabut skru, lepas tu bergayut.

tapi punca permulaan memang betul pun lebih had. selebihnya kita serah kepada forensik.

Rynn Cowbra said...

geler ahh.
aku yg dulu malas belajar fizik pun tau mende tuh mmg xkan tahan. tsk tsk.
*ceh,tetibe. haha!

tp kan, aku mmg takut naik jambatan gantung. imaginasi aku melampau. haha!

dzul said...

mr sinsei..
kalau dia pakai tiang konkrit dengan pad footing besar pn aku x brani naik..sebab satu tapak dgn dua tiang x stabil..

kalau 4 tiang concrete dgn piling br aku yakin..itupn kalau keempat2 tiang disambung beam..dan tali lam cukup kuat utk menampung beban yg diharapkn.

ini kerana struktur ini bukan melibatkan beban teragih seragam. beban pelajar tidak diagih secara total ke tiang sebaliknya lebih ke tali lam yang akan menampung pelajar yg melaluinya..dalam ertikata lain berat ke tengah sungai.


fadh,
sebab tu koi kecilkn fokus kepada aspek2 pembinaan supaya ada pengajaran utk dibuat ingatan..mmg semua perkara merujuk kpd Allah jua akhirnya

rahimin,
ramai sgt budak lalu dan kita x tau lg jambatan ni ada spek ke tidak. mmg sepatutnya semua jambatan gantung ada had sbb ia berbeza dari jambatan konkrit.

sampai skang xde laporan lengkap..mustahil..mcm nk sorok2, ataupn pihak2 yg berkenaan sedang merangka aspek2 yg diperlukan utk melepaskn diri dr undang2..mungkin pas ni kuar spek seorg utk skali lalu..hehe..aku rasa ye dah..

asas rakit x silap aku kena menghubung 2 colum. dalam keadaan ni nampak mcm 2 tiang besi tersebut dikonkrit sekali tp kaedah ini berisiko juga utk mengakibatkan huyung. aku rasa tali lam jambatan mmg ditarik terus ke belakang utk menambah kestabilan tiang tp x tau apa kaedah sambungan ke belakang tu.

tali lam juga boleh huyung samada kekiri atau kanan atau ke bawah. ini lebih menambah risiko tapak asas tersebut alami kegagalan.

satu lagi asas rakit biasanya utk r.c column je kut.

apa2 hal tunggu je maklumat risikan..sbb aku x puas hati tengok span laluan jambatan gantung yang berpuluh meter tu cuma disangga oleh 2 tiang kecil di tebing sana n 2 disini..perghh berani mati tul kontraktor n designer tu..hish

ryn,
pandangan mata tak selalu menipu..betul kata kau tu..selepas pandangan mata guna pula pandangan hati..kalau rasa mcm x ok..mmg x ok punya..

Zdin said...

lepas ni kite tunggu pulak apa kata pihak penyiasat....agak2 sapa yang akan dipersalahkan...maka timbul kembali lagu BANGAU OH BANGAU...gitu le gamaknye yee...agak-agak specifikasi mana dia pakai...BS mana di cilok...kang kate standard orang Malaysia reka dan bina macam ni, tahu marah lak kan...Apa-apa halpun Malaysia Boleh!!!! Lepas ni apa pulak yang runtuh...doa2 semoga tidak melibatkan kita semua...aminnn

dzul said...

din,
supplier punya shopdrawing depa ada submit x nih..? hehe

alif-mikail said...

ah dalam malaysia punya la banyak jambatan gantung.. takdak pun yang runtuh.. bukan takat budak2 goyang .. mak bapak budak pun goyang gerudi.. errrr...

~ Hikmahnya : SAFETY FIRST!

lepas ni pasti orang akan lebih berhati2...

Rajuna said...

cakap banyak pun tak guna la zul. benda ni jadi mainan politik tak sudah. ada wang ada politik la. terbalik2 sama jugak. hampas.