Tuesday, November 24, 2009

Aku Sudah Boleh Terbang..


"Macam ni boleh ke..?"

"Memang boleh..terbang dari kawasan tanah tinggi sesiapa pun boleh buat.."

Aku pandang kebawah. Di bawah kaki, aku nampak berkepul2 awan kumolonimbus yang menunjukkan kawasan pergunungan ini lebih tinggi dari menyapu awan..

Aku sedia..tarik nafas dalam-dalam. Dengan sekali lompat sambil tangan aku depang macam burung helang..aku terjun juga..

Terjun sambil membelah angin sejuk pergunungan yang mencengkam sampai ke tulang hitam bukanlah perkara main-main. Ini hal serius. Seumur hidup aku tak pernah buat kerja macam ni. Macam nak minta mati sesat.

Tanpa rasa takut..aku semakin jatuh ke bawah dengan pecutan daya graviti memusat..dan akhirnya..

Sungguh tak sangka..tiupan angin yang kuat walaupun amat sejuk dari kawasan pergunungan itu membantu aku memperlahankan jatuhan. Menyebabkan aku boleh terapung2 dan terbang seperti Son Goku dan rakan2.. Ya lihatlah dunia,aku sudah boleh terbang..walaupun tanpa sayap lilin itu..YUHUU..

moral-Oleh itu janganla pasang kipas dan tido tak berbaju masa musim tengkujuh..kang macam2 mimpi boleh datang..

8 comments:

Fadh said...

huh lain kali...tidur baca bismillah...

Webmaster@Echam said...

huhhhh.. mimpi rupanya.. hampeh aokkkk....

Redz da Tsar said...

ceh... Ingatkan buat terjunan bungee atau para tadi... Heh

Rajuna said...

wowowowow
tidak baik untuk paru2 goreng anda!

Hisham said...

salam terjah...nice blog n N3...
slamt ari raye qurban..tk cre

Airland said...

owh.. psg kipas kuat2 time tido bleh mimpi terbang ek?

dzul said...

fadh,
baca..baca gak, mimpi..mimpi gak..

echam,
heh heh..lain mcm mimpinye..

redz,
hehe..mana nak cari kat mesia..kalo ada nok gk trey

rajuna,
haah..bahaya..org kata boleh kena paru2 berair

hisham,
salam juga..slamat hari raya korban.

airland,
cuba la try

Ritah said...

Seronok kan boleh terbang?