Tuesday, October 20, 2009

وَالْعَصْرِ - Demi Masa atau Demi Waktu Asar..?

terdapat dua maksud pada ayat 'وَالْعَصْرِ ' ini. samada demi masa atau demi waktu asar.


persoalan : jika ayat وَالْعَصْرِ ini membawa maksud demi waktu asar, kenapa Allah memilih waktu Asar dan bukan waktu sembahyang yang lain..? tentu ada sebab atau rahsia disebaliknya

aku tak bermaksud utk menimbulkan lebih banyak teori tetapi ayat Al Quran terselindung banyak rahsia bagi orang yang mahu berfikir.

suatu petang aku cuba membahaskan ayat ini dengan seorang kawan. kemungkinan juga maksud demi waktu asar ini adalah merujuk kepada usia bumi atau merujuk kepada suatu jangkamasa.

jika dikira waktu sembahyang bermula dengan subuh. cuba kita buat perhitungan begini berdasarkan waktu sembahyang di kemaman pada hari ini..

Kemaman / Dungun
GMT 8
Qiblat Direction 291° 44′ 46″
Prayer Time

waktu beza antara waktu
Subuh 5:36
Zohor 12:55 7:19
Asar 16:13 3:18 10:37(jumlah jam bermula subuh sehingga mula asar)
Maghrib 18:54 2:41
Isyak 20:04 1:10 3:51(jumlah jam bermula asar sehingga mula isyak)

14:28(keseluruhan masa diambil)=100% usia bumi

peratus usia bumi yg masih tinggal = 3:51/14:28 = 26.61%
peratus usia bumi telah berlalu = 10:37/14:28 = 73.39%

***

mungkin banyak kesilapan dalam teori aku ini. sebenarnya rasa berdosa pun ada. takut orang kata menafsir tanpa ilmu pn ada. Tapi aku ingin berkongsi dgn kawan2.

ok. bagaimana jika pada masa kini bukan lagi waktu asar tetapi sudah sampai waktu maghrib atau hampir kepada waktu isyak..dah tentu dunia hampir kiamat (teori : waktu isyak adalah waktu akhir hayat bumi)..hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mari kita hayati keseluruhan ayat ini...

Demi waktu Asar..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.



Tafsiran yg sempat di google..

Demi Masa..وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa!" (ayat 1). Atau demi waktu `Asar, waktu petang hari seketika bayang-bayang badan sudah mulai lebih panjang daripada badan kita sendiri, sehingga masuklah waktu sembahyang `Asar. Maka terdapatlah pada ayat yang pendek ini dua macam tafsir.

Syaikh Muhammad Abduh menerangkan di dalam Tafsir Juzu' `Amma bahwa telah teradat bagi bangsa Arab apabila hari telah petang[1], mereka duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan ceritera-ceritera lain yang berkenaan dengan urusan sehari-hari. Kerana banyak percakapan yang melantur[2], keraplah kejadian pertengkaran, bersakit-sakitan hati sehingga me­nimbulkan permusuhan. Lalu ada yang mengutuki waktu 'Asar (petang hari), mengatakan waktu 'Asar waktu yang celaka, atau naas[3], banyak bahaya terjadi di waktu itu. Maka datanglah ayat ini memberi peringatan "Demi 'Asar", per hatikanlah waktu 'Asar. Bukan waktu `Asar yang salah. Yang salah adalah manusia-manusia yang mempergunakan waktu itu dengan salah. Memper gunakannya untuk bercakap yang tidak tentu hujung pangkal. Misalnya bermegah-megah dengan harta, memuji diri, menghina merendahkan orang lain. Tentu orang yang dihinakan tiada terima, dan timbullah silang sengketa.

Lalu kamu salahkan waktu 'Asar, padahal kamulah yang salah. Padahal kalau kamu percakapkan apa yang berfaedah, dengan tidak menyinggung perasaan teman dudukmu, tentulah waktu `Asar itu akan membawa manfaat pula bagimu


p/s-byk ayat2 alquran yang secara jelas menerangkan hakikat alam dan sains terutama dalam surah yaasin cuma pada masa kini baru ia dpt dibuktikan secara saintifik.

9 comments:

MakcikMuda said...

ok. skang aku da rase takut.
mekaseh yew!

tapi teori ko betul2 bjaye mtakutkan aku. so, pesan kepada diri senirik supaya jgnlah aku nak bperangai bukan2 lg. tsk tsk.

dzul said...

rynn,
bkn nak suh takut pn..tanda2 hampir kiamat pn ada byk dh..saja aku nk kaji..

misti ada sebab kenapa ayat ni dimulakan dengan 'demi waktu asar' dan bukan waktu solat yg lain..

Redz da Tsar said...

Nice study.. Hehe... Menarik ler~

Don Balon said...

ya benar D-z..
Harunyahya.com pun banyak mengupas fakta saintifik dalam Al-Qur'an yang tidak diketahui pada zaman Nabi..
Bukti nyata yang Al-Qur'an diturunkan oleh Allah bukan rekaan Nabi Muhammad S.A.W

Fadh Rahman said...

kematian itu pasti...kiamat itu pasti...syurga neraka itu pasti...Allah dh turunkan Al-Quran...Rasulullah dah sampaikan ajaran Islam...kalau tak nak ikut lagi...sendiri tanggung laa akhirat nanti.

Mr. H said...

benda ni dah ustaz koi kupas masa khutbah jumaat lepas...umah dia banyok kitab..koi ingat nok pinjam seme skali pun ada..koi baru ada dua..tok khatam lagi..hehehehe

biskutrajin said...

subhanallah...

Rajuna said...

turut membaca

Nizran said...

Assalamualaikum w.b.t, mohon share boleh? nanti saya berikan link ke sini.