Tuesday, July 14, 2009

Seindah Bunga Marigold..?



"Lepas makan kita menyimpang ke kedai runcit Ah Kau. Aku nak beli susu buat teh tarik. Susu pekat manis marigold dah nak habis. Esok kau orang juga nak pekena teh tarik kat warung aku..."

Tak silap aku ada dua tiga kali juga Man menyebut2 pasal nak ke kedai Ah Kau. Sunyi sangat dia kalau tak jumpa Ah Kau selang seminggu agaknya. Aku jangka kalau kedai Ah Kau tutup boleh jadi dua tiga hari juga Man akan menangis hentak2 kaki. Entah. Macam la kedai cina tu aja yang ada jual susu marigold di daerah Kemaman.

Aku lepak dalam kereta sambil menunggu Man yang sibuk membeli. Tak lama Man datang ke kereta menjinjing satu beg penuh susu pekat manis marigold. Tangan sebelah lagi pegang slip kertas putih dengan nombor empat digit berturutan.

"Lu beli susu ke lu beli 'saham'..?" Tanya Robert sambil membelek2 tiket loteri yang dibeli oleh Man dari kedai Ah Kau.

"Hahaha. Banyak rugi wang la beli ini balang. Bukan kena pun.." Robert ketawa mengekek akibat gelihati dengan perangai kaki nombor Man yang beragama Islam itu.

Man menghantar aku ke rumah. Tergesa-gesa aku buka komputer dan tengok keputusan pilihanraya kecil DUN Manik Urai.

Hah! PAS sudah menang tipis.? Ini sudah pelik.. Getusku dalam hati bila aku klik berita di sini. Aku panggil Man dan Robert yang sempat menyinggah sekejap sambil-sambil tengok tv dan berborak. Man dan Robert sudah berkeluarga. Umur pun masing2 dah lebih 50 tahun. Kalau orang bujang boleh jadi lepak juga rumah aku sambil layan cerita haunting in connecticut sampai pagi.

"Aiyya. Sudah menang tipis ka..? Wah, ini sudah pelik. Saya agak PAS boleh menang besar. Hmm berapa menang tadi..?" tanya Robert tergesa-gesa dengan wajah prihatin dan sedikit terharu..

"Kalau ikut majoriti PAS cuma menang 65 undi.."

"Itu kalau majoriti..dia punya kilaan undi belapa..?"

"PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi."
jawab aku jujur..

Robert mencatat jumlah kiraan undi pada sehelai kertas kosong..

"Nombor cantik. Esok boleh saya beli 'saham'.." Sambung Robert yang beragama Buddha itu dengan senyuman umpama bunga marigold kembang pada musim semi..

14 comments:

Webmaster said...

Aku ingat robert nak wat analisa faktor dapat majoriti tipis. Nak tikam rupanyer...

rahimin idris said...

bijak orang kelantan kan?

Don Balon said...

orang kelantan berani membuat keputusan..
jelas mereka memberi isyarat kepada PAS yang kamu boleh jatuh juga kalau tak buat kerja sangat.. :)
kita oranc Pahang ni ntoh bila la..kuikui

alif-mikail said...

Peh! ayat dah tahap penulis hangat masakini..

menang ke weh? koi bajet dah kalah sebelum angkat senjata.. ahhaa

Fadh said...

org kelate tidak seperti org pahang...mereka menilai calon dan bukan parti...andai aok jadi calon parti kepala kerbau tapi aok bagus, minta itu dapat minta ini dapat maka aoklah yang akan menang. terbalik pula di pahang bilamana tunggul kayu diletakkan sebagai calon parti karat dacing, maka tunggul kayulah yang menang walau lawannya seorang yang jujur, ikhlas dan beriman tapi mewakili bulan mengambang pak ngahlah yang balik.

mrblind said...

tak tumpang sekaki ke woi?hahaha

lintasan hati said...

seindah gubahan pertama

Redz da Tsar said...

huhu...
kalah tipis tue memang tanda amaran...

Pahang nie tah bila la nak bagi amaran? Kerajaan tak terancam langsung...

Eish

Airland said...

Robert membeli berdasarkan analisis, Man menikam membuta tuli..

Klu nk mengundi kita kena arr wat analisis dulu, jgn memangkah membuta-tuli..

fajridil adha said...

suruh robert beli no 300 sbb ramai kat manek urai dpt rm300 ^_* [my blog]

Lae said...

hehe...berat deme mendengar berat lagi org kelate memikul

Rajuna said...

kalau dah sedap boleh perah buat air.

BudAk hijAu said...

bijak2...

Anonymous said...

ssulouh azo eowly interracial porn

ueogm!

rgbpw odmrxw cea asian teen