Tanggal 26 Disember tahun lepas adalah majlis kenduri kahwin kali ketiga yang berlangsung di rumah aku selepas kali pertama kenduri kahwin kakak dalam tahun 1997 dan diikuti kenduri kahwin abang pada tahun 2006.
Kenduri kahwin kali ketiga ini merupakan misi walimatul urus adik lelaki aku yang dipanggil Ayah Teh oleh 4 orang anak saudara beliau.
Lets cekidaud apa yang berlaku pada hari tersebut. Majlis kenduri kahwin di perkampungan Felda Kota Gelanggi 1 masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong..
Pembersihan yang konsisten menghasilkan mutu daging terbaik. Hanya yang pakar mampu melakukan semua ini.
Masih ada di setengah2 tempat, kerja menyembelih lembu atau kerbau dijalankan selepas waktu Subuh kemudian terus melapah. Sekarang, kebanyakan bekalan daging adalah secara ditempah siap dari feedlot jengka 11 (siap sembelih dan lapah). Daging yang dihantar ke rumah cuma perlu disiang sahaja.
Geng tukang masak..seorang menggode manakala yang lain2 sebagai pemerhati.
Memasak dengan menggunakan kawah memang tak asing lagi setiap kali musim kahwin. bukan setakat nasi minyak, sayur, ayam goreng juga menggunakan kawah..cuma masak air dan gulai daging saja guna periuk. Sebab itu sampai 6 biji kawah digunakan.
Kawasan untuk makcik2 berkumpul. Buat kuih dan menyediakan awas. Bukan buat ketupat ya.
Hujan lebat tidak menghalang ajk basuh cawan menjalankan tugas. Mereka juga adalah sepupu-sepupu aku. Wei Man, jangan kuat sangat buat lawak..
Ujang. Ketua pemuda bahagian kenduri kawin. Antara yang balik dekat-dekat nak Asar.
Ini pula Ajaq, ketua pemuda blok 6..memetik kata-kata dia.."Siapa lagi yang nak menghidupkan budaya gotong royong begini pada masa akan datang jika tidak orang2 muda macam kita.." Sambil merenung jauh, Ajaq mendongak memerhatikan rintik2 hujan yang belum henti. Aku pula cuma tersenyum tawar.
Orang kata ikan di laut asam didarat, dalam periuk bertemu juga. Jangan salah faham, ini bukanlah bermaksud walaupun Ayah Teh berasal dari Jerantut, Pahang manakala Makteh orang Muar, mereka akhirnya bertemu di dalam periuk. Sebaliknya mereka bertemu di Shah Alam, Selangor.
Aku juga sempat mensnap satu gambar curi ala2 paparazi..Siapalah saya ini?
Blogger LKTP 1436 turut hadir dalam hujan yang menderu..
BAGI PIHAK TUAN RUMAH, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERTUNGKUS LUMUS SIANG MALAM MEMBANTU MENYEMPURNAKAN MAJLIS, JUGA KEPADA YANG SUDI HADIR..
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
hehe... Budaya cenggini perlu diteruskan...
Cuma sebab 'money wins everything', dah ramai tak buat sebab sibuk la, kos tinggi la...
Hurm...
Memetik kata-kata ketua pemuda, "Sapa lagi yang teruskan budaya gotong royong nie kalau bukan anak muda"...
Hehe
redz,
haah, byk pakai catering skang walaupun di kampung2..tp aku x cek lak kos catering lagi mahal ke lagi murah banding gotong royong
apasal tak jemput aku..kalau tak leh aku meramaikan ahli gotong-royong tuu...tak pun ahli tolong perabihkan lauk2 pengantin hehehe...papahal pun tahniah untuk org2 kg ko yang masih lg mengamalkan konsep gotong-royong ni...pasni gelemorlah org kg ko...dapat masuk blooog tu...hehe
Hehe... Kalau katering murah pun, orang ramai tak mempunyai masa...
Al-maklumlah, sibuk memasing, keje la, politik la, itu la...
Apa-apa pun, selagi buleh diteruskan, kite teruskan... Nikah akak aku dulu gotong royong gak...
Hehe...
apasal lepas kenduri kakak n abang terus adik aok. koi syak aok dulu kawin kena tangkap basah arrr... hehehe eh, aok dah kawin ke?
dzul..
baler aok.. nombor telefon tukar ke?
Bile plak kenduri kawin ko??
wei xngajok pn koi...
Terima kasih Zul kerana mempromosi blog Pak Cik Aziz,
Kerana promosi Zul, blog Pak Cik Aziz dapat seorang lagi pengikut ia itu Redz da Tsar....terima kasih.
pening jadi lelaki.
cih!
behsnyw kawen!
Post a Comment