Thursday, November 19, 2009

Semalam Yang Hangat

lepas subuh semalam aku ke kuala terengganu. jalan utama kemaman - kuala terengganu ditimpa hujan serupa macam bulan 11 thn lepas juga. macam x pandai berhenti menghentam atap kereta aku yang betampal selotep sebab karat hari tu. azhar kata kalau bawa viva, kena hujan atap berbunyi mcm hujan kena pada atap zink.

apa nak dikata. beli, beli juga. belilah barangan buatan 1malaysia. agaknya kalau aku duduk amarika dengan pendapatan sederhana macam skang dah puas tukar kete baru yg sedap-sedap. kejap mustang kejap camaro kejap ford kejap hummer.

dalam pukul 7.30, aku melalui kerteh dan hujan tetap tak berhenti. orang pakat pasang lampu belaka. kalau lampu senja pn x jalan. semua kereta aku tengok pakai lampu utama..hujan berat..cuasa gelap menyelubungi segenap mayapada..lori tangki petronas mmg tak lepas dari mata.berpusu2.. dah memang area minyak.

sampai dekat balai polis kerteh, jalan situ 2 lane..ada simpang 4 ber trafic light, kat c2 dah nampak signboard mcD kerteh.

nak dijadikan cerita..sebuah lori tangki petronas betul2 depan aku (kereta aku betul2 belakang dia) boleh hilang kawalan..terus terbabas melanggar pembahagi jalan dan langgar tiang lampu jalan sampai tumbang dan terbabas masuk ke lane sebelah. aku gamam. pemandu2 yang berpusu2 masa tu yang sama lane ngan aku pun gamam..apa akan jadi pada pemandu2 kereta di lane sebelah..? jerit kami dalam hati masing2..

orang tengah ramai keluar pergi kerja pula tu..


tu le orang kabor berpantang mati sebelum ajal..lori tangki petronas yg termasuk ke laluan sebelah langsung x melanggar kereta yg sedang bersesak2 sebab semuanya tertahan di trafic light yang sedang bernyala merah di hadapan (rujuk: simpang 4 bertrafic light). selepas mengontrol keadaan dan berhenti di bahu jalan sebelah sana, aku nampak pemandu lori tangki seolah2 sedang mengucap panjang..

sebab tu iklan kabo jangan melanggar lampu isyarat..

lepas dari tu, asal nampak lori je aku pintas..aku dah trauma..cuma masa balik petang aku berenti kejap di kijal...beli lemang 2 batang.


gambar area jalan yang dimaksudkan. kelihatan signboard mcD Kerteh di hujung sana. dicilok dari diari alip mikail tanpa kebenaran sebab dia pn dah x berapa nak menulis dua tiga menjak nih..apadahal

9 comments:

rahimin idris said...

tu aku tak minat kereta buatan malaysia. aku tengah cari-cari landrover juga sekarang ni. sedap sikit nak meneroka hutan.

dzul said...

rahimin,
hehe..cari kete impot je..tp mehey tu la..kene main ngan cukai dari zaman sultan melaka g..

ramai juga yg cari landrover nih..oh ye..membe aku nak tolak kembara thn 2002 harga 18k..aku dh try mmg tiptop g..kalau ada peminat kenderaan ini witau le..

Fadh said...

kembara???xyah laa...bkn xnak sokong brgan tempatan tapi mmg teruk kualiti...

min, koi beli jer landrover lama felda yg kaler oren tue...klau kat cameron, diorang guna angkut sayur...tahan lasak tue...

Webmaster@Echam said...

Koi pernah tgk landrover felda warna oren tu kat sana. Memang lasak. Selamba je naik bukit2 angkut sayur....

Redz da Tsar said...

Hehe... Kalo keh bese bertemu lori nie mase balik kampong keh ke Lepeh... Berlambok lori balok... Mase nak bukit slow gaye siput... nak follow belakang rapat takut terudur lori tue... Kalo nak potong, takut ade kete kat depan... Sabo je la... Selamat tak krem kaki keh nie

dzul said...

fadh,
hehe..man siam jenuh promot ke koi soh beli, koi mmg x brapa berkenan tamboh plok koi dh ada kete. mcm2 dah dia baiki, byk sparepart dh tukar dia siap tunjuk ke koi bil lg. buat masa ni koi tengok n bawok ok lg. tp kete gini kalo bawok belasok sgt mmg x thn kut..entohler. betul ke landrover pesen felda tu lasak..?

rahimin, boleh juga aok usha2 jenis apa..

echam,
info yg molek..landrover ni org mungkin dh terlupa kelasakan dia sbb byk 4 wheel bercabin spt hilux yg muncul seperti cendawan lepas ujan hampir menenggelamkan jenama landrover

redz,
area jalan bukit2 bengkang bengkok nk menghala kuala tembeling mmg gayat gile. pesen koner tengah bukit pn ada. keh nyarih terlanggor kerete masa balik dr lepih lalu jln tembeling tu sebab laju ngat masa naik bukit. ngam2 kat atas dia tiba2 koner ke kanan. molek pulok ada kete tengah laju dr depan. keh pencong ke kiri lepeh tu kanan balik. bedesit2 tayar kete keh masuk balik ke jalan..gamam keh..

imahgiro said...

dzul kalau kereta chevrolet kualiti memang bagus..kalau suka kereta besar beli captiva.. kalau nak budget sikit beli aveo sedan. tapi 1.4 sahaja..sorry ter promote pulak..tapi saya tak jual kereta..

Airland said...

pakai moto arr baru xder bunyi cam hujan atas atap zink..hehehe

aku pun mgkn trauma kejap klu alami mede cam2..

dzul said...

imahgiro,
x sedap nak beli kete baru skang..guna yang mana ada dlu le..hehe

airland,
hehe..naik moto masa hujan kena percik air tayar orang lepas tu bersedih dan menangis dalam hujan x siapa yg tahu..