Monday, April 6, 2009

1993 : Hantu Asrama Putera : Toyol Part 1

"toyol..! aku nampak toyol.." jerit rais termengah-mengah sebaik sahaja sampai di pintu masuk surau..

rais bukan nama sebenar. nama sebenar dia terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan..

ahli kariah surau semsas senyap seketika. muka rais masih pucat. pucat seperti mayat. macam zombi resident evil : extinction pun ada juga. dari belakang surau berita angin pun mula tersebar bertali arus dari mulut ke mulut. akhirnya sampai ke telinga cikgu s yang sedang mengendalikan kualiah maghrib malam itu.

rais masih di situ.

berteleku di pintu surau dengan lutut yang menggigil di sebalik kain pelikat kotak2 lusuh.

cikgu s segera mara ke pintu surau..mendekati rais yang sudah mula dibasahi keringat di dahi.

"apa yang awak nampak..cuba ceritakan pada saya? tanya cikgu s.

"saya nampak toyol cikgu.." perlahan tapi meuyakinkan suara rais..

"betul awak nampak toyol..?

"betul cikgu..badan rendah saiz budak-budak..warna hijau..

mata merah.."

"macamana awak boleh nampak..?"

"tadi saya naik kejap ke asrama nak ambil buku yang tertinggal..tiba-tiba saya nampak dia..masa tu dia nak masuk bilik..saya tengah lalu kat koridor..dia pandang saya..saya pandang dia..lepas tu dia lari dan ghaib..saya pun lari turun balik ke surau ni.."

cikgu s tetap tenang..seolah2 tiada riak curiga pada wajahnya..

keyakinan cikgu s ini ditambah dengan rekod bersih rais yang bukannya terdiri daripada pelajar bermasalah..tambahan pula dia budak tingkatan 4 baru masuk, jadi cikgu s membuang jauh-jauh perasaan curiganya terhadap dakwaan rais..

"mari..4 orang ikut saya..kita naik buat spot check.." cikgu s memberi arahan..4 orang pengawas ikut cikgu s dari belakang..

kawasan koridor dan dorm yang diberitahu rais terpeta dalam otak cikgu s. dia memang arif dengan setiap sudut dan ruang asrama semsas maklumlah cikgu s juga merangkap warden asrama sejak sekian lama..

tup tap tup tap..cikgu s dan 4 orang pengawas bergegas naik ke asrama 4 tingkat itu..

tingkat 1...

tingkat 2...

tingkat 3...

cikgu s berhenti..4 pengawas berhenti..di korodor itu langkah mereka semakin berhati-hati kerana nun dihujung lorong..di situlah dorm yang didakwa baru sahaja dimasuki toyol dan menyebabkan rais berpatah balik ke surau..

17 comments:

alif-mikail said...

main part 1 .. part 2 ni koi debar semacam ni.. heh!

hanis said...

jeng. jeng. jeng..

Rajuna said...

rais tidur tak basuh kaki
mengigau pulak tu.
tampar je rais ni.

Dzulkarnain Mohamad said...

alip,
haha..debor mende..? baru2 ni member koi kabor ada orang mati balik rumah makan nasi..koi nak tido pn kucar-kacir..ape daa

hanis,
haha..malas nak sambung la

rajuna,
taktik dia taknak dengar kuliah maghrib je ni..

Radius.F said...

nama dia rais yatim ke?
hahahahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

radiusf,
lama dah x dengau kabau beliau..
kau pulak apa kabau..?
bila nak sambung cerita kau..?
kau sibuk bekempen kat bukit selambau?

Redzwan Abdullah said...

hola n salam

Lame tak bertemu..

Huhu...

rindu blog ko seyh

Dzulkarnain Mohamad said...

redz,
salam dari mesia..
aku chat..
aku sokmo baca blog ko..x miss lg rasanya..dah start bedah mayat..? mcm syok je gamba..hehe..

Fadh said...

sambung laaa weh...

poyotito's said...

ah sudah

BudAk hijAu said...

cepat sambung!!!

Don Balon said...

weh..hampeh..koi tau rais dgn cikgu s tu sapa walaupun koi tak khatam semsas..hehe

rumoh rais tu dekat je dgn petronas bandor pusat tu kan? kuikui

Don Balon said...

Rais raitawan.. kuikui

Umie said...

wei...sambung le..berdebar2 aku nak tau ending nih...huhuhu

a.b geldofg said...

aku tggu smbongan..tk smbong siap ko

alif-mikail said...

koi dah standby ..

baik update

Rawker said...

salam.

kisah benar ke ni? tahun 93?
atau 92 (B6) ?