Tuesday, July 14, 2009

Seindah Bunga Marigold..?



"Lepas makan kita menyimpang ke kedai runcit Ah Kau. Aku nak beli susu buat teh tarik. Susu pekat manis marigold dah nak habis. Esok kau orang juga nak pekena teh tarik kat warung aku..."

Tak silap aku ada dua tiga kali juga Man menyebut2 pasal nak ke kedai Ah Kau. Sunyi sangat dia kalau tak jumpa Ah Kau selang seminggu agaknya. Aku jangka kalau kedai Ah Kau tutup boleh jadi dua tiga hari juga Man akan menangis hentak2 kaki. Entah. Macam la kedai cina tu aja yang ada jual susu marigold di daerah Kemaman.

Aku lepak dalam kereta sambil menunggu Man yang sibuk membeli. Tak lama Man datang ke kereta menjinjing satu beg penuh susu pekat manis marigold. Tangan sebelah lagi pegang slip kertas putih dengan nombor empat digit berturutan.

"Lu beli susu ke lu beli 'saham'..?" Tanya Robert sambil membelek2 tiket loteri yang dibeli oleh Man dari kedai Ah Kau.

"Hahaha. Banyak rugi wang la beli ini balang. Bukan kena pun.." Robert ketawa mengekek akibat gelihati dengan perangai kaki nombor Man yang beragama Islam itu.

Man menghantar aku ke rumah. Tergesa-gesa aku buka komputer dan tengok keputusan pilihanraya kecil DUN Manik Urai.

Hah! PAS sudah menang tipis.? Ini sudah pelik.. Getusku dalam hati bila aku klik berita di sini. Aku panggil Man dan Robert yang sempat menyinggah sekejap sambil-sambil tengok tv dan berborak. Man dan Robert sudah berkeluarga. Umur pun masing2 dah lebih 50 tahun. Kalau orang bujang boleh jadi lepak juga rumah aku sambil layan cerita haunting in connecticut sampai pagi.

"Aiyya. Sudah menang tipis ka..? Wah, ini sudah pelik. Saya agak PAS boleh menang besar. Hmm berapa menang tadi..?" tanya Robert tergesa-gesa dengan wajah prihatin dan sedikit terharu..

"Kalau ikut majoriti PAS cuma menang 65 undi.."

"Itu kalau majoriti..dia punya kilaan undi belapa..?"

"PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi."
jawab aku jujur..

Robert mencatat jumlah kiraan undi pada sehelai kertas kosong..

"Nombor cantik. Esok boleh saya beli 'saham'.." Sambung Robert yang beragama Buddha itu dengan senyuman umpama bunga marigold kembang pada musim semi..

Sunday, July 12, 2009

Nasyid Micheal Jackson..?

Mungkin ramai yang dah dapat forward emel ni. Tapi tak kisah la aku publishkan saja. Suara yang mendayu2 mirip Micheal Jackson. Nasyid yg amat indah untuk dikongsi bersama. Nak dengar klik music uploader kat sebelah..tunggu lama skit..

Dikopipes sepenuhnya..
***

Give Thanks to Allah - by Micheal Jackson

Allah - by Micheal Jackson

Dear All,

Assalamualaikum. .

MICHAEL JACKSON IS SINGING FOR ALLAH SWT. LIVING IN BAHRAIN, MICHAEL JACKSON HAS GONE THROUGH AN AMAZING TRANSFORMATION. HE SINGS "Du'aa" WITH A PERFECT ARABIC PRONUNCIATION AND THE WORDS, TUNE AND STYLE ARE VERY APPROPRIATE.

Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson.
Here are the lyrics:

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't give in to shaytan
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu ghafur
Allahu rahim
Allahu yuhibbu'l-muhsinin,
Wa-khaliqhuna
Wa-raziqhuna
Wa -huwa ` Ala kull ah-sha'in qadir
Allah is Ghafur
Allah is Rahim
Allah is the one who loves the muhsinin,
He is our creator
He is our sustainer
And he is the one who has power over all.


Allahu Akbar!

Friday, July 10, 2009

Baca Buku!!..Kamu Faham Ke Tak Ni..

1985..

Masa aku sekolah rendah darjah tiga. Ada satu hari kami semua kena berdiri atas kerusi. Cikgu Rozana guru kelas asyik membebel sahaja sejak tadi sebab result periksa budak-budak kelas teruk yaamatz.

"Lain kali balik rumah jangan main sahaja kendian tengok tv. Baca buku. Lepas baca buku baru tidur..Faham semua?"

Hari lain pun Cikgu Rozana membebel lagi. Result periksa kelas kami teruk bukan main. Oleh sebab tak tahan asyik kena berdiri atas kerusi dan dengar cikgu Rozana membebel benda yang sama..baca buku, baca buku. Aku berani-beranikan diri tanya Cikgu Rozana sesuatu yang jadi kemusykilan sejak dulu..

"Cikgu..macamana nak baca buku..? Baca saja ke..? Kalau baca pun nak buat apa..?" Tanya aku geram. Cikgu Rozana terus cubit perut aku. Tapi aku tak malu sebaliknya puas hati sebab dapat melepaskan masalah yang bersarang dalam benak aku walaupun tengah kena berdiri atas kerusi itulah juga.

Muka Cikgu Rozana yang tengah marah berubah jadi tersenyum-senyum. Budak2 lain pun mengangguk2 sambil memekak mengiyakan cakap aku. Lagipun Cikgu Rozana pun bukannya bengkeng sangat. Dia amat baik hati dengan budak2 kelas aku sebenarnya..

"Bukan baca saja..kena faham la..Baca dan faham.." Tiba-tiba cikgu rozana menambah perkataan 'faham' di situ.

Begitu rupanya kaedah pembelajaran. Budak2 kampung apa lagi yang kami tahu selain masuk kelas, rehat, balik,pegi sekolah agama,main waktu petang,malam mengaji Quran..

Baca buku lepas waktu belajar kami tolak tepi..Entah apa-apa..

Tapi itu dulu..lama dulu..


*****
Kalaulah kerajaan masih mengekalkan sekolah Inggeris macam zaman penjajah. Agaknya semua orang pun handal berbahasa inggeris macam Arwah Che Mat kawan Rahimin Idris masa projek Masjid Padang Tengku, Kuala Lipis.

Sekolah Inggeris bukan macam sistem sekolah skang ni. Sejarah Melayu pun kena belajar bahasa Inggeris. Kalau kantoi cakap Melayu dalam waktu sekolah kena denda bayar duit beb..hah br la betul penerapan tu ada dalam kehidupan harian. Kalau tak caya cuba cari orang2 lama yg sempat sekolah inggeris..

Mungkin zaman tu Kerajaan angkuh sangat sebab dapat merdeka dan fikir diri dah terlalu hebat dan tak perlukan bahasa penjajah lagi..sekarang baru tau menyesal kan..? hahaha..


Cakaplah Bahasa Apa Pun Yang Penting Kita Sama-sama Faham Dan Boleh Buat Kerja Dengan Betut - William Teoh,2000

Sunday, July 5, 2009

Kereta Malaysia Indah Khabar Dari Rupa

Kat negara mana lagi nak cari kereta yang selalu ada kes bumbung bocor..


Kereta ni aku dah guna sekitar 9 thn..


..tapi bumbung dah jadi macam ni. Kalau hujan memang kena pakai baju hujan dalam kereta. Nak ganti bumbung satria sekarang dah cecah 2,3 ribu ringgit..

Karat pertama yang aku kesan kecil saja iaitu sekitar 6 tahun lepas. Masa tu aku dah fed up tapi apa nak buat. Aku biarkan saja atas nasihat pakar jika dibaiki pun karat akan merebak juga.

PROTON sila jawab dan selesaikan isu ini segera. Bukan kereta aku aje yang kena.

Jangan sampai aku tampal bocor tu dengan selotep merah pula. Nanti PROTON juga yang dapat malu..

Wednesday, July 1, 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang..

"Sejak Mat Bolok buka kedai ayam, mak tak pernah beli ayam kat kedai lain. Bukan apa, ayam Mat Bolok fresh. Masa kita nak beli baru dia sembelih. Baru proses buang bulu. Kalau beli yang dah siap hantar ke kedai mmg tak sedap. Hari tu mak ada terbeli juga sebab kedai Mat Bolok tutup. Tak sedap langsung.."

"Tapi mak, bukan ke Mat Bolok dah bertahun meninggal dunia?."

"Betul..sekarang bini dia yang jaga kedai tu tp orang tetap panggil kedai Mat Bolok. Ayam Mat Bolok.

"Macam tu la yang orang kata harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama kot..walaupun Mat Bolok dah lama pergi tapi orang tetap sebut-sebut nama dia.." Sambung aku dengan mulut berbulu dengan nasi.

"Tapi mak, apasal orang kata harimau mati meninggalkan belang pula..? Tak meninggalkan bintang ke, akar ke. Apasal belang je..?" tanya Epol adik aku. Cuti semester memang dia ambik masa berehat di rumah. Berehat, berehat juga. Sebab bosan sangat tak ada apa nak buat, Epol ikut kawan-kawan mengecat di kilang sawit felda kota gelanggi. Dapat juga dia 20 ringgit sehari.

"Dah lama pepatah tu..masa zaman mak kecik-kecik dulu dah.." balas emak sempoi..

"Harimau mati meninggalkan belang tu bukan apa. Harimau belang ni dia raja di hutan. Masa zaman dulu kalau harimau mati kena tangkap misti orang kampung kata harimau belang. Walaupun yang mati tu harimau akar ke bintang ke. Orang lama la katakan. Mana nak tau sangat pasal jaguar, panther. Orang kampung tetap kata harimau belang juga. Lagipun ini pepatah lama.." terka aku jujur macam bijak sangat yang entah apa-apa sambil terhiling-hiling.

"Ah bukan langsung. Dia meninggalkan belangnya sebagai persoalan kepada orang kampung. Berapa jumlah belangnya. Apa warnanya dan berapa tahun usianya merujuk kepada belang tersebut." teka pula Epol macam budak baru ambik asasi sains.

"Tapi yang komeh pelik apa pasal dia kata meninggalkan belang..jalur belang pada badan harimau belang bukannya suatu yang menarik pun untuk dikenang orang kampung. Ke kulit dia orang kampung dah rembat lepas tu jual kat Cina. Memang iye belang je yang tinggal.." aku confius sehingga ke tahap ragu-ragu..

"Bukan belang pada badan tu yang dimaksudkan. Belang tu maksudnya sikap garang, ganas dan taiko yang ditinggalkan oleh harimau buat ingatan orang kampung. Mana tahu dia dah rembat lembu orang kampung lepas tu sampai ke tahap makan orang pula.." Betah emak menamatkan forum makan malam yang penuh kontroversi di awal malam itu..



Tapi sayangnya tak siapa yang tahu pencipta bagi pepatah lama yang sangat kreatif itu. Mungkin hanya beliau yang tahu maksud sebenar pembayang bagi pepatah tersebut. Beliau sendiri mati tanpa meninggalkan namanya.