Tuesday, January 19, 2010

Di Bawah Panas Mentari



Petang ni aku bagi peluang Jack berteduh bawah lantai kereta. Petang2 lain pun aku bagi juga. Aku tahu sekarang ni cuaca panas. Aku pun tengah berteduh. Kita sama. Bila panas kita cari tempat teduh. Dalam banyak hal kita ada persamaan. Bukan saja perlindungan dari panas matahari. Nasi yang aku makan pun ko bleh makan. Selera kita sama. Haha. Ah, banyak lagi la yg sama sebab kita sebagaimana makhluk biologi yang lain ada tulang, daging dan kulit.

Sebab tu aku pelik juga bila ada yang menghina ko. Kaum ko dengan manusia memang sejak zaman berzaman ada pertalian rapat. Dengar cerita anjing Ashhabul Kahfi satu-satunya anjing yang masuk syurga. Jack, apa jadi ngan ko lepas mati aku tak tahu. Yang aku tahu aku kena hidup semula, lepas tu kena bicara. Aku takut Jack. Ok sambung..

Bukan kaum ko aja. Kucing pun kacip juga dengan manusia. Cuma ko spesel skit sbb haram sentuh kalau basah. Itu bukan sebab ko makhluk hina.


Gambar berkaitan

Ko faham tak sebenarnya manusia pun haram sentuh sesama manusia. Ya, ko x paham. Haram kalau bukan muhrim la. Kes ni kalau samak pn tetap dosa juga. Kalau ngan ko sentuh aja pastu samak la. Kalo x samak 2 yg dosa. Eh betul ke tetiba aku konpius.

Sekarang ko dah paham kan taraf sentuh tu, yang mana sentuh sesama manusia jauh lebih hina nilainya sbb xleh samak. kalau bleh samak lepas sentuh bukan muhrim, indah sungguh la hidup manusia jadinya.

p/s- Jack, rupanya bukan ko aja yg ada keyakinan kendiri yang tinggi masa harung slab barrage tempohari. Manusia pun boleh. Mostapa, pelarian Rohingya ni pun mampu. Dalam hal ini kita juga ada persamaan bukan.

Wednesday, January 6, 2010

Kenduri Kahwin Di Rumah Saya

Tanggal 26 Disember tahun lepas adalah majlis kenduri kahwin kali ketiga yang berlangsung di rumah aku selepas kali pertama kenduri kahwin kakak dalam tahun 1997 dan diikuti kenduri kahwin abang pada tahun 2006.

Kenduri kahwin kali ketiga ini merupakan misi walimatul urus adik lelaki aku yang dipanggil Ayah Teh oleh 4 orang anak saudara beliau.

Lets cekidaud apa yang berlaku pada hari tersebut. Majlis kenduri kahwin di perkampungan Felda Kota Gelanggi 1 masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong..


Pembersihan yang konsisten menghasilkan mutu daging terbaik. Hanya yang pakar mampu melakukan semua ini.

Masih ada di setengah2 tempat, kerja menyembelih lembu atau kerbau dijalankan selepas waktu Subuh kemudian terus melapah. Sekarang, kebanyakan bekalan daging adalah secara ditempah siap dari feedlot jengka 11 (siap sembelih dan lapah). Daging yang dihantar ke rumah cuma perlu disiang sahaja.


Geng tukang masak..seorang menggode manakala yang lain2 sebagai pemerhati.

Memasak dengan menggunakan kawah memang tak asing lagi setiap kali musim kahwin. bukan setakat nasi minyak, sayur, ayam goreng juga menggunakan kawah..cuma masak air dan gulai daging saja guna periuk. Sebab itu sampai 6 biji kawah digunakan.



Kawasan untuk makcik2 berkumpul. Buat kuih dan menyediakan awas. Bukan buat ketupat ya.


Hujan lebat tidak menghalang ajk basuh cawan menjalankan tugas. Mereka juga adalah sepupu-sepupu aku. Wei Man, jangan kuat sangat buat lawak..



Ujang. Ketua pemuda bahagian kenduri kawin. Antara yang balik dekat-dekat nak Asar.


Ini pula Ajaq, ketua pemuda blok 6..memetik kata-kata dia.."Siapa lagi yang nak menghidupkan budaya gotong royong begini pada masa akan datang jika tidak orang2 muda macam kita.." Sambil merenung jauh, Ajaq mendongak memerhatikan rintik2 hujan yang belum henti. Aku pula cuma tersenyum tawar.



Orang kata ikan di laut asam didarat, dalam periuk bertemu juga. Jangan salah faham, ini bukanlah bermaksud walaupun Ayah Teh berasal dari Jerantut, Pahang manakala Makteh orang Muar, mereka akhirnya bertemu di dalam periuk. Sebaliknya mereka bertemu di Shah Alam, Selangor.

Aku juga sempat mensnap satu gambar curi ala2 paparazi..Siapalah saya ini?

Blogger LKTP 1436 turut hadir dalam hujan yang menderu..

BAGI PIHAK TUAN RUMAH, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERTUNGKUS LUMUS SIANG MALAM MEMBANTU MENYEMPURNAKAN MAJLIS, JUGA KEPADA YANG SUDI HADIR..