Sunday, March 15, 2009

Jelmaan Atau Kebetulan..?

11.3.2009...



groommm..gung..gang..

hujan tak, ribut pun tak tiba-tiba guruh pula berdentam dentum. aku mengensot sikit..menjangkau henset pada frame tingkap..

5.15 a.m..

ah..dah dinihari..aku tarik toto..terus sambung tidur yang terganggu gara2 bunyi guruh..

groomm..grrr..

sunyi..

grumm..guk..guk..guk..

guk..gukk..

kali ini lain macam sikit bunyi guruh yang aku dengar..ada guk..guk..guk di hujungnya..

aku buka mata dalam kelubung toto..cuba menangkap bunyi yang terhasil dari deruman guruh sebentar tadi..telinga aku pasang betul-betul..peka dengan setiap tona bunyi yang terhasil sebentar tadi..

guk..guk..

guk..guk..

sah..kali ni aku yakin bukan bunyi guruh..macam bunyi ketukan di pintu..tapi aku tak pasti pintu bahagian mana..

guk..guk..

aku pusing badan ke arah pintu bilik aku..bunyi ketukan tu..memang datang dari pintu bilik aku. memang jelas..

tiba-tiba aku ternampak sekilas bayang-bayang berlalu dari celahan bawah pintu. darah aku berderau cemas. aku pusing badan perlahan-lahan di atas katil..

macam-macam yang berlegar dalam kepala saat itu.. samada perompak cuba memecah masuk..orang saja nak buat khianat..perogol.. atau pun bob.. maklum la siapa lagi yang nak ketuk pintu bilik aku selain dari bob sebab malam ni hanya tinggal aku dan bob di rumah..tapi mustahil bob ketuk-ketuk macam tu..kenapa dia tak panggil aja nama aku..

aku jatuhkan badan dari katil dengan perlahan yang boleh..macam kucing mengendap tikus..aku intai di celahan bawah pintu bilik..dengan bantuan cahaya lampu bilik tengah yang tak di tutup, mata aku menangkap satu bayangan gelap di depan pintu. seolah-olah ada seseorang yang berdiri dengan sebelah kaki di luar pintu..

lama aku memerhati..harap harap bayang tu akan pergi jauh dari pintu..tiba-tiba kelibat tu bergerak-gerak..aku capai tombol pintu bilik dan terus buka..

satu makhluk bermata merah melompat sebaik saja aku menyergah dan susup-sasap lari di celah2 peralatan kerja..



-klik untuk besarkan gambar-


nota -
sampai skang aku x dapat agak macamana katak ni boleh masuk ke dalam rumah dan menerjah pintu bilik. katak ni sama besar dengan selipar tat sing saiz 11 dia punya lebar. cuma pendek skit dari selipar tu. sekali dia melompat boleh pegi hampir 3m. katak jenis apa aku tak tau sebab aku takut nak selongkar barang2 utk ambil gambar penuh..

dengan mata kemerah-merahan..ia kelihatan seperti jelmaan entiti misteri nusantara..

11 comments:

rose emely said...

perghh...
bikin suspen jew.
nasib baik iman kuat, hampir goyah dah tadi....

p/s: org laen bela tikus, incik dzul bela katak!!! huhuhu...dasat!

Dzulkarnain Mohamad said...

rose,
aku lagi gelabah..hantu punya katak.

Schafyzcha El Yahiya said...

Oh. Agak seram juga..

Don Balon said...

pergh..
mata katak tu memanc menyeramkan ..
mok koi cakak kalu jenis besor2 nama dia katok minyok.. :)

mrblind said...

hah..ni hantu yang menyamar jadi katak..hati-hati..hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

scha,
mana tak seram..guk gak guk gak kat pintu..kepala gangster pn boleh kecut perut kalau kena g2

don,
x tau la katak apa..bapak besarnya..kalau dapat tangkap bagus ni..

mrblind,
mata dah merah dah..aku bangun pagi dia dh hilang..angker

hanis said...

besor naw katak!

eiza in the house.. said...

mata n rupa sekali pandang mcm ular..rupanya katak..seram juga baca memula..aduhaii,tipah terkezuttt!!

Dzulkarnain Mohamad said...

hanis,
mmg beso..xtau spesis apa..

eiza,
aku memang sesak juga masa tu..aku takut orang nak buat kacau je..

Fadh said...

ko nak jadi penternak katak plak ke ha ha ha

Ana Gaston said...

erghh,geli -.-