Monday, December 22, 2008

Kau Nak Balik Ke Atau Kau Dah Tau Saper Aku??..

"Sejak aku duduk menyewa rumah ni baru benda alah tu tak ada. Dulu masa aku dengan abang aku menyewa kat Kuantan memang kerap ada.." Saipul menarik nafas panjang.

"Itulah, aku rasa benda ni bukan jenis yang mengikut tapi jenis yang bermukim kat rumah yang kau sewa dulu. kalau mengikut memang sampai Kemaman ni pun dia ikut.."

Perborakan kami malam tu berkisar tentang gangguan yang kerap diterima Saipul. Pernah satu malam masa dia keluar nak ke tandas. Dia nampak abang dia tengah duduk sedap-sedap atas kerusi ruang tamu. Tapi dalam gelap. Bila dia tegur. Abang dia tu terus jalan dan lesap masuk dinding.

Apa benda tu? benda2 yang boleh menjelma? boleh merupa? Ah penjelmaan dan pemerupaan ni memang wujud dalam kisah manusia sejak zaman Nabi Adam lagi. Penjelmaan banyak disentuh dalam kisah2 nabi. Contohnya tongkat Nabi Musa boleh berubah menjadi ular.

Samada Malaikat, Jin dan Iblis. Mereka semua makhluk yang diberi Allah kelebihan untuk menjelma dan merupa (betulkan kalau aku salah). Manusia tak ada kelebihan ni kecuali Si Tenggang, Naruto dan Hajime

Satu hari aku ym Mazidul(bukan nama sebenar). Borak, borak juga. Tapi sudahnya melarat...

QARIN?

dzulmohamad: kau kata kau penah jumpa qarin? (apa yang aku tau qarin adalah sejenis jin pendamping yang sama dgn orang yang didampingi..betul ke?)
mazidul: pernah
mazidul: n adik aku pernah jumpa aku tepi longkang padahal aku gi kedai
dzulmohamad: ish betul ka?
mazidul: ha'ah
dzulmohamad: tapi tu adik kau yg jumpa..mungkin gak org lain
mazidul: jumpa dekat longkang rumah, dan dia borak ngan 'aku'
dzulmohamad: peh..siap borak lagi..


HANTU KEDAI SNOOKER

mazidul: aku pernah nampak member aku masuk kedai snuker, pakai baju yg dia selalu pakai
mazidul: bila aku masuk dia takder
mazidul: aku keluar balik, 10 min pastu dia sampai
dzulmohamad: dia ke tandas x?
mazidul: tak. takde org kat tandas. tempat tu biasa aku lepak, so aku mcm dah kenal semua org kat situ. takde saper muka iras dia
dzulmohamad: maknanya 10 min lepas tu br dia sampai dgn kereta dia la..
mazidul: moto
dzulmohamad: huh..macam2..nape jd macam 2 ek
mazidul: itu mungkin aku silap tengok
mazidul: entah
mazidul: actually aku ada few experience gak
mazidul: malas nak citer
dzulmohamad: iye la..tah pelanduk dua serupa..tp yang adik kau sampai beborak tu mmg angker..


KAU NAK BALIK KE ATAU KAU DAH TAU SAPER AKU??

mazidul: awek aku punya citer lagi tak bleh blah..
mazidul: nampak 'kawan dia' jilat pad
dzulmohamad: hah..gile..
mazidul: dekat tandas
mazidul: pontianak tenggek betul2 depan windscreen keta
mazidul: susah aku nak terima, ada org experience ni semua
mazidul: selalu dengar nampak2, n benda tu hilang...
mazidul: biar aku citer, mula2 awek aku bgn mlm pergi tandas
mazidul: pastu dekat tandas dia nampak ada pintu tak rapat
mazidul: bila jengah nampak kawan dia tgh jilat pad
mazidul: dia mamai masa tu, terus dia pegi sink basuh muka
mazidul: then, 'kwn dia' dtg dekat n basuh muka jugak
mazidul: tiba2 baru dia teringat 'apa kejadah minah ni isap pad'?
mazidul: n dia cakap dia nak balik bilik
mazidul: kwn dia cakap "kau nak balik ke kau dah tau saper aku?"
mazidul: terus dia lari balik bilik
mazidul: dan kawan dia yg sebenar tgh tidur
(menurut mazidul, kes ni berlaku kat salah sebuah kolej U.M)

16 comments:

John Doe said...

ni yang gua malas nak baca blog lu tgh2 malam..
sorang2 plak tu ni,,

hanis said...

hehehehe~ ngilai cam langsuirr

hajime said...

dem...
ko wat aku tergolek drpd kerusi pasal gelak dowh...
siap name aku ade...
link ke pos menyamar kucheng malas lak tu...
aku ade gak cite2 qarin ni...
tp yg aku dgr je le...
aku tak pernah kene...
eh?
jap!
kat UM?

DarabDua said...

peh! yg last tuh mmg angker abis!
kalu gua kena, mmg itu jam jugak pengsan!

Daus said...

betul punya seram kantoi dengan hantu..cilakak punya hantu!

alif-mikail said...

karate je tengkuk hantu tu..

err.. hantu tak baca blog aok kan? hahahahaha

yoshz said...

haha.misterius betul mazidul tu. teringin aku nak berkenalan dgn beliau.

poyotito's said...

hok last tu memang angker.
kena kat gua pucat juga gua ingat.

Don Balon said...

werpp..
Jin kaper le tu makan mender2 koto..
kalau kena ke koi boleh sampei ke bilik pun kira hebat la tu..
jangan citir-bitir doh le..
karanc dengan citir-citir koi "dia" sapu..hihi

arsaili said...

salam kenal..meremang plak dengar citer nih....

Amer Yusof said...

aku rasa hantu tu cam kelakar je...jilat2 pad. hahahaha.

genius la blog kau. update lah selalu k.

mrblind said...

lu dah kena ni gua syak..mana-mana tempat lu pergi..jin tu dah ikut lu..haha..

Umie said...

huh..sib baik aku baca entry nie di siang hari...huhu... gile scary!!!

Dzulkarnain Mohamad said...

jon doe,
hahaha..baca malam2 la baru betul(true)..

hanis,
hahaha..mmg sebijik la

hajime,
ah, aku tiba2 teringat menyamar kucing..aku linkkan aje tanpa persetujuan pemilik blog hahaha.

ah, n3 kan aje..

darabdua,
kena sakat tahap macam tu aku pun lari bersepah hahaha

daus,
memang kantoi habis. kalau gua mmg nangis tak berenti sebab kacau gua sampai macam ni

alif,
benda2 gini yg aku takut. mana tau blog aku dah dipantau 'mereka'.

yoshz,
owh, dia sungguh baik hati orgnya dan seorang yang neo-romantik

poyotito,
kalau lu yg kerja sepak punch bag dah pucat, kalau kena kat gua memang gua nangis lepas tu repot kat mak gua.

don,
agaknya mau merangkak ke bilik aok kalau kena..hahaha

arsaili,
aku meremang jugak..tp raya lepas aku tak melemang la..tempah kat jiran sebelah je. kau melemang tak raya lepas?

amer,
hantu tu niat nak buat joke sebenarnya. tp tak jadi. aku rasa tentu dia berkecil hati

mr blind,
tu la gua pun ingat nak bela jin la. gen 2. mmg kemana saja dia ikut.

umie,
ah, siang pun ada gak tp dia usha line. malam kang ko jejaga sket jenis yg meresap dlm dinding tu

art:love said...

ilang ngantok i babca blog u babe..
thanx~~~
:)

Amir Mohd Mizan said...

pergghhh..giler ko???kolej bpe??aku duk UM ni..meremang aku bace ni..