Tuesday, June 2, 2009

Toyol Part 2 : Hikayat Yang Ngeri

Prolog

Badan cikgu Naim sebenarnya masih lagi terketar-ketar. Dia cuba juga merehat-rehatkan dirinya dalam kedinginan malam itu. Kerana itulah tujuan sebenar dia datang ke situ. Berehat di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar pada malam hari sambil menghisap dalam-dalam rokok dunhill kegemarannya. Namun, dia tetap dibayangi kejadian ngeri baru beberapa minit yang lalu.

Cikgu Naim terkejut yang amat sangat. Dia hampir dikeronyok oleh sekelompok pelajar yang seakan-akan dirasuk hantu. Mujur juga dia sempat menjerit minta dikasihani. Kalau tidak tentu dia akan menjadi mangsa kekejaman pelajarnya sendiri.

Pelajar-pelajarnya yang cuba memukul bantai dia sebentar tadi telah hilang menyusup ke kawasan lain pula. Mencari mangsa yang boleh dijadikan korban. Cikgu Naim sendiri yang membenarkannya. Membenarkan para pelajarnya bertindak ganas begitu. Dia tidak marah, jauh sekali menghalang.. Jika itu yang dimahukan oleh para pelajarnya. Cikgu Naim seolah2 merestui keganasan yang hampir membawa padah kepada dirinya sendiri.


******

Cikgu S sudah hilang sabar. Baru beberapa minggu lepas heboh kes Rais terserempak toyol, kali ni hantu jenis lain pula. Seorang lagi pelajar lelaki terserempak 2 lembaga hitam keluar dari asrama putera ikut tangga belakang. Macam kilat. Macam ribut.

Sepantas itu juga cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 berkumpul di dataran asrama putera dengan serta-merta. Pelajar-pelajar lain diarahkan terus ke prep malam seperti biasa.

Ya..dendam cikgu S mesti berbalas malam ini juga. Kali ini ciksu S tdak lagi dibantu oleh 4 orang pengawas sekolah. Bahasa tak boleh harap sangat agaknya.

Tanpa segan silu cikgu S mengarahkan semua pelajar lelaki tingkatan 5 membantu demi menjamin kejayaan misi. Saat itu tiada bantahan langsung yang kedengaran daripada para pelajar. Selepas masing-masing menukar kain sembahyang kepada seluar slack (seluar jin tak dibenarkan) di koridor surau. Masing-masing pun bergerak ke dataran asrama.

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.

Masing-masing dengan gunanya :

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)


"Lembaga hitam perlu ditangkap walau dengan apa cara sekali pun. Sudah terlalu lama makhluk2 halus ini bermaharajalela di kawasan asrama kita.." Ringkas sahaja bunyinya kenyataan daripada cikgu S..

Ucapan ringkas cikgu S itu berselang seli dengan kekecohan semua pelajar.

Di mana musuh akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dijemur?
mana senapang akan diampai?
mana jamban dikincah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?
(petikan : hikayat awang sulung merah muda)

...tapi semua tu tak lama. Budak2 asrama kalau bab macam ni mmg cepat faham. Kami pun berpecah tiga empat grup. Semua pakat kepung asrama. Geledah semua tempat. Cari dalam bilik, katil, celah almari. Tak ada..

Ada juga yang geledah bas buruk..tak ada juga..

Ada satu grup lagi pergi geledah tepi pagar kawasan padang. Pun tak jumpa. Lembaga hitam tak nampak. Toyol pun tak jumpa.

Sedang kami sibuk meronda di padang dan area jalan masuk tiba2 terdengar satu jeritan dari tengah padang. Sayup-sayup dan nyaring..

"Dah jumpa!!...cepat kepung..kejar..kejar dia!!.."

Entah suara siapa. Kuat betul..Aku yang kebetulan meronda hampir dengan pintu pagar utama terkejut. Dari jauh aku nampak beberapa orang budak berlari laju menghala ke arah aku..

"Tutup pintu pagar!! tutup pintu pagar kita kepung dia.." suara itu juga..kali ini dengan termengah-mengah.

Aku panik. Apa benda pun tak nampak. Hantu tak ada, toyol pun tak ada. Dalam kelam kabut aku tutup juga pintu pagar.

"Kalau dapat tangkap hantu ni boleh juga nama masuk senarai pelajar cemerlang yang digantung pada dinding dewan.."akal aku mula tak berfikir ke arah itu..

Budak-budak berlari dah makin dekat dan laju..tiba-tiba..

"Sana!!..sana!!..dia lari penjuru sana.."terdengar satu suara..suara itulah juga..

Dari kedudukan aku. Jelas aku nampak mereka meluru dengan ganas ke arah satu lembaga hitam di bawah rimbunan pohon di kawasan rekreasi pelajar..

"Huh, dengan lembaga hitam itu..? mereka memang nak cari nahas!!.." akal aku mula berfikir ke arah itu..

12 comments:

Redz da Tsar said...

lama betoi aok tak nulis blog.. rindu keh... Nie citer betoi ke atau aok nak buat kompilasi cerpen?

dzul said...

redz da tsar,
cerita betul..aku tak tipu..aku ada di tempat kejadian..mmg aku yang tutup pagar. masa tu memang tengah kecoh hal toyol n hantu kt asrama semsas. operasi ni dibuat selepas ada budak ternampak kelibat lari keluar dari asrama..

cerita ni blum berakhir lg sebenarnya..

mrblind said...

king of angker..hahaha

Fadh Rahman said...

ha ha ha punyalah banyak petikan hikayat awang sulung merah muda...saje nak bagi citer jadi panjang laa tue...sambung laa plak...nie nak kena tunggu berapa bulan plak baru nak sambung he he he

dzul said...

mr blind,
haha, angker sapa ceroh..

fadh,
awang sulung merah muda adalah karya klasik pertama yg aku baca. masa tu aku sekolah rendah lagi. pinjam dari akak yg belajar sastera..sampai skang aku masih kagum dengan kisah, puisi2 dan falsafah yang ada di dalamnya.

Don Balon said...

sambung..jangan tok sambung..
kuikui

Yana Ismail said...

alaahai..ada smbgan plak..ekeke

Rajuna said...

ini dah kira macam tok dalik dah.

dzul said...

don,
kas akan sambung juga..tungguu

princess yana,
hehe..tak larat dah nak menaip..boleh buat novel pulak..

rajuna,
haha..teringat toyol gigi garfu..macam harem

alif-mikail said...

ah! koi tertipu!

Asfan Ash said...

cepatlaaa sambunggggggg

Asfan Ash said...
This comment has been removed by the author.