Wednesday, June 25, 2008

hantu senjakala

Sekitar 1980. Kawasan felda aku masih baru. Aku pun baru berumur lebih kurang 4 tahun. Mak aku kata felda yang kitorang tinggal sekarang dibuka pada tahun 1976 sama dengan tahun kelahiran aku. Maknanya kitorang lahir sama-sama dan kalau aku beli kek pun kena tulis selamat hari jadi aku dan gelanggi. Masa tu segala benda di gelanggi pun daif lagi. Elektrik belum ada. Kawasan pun gersang sebab pokok-pokok baru ditanam dalam area rumah masing-masing.

Di kawasan blok aku tu ada satu paip yang dikongsi ramai-ramai untuk kegunaan bila bekalan terputus. Mak aku kekadang bawa aku ke situ bila putus bekalan sebab budak lelaki mandi-manda tempat open macam tu siapa nak kisah.

Satu senja, mak aku bawa aku mandi kat situ. Sebab hari dah lewat dia suruh aku balik dulu seorang diri. "Balik terus tau jangan menyimpang ke mana-mana. Hari dah senja. Nanti ada hantu senjakala" pesan mak.

Aku pun terus pecut balik rumah yang dalam 50m je dari paip tu. Masa berlari balik tu memang aku ada ternampak satu fenomena aneh yang amat menggerunkan. Dalam ketakutan itu aku terus memecut laju dan laju. Jika aku patah balik kepada emak jarak yang dilalui sudah agak jauh. Aku beranikan diri, nekad lari menghala ke rumah. Setiba di rumah, arwah ayahku terkejut melihat keadaan aku yang dah pucat lesi.

"Hah..kenapa sampai pucat macam ni?"
"Ada Hantu Senjakala!" Jawabku sambil menuding jari ke arah langit merah yang semakin meremang..

2 comments:

rahimin idris said...

ala, blok aku pun ada la paip tu..tapi kebetulan depan rumah je..besar dari paip bomba lagi..tapi arwah ayah sambung kepala paip..tarik getah..senang la nak tadah air kat rumah..tak de penah dengar pun antu jenama tu..ada ke? hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

mak aku masa tu cuba membuat lawak spontan..aku rasa nama antu tu dia yang reka sendiri..taktau la..tp tah mcmane tetiba jd seram bila aku tengok langit warna merah.
ada satu lagu..
senjakala..senjakala..esok datang lagi.