Wednesday, August 19, 2009

Sekilas Borak Dengan Ah Chai Drebar Kren Bukit Kuang Sekitar Isu H1N1

"yu tengok sana..itu drebar lori pun pakai tutup mulut..berapa bahaya la ini h1n1.."

"banyak bahaya lo..sudah ramai yang kene..mati pun sudah ramai.." sambung ah chai drebar kren yang sejak tadi stenby nak angkat stoplog buat cover roller gate..

ah chai baru hari ni aku kenal tapi sebagai rakyat malaysia yang mengamalkan 1 malaysia, aku boleh berborak dengan dia macam pertama kali jumpa kawan lama masa reunion sekolah menengah ulangtahun ke 15..

"ini semua babi punya pasal la..yu ada makan babi..? sambung aku lagi. aku memang biasa guna 'yu' kalau panggil orang cina. bukan sebab yu=you, mungkin juga aku nak sesuaikan dengan panggilan 'lu'. kalau dengan orang melayu aku belasah panggil 'engka' tak pun 'aok' je. kadang-kadang bos aku pun terpanggil aku 'engka' juga.

kalau aku panggil cina 'engka', aku rasa janggal. nak panggil lu, rasa macam gangster dalam filem gadoh pula..

"..babi..? apa yang lu sembelih pun aku makan la.." jawab ah chai berselindung di sebalik kata-kata. sebiji macam yang sering diamalkan ahli politik samada pihak kerajaan mahupun pembangkang, di mana-mana negara sekali pun.

"ini bukan sebab makan babi la..kalau sebab makan babi, semua cina sakit..mati..tinggal melayu aje.." kata ah chai dengan muka tak puas hati padahal aku cuma provok saja nak tengok apa jawapan dia..

"..ini semua datang dari negara orang putih..ini kuman sebab orang putih la amalkan cara hidup songsang..suka hati mereka saja.." sambung lagi ah chai mempertahankan konsep dia sambil menyalahkan pihak lain..pun macam taktik orang politik juga.

sapa-sapa pun akan pertahan konsep..ada yang pertahan islam hadari, 1 malaysia, dulu..masyarakat madani..dasar pandang ke timur pun ada juga yang pertahan. masalahnya kenapa tak ada pula orang yang nak mempertahankan konsep yang diperkenalkan oleh orang yang terdahulu..?

"tapi aku tengok ramai orang melayu yang kena penyakit ni..agaknya sebab tak makan babi.."
"ish, mana ada..cina pun ada kena.."
"cina kena ke..? kalau kena pun sikit.."
"ini semua sebab antibodi cina dah kuat.." sambung zaha yang datang secara tiba-tiba.. "entah-entah antiviral pun limited agaknya skang ni..mana kita tau"

"aku ingat ini semua tuhan nak bagi manusia ingat Dia la..Mmanusia ni senag-lenang senang lenang..sampai tak ingat dunia..bagi bala sekali baru ingat sekejap.."sambung zaha..

"..dulu pun tuhan dah turun hiv aids..satu kali kasi tsunami..dan macam2 lagi.." aku cuba menambahkan lagi fakta2 yang berkaitan..

"olang dah ramai sangat..lagi buat maksiat apa lanciau..ini semua kerja tuhan Allah juga..iya la..kasi kita ingat sikit jangan banyak sangat buat pekala jahat.."sambung ah chai beberapa kali diulang-ulang tentang pembalasan Allah terhadap hambanya yang suka membuat kerosakan di muka bumi..


p/s - cari la info ttg penyakit ni melalui informasi yang betul..punca, cara penyebaran, pencegahan, rawatan n lain2....dah berapa kali kementerian kesihatan beri penerangan..aku malas nak terang lol..

6 comments:

Don Balon said...

Hidup Ah Chai!!
D-z,
Rodonc koi budok gelangi 2 ader jugek Ah Chai..
tapi melayu..kuikui

Fadh said...

apasal aok ko syahadah kan terus si ah chai tue...me kala reti sgt pahala dose...baik masuk ISLAM.

Fadh said...
This comment has been removed by the author.
Dzulkarnain Mohamad said...

don,
macam-macam la ah chai ni. kuat sangat memungkor..dia bukan sebut tuhan Allah..dia sebut tuhan Ala..tuhan Ala..dengan kepelat-pelatan..

fadh,
haha..kawan cina aku ramai juga yang tahu pasal sejarah islam, tokoh2 islam..hukum2 islam pun ada juga demeh tahu sikit2..salute juge la koi ke demeh ni..

Umie said...

actually virus seumpama nie (H1N1) dah pernah menyerang dunia pada tahun 80-an (sorry lupe exact year) & it took about 2-3 years utk recover sepenuhnya... sepatutnya bila same thing happen again mcm skrg nie diorg dah bole encounter kan tapi taktau la napa mcm xde solutions je lagi buat masa skrg... I knew US dah cipta vaksin tapi vaksin yg diorg cipta tu utk mangsa2 yg terkena 1st phase... since virus H1N1 nie agak bijak, vaksin yg dicipta tu dah takleh nak fit dgn mangsa2 H1N1 yg skrg nie yg dah kategori 2nd phase... erkk, ko phm tak apa aku taip nie?? sebab aku rasa mcm aku pun dah tak paham..hahahaha

Airland said...

ko dh kuar umah pki topeng ker??