Friday, July 10, 2009

Baca Buku!!..Kamu Faham Ke Tak Ni..

1985..

Masa aku sekolah rendah darjah tiga. Ada satu hari kami semua kena berdiri atas kerusi. Cikgu Rozana guru kelas asyik membebel sahaja sejak tadi sebab result periksa budak-budak kelas teruk yaamatz.

"Lain kali balik rumah jangan main sahaja kendian tengok tv. Baca buku. Lepas baca buku baru tidur..Faham semua?"

Hari lain pun Cikgu Rozana membebel lagi. Result periksa kelas kami teruk bukan main. Oleh sebab tak tahan asyik kena berdiri atas kerusi dan dengar cikgu Rozana membebel benda yang sama..baca buku, baca buku. Aku berani-beranikan diri tanya Cikgu Rozana sesuatu yang jadi kemusykilan sejak dulu..

"Cikgu..macamana nak baca buku..? Baca saja ke..? Kalau baca pun nak buat apa..?" Tanya aku geram. Cikgu Rozana terus cubit perut aku. Tapi aku tak malu sebaliknya puas hati sebab dapat melepaskan masalah yang bersarang dalam benak aku walaupun tengah kena berdiri atas kerusi itulah juga.

Muka Cikgu Rozana yang tengah marah berubah jadi tersenyum-senyum. Budak2 lain pun mengangguk2 sambil memekak mengiyakan cakap aku. Lagipun Cikgu Rozana pun bukannya bengkeng sangat. Dia amat baik hati dengan budak2 kelas aku sebenarnya..

"Bukan baca saja..kena faham la..Baca dan faham.." Tiba-tiba cikgu rozana menambah perkataan 'faham' di situ.

Begitu rupanya kaedah pembelajaran. Budak2 kampung apa lagi yang kami tahu selain masuk kelas, rehat, balik,pegi sekolah agama,main waktu petang,malam mengaji Quran..

Baca buku lepas waktu belajar kami tolak tepi..Entah apa-apa..

Tapi itu dulu..lama dulu..


*****
Kalaulah kerajaan masih mengekalkan sekolah Inggeris macam zaman penjajah. Agaknya semua orang pun handal berbahasa inggeris macam Arwah Che Mat kawan Rahimin Idris masa projek Masjid Padang Tengku, Kuala Lipis.

Sekolah Inggeris bukan macam sistem sekolah skang ni. Sejarah Melayu pun kena belajar bahasa Inggeris. Kalau kantoi cakap Melayu dalam waktu sekolah kena denda bayar duit beb..hah br la betul penerapan tu ada dalam kehidupan harian. Kalau tak caya cuba cari orang2 lama yg sempat sekolah inggeris..

Mungkin zaman tu Kerajaan angkuh sangat sebab dapat merdeka dan fikir diri dah terlalu hebat dan tak perlukan bahasa penjajah lagi..sekarang baru tau menyesal kan..? hahaha..


Cakaplah Bahasa Apa Pun Yang Penting Kita Sama-sama Faham Dan Boleh Buat Kerja Dengan Betut - William Teoh,2000

6 comments:

Fadh Rahman said...

bahasa apa pun yang dipelajari tak jadi masalah asalkan bahasa ibunda tidak diketepikan malah perlu disanjung lebih tinggi dari bahasa asing.

John Doe said...

orang bisu yang tak bercakap pun boleh jadi pandai ngalahkan yang sempurna.dok gitu?

* april 1985 - gua lahir. haha

Anonymous said...

Nk maju xyah pinjam bhs org.. gune bhs ibunda.. sbb bhs 2 jiwa bangsa.. saper lg nk naikan bhs melayu klu bukan org melayu??

Rahimin Idris said...

taik la dzul. arwoh cik mat tu bukan lagi kamceng dengan aok? haha

Hanisham Ab Halim said...

Aku tetap sokong bahasa ibunda aku. Bahasa jiwa bangsa

Redz da Tsar said...

serius, tindakan memansuhkan ppsmi sangat membazir... mesti nak tolong puak-puak diorang dapat tender cetak buku teks dan ABM...

tapi aku tak kata aku sokong ppsmi... aku rasa kalau bagi pilihan kat pelajar untuk pilih... buat la 4 kelas... 2 kelas bm, 2 kelas bm... buku teks tak membazir, cikgu punya ilmu tak membazir... hihi...

aku ingat lagi, masa aku spm dulu, buku teks baru-baru sebab silibus baru, tapi buku tu jadi kertas buruk je bila batch lepas aku guna bi... huhu...

p/s: knp aku fikir tentang membazir je? knp tak fikir faktor lain ha?