Satu hari, sedang aku window shopping di Bandar Temerloh. Seorang kutu dengan gaya rock Awie menonong datang ke arahku sambil menegur macam dah lama kenal..
Kutu : Wei brader, mintak doploh sen..
Aku : Dua puluh sen?..
Kutu : A'ah duaploh sen je..
Aku : Lu nk wat ape duit dua puluh sen?
Kutu : Brader..tolong la skit. Sesama Melayu pun payah sangat ke? Gua nak duaploh sen je.
Aku : Bukan macam tu, masalahnye gua ada paling kecik 50 sen..20 sen takde.(alasan aku sebab malas nak layan)
Kutu : Hah kalau nak bagi 50 sen pun takpe..
Aku yang memang jenis malas banyak soal jawab terus je kasi 50 sen..biar cepat sikit berambus spesies sampah sarap mcm ni. Bukan boleh layan lebih sangat.
Dengan muka tak puas hati, kutu seluk..lepas tu raba-raba dalam poket seluar, terus kasi aku belen lagi 30 sen.
****
Masa tu..kalau la aku Pendekar Tanpa Nama..
Friday, June 27, 2008
Thursday, June 26, 2008
BELON-BELON DI ATAS AIR (tajuk seperti bahasa sastera tahap shakespere)
Lihat Foto di atas. Persolan berikut mungkin sedang mengganggu deria ingin tahu anda:
1) Kenapa apek tua sedang tersenyum menyeringai. Adakah dia tersangat yakin akan mendapat payment daripada pihak main contractor pada hari ini? hahaha..
2) Apekejadah baju apek tua sebelah tie in sebelah menggeleber?
3) Hairan bin ajaib sebab watak apek tua tidak pernah wujud dalam drama samarinda Melayu, sedangkan beliau juga sangat pandai membawa pelan bergulung ke hulu ke hilir.
4) Apahal belon besar mesti terapung di atas air? - Apek tua.. kalau tak dapat payment jangan cucuk belon ni tau..
5) Anda tiada satu perasaan pun terhadap visual di atas.
p/s - klik gambar utk saiz sebenar
Wednesday, June 25, 2008
hantu senjakala
Sekitar 1980. Kawasan felda aku masih baru. Aku pun baru berumur lebih kurang 4 tahun. Mak aku kata felda yang kitorang tinggal sekarang dibuka pada tahun 1976 sama dengan tahun kelahiran aku. Maknanya kitorang lahir sama-sama dan kalau aku beli kek pun kena tulis selamat hari jadi aku dan gelanggi. Masa tu segala benda di gelanggi pun daif lagi. Elektrik belum ada. Kawasan pun gersang sebab pokok-pokok baru ditanam dalam area rumah masing-masing.
Di kawasan blok aku tu ada satu paip yang dikongsi ramai-ramai untuk kegunaan bila bekalan terputus. Mak aku kekadang bawa aku ke situ bila putus bekalan sebab budak lelaki mandi-manda tempat open macam tu siapa nak kisah.
Satu senja, mak aku bawa aku mandi kat situ. Sebab hari dah lewat dia suruh aku balik dulu seorang diri. "Balik terus tau jangan menyimpang ke mana-mana. Hari dah senja. Nanti ada hantu senjakala" pesan mak.
Aku pun terus pecut balik rumah yang dalam 50m je dari paip tu. Masa berlari balik tu memang aku ada ternampak satu fenomena aneh yang amat menggerunkan. Dalam ketakutan itu aku terus memecut laju dan laju. Jika aku patah balik kepada emak jarak yang dilalui sudah agak jauh. Aku beranikan diri, nekad lari menghala ke rumah. Setiba di rumah, arwah ayahku terkejut melihat keadaan aku yang dah pucat lesi.
"Hah..kenapa sampai pucat macam ni?"
"Ada Hantu Senjakala!" Jawabku sambil menuding jari ke arah langit merah yang semakin meremang..

Friday, June 13, 2008
bahasa loghat pahang
Aku orang pahang, pernah keje kat pahang walaupun skang dah hidup berkelana. Pada aku sebenarnya orang pahang sendiri ada yang tak tau loghat daerah-daerah di pahang. Tak macam negeri-negeri lain kot. Ada loghat untuk negeri memasing. Pahang ni pelik skit, loghat daerah pun dah lain. Kekadang loghat antara kampung dalam daerah yg sama pun lain juga.
Aku pun tak berapa fasih bahasa loghat pahang sebab mcm-mcm dan pelik-pelik bunyinya.
Kekadang takde tafsiran yang tertentu tapi definisi hanya tercapai dalam satu ayat yang lengkap..haha..
Mari kita tengok misteri disebalik bahasa loghat pahang yang maksudnya sukar dijelaskan tapi boleh dibuat ayat. Bagi contoh nih je dulu:
1) Mepe / memepe (sebutan : meipei)- Ketika jalan baru jerantut - simpang jengka belum dibuat, Imi terpaksa melalui jalan lama yang penuh selekoh untuk balik ke jengka. Sebagai seorang mat rempit berjaya beliau terpaksa memepe untuk membuat lap lutut di atas jalan bertar itu.
*maksud umum ; seolah-olah menyipi/sipi-sipi sehingga hampir bersentuh dengan sesuatu..dalam ayat di atas, imi rempit telah menyipikan dirinya dengan jalan bertar.
2) Ketoyong / Berketoyong - Pak Mahat hilang punca mencari kemana kunci motornya diletakkan.Tambahan pula azan jumaat dah 10 minit berlalu. "Apa yang awak buat sampai berketoyong kat tengah rumah tu?" tegur isterinya yang baru keluar dari bilik mandi.
*maksud umum ; kelakuan yg menunjukkan aksi kelam-kabut, kusut
3) Pungkor / Memungkor- "Apa la yang dibuat Ayie pungpangpungpang dah 5 jam memungkor kat restoran al-haj tu?" kata aku dlm hati..
*maksud umum ; bercakap kosong secara solo..tak dapat dipastikan betul tidak tetapi dapat menarik minat ramai sehingga ada yg ternganga mendengar walaupun dlm jangkamasa yg lama.
Perkataan-perkataan di atas cuma sepatah tapi dapat diterjemah dengan maksud yang tepat.
Cuba kita ambil contoh perkataan pungkor. Aku dalam ayat di atas menggunakan perkataan pungkor kerana dalam keadaan tersebut, aku tidak boleh mengatakan ayie menipu, jual minyak, berkempen, membuat lawak etc2. Keadaan ayie yang didefinasi oleh aku sebagai memungkor itu adalah amat tepat.

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
aku bukan abg joe
Nama aku zul..mana ada org panggil abg joe kat aku. Tu cuma semacam satu tribute aku kat mat-mat indon yang pernah aku kenal masa kerja dulu. Diorang panggil aku abg joe sebab tak reti sebut zul. Tapi pelik gak sebab abg joe jkr Maran diorang boleh plak panggil abg zul..hmm ape-ape je la..
Diorang ni dari segi pekerti aku salute..Walaupun lebih tua tapi tetap panggil kita abg. Tu macam panggilan encik la kot bagi org kita. Pekerja Indon kat tempat lain aku tak tau..
Tapi aku kekadang sedih gak dengan sikap org kita. Selalu kalau dengan bebudak pompuan yang lagi muda dari aku dan suka ngat panggil aku enche zul, aku selalu guna ayat ni..
"Alaa takyah berencik-encik la dgn aku..panggil abg zul je dah".
Ko nak tau apa anjakan paradigma diorang?..haram kalu tak kat mulut kata gatal, kat dalam hati menyumpah..Aku punye la serius, jujur dan ikhlas..siap kuyu biji mata lagi..tapi ye la..
Paradigma org kita dah takleh nak ubah..heh

Subscribe to:
Posts (Atom)