Friday, December 12, 2008

Gangguan Separa Sedar

Antara perkara yang paling aku menyampah adalah mimpi bukan-bukan bila nak mula tidur. Mimpi bukan-bukan ni selalu datang masa separa jaga dan separa tidur. Memang terkejut. Kadang-kadang mimpi jatuh tangga. Kadang-kadang mimpi kena gigit hantu. Kena kekoh harimau pun ada.

Malam semalam aku kena lagi. Mimpi orang berkompang tepi telinga. Lembaga hitam tu siap lepak tepi telinga sambil bergendang. Lama juga. Tiba-tiba bila terjaga memang hening dan senyap. Tak ada pulak orang bergendang.

Aku sambung tidur lagi. Baru nak lelap..prangg!!..prang!! bunyi pinggan mangkuk kena hempas atas lantai pulak. Memang jelas. Tapi bila aku terkejut dan terjaga..haram..hening je..senyap sunyi..cengkerik je yang berbunyi.. Kalau macam ni sampai pagi pun tak dapat tidur..

Hairan..benda2 macam ni memang perkara biasa yang semua orang pun kena ke?..

24 comments:

hanis said...

misteri nusantara nih

hajime said...

oh!
aku pernah kene...
ala2 camtu...
tunggukan di...
alam angker...
(backgorund bunyi mengilai)

Dzulkarnain Mohamad said...

hanis,
hah..kau tak penah kena gini? sakit ati woo nak tido pn x senang

hajime,
ok aku tunggu. aku memang boleh dengar background mengilai tu..ala2 bunyi niyang rapik bertenggek atas beranda.

anntaj said...

salam Dzulkainain..
saya ternampak blog ni..post awk mmg menarik minat saya..
saya pernah lalui, lebih kurang mcm tu...tapi bila crite kt org,takde siapa pun percaya...

mengusik sungguh!!

Radius.F said...

nak bergurau dgn kau tu..
layankan je..
heheh

Don Balon said...

D-z,
itu namanya hanyut sbelum betul2 tido..
memanc machanc2..koi ingat lagi suatu malanc masa koi dok dorm A12 dulu koi siap rasa makhluk yang jadi cover album Enigma tahun 90 (MCMXC) tu datang hovering perlahan-perlahan kepada koi..
adoi..memanc angkerr..

artsoul said...

wei,tkde pun...aku tk kena ponnn..aneh bin ganjil...:P

John Doe said...

hoi..
lain macam dah tu..
bawak2 g sepital la oi..

antusabun said...

Gua rasa lu sorang je penah rasa kot...

.farah. said...

gua syak lu tido tak basoh kaki ni.

Dzulkarnain Mohamad said...

anntaj,
oh kena jugak ye mcm ni. mimpi separa sedar. masa mula nk tido. br nk feel dh terkejut. lepas baca beberapa komen kat sini br aku tau ada yg penah kena dan ada yg tak. aku ingatkn semua org pn penah rasa.

radiusf,
kau x penah kena kot. hmm letih gak kekadang kalau sampai 2,3 kali tekejut.

don,
hah, kau penah kena. benda ni buat kita terkejut time br nak layann tido. rasa hampeh kan?

artsoul,
kau x penah kena. mmg benda ni aku kerap kena start kecik2 dlu. selalu terkejut2. dia bukan jenis mimpi bila kita dh lena tido tp dlm separa sedar br nk tido.

aku ingatkan semua org pn kena..

jon doe,
oh..kau jugak tak penah kena..aku ingat x yah g laa..aku biasa kena dh start kecik..tp bukan tiap2 mlm pun..mgkin gangguan sbb badan letih ke hape ntah aku pn x tau.

antu sabun,
ada jugak yg penah kena..kau antara yg x penah..

siyes aku ingat semua org penah rasa mimpi separa sedar nih

farah,
dia tak peduli basuh ke tak..kalau nak kena kena gak..hangin gk kekadang..kau x penah kena kot..

Fadh said...

lama tak menjengah...mimpi tue hanya untuk org yang tak baca bismillah sebelum tdo mcm ko laaa...

adadadah said...

ohh ! slalu kene yg jatoh tangge tu.
kadang2 kene tindih laa.
ble bangun tido konfius mimpi ke betol kene tindih. ishk

l.i.f.e said...

uiks...kamu ni ada penunggu yg jaga ke?

.farah. said...

sape kata tak penah.dulu aku kuat tido petang.tido petang lg bahaya.setan banyak.aku trasa mcm kene hempap lembaga beso n berat gila atas badan aku.aku jerit2 takde sape dgr.tak tahu mcm mane tersedar sdiri.alhamdulillah.aku rasa time tu nyawa aku nk tercabut dr jasad.ini series tak tipu.itu jam aku serik tak tdo ptg lg dah.sampai la ni.haih.

Dzulkarnain Mohamad said...

fadh,
ah..aku tau la kau tak penah kena..tp betul ke tak kena ni? benda ni aku dari kecik dah kena..biasa je..dia bukan sebarang mimpi la..tp mimpi separa sedar

adadah,
hah betul, jatuh tangga adalah kebiasaan mimpi separa sedar. kena tindih pun separa sedar tp rasa aku kategori dia lain skit. dia kena kadang2 bukan masa awal nak tidor..dh lama tido pn boleh kena tp bila kena kita rasa separa sedar. macam betul kena tindih..masa tu pun kita dah tau kita kena tp takleh wat pepe

life,
bukan la..ni benda biasa. tak tau la mungkin life x penah kena..

farah,
aku percaya sbb aku penah kena jugak..hantu tindih ni orang kabo. mmg tensen kalau kena. buat kita takut dan tak selera nak sambung tido rasa macam ada je lagi benda tu tengok kita. masa kena rasa separa sedar tapi kena tak peduli masa. kekadang dah lama tido pn boleh kena. tensen

Umie said...

Aku syak ko tgh pakai MP3...wakakaka

ehh,dedulu pun aku penah kena mcm nih...skang Alhamdulillah le dah xde gangguan lg...

Dzulkarnain Mohamad said...

umie,
aku biasa kena kalau otak risau n badan letih..
yg masa aku kena ni aku baru balik lepas cuti 5 hari masa raya haji hari tu. lama aku cuti n tinggalkan bilik umah sewa aku kosong macam tu. entah apa yg menumpang kat situ masa aku cuti tu pun aku tak tau..

izu ting ting said...

uih.aku pnah kena.

aku kena seret,kaki aku kna tarik.tp aku igtkan mmpi ja.tp mmg btul pn aku sampai dok peluk tangga katil tu.

Anonymous said...

Hi, I think your website might be having browser compatibility issues.
When I look at your blog site in Firefox, it looks fine but when opening
in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up!
Other then that, great blog!

Here is my webpage; new cellulite treatment

Anonymous said...

treat your own tennis elbow jim johnson

my web blog - tennis elbow treatment cortisone shot

Anonymous said...

Trevett rosacea treatment

Look into my web blog ... Tougaloo rosacea specialist

Unknown said...

Ak selalu la. Sampai xboleh tidor smpai pagi

Nik Ashraf said...

Ak selalu kene. Badan x leh gerak igt kene tindih. Mgkin salah satu effect separa tidur?