Tuesday, September 16, 2008

Aku, Abuya dan Multi Level Marketing

"Kali ni aku cakap betul, mlm ni memang boleh buat untung. Tak peduli macam mana cara kau mmg boleh untung. Cuma kau perlu cari 2 orang downline aje dah cukup. Tak payah banyak. modal rm250.00 aje untuk 1 kedai dan dapat 2 botol makanan kesihatan. Prospek cerah. Tak perlu susah-susah macam c*i ke ataupun sure**. Produk tu payah nak untung. Dah la tiap-tiap bulan kena maintain untuk dapat bonus." Berbuih mulut abuya petang tu menerangkan kat aku satu mlm baru yang beroperasi menggunakan internet. Mlm ni siap ada sijil dengan kdn lagi.

Tak cukup dengan petang tu, hampir tiap-tiap hari abuya mempromote kat aku pasal produk mlm ni. Tapi aku tetap buat muka tak reti. Bukan aku tak tau. Pada aku semua ni hangat2 taik ayam. Tambah-tambah kalau macam aku yang tak ada bakat bercakap. Memang confirm tak jalan bisnes ni.

Sebab dah mati akal, satu petang abuya bawa aku jumpa maikel nak bagi jelas duduk perkara. Maikel duduk bersilang kaki kat warung teh petang tu. Kali ni deorang nak basuh aku cukup-cukup. Maikel jenjet briefcase macam james bond. Dia kuarkan akaun bisnes mlm dia.

Rupa-rupanya dah lebih sebulan maikel follow mlm ni. Memang aku tengok duit dah masuk akaun dia berduyun-duyun. Seminggu aje lebih rm 1k. Itupun maikel cuma beli 3 kedai. Peh, maikel dah hampir jutawan. Sayang, aku dgn abuya lewat sikit je, kalau tak memang kami dah boleh goyang kaki juga sekarang. Takdenye nak melayan blog. Dah kaya bawak2 melancong ada jugak pekdah.

Maikel dgn abuya suruh aku pikir baik2. Kalau aku nak kaya, masa ni la peluang. Lagipun abuya mmg pakar mlm. Selain ada kedai dia jugak main mcm2 mlm.

Aku dah mati akal. Tak terpikir langsung nak jadi jutawan. Boleh blah..cuma aku kasihankan abuya yg dah lama jadi kawan aku.

Hari-hari lain abuya tetap tabah basuh aku. Susah jugak nak cari idea potong abuya. Pakar la katakan. Last2 abuya tak dapat tarik aku. Cuma dia suruh jugak aku beli satu kedai dan jadi downline dia. Sebab aku malas cari downline, abuya setuju kalau dlm masa 6 bulan aku tak dpt cari 2 org downline dia akan bayar balik rm250.00 modal aku beli 1 kedai. Lagipun dia kata dia nak beli 7 kedai. Hah, kalau dah 7 x 250 = 1750.00, huh byk betul modal abuya. Kali ni mmg dia nekad nak hara-kiri.

*****************

3 bulan berlalu, aku masih tak cari sorang pun downline. Segan aku nak promot kat kawan2. Nanti masam muka pulak. Tu yg paling aku tak suka. Mmg strategi aku nak dapatkan balik rm250 tu je drpd abuya.

Satu hari aku jumpa abuya. Pandang tak pandang. Muka pun moyok. "Bisnes macamana abuya?" Aku buka bicara sambil bersalam dengan dia. "Tak boleh jalan la zul. Ngam-ngam kita masuk hari tu, orang sibuk pulak dengan saham internet. Internet orang tak payah beli produk. senang. Hah. mlm yg kita masuk tu dah tutup." Abuya bersuara perlahan. Jelas kredibiliti dia sebagai otai mlm dah tercalar. Aku gelak2 kecil..tak sampai hati aku nak tuntut rm250. biarlah jadi kenangan terindah buat aku, abuya dan mlm.

***********

Pada aku, MLM..
1) Hanya mengkayakan upline/pengasas
2) Banyak membebankan downline
3) Berselindung di sebalik produk, cth..makanan kesihatan.
4) Harga produk mahal dan bukan keperluan sangat pun. Lain la kalau dia ada jual beras.
5) Ahli kena aktif, kalau kau sibuk kerja baik tak payah.
6) Merenggangkan hubungan dengan rakan taulan kalau silap cara.
7) Ada yang menggunakan kaedah paksa utk dptkan downline.
8) Jangkahayat pendek(ada beberapa jenis shj mlm yg bertahan) sebab banyak saingan. semua org nak jadi pengasas. bila jd pengasas sempat kumpul untung. bila downline byk dan pasaran tepu bila-bila masa bisnes boleh tutup. upline ttp untung. siapa yg jadi mangsa?
9) Berhati-hati dengan produk. jika berbentuk makanan/makanan kesihatan..pastikan logo halal. takkan nak meniaga produk tak halal.

Aku bukan kata mlm teruk/tak bagus. Semua pun risiko tanggung sendiri. Mungkin nasib masing2 berbeza. Kalau nak cuba mlm ikut kau orang, aku cuma ceritakan pengalaman dan sikit nasihat. Buat masa ni aku memang malas dah bermlm. Kecewa dah aku.

20 comments:

Anonymous said...

dari dulu..
sampai sekarang..
aku tak suka mlm..
dan aku tak pernah percaya mlm..
huh..

Wardrobe kita said...

MLM yg aku join x pernah memaksa org..nk join, join lah..x nk, x pe..

Smp satu tahap,kita sendiri yg akan sedar mana MLM yg btl, mana MLM yg tipu..

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d 13:11).

Hajime said...

aku agak setuju ngan point ko...
ade gak beberape mlm yg aku masuk...
saje buring2...
ade duit lebih...
(ayat kaber line)

yoshz said...

Best apa MLM. ada artis..
Haha. Bagi aku senang jer. Semua MLM adalah glorified skim piramid. Cuma packaging sahaja berbeza.Ya, semua. Period. Khatam. Wassalamu.

Aku jual insurans. Tak perlu downline. Ada jual ada duit. Takde jual takde duit.Sekian.

Daus said...

Ni yang cair di mulut tidak di tangan tu ke?

Denanz ... said...

kalau rasa boleh bikin duit ... layaaaan. kalau tak, diam jer macam gua.

*tp penah gak kena. untung tada, modal hancus*
ceh.

Umie said...

Walaupun aku grad marketing & x-boss penah ckp aku akan jd bisneswoman MLM yg berjaya sbb aku byk ckp TAPI aku masih blm berjaya memasukkan diri haku dlm bisnes MLM nie..ngeh ngeh ngeh..Haku takut ilang kwn la..kang kalau kenkwn nmpk muka haku je,diorg cabut,takut kena introduce MLM plak...kih kih kih

Frozen said...
This comment has been removed by the author.
Chiron said...

aku suke budak2 MLM mencarut kalau aku cakap "tak nak lah"!! hahahaha...

l.i.f.e said...

aku duk baca kamu taip mlm = malam...adehhh kesengalan

mlm juga boleh menjadi penyebab kaum keluarga bergaduh, laki bini berantakan..tu contoh laaa

HAMIDI BIN SARIF said...

ye lah wohh , org yg ade PHD pun susah nk jd kaya ni kan pula MLM ni, kalau usaha x ade ,karut lah blh senag jadi kaye, mimpi je leh

poyotito said...

gua memang tak boleh masuk lansung MLM ni. promote kat gua memang kena pangkah on the spot je la!!
tapi biasa gua bagi jurus paling tipikal sekali,

"lu try la dulu, dah kaya sok gua pinjam duit lu buat modal!"
amacam??

MakcikMuda said...

hoh!

besnya jadi kaya cam maikel.

dzul said...

aku yanhashim,
hah..senang macam kau..takyah serabut kepala memikir. tumpu pada kerja. banyak kerja lain yg boleh kita dibuat utk meningkatkan taraf hidup. aku penah masuk mlm..banyak kali juga tp semua gagal..aku takde bakat dan tak minat mlm.

qaseh,
hmm..kau ada entrikan hari tu. yang tu kan?. tapi kau belum beritau konsep dia.

mlm kebanyakannya bukan menipu..tp apa2 kaedah perniagaan pun yg berasaskan piramid, pasti yg menjadi tapak piramidlah akan rasa byk tekanan.

harap entri aku boleh kau guna sebagai rujukan sbb aku pn da byk masuk tp byk masalah yg datang.

aku nasihat tengok dulu produk. byk makanan kesihatan dr luar jd tak tahu halal tak. mungkin juga mlm kau tu bentuk barangan. kau entrikan aje dulu.

firman Allah tu umum..aku taknak komen sbb byk cara utk ubah keadaan tu. dengan ilmu pengetahuan contohnya..dll

mungkin mlm bukan jiwa aku. kalau kau rasa ok baik teruskan..betul..

hajime,
ah..aku dulu mcm2..siap berkumpul umah upline diamond lagi. tak tahan aku deorg..ah malas la nk cerita kat sini. tp sakit ati jugak..ada tu yg sanggup kata side income mlm lagi byk dari gaji. Siap kutuk2 kerja yg dia buat. tolong la..kerja kita tu ibadat. jgn la ckp mcm 2 nnt x berkat.

yoshz,
kau faham ye..semua ni kisah skim piramid. sama je. akan ada masa tepu. aku kesian sapa yg duk bwh skali.
kenapa barangan deorg tanak jual kat kedai ye? takut tak laku ke?
kalau konsep piramid nak tanak ahli kena beli utk maintain..produk bukan best sangat pun. hmh.

daus,
apa tu daus? ah misteri sungguh. aku dah lama tak tengok iklan..asyik tengok man vs wild aje..

denanz,
hah..bro denanz penulis tersohor pun penah kena ke..betul la.. layan atau diam aje.
.
ada kawan atas kawan aku rumah dia kat kemaman ni rega rm300 lebih dia boleh buat cash..umor br 36..ni mlm le..rezeki dia..

umie,
hah..berniaga kena redah aje..yg penting halal..kwn aku mlm la..insurans la..ajak minum aku siap sound dulu jgn promot aku tak suka..

chiron,
betul..hahaha..mmg betul, bila tanak macam2 kata kat kita. hmpkth..hahaha

life,
betul la..kadang-kadang boleh membawak ke begaduh jugak.

hamidi,
huh..straight to the point. midi, ada jugak yg kaya tp upline la..buat apa? lenkali bawak la downline yg paling bawah tu bagi ceramah.. ceramah berapi2..

poyotito,
huh, jurus lu mmg boleh pakai. gua nanti nak terai sepam dua la jurus ni..kalah api syurga meragut lalang..

rynn,
syok memang syok..tp ape kelas tunjuk akaun riban2 sambil minum kat warung depan pejabat haiwan. buat malu kaum mlm je.

Don Balon said...

D-z,
koi tersentuh dengan no.4.. koi kabor gitu jugek ke orang rumoh..
kalu ada MLM beras pastu harga sama macam Econsave koi masuk..hehe

Fadh Rahman said...

semua point yang awak bagi memang tepat dan betul...bagi koi laa kan...lagi best berbudi pada tanah...tanam getah...tanam sawit...cukup masa tuai hasil...

Rahimin Idris said...

ala, kat mentakab kilang kertas MLM tu ok je. hahaha
abuya je yg kaya! kan? hahaha

man_helang said...

wei...aku dah masuk 2 mlm...dua2 kantoi...ha ha ha...aku nak tgk mlm si qaseh plaks...berkobar dia ckp...

Radius.F said...

aku tak suka dgn mlm ni..nak2 kalo time diorg nak cari downline tu.. ckp bukan main konfiden je, tapi jalan kaki jugak.

baik aku meniaga air ke, bundle ke..
hehe

dzul said...

don/mader,
entahnye deorg tu..kalau beras, gula, garam, bawang,,asam keping..aku ingat ramai gak yg masuk..tp harga terkawal la..tanak pulak deorg buat..

bila keadaan perlu utk maintain, ahli terpaksa beli..aku ulang..'terpaksa'..takkan nak melantak kopi tongkat ali ginseng ganoderma hari2..

akumasihdisini,
hah..tu bagus..pertanian untuk perniagaan, tapi sawit modal besar jugak..aku memang suka pertanian tanam sawit..

mi,
hah, tu la satu2 yg betul2 maintain..ramai pulak yg masuk tu..tapi situ bukan sistem piramid..situ sistem ada kerja ada gaji.
abuya? entahla.. lama dah tak dengar khabar dia. dia mmg dah sedia banyak duit..

man,
dua-dua kantoi? engkau yg kantoi sbb tak untung ke atau MLM tu yang dah bungkus?..ituhari ada 1 MLM melayu dah nak naik sgt dah tetiba bungkus jugak..

radius,
huh..pangkah rapat punye..

entahnye..baik cari makan cara kita sendiri..yg sesuai dgn jiwa dan halalan toyyiba.